Meruntun jiwa apabila membaca kisah adik Mohammad Afiq yang telah mengambil keputusan drastik mahu memotong terus kakinya akibat kanser tulang yang hidapinya sejak usia 13 tahun. Dengan niat hati tidak ingin menyusahkan kedua ibu bapanya. Ibunya Ayahnya jurujual astro dan ibu pula berniaga apam balik.
Kisah perjuangan Afiq yang bersemangat wajar dan bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini sungguh sebak. Kisahnya ini dikongsi laman facebook seorang sukarelawan Puan Natipah Abu. Nyata sebuah perkongsian kemanusiaan yang sungguh menyentuh jiwa kita sebagai ibu bapa yang punya anak-anak sihat tubuh badan. Ikuti perkongsian ini.
Ikuti seterusnya luahan isi hati Afiq melalui petikan daripada laman facebook puan Natipah Abu. Sebak membaca luahan anak ini.
DARI ISI HATI AFIQ – PEJUANG HEBAT .
“ Saya disahkan kanser tulang tahap dua ketika berumur 13 tahun. Sejak itu bermulalah perjuangan saya. Bukan mudah bagi saya menerima dan menempuh semua ini tetapi apa pilihan yg saya ada ? . Menangis? . Bohonglah kalau saya kata saya tak menangis apatahlagi masa kaki saya disahkan kanser .. saya baru berumur 13tahun tapi saya sudah tahu apa itu kanser. Saya menangis dan memberitahu mama, saya akan bunuh diri jika kaki saya dipotong. Begitulah takutnya saya pada waktu itu. Sebaik disahkan kanser .. saya menjalani kemeoterapi. Kemudian .. tulang kaki saya dibuang dan digantikan dgn besi supaya saya dpt berjalan semula. Saya sangka .. dgn buangnya tulang kaki itu .. saya tak perlu menanggung apa-apa kesakitan lagi. Rupanya saya silap. Episod ngeri pun bermula di situ. Sejak itu .. saya terpaksa menanggung sakit yg amat sgt bilamana kaki saya selalu saja terkena jangkitan kuman. Dahulunya … saya sangat aktif bersukan namun kanser itulah pencetus segalanya tinggal sbg kenangan saja. Selepas pembedahan memasang besi pada pada pertama kali .. saya terpaksa menjalani 27 kali lagi pembedahan yg berkaitan dgnnya di bahagian kaki. Sakit dan siksa hanya Allah saja yg tahu setiap kali luka kaki perlu dicuci. Kulit saya yg ellergy dgn besi membuat keadaan makin buruk. Saya menangis setiap kaki dicuci. Saya juga menangis kerana mengenangkan mama dan abah saya bukan org senang. Habis wang ringgit mereka digunakan utk merawat kaki saya. Tak cukup dgn hospital kerajaan .. saya dibawa ke swasta kerana kaki saya selalu saja sakit dan bernanah. Sampai satu saat … saya rasa bersalah pada adik-adik. Duit yg sepatutnya digunakan utk membeli keperluan adik-adik … semuanya dihabiskan utk kaki saya. Terasa sangat saya seolah telah mengambil hak adik-adik. Kemuncaknya … doktor memberitahu saya perlu menjalani satu lagi pembedahan utk mengeluarkan besi yg dipasang itu utk dicuci kerana besi juga ada kuman. Ini bermakna saya perlu menjalani proses awal semula. Saya sudah tidak sanggup menyerahkan kaki saya utk disiang lagi. Kesakitan yang ada sekarang pun sudah tidak tertanggung … hendak ditambahkan lagi. Sekarang saya sudah 17 tahun .. apabila masuk wad , saya akan ditempatkan bersama orang dewasa. Saya juga terpaksa menanggung kesan sikologi lagi bila berada di wad org dewasa atau lebih tepat di wad org tua. Akhirnya .. saya membuat keputusan utk memotong kaki. Bila saya tanyakan mama dan abah.. memang keduanya tidak setuju tetapi saya sudah tidak sanggup lagi menanggung segalanya. Mama dan abah akhirnya akur dgn keputusan saya. Saya sendiri jugalah yg memberitahu doktor tentang keputusan saya . Sama seperti mama dan abah … doktor juga terperanjat. Tapi beliau menerima keputusan saya .
Satu saja yg tanam dlm hati … tiada kaki bukan bermakna saya tidak boleh berjaya. Jadi, saya tak perlu bersedih semata-mata kerana tiada sebelah kaki.
Sebagai anak sulung .. saya sedar, saya kena kuat sbb sayalah harapan dan contoh kepada adik-adik.
Alhamdulillah … sekarang saya dah selamat potong kaki dan sekarang saya rasa diri saya macam normal semula. Tiada lagi kesakitan yg perit dan pedih.
Yang penting saya sudah boleh tersenyum semula walaupun kini saya sudah kehilangan kaki. Dan walaupun saya kini sudah kehilangan kaki .. saya tidak sama sekali merasakan saya ini cacat. Bahkan … saya rasa saya sudah mendapatkan diri saya yang dulu semula. Saya mohon semua utk terus mendoakan saya agar pembedahan ini berjaya sepenuhnya dan saya sembuh spt sediakala.
Saya rindu rakan-rakan sekolah. Tidak sabar rasanya menunggu kesan pembedahan ini sembuh utk saya mula menggunakan kaki palsu.
Saya ingin kembali ke sekolah semula dan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Biarpun sejujurnya saya trauma dgn pembedahan sebelum ini .. saya bersyukur kepada Allah kerana masih panjangkan umur saya dan memberi saya ujian yang tak ternilai untuk saya terus dan terus berjuang. Kepada mama abah dan semua yang mendoakan kesihatan saya, terima kasih sangat sangat. Hanya Allah saja yang mampu balas jasa baik mama-abah yang banyak bekorban utk saya selama ini dan terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa Kepada mama dan abah yang teramat dikasihi … Insyallah, satu hari nanti Abang akan balas jasa mama dan abah. Abang sayang mama dan abah sangat sangat
Yg benar, Afiq
Moga kita muhasabah diri dengan coretan ini. Ringan sama dijinjing berat sama dipikul, kepada yang sudi memberi bantuan kewangan untuk meringankan beban kedua ibubapanya menyediakan kos rawatan perubatan buay Afiq boleh menyalurkan sumbangan di
Apabila mempunyai peribadi yang mulia dalam diri sudah tentu kehidupan diri dan keluarga dipermudahkan.
Begitu juga sikap santun diri pastinya akan mempengaruhi pemikiran dan setiap tindakan.
Namun begitu yang terjadi kepada sepasang suami isteri ini yang alpa kepada peribadi mulia.
Sepasang suami isteri ditahan polis atas kesalahan merentas negeri tanpa surat kebenaran selain menghalang penjawat awam ketika melalui pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) COVID-19, di Jalan Junjong, Kulim semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, anggotanya menahan kereta jenis Honda Jazz hitam yang dinaiki pasangan suami isteri itu bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.
Beliau berkata, pasangan itu dari arah Pulau Pinang memaklumkan, mereka mempunyai urusan pertukaran sekolah anaknya ke Kedah namun gagal menunjukkan surat dokumen berkaitan persekolahan.
Anggota polis berkenaan cuba menjelaskan secara berhemah dan tegas kepada pasangan berkenaan bahawa sebarang pergerakan rentas negeri tidak dapat dilakukan sekiranya tiada surat kebenaran.
Anggota polis itu kemudian meminta kad pengenalan dari lelaki berkenaan untuk pemeriksaan rutin namun pasangan suami isteri itu keluar dan memaki hamun anggota terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azhar berkata, berikutan itu pasangan berusia 37 dan 40 tahun itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk tindakan lanjut manakala kanak-kanak berkenaan dibebaskan dan diserahkan kepada ibu saudaranya.
Beliau berkata, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).
Manakala isterinya ditahan mengikut Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No.2) 2021,” katanya.
Sumber: Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peribahasa Melayu ada menyebut, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Mungkin ini paling tepat untuk mengaitkan perkongsian hebat daripada cikgu ini yang dikenali di facebook sebagai Shahidan Shuib.
Diharapkan, ianya dapat ‘menjentik’ hati dan ‘meniupkan’ semangat untuk lebih rajin melakukan sesuatu yang boleh menjana pendapatan keluarga.
Yakinlah setiap usaha yang dilakukan dengan sepenuh hati pasti ada kemanisanya. Mahu berjaya bukan mudah, tapi bukan mustahil!
Untuk itu,ayuh kita serap semangat yang ditulis oleh cikgu ini untuk memulakan langkah ke hadapan.
INI PERKONGSIANNYA
Tak perlu ada studio box untuk dapatkan foto yang cantik untuk ‘food photography’. Mesti pandai manipulasikan cahaya. Semuanya tentang cahaya. Perlukan ilmu. Mulakan dengan Youtube.
Tak perlu kamera DSLR yang mahal pun untuk dapatkan ‘shot’ yang cantik. Cuba dapatkan ‘shot’ angle yang dekat, hampir dan posisi yang berbeza.
Tak perlu mesin pemutar Kitchen Aid yang harganya 3K lebih untuk menghasilkan kek yang sedap. Yang kita perlu tahu ialah ‘not to split batter’ jangan sesekali terjadi pecah minyak mentega dengan telur. Yang kau perlukan ilmu dan latihan demi latihan.
Tak perlu Iphone termahal sekali pun untuk untuk komunikasi pantas, efektif dan berkesan.
Kami kumpul duit berdikit-dikit dan hanya letak ketuhar industri kami atas lantai sahaja. Kami kemudiannya berdikit-dikit simpan duit untuk belikan mesin pemutar industri. Bukan Kitchen Aid ya.
Mitos ‘ oh aku tidak ada benda/perkara itu ‘ jadi aku tidak boleh buat’ adalah mitos dan palsu. Alasan. Buat sahaja. Just do it. Janji dengan ilmu.
Oh aku perlukan kamera DSLR yang mahal untuk foto yang cantik. Kaji, belajar ilmu.
Oh aku perlukan studio light box baru gambar nampak cantik. Palsu. Aku hanya guna papan kayu buruk sahaja.
Oh aku perlukan aplikasi “scrievener” (aplikasi menulis untuk penulisan efektif) untuk penulisanku yang berkesan. Mitos. Aku menulis secara ‘long hand’ tulisan tangan dalam buku nota kosong sahaja sebelum menaip semula dalam Words. Lagi therapeutic.
Usah tunggu semua itu atau mengimpikan sesuatu baru mahu lakukan sesuatu. Kalau aku ada dapur sebesar surau baru aku boleh buat bisnes baking. Kalau aku ada bilik menulis menghadap pantai, baru tulisan aku berkesan.
Mitos, mitos, mitos.
Improvise. Learn. Innovate. Belajar. Kaji. Baca dengan bersungguh-sungguh. Mula memiliki Kamus Dewan untuk menambah kosa kata baharu. Jangan merungut kosa kata dan bahasa masih lemah jika masih tidak membaca dan membaca lagi. Beli buku resipi jika mahu pandai membuat kek. Berani gagal, kek jadi bantat sampai hitam hangus.
Aku pernah menghasilkan kacang badam karamel yang hangus dan pahit. Buang terus tak boleh digunakan. Buat balik. Isteri aku suruh buat balik.
Isteri aku pernah membuat kek Pastry Fruit Cake yang buahnya terus tenggelam ke bawah.
Tidak seperti di foto bawah. Dan, isteri aku menangis kerana Italian Meringue Gula Melaka tidak menjadi sungguhpun putarnya begitu lama.
Aku cakap depan isteri aku
” Tak sedap. Kalau abang jadi pembeli dan rasa krim ni, abang tak akan tempah lagi. Buat balik ”
Dia buat balik. Kami pernah gagal sebelum berjaya.
Tapi, kami tidak pernah ‘give up’. Putus asa untuk orang yang lemah. Manuskrip buku aku ditolak lebih 3 penerbit sebelum berjaya dipilih. Anne Rice ‘Interview With Vampire’ manuskripnya ditolak berbelas-belas penerbit. Begitu juga JK Rowling.
Kalau aku tak ada semua itu aku tak boleh buatlah apa yang aku nak! Palsu.
Akhirnya, setelah bertahun-tahun membaking barulah kami memiliki mixer Kitchen Aid. Sebelum menikmati hasilnya kau harus menderita gagal-gagal-gagal lagi dan cuba lagi sehingga kejayaan datang manis menguntum.
Tak tahu? Syarikat Google dimulakan bisnesnya dengan pejabatnya dalam garaj kereta rumahnya sahaja.
Sangat anti orang yang malas dan suka beri alasan, please bore someone else.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...