Mempunyai wang yang banyak atau sikit, itu bukan ukuran sebenar untuk tentukan mantap atau tidak sumber kewangan sesebuah institusi rumah tangga.
Andai tanpa ada pengurusan kewangan yang bijak, wang setinggi gunung pun tidak akan pernah cukup!
Oleh sebab itu, alangkah bagus sekiranya seorang isteri juga mampu bertindak sebagai menteri kewangan disisi suaminya agar pengurusan kewangan keluarga menjadi lebih terurus.
Jadi apa kata ketahui terlebih dahulu apa yang suri rumah perlu tahu tentang kewangan keluarga sebagaimana yang dikongsikan ini. Jom semak.
Apa yang suri rumah perlu tahu tentang kewangan keluarga?
1. Komitmen bulanan keluarga. Berapa bayaran pinjaman bank untuk rumah, kereta, bil air, bil letrik, yuran sekolah taska anak dan lain-lain.
2. Insurans keluarga yang ada samada perubatan, simpanan mahupun hibah.
Ads
3. Pendapatan suami tidak kira makan gaji atau dari pendapatan sampingan.
4. Simpanan yang ada seperti tabung kecemasan, duit pergi Umrah/Haji.
5. Hartanah yang ada. Disewakan, atau tanah lot kosong, dah habis bayar ke belum.
Ya, memang banyak dan mungkin benda ni kita tak pernah tahu atau dengar, namun sebaiknya mulalah ambil peduli segera.
Kalau boleh, dalam keluarga pastikan setiap perbelanjaan ada tracking dan bajet yang mana suami isteri berkongsi maklumat. Contoh macam saya dan suami, kami ada google sheet yang boleh dilihat bersama. Jadi semua perbelanjaan keluarga saya tahu.
Ads
Dari sekecil beli jajan dan air kotak dikedai untuk minum sehingga modal iklan untuk kerja hartanahnya, walau suami tak cerita, saya tahu. Alhamdulillah, dengan begini mudah saya nak bantu mana yang mampu serta berdoa untuk rezeki suami dan keluarga.
SPA hartanah dan polisi insurans yang ada untuk keluarga kita simpan sama-sama. Apa yang cover, apa tak dicover semua biar dihujung jari kita.
Berapa jumlah simpanan, dah cukup ke 6 bulan tabung kecemasan dan jika belum, kena sama-sama ikhtiarkan.
Ads
Kawan-kawan. Semua ini kita isteri lebih lagi seorang ibu bukan ambil tahu supaya untuk kepentingan keluarga masa pembahagian harta dan faraid sahaja, tapi untuk kita sama-sama jaga kewangan keluarga agar stabil sentiasa.
Bila kita ambil peduli, percayalah kita akan jadi selalu berbincang dengan suami pasal kewangan begini. Lepas tu, automatik kita akan jadi bijak berbelanja.
Kan seronok bila kita suami isteri dapat simpan duit untuk anak-anak, berjimat dan sama-sama naikkan ekonomi keluarga.
Ada duit hasil jual kek di kejiranan contohnya, kita simpan sebahagian. Dapat duit nafkah dari suami, kita usaha nak simpan untuk nama kita sendiri selain belanja me time.
Sungguh gais. Biar nama kita suri rumah tapi merangkap menteri kewangan yang bijak disisi suami. Cewah!
Selalu juga kita dengar isteri ini ada instinct terhadap suaminya. Kalau rasa tidak sedap hati, adalah yang tidak kena. Ini kerana hubungan suami isteri itu sangat rapat atau mungkin naluri itu juga adalah merupakan suatu anugerah daripada Allah buat wanita bergelar isteri yang telah banyak berkorban demi suami tercinta.
Bukan sahaja boleh merasai tidak sedap hati bila suami dilanda masalah bahkan seakan dapat ‘dihidu’ setiap perbuatan yang dilakukan oleh suaminya.
Menurut perkongsian seorang suami ini, bila isteri berdepan dengan masalah dirinya ditipu umumnya tindakan yang dibuat oleh wanita ada yang berdiam diri. Mengapa begitu?
Mengetahui lanjut ini perkongsiannya;
Isteri tahu suami tipu dia…
Tapi dia buat-buat tak tahu sebab dia tak nak bergaduh atau bermasam muka…suami balik rumah, suami sembang dengan dia, dia sambut dengan senyuman dan dia layan macam biasa…
Boleh ja dia terus serang, boleh ja dia buat muka dan tak bercakap berhari-hari…
Tapi itu tak akan membuatkan suami sedar apa yang dia buat…isteri nak suami mengaku sendiri daripada isteri tu bagi tahu kesalahan dan kesilapan suami…bila isteri yang bagi tahu, belum tentu suami nak mengaku atau admit…
Suami akan berdalih, suami akan bagi alasan, dan worse part is suami salahkan balik isteri sebab check apa yang dia buat, ke mana dia pergi, dengan siapa dia bergaul dan sebagainya…
Isteri ni nak hidup yang tenang…
Dia ada banyak urusan lagi yang dia perlu lakukan…dia ada banyak benda lagi yang dia nak fikirkan…sebab tu bagi isteri, jalan dan langkah yang terbaik ialah berdoa kepada Allah s.w.t…biar Allah s.w.t yang buat suami mengaku…biar Allah s.w.t yang buat suami sedar…
Biar Allah s.w.t yang detikkan hati suami untuk berterus terang dan jujur…
Dia tahu doa itu adalah senjata seorang isteri…dia memilih untuk berdoa daripada bergaduh walaupun dia sedar dia sedang ditipu suami sendiri…
Jangan buat main bila lihat dapati makanan tidak dimasak dengan sempurna. Begitulah yang terjadi kepada seorang ibu apabila anaknya mengalami cirit birit yang teruk sehingga dimasukkan ke wad kecemasan akibat makan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna.
Kejadian ini didedahkan oleh seorang Doktor Ahmad Luqman Bukhari menerusi twitter miliknya. Beliau juga turut menasihati ibu bapa memastikan makanan yang dimakan dimasak sempurna.
Ikuti lanjut perkongsian beliau
______________________________
MAKAN AYAM YANG MASIH ADA KESAN DARAH
MAKANAN YANG TIDAK DIMASAK SEMPURNA KUMAN MUDAH MEREBAK
Menurut Dr Ahmad, kejadian kes keracunan banyak terjadi dikalangan kanak-kanak. Salah satu puncanya adalah makanan yang berasaskan ayam.
Beliau juga melahirkan rasa bimbang jika anak yang masih kecil makan makanan sebegitu. Malah katanya lagi, keracunan yang serius boleh mengakibatkan kematian apabila kuman merebak memasuki saluran pendarahan.
ALERT TANDA-TANDA AYAM TAK MASAK.
Dr Ahamd juga berkongsi cara mengenali tanda-tanda yang tidak di masak dengan sempura. Beliau juga berharap kejadian sebegini tidak lagi dan berharap berhati-hati membeli makanan terutama bulan puasa yang menjelang tidak lama lagi.
”
Semoga ibu bapa ambil peduli hal ini untuk mengelak daripada kejadian ini berlaku kepada anak kita sendiri. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Tahniah diucapkan kepada dua anakanda Agong yang telah raih ijazah, cemerlang di antara universiti terbaik UK.
Menerusi muat naik Istana Negara dalam satu kenyataan di laman Facebook dinyatakan bahawa Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi and Sosiologi.
Manakala kembar Tengku Ahmad iaitu Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.
Dapatkan Karangkraf Al-Quran Ar-Riyadh Tagging Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Lebih istimewa, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri majlis graduasi dua anakanda di University of London di Egham, Surrey, United Kingdom (UK) semalam.
Pada majlis graduasi ini,Seri Paduka turut diringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan barisan pemimpin tertinggi universiti tersebut.
Lebih membanggakan apabila institusi tersebut tersenarai dalam 25 universiti terbaik di UK berdasarkan laman web The Guardian University League Table 2022.
Turut berangkat, anakanda-anakanda baginda iaitu Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Wargamaya Ucap Tahniah
Dalam pada itu, para warganet mengucapkan tahniah atas kejayaan Tengku Ahmad Ismail dan Tengku Puteri Afzan serta mendoakan kedua-dua anakanda baginda agar terus meraih kecemerlangan dunia akhirat di masa akan datang.