Yang mana bertukar almari lama kepada baru tu, selalunya yang lama tu korang buang ke recycle je? Yang mana niat nak buang tu, fikirkan balik! Korang boleh guna lagi tau bahagian tertentu almari tu.
Macam perkongsian dari Norpadilah Binti Afandi ni, transfor laci almari jadi menyangkut serbaguna. Menarik tak? Yang mana berniat nak ikut idea ni, jom cuba!
DIY Multipurpose Hanger
Santai2 je harini, lama dah tak diy kan…sambil2 kemas stor. Jumpa dalam simpanan cover laci lama ni.
Bahan-bahannya :-
Pintu laci yang tak digunakan
Kain buruk
Ads
Cat shellac woodstain colour meranti
Penyangkut (hook)
Cara-caranya :-
1) Bersihkan pintu laci yang dah tidak digunakan.
Ads
2) Cat guna kain buruk je kekdahnya nak dpt rustic look. Kita guna cat shellac woodstain colour meranti.
Ads
3) keringkan cat, kemudian pasang hook ikut keperluan.
Merasakan berat beban dan ujian hidup yang sedang kita tanggung hingga ada yang patah semangat dan berbolak balik hatinya dalam mensyukuri nikmat Allah.
Namun ingatlah ada orang lain lagi besar ujiannya. Pun begitu, tetap sabar malah semakin tinggi taqwanya kepada Allah.
Dan kisah seperti ini telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Hurairah Asifa semoga turut menjentik hati dan mendidik diri kita menjadi insan yang lebih baik.
Jom baca perkongsian ini.
Wanita Istimewa Bernama Fatimah
Ini kisah benar seorang wanita bernama Fatimah. Dia tinggal di Sungai petani. Kedah sana.
Satu hari, dia call satu pusat tahfiz. Katanya dia nak jumpa sangat pengetua dia. Bunyi suara macam tegas!
“Saya nak jumpa ustaz!”
“Ya puan. Silakan”
“Tapi, boleh ustaz tunjukkan jalan kesana?”
“Kalau puan susah nak ke sini, saya boleh ambil dimana sahaja lokasi puan”
“Takpa! Saya yang nak datang. Ustaz tunjuk jalan saja” Dan, akhirnya dari sungai petani sampai alor star, jalan kaki ke seberang jalan, Alhamdulilah.
Sampai di pusat tahfiz ni. Dia di sambut oleh ustaz tadi. Ustaz ni terkejut! Sebab apa? Sebab Puan Fatimah ni buta! Kalian, buta! Mata tak nampak!
“Puan, kenapa tak cakap pada saya yang puan buta?”
“Saya tak mahu buta ni sebab ustaz akan kesian, sebab buta ni Allah yang bagi pada saya”
Dan lagi menambahkan rasa terkilan, suami dia juga buta!
“Apa hajat puan nak sangat jumpa saya?”
Wanita itu keluarkan duit RM4,000 dan diberikan pada ustaz.
“Ustaz, RM4000 ni saya nak beri wakaf wakil untuk mak, ayah dan suami saya”
“Suami saya buta ustaz, tapi inilah jodoh saya. Mak ayah saya pun juga buta. Tapi, merekalah takdir saya.
Saya beri ni sebab saya tak nak hati saya lari dari ingat pada Allah. Saya takde anak ustaz. Moga inilah pembuka segala pintu rezeki kami”
Akak, Puan Fatimah ni buta. Mak ayah dia buta. Dapat suami pun buta. Sakit melalui ujian ni takkan mampu kita rasai.
Cinta pada suami, tapi tak dapat lihat wajah suami. Cinta pada mak ayah, tapi tak tahu bagaimana rupa orang yang dia cinta.
Tapi, di uji begitu pun dia takut kalau hatinya di bolak balikkan oleh Allah. Maka, di berikan hartanya supaya hatinya kekal dengan Allah.
Kita? Apa yang kita buat untuk kekalkan hati ini supaya terus dengan Allah?
Melancong ke luar negara pastinya akan memberi pengalaman menarik dan menjadi impian ramai antara kita untuk merasainya. Bercuti ke negara Jepun umpamanya bukan sahaja kerana cuacanya dan pemandangannya yang sangat cantik malah menikmati makanan halal di sana juga sangat menyelerakan.
Bercerita tentang melancong ke Jepun, baru-baru ini Roy Azman, Datuk Ramli MS, Datuk Jalaluddin Hassan dan Jatt Talib berkesempatan meluangkan masa bersama dengan bercuti ke negara matahari terbit.
Dapat dilihat melalui perkongsian video di TikTok, sejak hari pertama tiba di sana pelbagai tempat-tempat menarik telah dilawati malah dapat dilihat ke semuanya teruja dan gembira melancong bersama-sama.
Gunung Fuji…Subhanallah
Dikongsikan juga mereka berempat telah pergi ke Gunung Fuji untuk melihat sendiri keindahan destinasi tarikan pelancong seluruh dunia bila melancong ke Jepun.
Bukan itu sahaja mereka juga dapat dilihat sempat melakukan aktiviti riadah dengan menikmati keindahan panorama di sekitar sungai dengan menaiki sampan.
Pun begitu, apa yang lebih menarik perhatian warganet adalah mengenai perkongsian video oleh Roy Azman apabila dilihat masing-masing sedang menikmati ramen di salah sebuah restoran. Pun begitu video tersebut bertukar lucu apabila Roy Azman yang difahamkan pertama kali makan ramen di Tokto kelihatan agak kekok menggunakan chopstick.
Berkali-kali cuba disepit mi yang terhidang namun sebelum sempat disuap ke mulut mi tersebut masuk semula ke dalam mangkuk.
“Sekali tiup jatuh mi….dua kali tiup tinggal chopstick je”-Netizen
Menjengah di ruangan komen mendapati netizen benar-benar terhibur melihat gelagat empat sekawan ini bercuti di Jepun. Dalam pada itu tidak kurang juga ramai berseloroh dengan Roy Azman agar gunakan sahaja garfu disebabkan nampak payah sangat untuk pelakon tersebut menikmati ramen yang terhidang.
“Abangg. Balik Dina bg free lesson belajar pakai chopstick k. Dina tengok video ni, Dina yg stress. Hahahahhahaa”, komen Dina Nadzir yang mencuri tumpuan.
Malah ada juga yang menyarankan agar di bawa garfu untuk memudahkan, ” “Bawak garpu dr KL je bang😂”
“Bila nak abis makan . Sampai 2 tangan nak ambil mee😂😂😂😂,” sakat yang lain pula.
Memperoleh rezeki melimpah ruah namun tidak berkat, tidak ada maknanya. Walaupun kita memiliki harta yang yang banyak, kehidupan yang mewah namun hati tidak tenang dan bahagia, ini menunjukkan kepada kehidupan yang tidak diberkati. Ibarat istana kosong tanpa berpenghuni.
Berikut petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal. Mari fikir-fikirkan.
“Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tidak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu elak dicampurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong membeli belah sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim overtime. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri. Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa, bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tidak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri”.
*KEBERKATAN YANG DICARI*
*5 cara untuk mendapat pahala setelah mati:*
1. Beli Al – Quran kepada seseorang, setiap kali dia membacanya kamu akan menerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kepada hospital, setiap kali orang sakit menggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahala.
3. Turut serta dalam pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya.
Sumber: Mohd Zamri (facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.