HomeInspirasi“Tuanku panggil Ji, Saya pula panggil Tuanku, Alam atau Ba.” Tiada Panggilan...
“Tuanku panggil Ji, Saya pula panggil Tuanku, Alam atau Ba.” Tiada Panggilan ‘Darling’ Atau ‘Sayang’, Tunku Azizah Akui Baginda Berdua Romantik Dengan Cara Tersendiri
Apabila menyebut tentang Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pasti ramai yang akan mengaitkan Baginda dengan masakan. Manakan tidaknya, anak raja ini cukup sinonim dengan hobinya yang suka memasak. Bahkan, Baginda tidak kekok berada di dapur.
Sebelum ini media juga sering kali memaparkan kisah Raja Permaisuri Agong yang turun padang memasak juadah untuk mangsa banjir ketika meninjau keadaan penempatan tersebut.
Benarlah kata orang tua-tua, kalau nak kenal orang perempuan, lihat bagaimana dia di dapur. Mungkin itulah yang dimaksudkan Al-Sultan Abdullah. Walaupun Al-Sultan Abdullah mengakui tidak dapat berkongsi banyak mengenai sifat Tunku Azizah di dapur kerana jarang berada di sana.
Namun di sebalik riak wajah Yang di-Pertuan Agong itu, ibarat tersimpan banyak cerita mengenai sifat Tunku Azizah di dapur.
“Awak kena ke dapur dengan dia, demikian komen Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika ditanya wartawan mengenai perwatakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Kelebihan dia sangat tegas dan ambil berat dengan integriti staf. Kalau telefon atas meja, ia mesti tersusun elok. Hal sama juga untuk susunan atas meja makan,” kongsi baginda sambil menyusun satu persatu telefon bimbit serta alat perakam suara milik wartawan di atas meja, untuk menunjukkan cara susunan mengikut gaya Tunku Azizah.
Sementara itu, Tunku Azizah bertitah, Tuanku tidak panggil ‘Darling’ atau ‘Sayang’.
Ads
“Tuanku selalu panggil saya Ji, sebab itu nama saya sudah dikenali dengan panggilan Jiji atau Zizi. Saya pula panggil Tuanku, Alam atau Ba dan saya rasa, Tuanku suka dipanggil Ba.
“Masa mula-mula kahwin Tuanku ada kata, tidak akan panggil antara kami dengan panggilan Honey, Sweet Heart atau Darling, nanti kalau gaduh Honey entah ke mana,” cerita Tunku Azizah.
Bagaimana pun Tunku Azizah mengakui, romantik antara mereka datang secara semula jadi.
“Ia secara automatik. Tak perasan pun kami ini romantik. Kami pasangan romantik
dengan cara tersendiri.
“Saya tidak rasa kami ni romantik sangat. Media selalu rakam momen yang tidak kami perasan macam masa suapkan lauk. Bagi saya ia adalah perkara natural (melayan suami) seperti letakkan lauk untuk suami.
“Kemungkinan berlaku selisih faham, itu adalah asam garam hidup berumah tangga. Sama juga seperti pasangan suami isteri yang lain. Dalam sebuah perkahwinan kita mesti jadi kawan baik pasangan dan boleh berkomunikasi. Itu yang saya dan Tuanku lakukan.
Ads
“Untuk membentuk harmoni itu penting dan adakalanya kita perlu lupakan semua perkara lain dan gembira untuk satu sama lama lain. Jangan ambil kesempatan dengan pasangan.
“Memang ada ketika kita marah antara satu sama lain tetapi kehidupan perlu diteruskan. Perkahwinan sesuatu yang kita usahakan untuk gembira, bukan ambil mudah antara satu sama lain. Kita perlu saling berusaha. Sedangkan lidah lagi tergigit,” titah Tunku Azizah.
Mengimbas kembali perkahwinannya yang disifatkan separa diatur, Tuanku Azizah bertitah pertemuan pertama berlaku di padang polo di Johor ketika usianya 12 tahun dan Sultan Abdullah pula berusia 13 tahun.
Selama 13 tahun berkawan dan bercinta, hanya surat, aerogram dan telefon yang menjadi penghubung setiap minggu. Istimewanya, semua surat itu masih tersimpan rapi sebagai kenangan berharga percintaan jarak jauh baginda berdua.
“Ayahanda saya dulu sangat tegas, betul-betul ikut cara Islam, mana boleh keluar bersama, pergi tengok wayang atau minum kopi. Ya, kami tidak pernah. Apatah lagi pegang tangan. Setiap kali Tuanku nak jumpa saya, kena buat temujanji dan makan tengah hari bersama ayahanda saya.
Ads
Nenda saya dan nenda Tuanku mahukan perkahwinan ini. Melihat ayahanda saya yang begitu tegas, nenda saya selalu ajak Tuanku datang Johor untuk bermain polo. Saya kenal Tuanku 13 tahun dating sekali pun tak ada. Jumpa Tuanku di padang polo. Cinta padang polo.
“Ketika umur saya 23 tahun, Tuanku pernah tanya adakah saya mahu menjadi isterinya satu hari nanti. Saya jawab, adakah Tuanku anggap saya ni cukup baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Tapi Tuanku tidak ajak saya kahwin. Tuanku beritahu ayahandanya supaya mengumumkan dia akan mendirikan rumah tangga dia akan mendirikan rumah tangga pada hari keputeraan baginda pada Oktober 1985, tetapi tidak cakap dengan siapa.
Ayahanda saya pula tidak tahu mengenai pengumuman itu. Apabila rombongan Pahang sampai, ayahanda saya tanya, adakah dia nak atau ini perkahwinan yang diatur? Jika diatur oleh ibu bapa, saya tidak terima. Kalau dia sendiri mahu, saya terima.
Selepas tiga hari, barulah ayahanda kata “Bah lupa nak tanya Azizah nak ke tak nak, tapi Bah dah terima,”. Saya bernikah pada Mac dan bersanding pada 19 Julai (1986). Antara Mac dan Julai, walaupun sudah jadi suami isteri yang sah, tetap tak boleh keluar. Saya di Johor, Tuanku di Pahang.
Majlis perkahwinan diadakan di Johor dengan penuh istiadat kerana anak Agong berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang. Titiek Soeharto selalu kata, itulah satu-satunya majlis perkahwinan yang berlarutan sampai jam 5 pagi. Pada hujung Julai ni, kami nak bersanding lagi,” titahnya.
Nak menyediakan hidangan untuk keluarga yang berbeza selera tak susah pun. Istimewanya resipi ini menggunakan satu adunan sahaja tetapi dapat buat empat resipi berbeza. Antaranya Donut, asas pizza, , burger Malaysia bun dan sebagainya.
Sukatan untuk resipi ini juga cukup mudah tak payah nak pakai penimbang. Jadi, selain untuk hidangan seisi keluarga, boleh juga menjana pendapatan dengan buat jualan . Boleh lah tambah duit poket sendiri kan.
Jim lihat bagaimana cara yang dikongsikan oleh Aida Ida Kedah
Saya cuma nk kongsi dgn shbt2 group nie resepi 4 in 1 cara saya..guna 1 adunan,adunan yg sama boleh mempelbagai jns bun ,base pizza,donat, burger malaysia dan lain2.sukatan mudah x pakai penimbang..duk sj kt rumah sambil jaga ank kecil boleh buat jualan habuan duit poket sendiri.😍😍
Resepi doh. Gula -2 sdm Yis kering -1sdm Kuning telur – 2 biji Air suam -1 cwn kopi 1. Gula+air suam kacau2 hingga larut baru masukkan yis kering hingga naik buih,baru masukkan kuning telur kacau2 sebati. Kemudian tepikan.
Tepung high protein- 4cwn kopi Butter @ marjerin- 2sdm Bread softener(sy pakai jenis krim)- 1 sdm Garam-1sdt Susu tepung full krim- 2 sdm 2. Campur semua bahan- bahan di ats gaul2 sehingga menjadi serbuk roti.kemudian masukkan campuran yis td.gaul sampai x lekat kt tgn dan uli sehingga elastik.dan ketepikan biar doh kembang 2x ganda.dah kembang tumbuk2 doh keluarkan angin.timbang dan bentukkan apa kita nk buat sama ada base pizza,bun,donat dan sebagainya.
Hah…kulit buah boleh dibuat masakan? Ya betul. Selain kulit tembikai yang boleh dijadikan sajian, jangan tak tahu kulit rambai juga cukup enak disediakan dalam menu utama.
Bagi masyarakat di Pantai Timur pastinya menu berasaskan kulit rambai ini menjadi satu kebiasaan.
Kalau berkunjung ke kedai makan di sekitar Pantai Timur pasti menu yang satu ini sentiasa ada. Malah jadi makanan tradisional yang cukup digemari.
Tahu tak selain menu Masak Lemak, ada banyak lagi resipi yang boleh diolah daripada kulit rambai ini. Perkongsian tiga blogger ini di blog masing-masing buat kita rasa terliur. Nak cuba? Jom ikut resipi yang diberikan oleh mereka.
Kredit Foto: nedlinatalisz.blogspot.my
1. nedlinatalisz.blogspot.my
Perkongsian blog nedlinatalisz.blogspot.my agak menarik dengan menu Masak Lemak Cili Padi.
“Pernah makan tak? Nie lauk kampung. Tok yang ajar masak lauk nie.. dan kami start suka makan pun sebab dulu-dulu tok selalu masakkan.
KULIT RAMBAI MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan:
Semangkuk kulit buah rambai
Secekak pucuk puding mangkuk
Sedikit ikan bilis
1 inci kunyit hidup
10-13 biji cili api (ikut suka)
1 kotak santan
sedikit air
Garam dan gula
1. Celur sekejap kulit rambai dan pucuk puding mangkuk.
2. Bila dah agak lembut, angkat dan toskan. Perah air kulit rambai dan puding mangkuk supaya nanti gulai kita tak terlalu masam.
3. Kisar cili padi, kunyit hidup dan ikan bilis hingga lumat kemudian masukkan ke dalam periuk, bersama kulit rambai, puding mangkuk dan air.
4. Renehkan kejap dan masukkan santan. Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
5. Garam dan gulakan dan biar dalam 5 minit. Kalau rasa kurang masam, boleh tambah asam keping. Tapi selalunya air kulit rambai dan puding mangkuk tu dah cukup buat kuah rasa masam.
6. Bila dah cukup semua rasa, padamkan api dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit Foto: nooriahnaim.blogspot.my.
2. nooriahnaim.blogspot.my.
Ini pula resipi yang dikongsikan oleh blog nooriahnaim.blogspot.my. Kulit rambai yang dijadikan sambal ini nampak hebat.
Ada tak yang tak pernah makan kulit rambai ni? Rasanya agak masam-masam jadi kalau sambal goreng gini memang tak payah letak tomato ke, asam ke, kulit rambai ni dah ok. Makan pulak time hujan-hujan memang tak terasa bertambah nasi ni haha…
SAMBAL BILIS GORENG KULIT RAMBAI
Bahan-bahan:
1/2 cawan ikan bilis -dibersihkan
10 biji cili padi -dihiris kasar
1 biji bawang bombay -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
2 kuntum bunga kantan -dihiris kasar
1/2 cawan kulit rambai -dihiris kecil
Minyak secukupnya
Sedikit garam dan gula
1. Panaskan kuali, masukan sedikit minyak dan gorenglah ikan bilis sehingga ranggup. Angkat
2. Tumis bawang putih, bawang bombay sehingga layu kemudian masukan cili hiris dan kacau rata.
3. Masukkan kulit rambai dan kacau sehingga kulit rambai lembut.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan bunga kantan dan ikan bilis yang digoreng. Gaul rata dan angkat.
kredit Foto: secubitgaramnor67.com
3. www.secubitgaramnor67.com
Resipi asli daripada Pantai Timur. Ini yang dikongsikan oleh www.secubitgaramnor67.com.
Bagi warga Pantai Timur terutamanya Terengganu pasti ramai yang tau dengan masakan lama ni kan. Biasanya kat area kampung selalunya buat masakan ni dan selalu juga dibuat time kenduri kecilan seperti kenduri arwah. Memang sedap masakan tradsional kan, tambah lagi kalau kena dengan partnernya.
SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI
Bahan-bahan:
Buah rambai -ambil kulitnya sahaja
Petai
1 ekor ikan selayang
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
1 biji cili merah ~ dihiris serong
1/2 cawan santan fresh/pekat
1 3/4 cawan air
garam dan sedikit gula
1. Panggang ikan dan ambil isinya. Hancurkan.
2. Celur sekejap kulit rambai dan bila dah sejuk sedikit, perah airnya untuk membuang rasa masam.
3. Masukkan isi ikan, air, bawang besar, cili merah, garam, sedikit gula dan juga kulit rambai ke dalam periuk.
4. Masak hingga mendidih dan masukkan santan pekat.
5. Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular satu video tindakan seorang budak lelaki yang memberi tempat duduknya kepada seorang wanita mengandung di dalam LRT.
Tindakan tersebut sangat dikagumi dan mendapat pujian netizen. Tidak kurang yang memuji ibu bapa budak berkenaan kerana berjaya mendidiknya menjadi seorang yang prihatin.
Video yang berdurasi 59 saat itu dikongsikan oleh pengacara , Ally Iskandar itu rupa-rupanya senario yang sering berlaku di dalam pengangkutan awam seperti LRT.
ruangan kapsyennya berbunyi Okay ini anak siapa ni? mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Malah ada yang memberitahu, video tersebut adalah lakonan semata-mata
hhhusna@normahshahri Video di atas tu lakonan semata.. @allyiskandarrasmiKenapa still no post from u to clear this matter? U are partly responsible for this comment. semata.
hushsya@nur_syafiqah_mohd_fauzi yeap. @allyiskandarrasmi pasti akan buat sesuatu untuk terangkan situasi sebenar, sbb kita semua tahu dia seorang yang berkaliber bila menjalan tugasnya di dunia penyiaran. Maybe dia akan ambil pendekatan utk terangkan dalam rancangan dia host setiap pagi tu.
irfah_hasbullah@didieashikin kalau lakonan semata2 pun ape salahnye..bagi rakyat mlysia fikir sikit..sikap prihatin dah xde..rmai yg selfish..yg berlakon pun xperlu sentap ke ape..yg pnting niat dorang baik nk bg kesedaran dkat public..dah mmg klau salah tu harus trima kecaman mcm husna ngn nekpah tu..hahaaaa?
_hacena@cda_cammar patutla masa tunjuk video ni kat anak2..semua cikgu2 ni dia kenal..rupa2nya lakonan sahaja..
arahmk_usa@byhazwani_ setuju… patut letak disclaimer awal2 so people tak mengata. Netizen kita cepat melatah bab2 macam ni, so better prevent semua melatah bukan2.
nur_syafiqah_mohd_fauzi@hushsya haaa lahhh. Semua ni lakonan semata2.. tu murid dan guru2nya.. disediakan oleh: ally iskandar
hushsya@nur_syafiqah_mohd_fauzi kudos to semua pelakon yang berjaya menzahirkan kejadian sebenar yang berlaku pd ibu mengandung. Saya puji. Dan lakonan itu juga berjaya menjentik akal dan fikiran setiap rakyat Malaysia, sbb kejadian tu sebijik sgt dan mmg sentiasa berlaku di dalam LRT.
Walaupun begitu, ramai yang memuji dan mengkagumi akan tindakan adik tersebut.
amir_encemboyBagus betul budk ni semoga dah besar nanti menjadi insan yang berjaya ye dik
gelenggangkliatransitBenda baik cam gini sepatutnya bagi pujian…lebih baik jangan komen atau diam saja daripada cakap bukan2…
ctfirdausyg lelaki depan tu mengandung jugak ker? Alhamdulillah..moga budak tu jd lelaki yg bertanggungjawap nnt amiinn
hushsya@nur_syafiqah_mohd_fauzi kudos to semua pelakon yang berjaya menzahirkan kejadian sebenar yang berlaku pd ibu mengandung. Saya puji. Dan lakonan itu juga berjaya menjentik akal dan fikiran setiap rakyat Malaysia, sbb kejadian tu sebijik sgt dan mmg sentiasa berlaku di dalam LRT.