Bagi yang minat berkebun di rumah, tak payah nak beli baja untuk suburkan tanaman,. Guna bahan dari dalam rumah je. Ibu-ibu lepas ni, sila simpan kulit setiap kali lepas memasak. Rupanya boleh guna untuk semai pokok.
Jom cuba perkongsian dari Puan Siti Yahaya menerusi page Berkebun Untuk Beginner. Cukup menarik kan cara ini. Bukan je jimat malah bantu suburkan pokok juga.
Siapa kat sini yang suka semai benih dalam kulit telur? Senang dan jimat kan. Tak payah beli bekas semaian. Nak ubah ke pasu besar pun mudah.
Angkat, genggam bagi pecah sikit letak terus dalam pasu. Kulit telur ni pun baik untuk tanaman, ada unsur kalsium untuk suburkan tanaman.
Sebagai ibu yang bekerja, ada masanya tidak sempat untuk menguruskan rumah terutama sekali bab nak mengemas dan membersihkan daripada sebarang habuk dan kotoran.
Usah risau buat ibu superbusy, boleh cuba buat sendiri aroma penyegar untuk rumah anda dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Langkah mudah ini membantu ibu-ibu jika mahu kediaman sentiasa wangi. Jom semak!
Lemon + Limau + Rosemary + Vanila
Gabungan rosemary dan vanila akan menghasilkan bau yang menyegarkan. Hiriskan beberapa keping buah lemon dan buah limau dan masukkan di dalam balang yang dipenuhi air. Tambahkan beberapa titis ekstrak vanila dan tiga hingga empat tangkai rosemary.
Oren + Halia + Badam
Campuran aroma yang manis dari badan bersama-sama dengan bau buah oren menghasilkan aroma yang cukup sempurna. Potong oren kepada hirisan tebal dan letakkan di dalam balang. Tuangkan air ke dalam balang. Tambahkan beberapa hriis lemon untuk aroma yang lebih segar. Anda juga boleh menggunakan beberapa hiris halia. Selepas itu, tambahkan beberapa titik esen badam.
Epal + Kayu Manis + Bunga Lawang + Bunga Cengkih
Kombinasi bahan-bahan ini akan menghasilkan bau yang segar dan pada yang sama turut menghasilkan bau yang menyenangkan sesuai dengan mood musim panas yang sejuk. Potong beberapa hiris buah epasl dan masukkan hirisan ke dalam balang dan tuangkan air. Tambah beberapa batang kayu manis dan beberapa keping bunga lawang dan bunga cengkih. Anda boleh mengubah suai aroma ini dengan menukar nisbah bahan-bahan ini mengikut bau yang anda inginkan.
Timun + Basil +Serai
Jika anda inginkan aroma yang merangsang deria, tiga bahan ini sangat sesuai dengan anda kerana bau tajam basil yang dicampurkan dengan kesegaran timun dan serai akan menjadi aroma kegemaran anda. Potong beberapa keping timun dan letakkan di dalam balang yang sudah berisi air. Tambahkan beberapa tangkai selasih (anda juga boleh menggunakan selasih keirng) dan tambahkan juga beberapa titik minyak pati serai.
Lemon + Thyme,+ Pudina + Ekstrak Vanila
Bau yang dihasilkan oleh thyme sangat sesuai jika digabungkan bersama lemon dan pudina. Hiriskan beberapa keping lemon dan masukkan ke dalam balang. Tambahkan air dan kemudian tambahkan beberapa tangkai daun pudina dan thyme yang segar. Anda juga boleh menggenakan daun pudina dan thyme yang kering. Ia mudah didapati di pasaran berhampiran anda. Akhir sekali, tambahkan beberapa titik esen vanila.
Sumber: impiana.my & google (gambar)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jodoh pertemuan, ajal maut segalanya ditentukan oleh Dia Yang Maha Esa. Biar sebaik mana sekali pun perancangan kita, namun Dia yang lebih berkuasa. Begitulah susun atur Tuhan yang sudah tertulis kerana Dia tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan.
Demikian juga dengan kisah keluarga ini apabila salah seorang daripadanya pergi buat-selama-lamanya dalam kemalangan jalan raya di Hulu Terengganu pada awal pagi Khamis lalu.
Kepiluan dihati hanya Tuhan yang tahu. Kegembiraan hanya seketika, difahamkan, pasangan tersebut bersama seorang anak lelaki tunggal mereka dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Pulau Perhentian di Besut untuk menyambut ulang tahun suaminya pada hari kejadian.
Namun, ternyata Allah telah merancang sebaliknya. Siapa sangka, pada hari ulang tahun suami rupanya menjadi hari terakhir hayat si isteri di dunia ini.
Isteri yang disayangi, Zahratul Ardiah Ismail, maut di tempat kejadian manakala suaminya Mazlan Machap, mengalami luka parah. Anak tunggal mereka, Zhariff Mufeed Mazlan yang berusia lima tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Apa yang meruntun hati ramai, apabila arwah si isteri sempat menitipkan ucapan ulang tahun terakhir buat suaminya beberapa jam sebelum nahas itu berlaku.
Seolah-olah sudah mengetahui tiada lagi ucapan hari lahir buat suami tersayang selepas ini, setiap kata-kata ucapan itu dikarang dengan penuh perasaan.
UNTUK SUAMI TERSAYANG..
Hitammu sentiasa menawan..
SELAMAT HARI LAHIR !!! Semoga abang dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia juga akhirat.
SELAMAT HARI LAHIR !!! Semoga dengan bertambahnya usia, menjadikan abang insan yang mulia.. Bertambah iman dan amalan, sentiasa menjadi imam buat kami. Semakin umurnya barakah, pahala bertambah dan segala urusan dipermudahkan..
SELAMAT HARI LAHIR !!! Pada hari ini, moga apa jua impian yang abang impikan selama ni, semoga Allah SWT menjadikan itu kenyataan.. Apapun rencana yang akan abang buat, semoga semua itu tercapai.. Semoga kegembiraan mengisi dirimu dalam setiap waktu.. Semoga abang mendapat keberkatan dan sentiasa dalam redha Allah SWT.
SELAMAT HARI LAHIR !!! Waktu berjalan tiada henti.. Mengiringi bulan dan juga mentari, yang terbit setiap hari.. Mengiringi usiamu yang terus bertambah hari ke hari.. Hingga saat ini.. Selamat hari lahir SUAMIKU !
SELAMAT HARI LAHIR !!! Dari lubuk hati yang paling dalam.. Tiada kata dapat zah ucapkan untuk menghiasi hari-hari yang penuh bermakna ini.. Dan hanya doa yang mampu zah panjatkan untuk abang.. Semoga Allah selalu melindungi dirimu..
SELAMAT HARI LAHIR Zah dan Zhariff sayang abang selalu.. terima kasih kerana sentiasa menjaga makan minum kami..
HAPPY BIRTHDAY.. HAPPY BIRTHDAY.. !!!! HAPPY BIRTHDAY TO YOU… HAPPY BIRTHDAY TO YOU…!!!
Sementara itu, rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen di dalam posting tersebut dengan menzahirkan ucapan takziah ke atas mangsa. Ramai yang ternyata tidak mampu menahan rasa sedih di atas apa yang berlaku.
Moga Allah menempatkan arwah di dalam kalangan orang beriman, memberikan kesembuhan pada si suami serta ketabahan kepada anak dan keluarga yang ditinggalkannya. Al-Fatihah.
Kita selalu dengar orang bercakap cara mana kita melayan anak-anak cara itu jugalah nanti anak-anak akan melayan kita kelak. Jika kita acuh tak acuh dengan mereka, begitulah juga mereka tidak akan ambil berat tentang kita bila sudah tua nanti. Apa pun, usaha dan doa perlu disertakan agar anak-anak yang kita lahirkan dapat membesar dengan emosi yang sihat dan menjadi anak yang baik.
Menyentuh tentang cara bagaimana ibu ayah boleh lakukan ketika membesarkan anak-anak, bolehlah ikuti perkongsian daripada Dr Redza Zainol sebagai panduan. Dr Reda ada menyenaraikan 10 perkara, sama-sama hadam dan praktikkan.
Buat 10 perkara ni kalau nak anak membesar dengan kesihatan emosi yang sihat.
1. Pandang mata dan letak phone ke tepi bila bercakap dengan anak.
2. Selalu peluk cium semua anak tanpa pilih kasih.
3. Gunakan nada suara yang rendah bila bercakap dengan anak.
4. Lebih banyak mendengar cerita anak daripada marah dan menengking. Response and not react.
5. Pantau bila anak guna gajet. Jangan percaya pada semua kandungan video yang mereka tengok.
6. Lebih banyak beri kata galakan daripada mengugut anak.
7. Jangan bagi semua yang anak kita minta. Kita didik supaya mereka faham ada perkara mereka kena usaha untuk dapatkan.
8. Hargai setiap hasil kerja anak walaupun tak sempurna. Mereka gunakan kita sebagai cermin untuk mengesahkan (validate) emosi sendiri.
9. Jangan berbohong pada anak walau niat untuk mendidik. Jelaskan perkara ikut perkembangan usia mereka.
10. Tanya bagaimana hari mereka setiap hari. Jadilah tempat utama untuk anak luahkan emosi mereka.
Barulah bonding kita dengan anak jadi lebih kuat berbanding bonding anak dengan kawannya. Bila mereka jadi remaja, anak lebih dengar cakap kita banding dengar cakap kawannya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.