Memang benar, setiap yang bergelar suami isteri inginkan rumahtangga bahagia kekal sehingga ke akhir hayat. Namun kadang, ada pihak ketiga atau badai yang mendatang, maka timbulah krisis dalam rumahtangga.
Menurut Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, ia lumrah apabila pasangan mengalami fasa andropaus bagi lelaki dan wanita pula fasa menopaus. Namun krisis rumahtangga pada fasa ini dapat diatasi apabila kembali kepada fitrah rumah tangga supaya dapat mengawal perubahan biologi dan psikologi ke arah kebaikan. Jom kita semak perkongsian ustaz ini. Jangan lupa tag kepada pasangan anda.
PETUA CINTA UNTUK ‘ORANG LAMA’
Suami isteri akan dilanda satu krisis tabii yang dinamakan oleh pakar-pakar psikologi sebagai krisis pertengahan umur. Pada waktu itu, hormon testosteron akan berkurangan dan menyebabkan sering berlakunya beberapa perubahan yang “mengejutkan”.
Ads
Kaum lelaki akan mengalami fasa andropaus yang mengakibatkan kurang daya rangsangan seks, cepat rasa letih, perubahan emosi seperti cepat marah, cepat merajuk, mudah terasa tertekan dan mood yang berubah-ubah.
Pada waktu inilah lelaki akan diserang oleh pelbagai rasa yang meresahkan. Antaranya ialah dia mula berasa tidak bahagia dengan hidup dan gaya hidupnya sendiri.
Manakala dalam hal interpersonal pula, lelaki mula berasa bosan dengan individu-individu yang berada di sekelilingnya. Dari sudut kerjaya dan hobi, tiba-tiba ada bidang lain yang menarik minatnya. Dia seolah-olah menjadi remaja buat kali kedua walaupun dalam keadaan tenaga dan upaya yang semakin menyusut.
Lelaki andropaus juga dilanda penyesalan tentang pilihan-pilihan yang telah dibuatnya dalam hidup. Mengapa aku memilih yang ini, tidak yang itu? Sampai satu tahap, dia berasa marah dengan isterinya dan rasa terikat dengannya.
Ads
Malah, lebih menggerunkan apabila mula timbul keinginan untuk menjalin hubungan baru. Jangan terkejut jika pada usia ini lelaki yang selama ini “pijak semut pun tak mati” akan berlaku curang!
Bagi kaum wanita pula mereka akan mengalami fasa menopaus. Tahap ini juga melibatkan perubahan fizikal, tingkah laku, emosi dan kejiwaan.
Perubahan ini boleh menghala kepada kebaikan mahupun sebaliknya. Wanita yang mengalami fasa ini akan terdorong untuk lebih berdikari dan mandiri.
Fokusnya lebih kepada ke“aku”annya. Dia ingin memiliki kemampuan kewangan sendiri, hobi dan objektif sendiri dan pelbagai lagi yang “sendiri”. Pada waktu itu, ada wanita yang mengejar kembali atau “qada” semula apa yang tidak dapat dicapainya semasa muda.
Ads
Walau apa pun krisis yang melanda diri suami dan isteri, Islam punya cara untuk menangani krisis pertengahan umur. Islam ialah agama fitrah yang mampu menghadapi perubahan dalam fitrah kehidupan berumah tangga.
Selagi berpegang kepada akidah, syariat dan akhlak Islamiah, lelaki andropaus dan wanita menopaus akan dapat mengawal perubahan biologi mahupun psikologi ke arah kebaikan.
Hakikatnya, siapa kita sewaktu tua dicorakkan oleh masa muda kita. Jika cinta kita dibina atas tujuan beribadah, maka tujuan itu mampu mempertahankan kita daripada landaan godaan, cabaran dan masalah yang datang bersama krisis pertengahan umur.
Jika pangkal jalan kita benar, betul dan kukuh maka mudahlah kita kembali ke pangkal jalan itu…maka kembalilah ke pangkal itu.
(InsyaAllah, akan ditulis nanti tips-tips untuk kembali ke pangkal perkahwinan)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hasrat pelakon, Syatilla Melvin untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila kandungannya gugur ketika berusia dua bulan.
Syatilla atau nama lengkapnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 26, berkata,berita sedih itu disahkan oleh doktor selepas dia membuat pemeriksaan kesihatan semalam.
“Jika diikutkan semalam, saya dan Shaheizy Sam nak tengok degupan jantung anak kami, tapi tak ada dan doktor pun kata saiz tak membesar mengikut perkembangan kandungan.
“Doktor sahkan perkembangannya tak sempurna. Bayi masih ada tapi terbantut, kena tunggu seminggu atau dua minggu lagi. Kalau tak, terpaksa buat D&C (cuci rahim).
“Ikutkan saya niat nak puasa penuh sebab mengandung kan. Tetapi tak ada rezeki. Semalam ikutkan pergi buat pemeriksaan untuk mendengar ‘heart beat’ dan usia bayi, doktor beritahu berita buruk ini.
“Sepatutnya usia dia 8 minggu macam tu. Dua minggu lepas memang saya ada buat pemeriksaan tetapi saiz kecil, jadi doktor minta datang semula (semalam). Dan hasil pemeriksaan memang sama, jadi tak boleh nak teruskan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran LB Creuset X Syatillah Melvin Nasi Daging Telentang.
Sambil meluahkan kesedihan, isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam itu menganggap belum ada rezeki untuk dia dan suami menambah ahli baru.
Syatilla yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 pernah keguguran sebelum dikurniakan cahaya mata sulung, Syeriv Samheizy yang kini berusia 4 tahun. Kemudian, pasangan ini dikurniakan anak kedua, Sarima Samheizy, 2 tahun.
“Sebenarnya, ini kali ketiga saya keguguran. Kali pertama, sebelum Syeriv dan kedua sebelum Sarima.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah pasangan suami isteri ini cukup menyentuh hati, susah senang ditanggung bersama. Cinta dan kasih sayang mendorong wanita ini untuk menderma buah pinggangnya kepada sang suami yang sedang sakit.
Itu itu yang dilakukan oleh isteri Mohd. Eyzendy Aziz atau lebih dikenali sebagai Along Eyzendy.
Along Eyzandy mengatakan yang dia pasrah dengan ujian yang dihadapinya ini kerana menganggap apa yang dihadapinya itu merupakan penghapus dosa-dosa kecil.
Dia lebih kuat lebih cekal dan lebih positif. Dia ambil keputusan yang belum tentu semua orang mampu untuk melakukannya. Termasuk aku. Aku sgt bertuah alhamdullilah.. Mohon kalian doakan keselamatan kami berdua menghadapi ujian ini.
Keinginan isterinya untuk mendermakan sebelah buah pinggang bermula apabila menemani Along setiap kali menjalani pemeriksaan doktor.
“Doktor beritahu cara untuk pulihkan buah pinggang sepenuhnya ialah menerusi pemindahan buah pinggang. Dari situlah isteri kata dengan doktor, dia berminat nak buat.
“Mulanya saya terkejut juga. Dia cakap buat ujian dulu untuk tengok keserasian. Dia nak dermakan buah pinggang kanan.
“Setahun juga kami ambil masa untuk buat pemeriksaan untuk tengok hasil. Kebetulan darah kami sama jenis AB. Alhamdulillah isteri pun sihat tiada apa-apa penyakit.
“Saya memang tak dapat nak balas jasa dia. Saya harap dan mendoakan syurga buatnya,” kata pelakon Along Eyzendy mengulas pengorbanan isterinya, Hamidah Mohd. Yatim yang mendermakan buah pinggang kepadanya.
Perkahwinannya dengan Hamidah, seorang suri rumah tangga dikurniakan tiga anak. Along sebelum ini dilaporkan menghidap sakit buah pinggang kronik.
Baju sekolah yang berwarna putih memang sukar hendak dijaga keputihannya setelah seharian anak-anak kita memakainya. Lazimnya, anak-anak kita akan pergi ke sekolah dengan berpakaian kemas dan pastinya putih bersih. Namun setelah pulang daripada sekolah, keadaannya jauh berbeza, comot dan berdaki!
Hal ini membuatkan kita sebagai ibu akan dengan sendirinya membebel kepada nak-anak dengan harapan mereka lebih prihatin dalam penjagaan kebersihan pakaian di masa akan datang.
Namun cara ini tidak berhasil bahkan kita jugalah yang terpaksa menyental setiap hari untuk pastikan baju anak-anak kekal bersih setiap kali dicuci. Lama kelamaan tugas memcuci pakaian sekolah menjadi lebih sukar dan memenatkan.
Tapi bila anda mengetahui ada cara lain yang lebih mudah dan dijamin putih bersih hasil cuciannya, tentu anda akan tersenyum senang masa ini. Ini melalui perkongsian Puan Zakiah melalui pengalamannya mencuci pakaian sekolah anak-anaknya.
Jadi buat anda yang berdepan dengan masalah hendak mencuci putih bersih baju sekolah anak-anak, ikuti langkah ini. Selamat mencuba!
Bahan-bahannya:
Sabun A1 (beli kat kedai Eco)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
Cara-caranya:
1. Masukkan baju sekolah agama dulu ke dalam mesin basuh.
2. Bubuh sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Bubuh air.
5. Guntingkan suku sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau yang ada kesan kotoran yang lain. Lepas tu jangan lupa masukkan dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh.
8. Pergilah keluar berjimba dengan anak-anak dan suami. Disarankan pergi shopping atau makan berat. Setakat minum cendol bawah pokok tak sempat siap.
9. Balik rumah dah siap.
10. Sidailah baju putih tersebut dan lihatlah kebersihannya.
Sumber : Zakiah Hassan
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di