Tahniah diucapkan buat pelakon Nadya Syahera yang selamat melahirkan bayi ketiganya.
Berita gembira tersebut dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya. Dalam perkongsian tersebut, dia yang menimang bayi lelaki mendedahkan nama yang menjadi pilihannya adalah Muhammad Barr Adam Bin Mohamad Hafizul. Bayi ketiganya itu dilahirkan pada 25 Mac lalu, jam 06:24 seberat 3.3kg.
Berkongsi pengalaman melahirkan kali yang penuh ujian, namun Nadya bersyukur kerana Allah permudahkan. Sepanjang kehamilan dia mengakui pelbagai dugaan terpaksa dilalui. Namun Nadya tidak pernah putus doa untuk Allah mempermudahkan dirinya saat bersalin.
“BismillahiMasyaAllah. Allah Maha Baik. Allah sebaik-baik perancang. Dari awal mengandungkan baby nombor tiga ni, hari-hari mintak Allah permudahkan urusan bersalin.
“Walaupun pada peringkat awal sampai lah 3rd trimester macam-macam juga ujian, tapi penghujungnya sangat mudah.
“Niat nak bersalin hari Jumaat, waktu subuh, tak nak sakit lama-lama, tak nak lama-lama dalam labour room.
“Allah izinkan semua tu. Bila pikir balik, termenung kejap. Macam tak percaya Allah hadiahkan semua tu.
Ads
“Start sakit pukul 1 pagi macamtu, tapi boleh layan lagi. Pukul 2 lebih tiba-tiba badan menggigil teruk, sejuk teramat.
“Pergi toilet, ada darah turun. Tapi still tak nak pergi hospital. Tahan punya tahan. Dalam 4:30am dah tak boleh tahan dangat dah. Pinggang sampai kaki macam hilang dah rasa. Terus ke hospital, lebih kurang pukul 5am macamtu masuk emergency.
“Bukaan dah 6cm. Keadaan baby dan jantung laju and saya demam 38.6 . Sempat makan panadol. Sakit dah 1 minit sekali.
“Tepat 6:00am masuk labour room dan 6:24am lahirlah seorang lagi anak lelaki ku ke dunia. Keluar je baby terus hilang segala sakit sblm bersalin td tu. Hebat perancanganNya.
Ads
“Alhamdulillah untuk semuanya. Sekarang saya dengan Baby masih lagi di tahan di hospital untuk pantauan.
“Doakan kami segera sembuh dan sihat. Dan terima kasih juga buat semua yg mendoakan i dan keluarga dari dulu hingga kesaat ini. Semoga Allah shja membalasnya,” tulisnya.
Menyediakan menu sarapan sering kali kita mahukan yang ringkas namun menyelerakan. Andai setiap hari makan roti bersama mentega mungkin terasa jemu. Namun jika tidak dimakan roti tersebut bimbang juga boleh expired pula jadinya.
Jadi apa perlu buat agar kita tetap juga dapat merasa sarapan yang enak dan dalam masa yang sama roti tidak terbuang begitu sahaja.
Mungkin sajian Tart Telur yang dibuat daripada roti putih ini boleh dicuba. Melihatnya sahaja sudah nampak menyelerakan dan yang paling penting sangatlah mudah disediakan.
Nak tahu resipi dan cara penyediaannya?
Ini telah dikongsikan oleh Anna Rozza via MAHN dan semoga keluarga anda menggemarinya.
Resepi simple tart telur(kulit roti gardenia)
Bahan2
Roti gardenia Bahan adunan telur
5 biji telur
300gm susu segar
50gm susu pekat
140gm gula ising
1sudu besar tepung jagung
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna kuning
Cara masak
1. Ambik roti gardenia dan gelek hingga leper.
2. Gunting roti membulat mengikut saiz acuan.
3. Tekan kepingan roti ke dalam acuan dan bakar lebih kurang 10minit (agak2 roti tu garing skit,tujuan supaya senang nak masukkan adunan telur kalau tidak dibakar dulu, nanti roti itu akan serap adunan telur.
Untuk menyediakan adunan telur
1. Satukan semua bahan dan pukul sehingga sebati.
2. Tuang adunan telur ke dalam acuan roti yang telah di bakar sebentar tadi.
3. Bakar kembali sehingga masak. Siap
Ekstra info :
Kena makan panas-panas baru ranggup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular video celoteh murid darjah dua yang berbual dengan seorang ustaz di dalam kelas mengenai lokasi rumahnya.
Cara murid berkenaan menjelaskan kedudukan rumahnya menarik perhatian ramai. Malah cara dia membetulkan salah faham ustaz bagaikan anak berbual dengan ayahnya.
Dalam pada itu, murid berkenaan memberitahu rumahnya yang berada di belakang kubur adalah rumah jenis dua tingkat.
Katanya lagi, keluarganya memiliki dua buah rumah, namun dia dengan sepontan mengatakan dia ‘miskin’ apabila memberitahu dia daripada keluarga setelah memiliki dua buah rumah.
Ekoran itu, perkongsian akaun TiktIK mohdhaizularny dengan durasi selama 1 minit 18 saat yang telah mendapat tontonan lebih 1 Juta membuatkan ramai yang teruja melihat celotah murid ini.
Tentu ada antara kita pernah merasai betapa kecewanya bila menanam pokok namun setelah bertahun-tahun ditunggu, pokok yang ditanam masih tidak mengeluarkan hasil, bahkan terlihat tidak subur pula.
Begitu juga bagi yang mengimpikan laman yang menghijau. Lalu menanam pelbagai jenis tanaman untuk menyerikan laman rumah, tapi pokok bunga begitu ‘liat’ berbunga. Nampak togel sahaja dan semua ini boleh mematikan minat seseorang untuk terus bercucuk tanam.
Untuk itu, tahukah anda sebenarnya tanaman yang kita tanam selain memerlukan cahaya, air dan tanah untuk hidup subur, hakikatnya tanaman juga memerlukan baja sebagai agen penggalak kesuburan.
Jadi apa kata anda hasilkan sendiri booster tanaman ini dengan langkah yang cukup mudah dan selamat sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin. Jom semak.
Bahan-bahan:
Cuma sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau bersaiz apa. Dan mohon sorokkan yakult itu supaya anak-anak kau tak nampak. Mereka akan fikir kau beli untuk mereka bukan untuk pokok.
Cara buat :
Step 1 : Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.
Step 2 : Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah. Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
Step 3 : Kemudian spray lah sesuka hati pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu.
Kita spray ni cuma seminggu sekali ya.
Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.