Bila penetapan  sistem penggiliran ke sekolah untuk anak-anak kita dilakukan, di mana seminggu kumpulan A dan seminggu berikutnya  kumpulan B yang perlu hadir ke sekolah.  Tidak dinafikan ada juga ibu ayah yang terlupa jadual penggiliran tersebut. Maklumlah, perkara baharu.

Lagi-lagi kalau kita sebagai ibu ayah tengah kalut dengan kerja harian, tidak dinafikan ada yang terlepas pandang atau tersalah info berkenaan tarikh-tarikh persekolahan anak-anak ketika ini.

Ini sebagaimana kisahnya yang dikongsikan oleh seorang guru ini difacebook Cikgu Hussayn.

Tunggu Mama Datang, Saya Kumpulan A

“Kakak, kenapa berdiri di sini. Tunggu siapa?” tanya saya apabila melihat seorang murid perempuan termanggu di hadapan lobi utama sekolah.

“Saya tunggu Mama datang ambil sebab saya kumpulan A.” balas murid ini dengan sopan apabila ditanya Cikgu Papa.

“Alahai kesiannya awak, kenapa rajin sangat ni.” Respon saya bergurau dan kelihatan matanya mengecil di sebalik pelitup muka yang dipakai tanda dia tersenyum.

“Tunggu Mama Datang Ambil, Sebab Saya Kumpulan A”- Tersalah Hantar, Guru Ni Teman Murid Sampai Ibunya Datang!

IKLAN

Melalui perbualan, anak ini menceritakan yang dia tidak hadir pada minggu sebelum cuti Deepavali kerana tahap dua belum perlu hadir. Maka minggu ini dia menyangka kumpulannya perlu hadir dahulu. Terdapat salah faham penggiliran kumpulan di situ.

Banyak juga perkara yang kami bualkan sementara menunggu ibunya datang ambil. Sempat juga saya bergegas lari ke Bilik Kaunseling untuk ambil roti gardenia dan air kotak apabila dia mengatakan belum sarapan pagi.

Memandangkan jadual temu janji bagi sesi konsultasi waris ialah pada pukul 9.30 pagi, saya ambil keputusan untuk menemani anak ini sahaja. Tidak lain tidak bukan ialah bagi memastikan dirinya sentiasa rasa selamat, tenang dan selesa apabila berada di sekolah.

Mohon Ibu Ayah Agar Cakna

Sambil mengunyah roti gardenia perisa coklat di hentian menunggu, matanya tidak lepas dari memandang arah pondok pengawal. Keadaan lanskap sekolah yang berbukit membuatkan kehadiran sesiapa sahaja lebih mudah diperhatikan.

IKLAN

Tidak sangka pula anak ini ramah tamah dengan saya. Anak yang kuat dari segi emosinya dan matang dari segi pertuturannya. Banyak perkara saya dapat belajar melalui perbualan kami hari ini. Apabila ibunya sampai saya mohon diri dan dia melambai dari jauh tanda berterima kasih.

InsyaAllah sebagai guru saya akan cuba bantu mana terdaya. Mohon juga jasa baik ibu ayah agar cakna tentang jadual pembelajaran anak-anak terutama di masa norma baharu ini. Pastikan kumpulan A atau B yang perlu hadir ke sekolah supaya kejadian ini tidak berulang.

Sumber : Cikgu Hussayn

 

IKLAN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI