
Semua wanita ingin kelihatan cantik. Walaupun sudah bergelar isteri, wanita tetap ingin kelihatan cantik di hadapan suami.
Selain mendapat rawatan di pusat kecantikkan, para isteri boleh mencuba rawatan secara alami.
Salah satu caranya adalah merawat wajah secara alami dengan menggunakan baking soda, telur, madu, susu tepung, serbuk kunyit dan lemon. Hasil memang superb!
Ikuti perkongsian oleh puan Nurul Aimy cara-cara merawat muka untuk kembali cerah dan segar.
CARA RAWAT MUKA KUSAM KEMBALI SEGAR
Ni nk share skit rutin seminggu dua kali sy. buat D.I.Y mask n scrub dekat rumah. mmg berkesan. yg penting jimat gila dia blh tegang kn muka. kecutkan jerawat dngn cepat. pudarkan kesan jerawat. lembut kan kulit. putihkan kulit. kulit jd tegang n glowing2 gitu lpas scrub muka guna baking soda cuba pegang kulit muka. srius rasa licin n lembut.
cerita nya dulu sy ade pakai satu produk ni. mula2 pkai mmg kulit cantik. tapi bila dngr ade bahan kimia, trus berenti pkai. bila berenti pkai hambik ko. jerawat pasir naik. kulit kusam. skrng takut dh nk pkai pape produk. baik buat sndiri. sekurang kurang nye tau la ape bahan yg ade dalam mask n scrub tu kan.
IKUTI CARA PENYEDIAANNYA
Selamat mencuba!
Cantikkan Seluruh Tubuh Dengan 4 Petua Mudah Ini, Sila Cuba!

Rangkaian produk di pasaran ternyata membantu kita untuk tampil cantik daripada kepala hingga ke hujung kaki. Cantik dengan produk memang sudah terbukti. Namun semua ini memerlukan kos yang bukan sedikit.
Ada masanya kering juga poket dek kerana terlalu terikutkan jenama dan produk yang mahal-mahal belaka harganya. Menggunakan produk tidak salah, namun sekali sekala apa kata anda cuba pula petua tradisional menggunakan bahan alami. Duit poket pun boleh juga dikurangkan dengan cara ini.
Empat petua dari kepala hingga hujung kaki ini wajar anda cuba kalau nak cantik!
Timun tegangkan kulit muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Sebelum itu pastikan timun disagat atau dihancurkan halus supaya sapuan dapat dilakukan dengan rata. Campurkan keduanya bersama air. Sapukan ke muka dengan rata dan biarkan kering. Kulit muka bukan hanya menegang tetapi juga mampu mencerah dan menyegarkan kulit.
Bunga raya atasi rambut gugur
Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramas dengan air dan sapukan ke rambut. Biarkan ianya selama 10 minit, kemudian barulah dibilas. Amalkan petua ini dan lihat hasilnya.
Air rebusan asam jawa
Langsingkan tubuh secara semulajadi? Bagaimana? Amalkan minum air rebusan asam jawa setiap hari. Untuk menambah selera, sejukkannya di dalam peti sejuk dan minumlah setiap kali lepas makan. Ia boleh membakar lemak sekaligus
mengurangkan berat badan. Badan juga bertambah segar.
Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemur hingga kering. Susudah kering, gorengkannya tanpa minyak sehingga hangus. Tumbuk dan giling biji betik tersebut hingga lumat. Bancuhkan bersama air dan sapukan ke rambut seperti syampu. Bersihkan rambut dahulu sebelum menyapunya. Hasilnya, rambut akan kelihatan hitam berkilat dan bersinar.
Selamat mencuba!
Masker Halia Bantu Pudarkan Bintik Hitam & Naikkan Seri Pada Wajah. Guna 3 Bahan Sahaja, Terlajak Mudah!

Halia sememangnya amat sinonim penggunaannya di dalam masakan masyarakat kita. Sejak zaman-berzaman, halia digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah penghadaman serta membantu melancarkan peredaran darah.
Halia juga mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol. Selain memberi manfaat kesihatan halia juga digunakan secara meluas dalam rawatan kecantikan. Amalkan cara yang paling mudah untuk kulit nampak bersinar, bersih dan berseri-seri. Tip ini dikongsikan oleh Che Mira Kimora menerusi laman facebooknya.
BUAT MASKER HALIA JIKA MAHU PUDARKAN BINTIK HITAM PADA WAJAH, HANYA GUNA 3 BAHAN SAHAJA. WOW MUDAHNYA!
Cara membuat: Rendam halia dengan air cuka, selepas itu perap semalaman biar halia sebati dengan air cuka. Boleh tahan sampai sebulan tau… jimatt sangat kan.
KHASIAT HALIA & CUKA PADA WAJAH
1 cawan cuka
2 ketul halia (bersih dikupas)
Sediakan 1 bekas kaca
1 mangkuk kecil ais kiub
Rahsia saya dan cara-cara untuk menjaga kulit sentiasa nampak flawless dan awet muda.
Gosok kepingan halia yang sudah diperap dengan air cuka selama 10 minit secara perlahan-lahan di permukaan kulit.Selepas itu bilas dengan air dan ambik ais kiub, gosok di seluruh bahagian muka.
Halia dan cuka yang telah diperap simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Tahan sehingga 3minggu.!
Manfaat cuka :
1.mengecutkan jerawat
2.zat anti aging
3. Mengurangkan bintik2 penuaan
4.menghilangkan racun dari wajah anda
Kulit muka yang bersih mulus tanpa sedikit pun flek hitam timbul. Jeragat pun seram nak membiak. Paling penting menaikkan seri wajah.
Semua amalan ini saya memang amalkan setiap minggu 2-3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk saya yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat. Konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat- sangat mulus.
Cara Membuat Masker Halia:
1.Cuci halia sehingga bersih lalu dipotong.
2.Masukkan ke dalam balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut (jangan melebihi paras leher balang)
3. Simpan balang di dalam peti sejuk, dan biarkan selama 1 hari.
4. Keluarkan balang dari peti sejuk, buka dan masukkan madu secukupnya, gaul sebati. Tunggu 30 minit. Masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi siap untuk digunakan!
5.Ambil potongan halia tersebut, usapkan pada bahagian wajah yang yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam panas.
6. Jadikan ia sebagai rutin harian agar dapat melihat kesannya.
Sumber: Mila Catalina Kiosk.
Rupanya Ini Rahsia Awet Muda Zur Eda Pada Usia 54 Tahun. Patutlah Nampak Bertenaga Dan Cergas

Kebiasaannya, wanita apabila telah berkahwin dan bergelar ibu, istilah “cantik” bukan lagi menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian. Apa yang penting, makan pakai anak dan suami cukup terjaga.
Namun, berlainan pula dengan penyanyi era 1980-an, Zur Eda yang masih kelihatan cantik dan berseri, seperti tak makan dek usia.
Baru-baru ini, wartawan Majalah Keluarga menemui Zur Eda di Majlis Ramah Mesra PEKAWANIS Bersama NGO Negeri Selangor.
Penyanyi yang mendapat jolokan Sade Malaysia itu sempat membawakan dua buah lagu nyanyiannya di majlis itu.
Zur Eda, 54, juga sempat berkongsi rahsia penjagaan diri dan tip kekal ramping yang diamalkannya bersama wartawan. Ini perkongsiannya.
“Saya ni dah berumur 54 tahun. Tapi, saya sentiasa jaga pemakanan saya. Saya pernah sakit dulu, dan dari situ saya belajar untuk minum air kosong dengan banyak.”
Menurutnya, dia mula mengamalkan air kosong selepas disahkan menghidap batu karang.
“Saya pernah menghidap batu karang pada buah pinggang. Sakit yang teramat di mana saya koma selama 10 hari.”
“Sejak dari itu, saya jaga pemakanan saya dan sebagai seorang artis, saya harus menjaga penampilan saya.”
Selain air kosong, Zur Eda juga mengikut diet pemakanan yang betul, selain gemar minum jus tanpa gula.
“Ikut diet pemakanan yang betul. Jangan skip sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Kalau boleh, awalkan makan malam, jangan makan pada lewat malam.”
“Banyakkan minum air kosong dan minum jus tanpa gula. Makanlah nasi banyak mana pun, tapi minum air kosong.”
Dulu show banyak, kita boleh menyanyi di funfair atau majlis makan malam, tapi sekarang saingan banyak
Di samping itu, penyanyi yang popular dengan lagu Lama Tak Jumpa dan Kelmarin juga turut berkongsi mengenai perkembangan dunia seninya.
“Kalau nak dibandingkan dulu dan sekarang, masa dulu tu show tu banyak. Lambakan artis tu tak ramai. Tapi sekarang ni, kemunculan artis-artis baharu ramai jadi we share the cake.”
“Jadi, sebagai artis dan juga seorang isteri untuk membantu keluarga, saya mencari alternatif lain dengan berniaga.”
Jelasnya kepada Keluarga, keadaan ekonomi sekarang memaksa orang ramai, bukan hanya golongan artis, untuk mencari pendapatan tambahan.
“Keadaan sekarang ni memaksa, mahupun untuk golongan artis, penjawat awam atau yang bekerja swasta. Ramai yang terpaksa melakukan dua, tiga kerja. Itu saja cara untuk kita mencari pendapatan tambahan selain daripada gaji tetap bulanan.”

Rupanya sudah 30 tahun berniaga biskut
Tak sangka, rupa-rupanya Zur Eda sudah berniaga biskut selama hampir 30 tahun, selain sudah 8 tahun menjual masakan yang dimasak sendiri.
Katanya, dia ingin berkongsi air tangan dan minat memasak bersama peminat.
“Semasa berniaga, selain saya mendekatkan diri dengan peminat, saya juga berkongsi minat memasak dan juga air tangan saya bersama mereka. Saya banyak ambil tempahan atas talian.”
Zur Eda, atau nama sebenar Zur Eda Mokhtar, sudah bergiat dalam bidang seni sejak tahun 1983 dan masih aktif menyanyi hingga kini.