Air kelapa banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita terutama untuk dijadikan penawar kesihatan. Airnya terkandung di dalam tempurung kelapa muda. Secara semula jadi air kelapa berasa manis namun mempunyai nilai kalori yang rendah.

Kandungan air kelapa adalah 94% air dan mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dicernakan dalam bentuk gula dan elektrolit. Selain daripada itu ia juga mengandungi pelbagai jenis hormon tumbuh-tumbuhan, enzim, asid amino, vitamin c dan boleh menjadi sumber yang baik untuk garam potasium (k+).

Air kelapa selalunya diambil sebagai minuman untuk melegakan kehausan atau kekurangan air dalam tubuh yang disebabkan oleh cirit birit atau selepas senaman. Air kelapa juga juga pernah digunakan dalam situasi kecemasan sebagai pengganti kepada air yang digunakan untuk dehidrasi tubuh.

Terdapat juga beberapa kajian yang menunjukkan air kelapa boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi). Walau bagaimanapun lebih banyak kajian pembuktian diperlukan untuk mengesahkan khasiat air kelapa terhadap manfaat kesihatan tubuh.

Dalam kita menghadapi masalah jerebu ini, dikatakan air kelapa antara minuman yang dapat membantu mengembalikan tahap kesihatan. Selain air kelapa, air limau juga dikatakan sangat bagus diamalkan ketika musim jerebu ini. Info ini dikongsikan oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

IKLAN

Waktu Jerebu Kena Amalkan Minum Air Kelapa & Air Limau Nipis. Profesor Ni Kongsikan Sebabnya!

Minum air kelapa & air limau nipis ketika jerebu

IKLAN

Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yang terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen didalam sel melalui sistem pernafasan yang terancam.

Jangan lupa minum air kelapa dan limau nipis ketika bencana ini.

IKLAN

Waktu Jerebu Kena Amalkan Minum Air Kelapa & Air Limau Nipis. Profesor Ni Kongsikan Sebabnya!

Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel. Limau nipis adalah vitamin C asli yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yang lebih berbahaya.

Tak salah andai kita nak amalkan untuk tujuan kesihatan bukan, tapi berpada-pada jangan berlebihan sehingga mendatangkan kemudaratan lain. Jika ada masalah kesihatan, sebaiknya dapatkan rawatan dengan pakar terlebih dahulu supaya tidak menimbulkan implikasi lebih buruk, terutama dalam waktu jerebu sebegini.

Kredit: Prof. Dr Norhisham Wahab & Kementerian Kesihatan Malaysia

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI