Bukan senang kita hendak mengajar anak-anak di rumah, ada sahaja cabaran dan kesulitannya yang tersendiri. Apatah lagi bila diajar berkali-kali anak masih tidak mampu mengingati pelajaran yang diajar. Ketika itu, mulalah kita hilang sabar dan marah-marah kononnya kita merasakan anak tidak beri tumpuan apa yang telah kita ajarkan kepadanya.
Tapi tahukah anda, selain marah-marah adalah lebih baik kita belajar untuk mengurus emosi diri dan amalkan mengulang baca sepotong ayat yang dikongsikan oleh Aminah Mat Yusoff. Semoga bermanfaat.
Cara Uruskan Emosi Ibu Ayah Ketika Bantu Anak Belajar
1. Saya sangat memahami situasi ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kita nak memastikan anak-anak akur dengan arahan. Betapa peritnya kita nak duduk dan tekun dengan anak-anak apabila memikirkan banyak kerja hakiki yang belum selesai. Itu tak masuk lagi rutin harian yang banyak terbengkalai.
2. Kenapa kita stres, emosi dan rasa tertekan? .. Kerana kita memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Kita bukan tidak mampu tapi kita terlalu mengasak diri untuk menyelesaikan banyak perkara. Teringat peribahasa ” Yang dikejar tak dapat.. Yang dikendong berciciran” Oleh itu kita selesaikan satu-satu. Susun mengikut priority. Be cool.
3. Emosi dan perasaan tertekan menyebabkan kita rasa tidak adil dan menyalahkan pihak yang lain. Bila kita mula membuka pintu syak dan buruk sangka, tidak ada lagi keberkatan dalam usaha kita. Jika rasa penat.. Berhenti sekejap, pergilah berwuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Yakinlah ibu ayah.. Allah akan ringankan tekanan yang kita sedang alami.
4. Mesti ada Komunikasi Yang baik antara ibu ayah dan guru. Cadangkan kepada orang yang tepat. Tidak akan berakhir kepenatan kita jika sekadar meluahkan secara umum di sosial media, malah menimbulkan pelbagai komen negatif dari natizen. Lain yang kita harap, lain pula yang kita dapat. Bincang elok-elok, cadang elok-elok.. Pasti Allah beri jalan keluar untuk kita.
5. Ulang-ulang baca ayat pertama surah Al-Fath. Moga terangkat segala kesulitan dan kesukaran yang kita hadapi.
Masak rendang ni ada pelbagai cara dan rasa mengikut negeri. Menu yang wajib untuk meraikan hari raya. Namun, kini, masakan rendang sentiasa dihidangkan tanpa mengira masa.
Bagi yang teringin nak makan rendang sekali lagi, apa kata cuba pula resipi istimewa ini. Kali ini resipi ini dikongsikan oleh puan Faidhatul Arfah Ahmad iaitu Rendang Ayam Pedas Perak.
Lebih menarik, bahan-bahannya tidak diblender sebaliknya diracik halus. Katanya lagi, petua daripada arwah moyangnya bertujuan bahan-bahan masakan menjadi ‘ubat’ apabila digigit semasa makan. Ada logiknya juga petua ni. Patutlah orang zaman dahulu panjang umurnya ye.
Nak cuba resipi ni, jom ikuti selanjutnya resipi ini.
____________________________________________
Resepi rendang ini arfah belajar dari mak, ia resepi turun-temurun dari opah, arwah moyang(mak opah). Mak & opah cakap rendang yg sedap ialah semua bahan di mayang / racik halus. Zaman dulu takde blender hihihi. Dan ia menjadi ubat bila kita gigit dan makanya hihi.
Resepi rendang ni langsung tidak mengunakan minyak masak yaa. Hanya mengunakan santan. Minyak yg terhasil adalah dari santan sebab kita masak rendang ini sehingga kering & lama. Mak suruh belajar buat sebab mak pun dah tak larat nak tunggu rendang masak berjam-jam, ini cara masa secara tradisi turun-temurun
Resepi Rendang Ayam Pedas Perak
Bahan-Bahan 1) 1 ekor ayam (tak kisah nak potong berapa) 2) 15 biji bawang merah (di racik halus) 3) 13 biji bawang kecil (di racik halus) 4) 5 biji bawang putih (di racik halus) 5) 12g kunyit hidup (di blender) 6) 80g halia tua (di racik halus) 7) 33g lengkuas (di blender) 4 helai daun limau purut (racik halus) 9) 8 batang serai (racik halus) 10) Gula melaka secukup rasa 11) 4 sudu besar cili boh (bergantung tahap kepedasan yg di inginkan) 12) 2 helai daun kunyit (di racik halus) 13) 1kg santan 14) 90g kerisik 15) Garam secukup rasa
Cara-Caranya
1) Masukan ayam yg telah di cuci bersih ke dalam kuali. 2) Masukan semua sekali bahan yg di racik halus iaitu bawang merah, bawang kecil, bawang putih, halia & serai yg di racik halus-halus. Masukan juga bahan yg di blender iaitu cili boh, lengkuas & kunyit hidup. Dan masukan ke semua santan. Masak dalam api yg sederhana sahaja. Gaulkan selalu untuk mengelakan hangit. Tutupkan kuali dgn penutup sesekali bukakan penutup dan gaul-gaulkan yaa. 3) Apabila kuah sudah mula nampak macam nak kering, perlahan kan api guna api yg paling slow yaa dan masukan gula melaka, garam secukup rasa, daun limau purut yg di racik halus & kerisik tunggu lagi dlm 30 minit – 40 minit. Selalunya proses nak buat rendang ini makan masa 2jam – 3jam bergantung kepada portion yg kita masak. Kalau nk bg berkuah sedikit jgn masak sampai kering sangat okee . 4) Akhir sekali masuk daun kunyit yang di racik halus. Gaul-gaulkan sebati. Dan boleh di tutupkan api. Rendang ini mampu bertahan 3-4 hari juga bergantung cara memasak. Kalau nak panaskan semula just tambah sedikit air, jgn guna minyak masak. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat :’) NOTA : Rendang yg bahanya di blender & di racik halus akan memberi kelainan dari segi taste / rasanya. Rendang ini juga tidak perlu menumis. Hee
Sumber : Faidhatul Arfah Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina</strong terus hidup dalam ingatan ibunya apabila satu ucapan ulang tahun kelahiran yang penuh emosi mencuri perhatian ramai. Luahan “Sanah Helwah Raa” itu benar-benar menyentuh hati, menggambarkan rindu yang tidak pernah pudar walaupun insan tersayang telah tiada.
Tanggal 16 Mac pastinya menjadi tarikh yang cukup bermakna buat Noraidah Lamat. Namun kali ini, hari istimewa itu diraikan dalam suasana yang berbeza apabila beliau menzahirkan ucapan ulang tahun kelahiran buat puteri tunggalnya, Allahyarhamah Zara Qairina, yang sepatutnya menyambut usia 14 tahun.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Noraidah berkongsi rasa rindu yang mendalam terhadap anaknya. Kata-kata yang ditulis ringkas, namun cukup kuat menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya.
Dalam hantaran tersebut, Noraidah memulakan ucapan dengan kata-kata yang begitu meruntun jiwa buat sesiapa yang mengikuti kisah Zara Qairina.
“16.03.2026. Sanah Helwah Raa…
Selamat ulang tahun kelahiran, happy birthday yang ke-14 tahun buat my princess Zara Qairina binti Mahathir. Jika hari ini Zara masih ada, tarikh inilah yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun.”
Luahan itu jelas memperlihatkan kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah pudar. Walaupun anaknya telah pergi, ingatan terhadap setiap tarikh penting tetap segar dalam hati.
Bagi seorang ibu, hari lahir anak bukan sekadar tarikh biasa, tetapi hari yang sarat dengan kenangan, kasih sayang dan doa yang tidak pernah putus buat Zara Qairina.
Tidak terhenti di situ, Noraidah turut menitipkan doa yang sangat menyentuh hati buat anaknya.
“Semoga anakku ditempatkan di Syurga tertinggi mu Ya Allah, diampunkan dosa-dosanya, diangkat darjatnya dan dipelihara jasadnya.”
Doa itu menggambarkan harapan tulus seorang ibu yang sentiasa menginginkan yang terbaik buat anak, bukan sahaja ketika hidup di dunia, tetapi juga setelah pergi menghadap Ilahi.
Dalam perkongsian sama, Noraidah turut menyentuh mengenai pihak-pihak yang didakwa pernah memfitnah, menzalimi, membuli dan menyakiti hati arwah Zara Qairina, termasuk selepas pemergiannya.
Namun dalam kepedihan yang masih bersisa, beliau memilih untuk menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT.
“Kepada yang memfitnah, menzalimi, membuli, menyakiti hatinya sehingga hayat terakhirnya dan selepas ketiadaanya di dunia ini masih terus-terusan membuat cerita yang tidak sahih, justeru hari ini 26 Ramadan 1447H, saya serahkan segala urusan dan pembalasan hanya kepada Allah SWT.”
Kata-kata itu memperlihatkan kekuatan luar biasa seorang ibu dalam mendepani ujian berat kehilangan anak tersayang.
Pada masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa inkues berkaitan kes tersebut dijangka bermula pada 31 Mac 2026, sambil berharap agar segala urusan dipermudahkan.
Di penghujung hantaran, beliau menulis satu ungkapan ringkas namun cukup meruntun hati ramai:
“I Love You To The Moon And Back Raa.”
Perkongsian berkaitan Zara Qairina itu nyata mendapat perhatian ramai. Hantaran tersebut menerima lebih 1.5 ribu perkongsian dan 1.3 ribu komen, sekali gus menunjukkan betapa ramai yang tersentuh dengan luahan ibu berkenaan.
Rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sebak, selain meninggalkan kata-kata semangat dan doa buat Noraidah.
Antara komen yang ditinggalkan ialah:
“Al-Fatihah untuk arwah Zara. Selamat ulang tahun untuk arwah Zara… semoga keadilan untuk arwah. Kuatkan semangat dan hati Noie AiDa, kami sentiasa ada untukmu.”
“Hanya Allah yang lebih tahu rindunya hati ibu kepada anak tunggal kesayangannya… semoga Allah memelihara arwah dan menempatkannya di Syurga Firdaus.”
“Selamat ulang tahun untuk Zara. Walau tiada, namanya tetap hidup dalam setiap doa kami.”
“Moga Allah berikan kekuatan luar biasa pada puan dalam menempuh ujian kehilangan anak tersayang.”
Kisah Zara Qairina ini sekali lagi mengingatkan kita bahawa kasih seorang ibu tidak pernah berpenghujung. Walaupun jasad anak tidak lagi di depan mata, cinta, doa dan ingatan akan terus hidup dalam setiap hela nafas dan sujudnya.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan buat ibu arwah Zara Qairina dan menempatkan arwah dalam kalangan insan beriman serta berbahagia di syurga-Nya.
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri Datin Dr. Halina baru-baru ini selamat menimang cahaya mata kelima dan keenam. Ini merupakan kembar yang berlainan jantina dan diberi nama Eusoff dan Emelia.
Dalam satu perkongsian baru-baru ini, pasangan berkenaan mengadakan sesi photoshoot untuk kedua bayi tersebut bagi diabadikan sebagai kenangan.
Cukup menarik dan comel gelagat kembar berdua ini ketika dalam sesi photoshoot berkenaan. Namun, terdapat perkara lucu telah terjadi semasa sesi penggembaran tersebut dijalankan.
Kisah tersebut telah diceritakan oleh salah seorang jurugambar yang mengendalikan laman Instagram syarikat itu.
“Masa ni team kitorang dah atur pose baby. Time ni team masih belum tahu lagi baby bertukar,” tulisnya.
Menyedari tidak sengaja tertukar aksesori yang digayakan, mereka sempat memohon maaf dan mengakui kedua-duanya tampak comel walaupun berlainan jantina.
“Sorry Eusoff dan Emelia, aunty dan uncle tersilap but both of you look so cute,” jelas mereka.
Menurut mereka lagi, perkara itu disedari ketika Emelia mahu menyusu sambil Eusoff mengambil peluang untuk rehat dan tidur.
Memang comel dan menarik gaya yang ditunjukkan pasangan kembar ini. Berbaloi hasil yang dilakukan oleh team photoshoot ini.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...