Sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan pengguna media sosial mula mengikuti trend viral dengan menjual pelbagai jenis barangan seperti kosmetik, gula-gula dan kerongsang menggunakan cara ‘cedok-cedok’.

kaedahnya, si penjual akan mencedok barangan jualan mengikut jumlah yang dibayar pembeli secara rawak. Hal ini secara tidak langsung menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Viral trend ‘cedok-cedok’

Meskipun trend tersebut mendapat sambutan namun ramai dalam kalangan netizen mempersoalkan hukum jual beli tersebut sama ada ianya dibenarkan di sisi Islam ataupun tidak. Menerusi satu perkongsian di Facebook Muamalat.my, seorang individu mengajukan soalan tentang hukum jual beli ‘cedok-cedok’ yang menjadi trend masa kini.

Kiranya pembeli tak boleh pilih. penjual akan jual contohnya 1 cedok barang makeup RM 80. Pembeli pun decide nak beli 1 cedok. jadi penjual akan cedokkan secara live 1 cedok tersebut. Barang yang akan pembeli dapat nanti random apa yang dicedokkan oleh penjual tu.

Menjawab pertanyaan itu, kaedah tersebut dikatakan berunsurkan gharar iaitu wujud unsur ketikdakpastian maka hukumnya adalah haram. Bukan itu sahaja, menurut Ibn Hajar al-Asqalani, kaedah tersebut merupakan salah satu bentuk jual beli jahiliah.

Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas. Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim)

Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan.

IKLAN

Hukum ‘cedok-cedok’ adalah haram

Menurut sumber, gharar terbahagi kepada dua keadaan iaitu gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak. Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.

Cedok-cedok adalah sama sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.

Oleh hal demikian, orang ramai terutamanya umat Islam dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak sesekali terjebak dalam melakukan perkara haram seperti ini. Hal ini kerana, amalan seperti ini tidak sepatutnya dijadikan satu perniagaan mahupun sebagai konten di media sosial.

IKLAN

Sumber: Muamalat.my

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini