Di saat netizen membicarakan tentang kisah selebriti yang curang dengan isterinya buat sekian kalinya, lain pula dengan selebriti ini. Dia menjadi contoh kepada lelaki lain dalam melunaskan tanggung jawabnya sebagai seorang suami.
Bukan calang-calang lelaki yang sanggup berbuat seperti mana lelaki ini. Tidak hairanlah dia menjadi idola dan mendapat pujian ramai.
Itulah yang membuatkan lelaki bernama Edika Yusof wajar mendapat penghargaan dan pujian. Kerana tidak semua lelaki bergelar suami yang mampu berada di tempat Edika.
Bukan satu tempoh yang singkat, namun atas dasar tanggung jawan sebagai suami, kecintaan terhadap isteri serta kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dia sanggup bersama dalam apa jua cabaran.
Memuat naik satu ucapan yang didedikasikan khas buat pelakon seniornya, Edika Yusof. Dalam perkongsian tersebut, jelas Que Haidar biarpun mendapat keizinan untuk berkahwin lain, namun Edika memilih untuk berada di samping dan menjaga isterinya yang lumpuh selama 13 tahun.
“Edika Yusof @edikayusofxx seorang pelakon lagenda & model, Isteri beliau lumpuh 13 tahun, beliau diizinkan berkahwin lagi, namun beliau menolak, untuk menjaga isteri beliau.
IKLAN
“Saya doakan abang dan keluarga sentiasa dilimpahkan rezeki2 yang halal dan bahagia hingga ke akhirnya.. amin.
“Untuk jadi lelaki yang baik, kau tak perlu nak jadi ustaz atau PU pun. Cukuplah ada common sense.. baik means baik.. baik tidak membawa maksud Ustaz,”tulis Que Haidar di ruangan kapsyennya.
Edika sebelum ini pernah berkongsi kisah hidupnya dan isteri sehingga tular dan mendapat pujian netizen. Ketika ditanya kenapa tak kahwin lagi satu. Tapi kata Edika,kahwin lain bukan selesaikan masalah.
IKLAN
“Mungkin isteri kedua akan sakit dan lumpuh. Jadi berapa banyak wheelchair yang perlu saya jaga. Ada yang satu ni pun Alhamdulillah dan ini adalah cabaran yang Tuhan berikan untuk saya dan saya terima dengan hati terbuka.
“Isteri juga pernah beritahu , kalau nak kahwin lagi saya dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu. Sebab saya berfikir satu hati nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan.
IKLAN
“Jadi kalau saya nak ‘pulangkan ‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama.
“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.
Hari Raya Aidilfitri kali ini diraikan dalam keadaan norma baharu seperti tidak dapat balik kampung, tiada kunjung -mengunjungi ke rumah sanak saudara dan melakukan rumah terbuka. Untuk menangani situasi genting, kita disarankan untuk melakukan penjarakan sosial.
Mungkin juga ada yang beraya keseorangan, namun walau apa sekali pun, raya tetap raya dan raikan dengan gembira. Hilangkan rasa duka dan sedih, pastinya hari raya lebih bermakna dengan adanya Huawei Y6p, telefon baharu oleh Huawei yang ditawarkan pada harga RM559 – harga berpatutan tetapi sarat dengan ciri-ciri terbaharu dan canggih.
Huawei Y6p aksesori cantik dipadankan dengan baju Hari Raya
Walaupun tidak dapat balik ke kampung, raya tetap akan tetap meriah dengan adanya Y6p. Dengan kelebihan skrin dan bateri yang besar, mudah untuk menyimpan gambar dan video dari sanak saudara serta gambar OOTD pada pagi raya·
Bukan tu je, bateri pun kena tahan lama untuk menanti panggilan telefon, video dan mesej dari keluarga dan rakan-rakan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya · Dengan Y6p tiada masalah. Lebih menarik lagi, ia didatangkan dalam 3 warna menarik yang boleh dipadankan dengan baju hari raya – aksesori cantik untuk meraikan hari raya panggilan video bersama yang tersayang·
Panggilan video bersama yang tersayang
Skrin bersaiz 6.3 inci (resolusi 1600×720), amat selesa untuk panggilan video bersama yang tersayang pada pagi hari raya untuk bermaaf-maafan dan bertanya khabar·
Bagi yang meraikan hari raya tanpa ibu bapa di sisi dan cuba untuk masak lauk istimewa hari raya sendiri, boleh membuat panggilan video bersama ibu bapa, rakan taulan dan masak bersama pada malam raya rakam memori di hari raya ·
Rakam Memori di Hari Raya
Selain itu, Y6p didatangkan dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP, sesuai untuk mengambil gambar dan video pada hari raya – seperti video ibu sedang memasak, untuk dikongsi bersama abang dan kakak yang tidak dapat balik Raya bersama
Y6p juga mempunyai ruang memori besar iaitu 64GB yang boleh menyimpan gambar dan video yang banyak. Jadi anda boleh mengambil gambar berpakaian sedondon atau mengenakan baju raya tanpa masalah. Menariknya lagi, pelanggan Huawei yang membeli peranti Y6p layak mendapatkan 15GB cloud storage secara percuma selama 12 bulan. Jadi, tidak perlu risau sama ada cukup storan untuk semua video dan gambar Raya .
Duit Hari Raya tanpa tunai
Dengan adanya kemudahan teknologi terkini, duit raya kini boleh diberi tanpa tunai· Setiap peranti Huawei termasuklah model baharu, Y6p, pengguna boleh mengakses AppGallery dimana ia menawarkan beratus app terkini untuk kemudahan ·
Antara app popular yang ada di dalam AppGallery adalah Maybank2u, Touch n’ Go eWallet, dan Boost. Alhamdullilah! Masih boleh hantar dan terima duit raya!
Menonton filem bersama di rumah
Khas untuk pengguna Huawei Y6p, mereka ditawarkan Viu Premium secara percuma untuk dua bulan. Caranya mudah sahaja, pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Member Center di AppGallery. Kod percuma boleh didapati di aplikasi Member Center ini·
Dengan adanya Viu Premium, pengguna Huawei Y6p dapat menonton pelbagai filem dan drama popular tanpa iklan, serta filem eksklusif untuk pelanggan Viu Premium.
Tunggu apa lagi, jom dapatkan Y6p yang kini boleh dibeli di kedai rasmi Huawei di kedai fizikal serta dalam talian· Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web rasmi Huawei Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau sebut sahaja Ar-Rahnu, pasti ramai wanita akan terbayangkan emas yang disimpan di situ. Bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan dan terdesak mahu mendapatkan wang, di sinilah tempat mereka untuk ‘meletakkan’ barang kemas’ atau nama lainnya memajakkan buat seketika sebelum menebus kembali.
Menerusi perkongsian Puan Faraszuiana Yazid mungkin boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu yang mahu menyimpan barang kemas di Ar-Rahnu. Bukan je selamat, bahkan ibu-ibu juga boleh mendapat barang kemas yang lebih berat dari yang sedia ada.
Tips simpanan BK di Ar-Rahnu😎 – pastikan berat BK baru yang hendak dibeli – pajakkan BK lama dengan nilai yang lebih berat (ada susut nilai) – pilih BK kecil dengan gram yang ringan seperti cincin, loket, subang. Nilai semua mesti melebihi berat BK yang hendak dibeli (lebihkan dalam 3gram) – dalam satu surat boleh letakkan maksimum 10 item – bulan pertama tebus item yang paling ringan, bulan kedua item kedua ringan, tebus setiap bulan sehinggalah abis item.
– kalau item terakhir tidak dapat tebus dalam masa sebulan. Tukarkan dengan item yang ditebus pada bulan awal2. Pastikan gram juga lebih berat untuk cover upah simpan. Tebus balik dengan item yang paling ringan. Ulang2 sehingga abis tebus ya. – kelebihannya, akan dapat perbaharui surat setiap kali ambil item, tempoh juga akan menjadi 6 bulan ke hadapan.
– upah simpan juga akan berkurangan kerana mengikut berat BK yang masih dipajak. – nilai emas selepas ditebus akan ikut harga semasa. Selamat mencuba. Tips ini berguna untuk orang2 yang ada BK kecil2 dan yang teringin untuk memiliki BK yang lebih berat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebaiknya jadikan apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup ini bersama keluarga tersayang, biarlah matlamanya untuk menuju kehidupan bahagia di dunia hingga akhirat.
InsyaAllah jika ini niat kita, pasti hidup ini dilalui dengan tenang dan bahagia walau dalam apa keadaan sekali pun.
Mengambil kisah inspirasi seperti itu, ayuh kita baca perkongsian kisah penghijrahan keluarga ini, melepaskan dunia walau mampu hidip mewah untuk akhirat. Semoga terinspirasi kisah keluarga ini.
KURANG TAPI CUKUP
“Pernah tak dengar penulis akan diuji dengan tulisannya? Jadi, agaknya penulis buku Dekor Dekor Cinta, rumahnya macam mana?”
Tergelak besar satu bilik seminar.
Bukanlah maksud saya rumah saya teruk tidak didekor. Malah, ramai yang puji akan dekorasi unik yang dihasilkan di sini. Cuma, kehidupan kami lain dari orang lain.
Sebab apa?
Sebab yang terkini, rumah kami kecil. Kecilnya benar-benar sekangkang kera.
Mungkin hanya sebesar anjung kereta rumah Tuan Puan.
Mungkin juga hanya sebesar bilik tidur master Tuan Puan.
Ya, hanya sebuah unit studio berukuran 400 kaki persegi yang hanya ada satu pintu iaitu pintu ke bilik air.
Bayangkan, kami tinggal 7 beranak dalam unit ini!
“Macam mana nak jaga aurat anak lelaki dan anak perempuan?”
“Macam mana nak bersama suami isteri?”
Ramai bertanyakan hal yang sama.
Sudah pasti itu adalah hal yang paling kami utamakan. Rumah yang sejahtera ialah rumah yang mengikut sunnah Rasullullah. Tak mungkin kami ketepikan perkara sebegitu.
“Sayang tahu tak, ustaz kata, rumah Rasullullah ketika baring kakinya menyentuh dinding. Ketika berdiri, kepalanya menyentuh siling. Malamnya Rasullullah tidur dengan alas nipis di lantai kerana takut terlena sehingga tidak bangun untuk solat malam” kata suami satu pagi selepas balik dari solat Subuh di masjid.
Benar-benar lain. Kalau dulu dialah yang sibuk dengan meeting, suka mendengar lagu dan bermain alat muzik, sekarang penuh dengan kecintaan kepada amalan soleh dan semahunya mendekati para ilmuan dan ulama’.
“Abang balik lambat. Terus sampai solat Isyak. Sekarang berada di taman syurga” message suami yang sedang mengikuti kuliah maghrib.
Alhamdulillah. Itulah yang pernah diri ini angkat tangan menadah doa. Biar banyak masa kami habis dengan majlis ilmu terutamanya ilmu agama. Bukan sibuk mengejar ‘rezeki’ yang entah bila cukup dibuatnya.
Rumah ini, siangnya lain. Malamnya bertukar menjadi lain.
Jika disiang hari, rumah ini luas seperti rumah biasa. Ada ruang dapur, ruang tamu, ruang makan, ruang bermain, ruang membaca, ruang membuat kerja dan ruang menonton.
Tetapi, di malam hari, ia bertukar menjadi ruang tidur! Tiada lagi sofa, tetapi semuanya berubah menjadi katil. Meja sisi yang tadinya meja kopi, menjadi meja lampu tidur di mana baju anak ada di lacinya.
Ruang boleh dibahagikan dengan pintu sliding yang sebelumnya bertindak seperti dinding pembahagi ruang di tepi.
Paling penting, boleh dikunci!
Apabila mendongak ke siling, ada tangga-tangga yang membolehkan anak-anak panjat ke bilik tidur masing-masing.
Loteng anak lelaki dan loteng anak perempuan.
Setiap seorang ada tempat tidurnya. Dan setiap sudut berfungsi sepenuhnya siang dan malam tanpa ada yang terbiar atau tidak terusik.
“Ini rumah orang rajin!” kata ibu saya. Apa tidaknya, mahu mengubah perlukan kudrat yang kuat. Perlukan rajin yang amat.
“Ayah rasa kalau orang tahu ni, mahu kau anak beranak masuk suratkhabar” tak habis-habis ayah dengan idea masuk suratkhabarnya.
Kata ayah, kami duduk di Malaysia tapi cara hidup sudah macam orang yang duduk di Hong Kong atau di Jepun dibuatnya.
Ada banyak sebab kenapa kami bertukar kepada kehidupan sekecil ini. Itupun tidak disengajakan. Pastinya semua orang mahukan rumah yang luas. Siapa yang mahu berlelah setiap hari untuk transform rumah malam lain, siang lain?
Tapi saya percaya, Allah letakkan kami pada situasi sekarang ini agar kami memandang banyak perkara. Allah sedang membentuk kami untuk menjadi orang yang paling bersyukur, kreatif, inovatif, rajin dan mengharapkan sesuatu dariNya.
Paling pasti, Allah swt merancang semuanya untuk kami redha dan belajar untuk melepaskan banyak hal di dunia.
Bayangkan dari tinggal di rumah yang besar, kemudian semakin mengecil, mengecil, dan terus mengecil!
7 beranak, hanya 1 almari.
Kau mampu?
Inilah perkara yang sangat sukar dilakukan.
Kami terpaksa melepaskan banyak perkara yang sebelum ini kami anggap penting.
Setelah pelbagai ujian hidup, Allah bagi kami kemanisan melepaskan banyak perkara.
Mana mungkin kita menjadi mampu jika tidak kita berada dalam kesulitan.
Mana mungkin kita menjadi mahu jika kita tidak berada dalam kesempitan.
Senang dan susah,
Lapang dan sempit,
Kaya dan miskin,
Bahagia dan derita,
Sihat dan sakit,
Itu semua bukan ukuran kebahagiaan di dunia. Tetapi itu semua asbab kita makin dekat atau makin jauh dengan sang pencipta.
Allah lebih tahu saat bila kita akan tunduk padaNya.
Kalau dulu kami alpa, kini sebelum Subuh sudah berjaga.
Kalau dulu kami sibuk, kini setiap majlis kami mahu turut meraikan bersama.
Kecil atau besar, bukan ukuran.
Andai hari ini kita terpaksa tinggal di bawah jambatan, teruskanlah kehidupan.
Dekorlah bawah jambatan itu dengan keselesaan yang mampu engkau usahakan.
Satu doaku, moga kau dan aku berjiran di syurga dengan rumah yang paling elok dan kegembiraan yang nyata.
Hidup dengan berani melepaskan barang kesayangan dengan bersedekah dan diagihkan, pasti akan membuatkan kita berasa seolah-olah menjadi sangat ringan berjalan di atas muka bumi! Tiada beban mengikut. Tiada gundah terasa.
Allahuakbar.
“Sayang, abang bayangkan kita sekeluarga mengembara satu dunia dengan caravan” kata suami banyak kali.
Hari demi hari juga dia sibuk make over sebuah van lama untuk menjadi van kembaranya.
Kalau dulu dia seorang yang sibuk mengejar kekayaan dunia, tetapi kini dia mengajak kami untuk membina kehidupan di akhirat sana.
Jika Mommy Daddy Decor bijak make over rumah orang di dunia, doakan kami juga bijak make over rumah kami di alam sana.
“Tak apalah abang. Jika kita tidak hidup mewah di dunia, Insya-Allah, akan tersiap mahligai buat kita di sana”
Mommy, pujuklah hati.
Tapi kalau ada yang ikhlas memberi, pastilah ia perlu dirai
InsyaAllah, tahun depan kami akan berpindah kali ke-10. Kehidupan jenis apakah pula?
Allah lebih mengetahui
Selamat Tahun Baru Hijrah semua!!!
Saya doakan semua yang baca post saya ini akan dilimpahi dengan ilham, kasih sayang, ukhuwah, rezeki dan barakah yang baru
Mommy Dekor
Khairunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah
Penulis buku Dekor Dekor Cinta
Keluarga adalah segalanya! Sempena Hari Ibu pada bulan Mei ini, Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur. turut menghargai ibu dengan menyediakan pakej istimewa.