Tahap obses ibu-ibu dengan alatan hidang dan perkakasan dapur berjenama tertentu adakalanya boleh menimbulkan tanda tanya dan misteri dikalangan anak-anak malah suami juga.
Umpamanya produk berjenama Tupperware, hanya mereka pencinta jenama tersebut sahaja tahu nilainya meskipun kalau orang lain lihat macam biasa sahaja. Mereka memang sayang sangat malah bukan sedikit dibelinya, boleh penuh satu almari dijadikan koleksi.
Bila anak-anak dan suami sudah faham dengan minat si ibu, jangan sekali-kali hilangkan apatah lagi rosakkan barangan kesayangan mereka. Jika itu terjadi, jangan hairan boleh menjadi punca kemarahan dan kekecewaan.
Seperti perkongsian seorang ibu di Facebook bernama Subaina Muhammad yang menceritakan tragedi Ogos berlaku lagi pada bulan Oktober pula. Memang tragedi Oktober betul ya…
Menurutnya, ketika dia pulang dari kerja anak sulung perempuannya itu menyambut dengan senyuman manis namun ternyata ada udang di sebalik batu kerana ada sesuatu kejadian telah berlaku sehingga merosakkan bekas kesayangan ibunya.
Tragedi Oktober
Tragedi Oktober.. Akak balik sekolah, anak yang perempuan yang sulung sambut mak dengan senyuman paling manis harini.. sambil tu dia cakap.
“Mami, mami kena redha tau. Terima kenyataan..”
Maknya masih tak faham. Kalau benda tak baik tak kan nak tersenyum manis kan.. terus maknya soal siasat apa salah dia buat.
Sekali dia kata, ” Tupperware mami kan..”
Belum habis ayat, maknya terus dapat gambaran. “Tupperware cair lagi ke?”
Ads
Dia angguk ” lepas kukus pau, kakak sidai kain lepas tu masuk kelas online, terus lupa”
Bekas tu baru je apaknya ganti bulan lepas😭😭. Sebelum tu apaknya lupa juga, dah macam kapal ufo jadinya. Cepat-cepat dia cari ganti, sejuklah hati.
Jelasnya juga, bukan sahaja steamer rosak namun kualinya juga rosak akibat kecuain anak perempuannya itu. Dia juga sempat berseloroh agar bersepakat dengan ayah mereka untuk membeli steamer baharu.
Meninjau diruangan komen bermacam-macam cadangan dan nasihat diterima dan antaranya ada juga yang menyarankan agar diganti dengan pengukus elektrik agar tidak berulang insiden tersebut untuk kesekian kalinya.
“Guna pengukus elektrik je lah, sampai masa bunyi berdeting, auto off. Selamat pun selamat. X pe lah cair tupperware, mujur x jadi apa-apa. Kalau biar lebih lama, boleh jadi punca kebakaran pulak. Duit boleh cari, nyawa tiada ganti,” tulis Sabarina Baharom memberi cadangan.
“Pernah jadi kat saya..dua2 saya yg buat..tenggek pastu pergi buat kerja kat luar..siap tanya dlm diri lagi..rumah saperr yg masak hangit ni..rupanya dlm dapor sendiri yg huru hara..tapi tetap tak mengalah..nak beli lain jugak..,” kongsi Sury Honeyda
“Sy peminat tupperware jgk.hat ni xrasa nk beli.bkn kedekut duit ka apa.cuma takut jd gini.sedihlah kalau jd kejadian begini.mau berleter k anak atau suami.tu normal la kot.benda kita syg.sy phm perasaan puan.hihi.xpe nnti beli jenis lain.hihi,” ujar Jamaliah Che Din yang juga merupakan peminat jenama tersebut.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk kita melancong ke Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan anda layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk merasai sendiri pengalaman di sana.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Apabila bergelar suami isteri, tentunya pelbagai cabaran akan ditempuhi dalam menguruskan rumahtangga. Bagi isteri pula, walaupun bekerja atau menjadi suri rumah , urusan hal anak-anak, memasak dan mengemas masih menjadi keutamaan. Malah kadang kala, jika suami tidak memahami ia akan memberi tekanan kepada dirinya. Pengakuan yang diceritakan oleh ibu kepada tiga orang anak iniini di laman facebooknya Masturah Abu Bakar memang mengejutkan tetapi penuh tersirat.
Namun, mujur suami memahami dengan turut sama membantu. Bagaimana jika ada segelintir suami yang tidak memahami. Moga perkongsian ini menjadi kita sebagai pasangan yang saling melengkapi.
BILA ISTERI HAMPIR HILANG WARAS
Semalam saya hampir hilang kewarasan. Terlalu penat berkerja di rumah dan mengurus anak-anak. Seminggu yang panjang, sendiri mengurus anak-anak. Suami tak sihat, ada kelas hingga ke malam dan ada kursus penuh di hujung minggu.
Houd meragam yang tak boleh nak dipujuk. Tidur malam tak lena. Melekat saja mulutnya menyusu. Anak2 lain juga mahu perhatian. Saya perlu masak dan bereskan hal rumahtangga dan bisnes. Saya letih. Mental saya dah exhausted. Enjin saya hampir terhenti. Isteri
Dalam perjalanan balik rumah, saya minta suami turunkan saya. Dan bertanya boleh tak saya nak berjalan kaki hingga sampai ke rumah?
Saya perlukan masa bersendiri. Melalui permintaan saya tu, suami tahu saya dah tak boleh berfikir dengan baik. Saya perlu rehat.
Bersama suami yang banyak membantu menguruskan rumahtangga
Sampai sahaja di rumah, saya masuk ke bilik. Suami layan anak2 dan tutup pintu bilik. Suami batalkan kelas petang tu sebab nak take part jaga anak2.
Saya tertidur. Rasa dah lama tak tidur selena itu walaupun hanya sejam.
SURPRISING, bangun tidur saya terus bertenaga.
Emosi saya stabil. Mental saya stabil. Badan rasa segar.
Saya boleh tersenyum.
Alhamdulillah. Dengan rehat hanya sejam, saya waras kembali.
Bayangkan kalau saya tak diberi peluang oleh suami untuk berehat? Bayangkan suami perlekeh saya dan kata saya hanya mengada-ngada? Apa tindakan saya? Macam mana dengan anak2?
Sebab itulah betapa pentingnya komunikasi suami isteri. Dan pentingnya suami yang memahami. Boleh membaca riak isteri yang dah terlalu kepenatan. Boleh bertoleransi menjaga anak2 dan beri peluang isteri berehat.
Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini sudah tersedia cara yang paling mudah. Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, hidangan ini pantas memikat selera suami dan anak-anak. Jom cuba untuk hidangan petang ini.
Bahan-bahan:
Roti Paratha Segera (sejuk beku)
Sos Spagetti segera
Sosej (dihiris nipis)
Nenas (dipotong kiub)
Bawang Holland (dipotong dadu)
Keju Mozarella
Cara membuat:
1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.
2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.
3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.
4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.
5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.
6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.
Sumber: Rafiza Idayu (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dapat digambarkan apa perasaannya bila mengetahui bungkusan pemberian daripada ibu di kampung di buangkan ke longkang. Tentunya rasa sedih, sayu malah marah dan geram bercampur baur jika diperlakukan begitu.
Inilah apa yang terjadi pada Puan Nurazila Abu Bakar, bungkusan yang ditunggu hampir seminggu tidak kunjung tiba. Alih-alih terima panggilan daripada kejiranan, kotak bungkusan berisi petai ditemui di dalam longkang.
Berkongsi kisah tersebut dia menyifatkan sebagai kejadian yang paling mengerikan dalam hidupnya.
“Ini kejadian yg paling ngeri, Ya Allah kaulah yang mengetahui setiap kejadian terhadap hamba-hambamu, dijadikan cerita petai ni dari kampung Kedah pemberian seorang ibu yang dikasihi kepada anaknya di Negeri Sembilan, menghantar melalui GnT.
“Tunggu tak sampai-sampai dah hampir seminggu lebih, tiba-tiba terima satu panggilan dari hamba Allah yang menyatakan ada 1 kotak yang beralamat sekian-sekian yang dicampak di dalam longkang berhampiran rumahnya,’ ujarnya.
Bungkusan Dari Mak
Mengetahui hal tersebut, dia akui sangat berasa pelik bagaimana kotak tersebut boleh di buang begitu sahaja.
“Ya Allah itu bungkusan dari mak saya dari Kedah. Macam mana boleh dibuang di dalam longkang, dibukanya petai yang diberi mak terlalu hitam.
“Si hamba bertanya sis nak ke barang ni, saya cakap tak apa saya ambil je, kalau nak buang pun biarlah saya buang kat rumah je.
“Dihantarnya ke rumah saya, terima kasih si hamba Allah ni banyak membantu saya.
“Bila dibawa dan di belek-belek sayang tengok petai ni, Ya Allah nak buang sayang. Saya buka satu papan, eh eh cantik lagi isinya,rendam dulu petai bagi kulitnya lembut,” ceritanya lagi.
Masih Ada Rezeki
Piun begitu, wanita ini tetap bersyukur kerana petai pemberian ibunya masih boleh diselamatkan dan dia terima seadanya. Malah turut memaafkan dan berharap tidak lagi berlaku perkara sebegitu kepada orang lain.
“Bila dibawa dan di belek-belek sayang tengok petai ni, Ya Allah nak buang sayang. Saya buka satu papan, eh eh cantik lagi isinya,rendam dulu petai bagi kulitnya lembut.
“Allamdulillah inilah rezeki yang Allah beri, terima seadanya. Tenangkan hati kuatkan iman, apa yang terjadi bukan kehendak kita, mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Saya maafkan kepada yang diamanah menghantar barang, saya harap tak ada lagi kejadian sebegini kepada orang-orang lain. Saya redha seiklas hati apa yang terjadi.”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.