Setiap wanita inginkan kelihatan cantik daripada rambut ke hujung kaki. Malah ada yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit supaya kekal cantik termasuk wajah.
Namun tak salah jika mencuba petua cara alami pada kos yang murah. Sebagaimana perkongsian seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Kak Maya.
Selanjutnya ikuti 7 tip yang murah dan mudah untuk menghilangkan jeragat di wajah dengan modal yang murah.
Sekiranya anda adalah salah sorang daripada mereka yang mempunyai masalah jeragat, anda pasti gusar dan panik berdepan dengan masalah tersebut. Betul kan? Kita serupa tau..
Kak Maya suka sangat untuk berkongsi dengan anda semua 7 tips yang sangat-sangat berkesan untuk hilangkan jeragat supaya anda tidak lagi hidup dalam trauma kerana masalah jeragat ini.
Tetapi sebelum tu, jom Kak Maya kongsikan dengan anda apa sebenarnya jeragat ni. Kak Maya yakin dan percaya anda sudah betul2 kenal dengan jeragat ni kan?
Jeragat atau bintik kecoklatan ni terhasil dari pendedahan kulit kita terhadap cahaya matahari.
Habitat jeragat ni pada kulit yg kering kontang serta tandus. Aik? Mcmna plak tu kak Maya? Gini syg2 yg comey sekalian, semakin kulit kita kering, makin kusam, berjemur pula bawah sinar matahari, makin segar dan riang cik jeragat membiak dan beranak pinak pada kulit tau.
Sebenarnya jeragat ni sel/pigment kulit yang gelap. Kalau buat tak kisah, sekejap jer cik jeragat ni bertompok satu muka.. Boleh haru hidup tau…
Dah check anda jenis kulit yang macam? Jika kulit jenis kering, anda wajib tahu dan teruskan baca sampai habis. Sebab tips ini memang Kak Maya nak kongsikan hanya dengan anda sahaja!
Tips #1 : Cuka Epal ( Apple Cider )
Kak Maya kerap juga amalkan tips ni seminggu sekali dan sememangnya cuka epal ni banyak sgt kebaikannya.
Caranya:
Ads
Campurkan 2 sudu cuka epal dengan separuh cawan air. Celup kapas muka dan gosok lembut seluruh muka… nak lajak ke leher pon okay sgt… agak2 seminit ke 2 minit mcm tu, bilaslah. In shaa Allah, tips ini sememangnya berkesan untuk masalah jeragat.
Namun perlu diingat, jangan gosok terlalu kuat atau terlalu lama. Cuka epal kan dia bersifat asid dan boleh mengakibatkan hakisan pada kulit muka. Amalkan macam Kak Maya buat, seminggu sekali pun sudah mencukupi. In shaa Allah.
Klau syg2 rajin dan nak buat hari2, syg2 boleh buat cuba buat masker muka dgn campurkan 1 sudu kecil cuka epal dgn 1 sudu besar madu. Kacau rata dan sapu rata pada muka 15 ke 20 min.. pastu bilas dgn air suam… mmg kulit akan rasa segar dan bersih… mmg besttt sgt…
Tips #2 : Kulit Kayu Manis Bersama Madu Asli.
Bab campur madu ni paling best!
Caranya :
Campurkan setengah sudu kecil serbuk kulit kayu bersama dengan setengah sudu kecil madu asli. Kacau bagi dia betul-betul sebati. Jadikan campuran tu sebagai masker dan pakailah kat muka. Biarkan selama setengah jam sebelum dicuci muka sehingga bersih dan hilang masker tersebut.
Amalkan tips ni 2 kali seminggu. In shaa Allah, anda sendiri akan dapat rasa perubahannya. Jeragat pada muka akan semakir pudar dalam masa yang singkat.
Paling bestnya adalah tips ini dapat menghalang pertumbuhan jeragat yang baru. Wow!
Tips #3 : Lemon
Ads
Asid dan Vitamin C yang ada dalam lemon sebenarnya mampu untuk menghilangkan jeragat dalam masa yang singkat.
Caranya :
Dapatkan sebiji lemon dan potong. Sapukan ke muka. Biarkan sapuan tersebut selama 15 minit dan bilaslah selepas itu.
Amaran keras : Jika kulit anda jenis kulit yang sensitif, tips ini tidak sesuai untuk anda amalkan. Lemon bersifat asid. Habis merah pedih muka nanti. Susah pulak Kak Maya nanti. Huhu~
Boleh amalkan seminggu sekali juga tau..
Tips #4 : Daun Lidah Buaya.
Caranya :
Banyak khasiatnya lendir daun lidah buaya ni… sayang2 cuma potong kulit luar hingga lendirnya keluar dan sapu rata pada kulit.. Biarkan setengah jam, kalau nak pakai trus masa tido lagi bagus sbb lidah buaya ni ada bahan aleosin yg boleh merawat pigmentasi… lagi pon boleh sejuk 1 muka..mmg best!
Syg2 boleh amal setiap malam klau rajin… Daun lidah buaya yang lebih tu jangan buang tau, letak dalam peti ais untuk digunakan pada hari2 berikutnya…
Ads
Tips #5 : Minyak Zaitun Dara.
Caranya :
Ambil 2-3 titik minyak zaitun dara sapu ke seluruh muka… urut lembut secara membulat.. biar beberapa jam sebelum bilas bersih. . Minyak zaitun ni mmg sangat byk khasiat, antaranya bertindak sebagai antioksida untuk baiki kulit muka yg rosak dan kulit jadi anjal remaja..
Tips # 6 : Kurang makanan Merapu dan banyakkan minum air.
Sekarang ni musim org berdiet dan turunkan berat badan. Kalau syg2 semua perasan, bila kurang ambil makanan tidak khasiat dan ambil byk makanan bernutrisi tinggi seperti sayuran dan buahan serta minum banyak air, kulit muka akan jadi cerah dan licin.
Ini kerana toksin2 dari organ kulit berjaya disingkirkan dgn sempurna dan menjadikan kulit sihat dan secara tidak langsung jeragat pon boleh berkurangan.
Tips # 7 : Kurangkan penggunaan makeup yg tebal dan WAJIB cuci muka sebelum tidur.
Awas jika syg2 jenis suka make-up tebal. Penggunaan barang make-up yg tiada piawaian secara berterusan boleh menimbulkan masalah dlm beberapa tempoh penggunaan. Lebih2 lagi barang make-up yg dibeli dalam saiz besar, kita xperasan tarikh luputnya, akibatnya kulit menjadi rosak dan berpigment.
Itu sebabnya sangat penting untuk mencuci muka sebersih- bersihnya sebelum tidur untuk semua kekotoran dan membenarkan tubuh membaiki kerosakan kulit waktu kita tidur.
Pencuci muka yang paling sesuai adalah yang mengandungi banyak bahan semulajadi yang mampu membersihkan dan merawat kulit secara lembut…
In shaa allah jika amalkan semua tips ni, kulit syg2 akan bertambah sihat, cerah bermaya tau!
Jangan pulak terkejut kalau jeragat syg2 boleh hilang tau!
Jom sama2 tag dan share kepada kawan2 yang kita sayang. Perkongsian syg2 mungkin boleh mengubah keyakinan dan emosi mereka, in shaa Allah..dengan izin Allah!
Kredit: HQ Cantik Jelita
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin ramai yang tidak tahu kegunaan berus gigi selain membersihkan gigi. Memetik laman Lifehacker, cara paling mudah dan efisien untuk skrub bibir anda adalah menggunakan berus gigi! Ya cara ini dikatakan sangat berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada bibir. Jom semak bagaimana caranya.
Caranya:
1. Sapukan lip balm atau Vaseline pada berus gigi.
2. Gosok pada bibir anda dengan lembut.
3. Bilas dengan air suam dan lapkan dengan tuala.
4. Lakukan 2 kali seminggu agar bibir tampil lebih lembut, cerah dan juga mungil.
5. Selain Vaseline, anda boleh menggunakan campuran gula dan juga madu untuk memberus bibir anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebenarnya, tidak semua kotoran yang melekat pada barangan rumah hanya boleh ditanggalkan dengan menggunakan pencuci yang mahal.
Sebaliknya, ada saja bahan yang mudah dan murah yang boleh berbuat demikian. Jom belajar cara mudah untuk melakukan pembersihan tanpa mengeluarkan belanja yang mahal!
Cuka gebukan tuala
Jika tuala anda mula bau hapak atau pun tidak lagi gebu seperti mula-mula anda membelinya, rendamkan tuala anda dalam air bersama cuka. Ia akan kembali pulih seperti baru dan tiada lagi bau yang kurang menyenangkan.
Hilangkan kesan pada meja
Tidak perlu membeli meja yang baru untuk menggantikan meja yang sudah ada corak baru akibat kesan cawan yang melekat pada meja. Anda hanya perlu menggunakan campuran minyak zaitun dan garam untuk menghilangkan kesan tersebut. Ia akan kembali bersih seperti meja kopi yang baru.
Bersihkan ketuhar gelombang mikro
Panaskan air dan jus lemon atau cuka selama 5 minit dan biarkan ia sejuk seketika. Kemudian lapkan ketuhar gelombang mikro dengan menggunakan campuran tersebut. Memang kotoran yang melekat di dinding ketuhar akan hilang dengan mudah.
Gosok besi karat dengan ubat gigi
Jika anda ada besi berkarat atau pun kotoran karat melekat pada barangan anda, gunakan ubat gigi kerana floridanya mampu menghilangkan kotoran tersebut. Anda boleh gunakan kain buruk atau berus gigi untuk membersihkannya. Memang mudah.
Minyak bayi untuk kotoran berminyak
Letakkan semburan kimia dan keluarkan kain buruk dan minyak bayi untuk membersihkan kotoran yang berminyak. Bukan hanya mampu membersihkan, malah dapat membuatkan barang anda Nampak bersinar.
Bersihkan kotoran di permaidani
Letakkan kain lembab pada kotoran tersebut dan tekankan seterika dengan suhu yang tinggi. Cara stim ini akan menghilangkan kotoran tersebut. Mudah saja kan.
Atau boleh cuba tip ini. Taburkan soda penaik dantepung jagung di atas permukaan permaidani dan biarkan ia selama 15 minit. Setelah itu, vakum seperti biasa. Kaedah ini dapat membantu anda membuang kotoran dan menghapuskan bau yang tidak menyenangkan di rumah.
Menghilangkan kesan karat di bilik mandi
Anda boleh menghilangkan karat di jubin seramik di dalam bilik mandi dengan menggunakan campuran cuka dan serbuk penaik. Tuangkan campuran ke tempat yang terjejas dan biarkan larutan selama beberapa minit. Bilas dengan air dan lap jubin dengan kain kering.
Lantai bersinar
Kaedah yang sesuai untuk membersihkan lantai dari material kayi adalah dengan campuran cuka dengan air. Campuran ini dapat membuatkan lantai anda kelihatan bersinar. Hanya campurkan 1/4 cawan cuka ke dalam 1 liter air dan anda boleh menggunakannya sebagai pencuci lantai. Jika lantai anda dari material jubin, gunakan air yang mendidih untuk membersihkannya.
Menghilangkan bau busuk
Untuk menghilangkan bau di dalam peti sejuk anda, gunakan campuran jus lemon dan air untuk mencuci peti sejuk anda. Anda boleh menambah soda penaik pada campuran tersebut. Ini akan memudahkan proses menghilangkan kotoran.
Bersihkan pintu bilik mandi dan dinding jubin
Salah satu cara untuk menghilangkan kesan air dan cendawan dari jubin dan pintu kaca adalah dengan menggunakan soda penaik atau lemon. Celupkan berus gigi basah ke dalam soda penaik dan gosok grout jubin sehingga bersih. Apabila anda sudah selesai, basuh jubin dengan air bersih. Untuk seminggu sekali, gosok permukaan jubin dan pintu kaca dengan separuh lemon dan biarkan selama10-15 minit, bilas dengan air dan lap sehingga kering.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lumrah seorang wanita, sukakan kecantikkan diri. Bagi wanita yang dah berkahwin dan bergelar isteri, pastinya inginkan kesihatan dalaman agar mantap dan bertenaga.
Ikuti petua yang menggunakan bahan daripada dapur anda iaitu seria dan halia untuk menyegarkan badan dan membuang toksin dalam badan. Mudah aje.
4 PETUA SIHAT DALAMAN WANITA
1. Rebusan Serai dan Halia – Ambik 3 batang serai – 4cm halia @2 ketul Diketuk kedua bahan di atas. Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air . Tunggu suam diminum. ** Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali. Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan. kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari. . 2. Rebusan Sireh – Ambik daun sireh 3 ke 5 helai. Di rebuskan dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan di minum. **Tambahan : boleh dicampurkan dgn bunga cengkih 3 kuntum. Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan. **Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali. . 3 . Rebusan sireh dan daun Inai – 3 ke 5 helai daun sireh. – segenggam daun Inai. Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam. **Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau. Elok di amalkan selepas haid. .
4. Rebusan Halia Serai cengkih dan kunyit – 2 / 3 batang serai di ketuk – 3cm halia (tua/muda).di ketuk – 2cm kunyit di ketuk – sedikit kulit kayu manis / bunga cengkih /bunga lawang – daun pandan sehelai – sedikit gula batu. . *** gula batu boleh di ganti dgn madu jika suka. ****Rebusan ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid. . Cukup sekali sebulan shj. Bagi mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan. Segala resepi dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda. . Sy tidak syorkan ambik setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri. . Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksik dan lemak . Dan tersangat banyak khasiat.
Sumber: FB Noli yana via Resepi Dari Isteri Untuk Suami Tercinta