Memakan sotong celup tepung atau sambal sotong memang menyeronokan. Lebih-lebih lagi kalau sotong segar.
Sebenarnya makan sotong ni banyak kelebihannya, salah satu daripadanya ialah dapat menguatkan tulang dan gigi. Sotong mempunyai kalsium yang dapat membina tulang dan gigi.
Selain itu, sotong juga dapat membantu anda meningkatkan sistem imunisasi badan anda. Tapi jika asyik makan hari-hari mau naik kolestrol tu!
Selain itu, untuk memastikan kebersihan sotong ketika membersihkannya boleh guna garam. Malah cara ini juga dapat membuang hanyir serta sotong pun tak liat walaupun masak overcook.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Sekadar perkongsian, cara saya cuci sotong. Dulu saya pernah tengok dokumentari nelayan korea. Depa basuh sotong kurita cara ni, saya cuba.
Dan hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak. Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak. Mungkin sahabat2 MAHN boleh cuba utk memudahkan cara nak masak sotong..
Cara basuhan sotong yang betul – Guna garam
1.potong sotong ikut saiz yg kita nak.
Ads
2. Taburkan garam kasar dlm sesudu dua dalam bekas berisi sotong…(garam halus pun boleh, tp lg baik garam kasar).
3. Gaul dan ramas2 sotong + garam tersebut.
Ramas2 sampai keluar buih mcm sabun.
Ads
Sotong akan keluarkan buih2 seperti buih sabun.. ramas2 sotong dalam 5minit atau sampai rasa sotong tu pejal..
4. Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih2 sehingga hilang air buih/air garam tu…InsyaAllah sotong tak masin jika basuh bersih2..
Pejam celik rupanya tahun ini genap 5 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Yang pasti banyak air mata, jerih payah pengorbanan mahupun tekanan psikologi yang terpaksa dilalui terutamanya waris keluarga MH370 yang tidak pernah putus harap memburu jawapan tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Kisah di sebalik kehilangan MH370 melalui kaca mata seorang isteri bernama Intan Maizura Othman, 38 tahun yang merupakan isteri kepada Mohd Hazrin Hasnan, kru pesawat berkenaan.
Tabah dan redha sejak kejadian itu membuatkan Intan terus memujuk dirinya supaya kuat meneruskan kehidupan, meskipun persoalan di benak fikirannya belum bertemu noktah. Menerusi laman instagramnya, Intan berkongsi momen bersama suaminya sebelum ini.
Selain itu, Intan juga turut berkongsi video anak lelakinya, Muhammad 5 tahun yang nyata menjentik emosi bagi mereka yang menontonnya.
Menerusi laman sosial Instagram pada awal pagi Jumaat, Intan memuat naik video perbualannya bersama Muhammad mengenai Mohd Hazrin dengan panggilan Papa.
Intan: Muhammad kalau jumpa Papa, Muhammad nak cakap apa?
Muhammad: Muhammad sayang Papa, Muhammad nak tahu Muhammad punya Papa mana.
Intan:Sekarang Papa dekat mana?
Muhammad:Papa dekat kubur.
Intan: Kubur Papa dekat mana?
Muhammad:Dekat Shah Alam.
Intan:Mana Mama tahu kubur Papa dekat Shah Alam.
Demikian perbualan dua beranak itu menerusi video yang diakhiri dengan Muhammad membaca surah al-Fatihah.
Lebih memilukan, anak kedua Intan itu tidak pernah berjumpa bapanya sejak dilahirkan. Yang hanya mampu dilakukan adalah dengan melihat gambar Hazrin, membolehkan kerinduan Muhammad terubat seketika.
Menurut Intan, Muhammad sering bertanya kepadanya: “Mama, Papa dah meninggal ke?”, namun tiada jawapan jelas dapat diberikan kepadanya.
Mendoakan suaminya setiap hari, Intan memberitahu, Yang Maha Esa mengetahui segala-galanya dan sebaik-baik perancangan adalah daripadaNya.
“Kamu tidak pernah lenyap daripada ingatan saya B. Kamu dan kenangan manis kamu selamanya akan bersama kami selama-lamanya. Assalamualaikum B…. kami merindui kamu B, amat merindu kamu,” katanya.
Mohd Hazrin merupakan antara 239 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat MH370, yang hilang kira-kira sejam selepas pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam penerbangan ke Beijing, China, pada 8 Mac 2014.
Mencipta sesuatu yang istimewa untuk kegunaan di ruang dapur sebenarnya boleh dihasilkan daripada barang-barang terpakai.
Contohnya sepertimana perkongsian daripada saudara Fridie Yusop ini, siapa sangka botol-botol kaca yang tidak digunakan ini boleh dijadikan bekas rempah yang cukup unik dan nampak begitu istimewa.
Jika anda ingin mencuba untuk hasilkannya, bolehlah lihat secara detail perkongsian ini.
Dari buang ke tong sampah botol botol kaca ..ada juga manfaat yang penting ada efforts..tak banyak modal pon boleh la bubuh rempah ratus omputeh abg . Cuma cat spray ,skru dan kayu dan L metal .sikit lagi touch up N label…modal tak sampai RM10.
Bahan-bahan
Botol kaca
Kayu laci terpakai
L metal
Screw
Spray
Sticker
Cara membuatnya
Step 1 : Lekatkan sticker pada bahagian tengah botol, kemudian botol di spray dengan cat dan biarkan kering.
Step 2 : Pasangkan L Metal pada bahagian kayu seperti di dalam gambar.
Step 3 : Skrew kan penutup botol seperti di dalam gambar dengan anggaran jarak yang bersesuaian.
Resipi yang mudah jadi pilihan buat ibu-ibu kerana tak perlu nak ambil masa lama untuk menyediakannya. Janji sedap dan disukai sekeluarga.
Kalau hari ini, tak tahu nak sediakan apa untuk minum pagi, ibu-ibu boleh cuba Apam Kampung Gula Merah ni. Terbangkit kembali memori waktu kecil-kcil dulu kan.
Bukan tu je, resipi ni juga cukup senang kerana tak guna banyak bahan.
Nak tahu caranya, jom lihat perkongsian dari Puan Cahaya Suriayang berkongsi resipi di grup Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM). Selamat mencuba!
Apam kampung gula merah
Sangat mudah
Tak banyak bahan
Tapi sedap
Bahannya
3 cawan tepung gandum
1/2 paket yis mauripan
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan gula merah
2cawan air
Jika adunan agak pekat boleh tambahkan1/2 cawan air lagi
Cara
Didihkan air dengan gula merah dan gula pasir.
Tapis air gula suam ke dalam bekas ..lagi baik jika bekas yg bertutup…masukkan yis tuggu kembang kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit2 hingga habis
Kacau rata…tutup bekas dan biarkan bancuhan naik 2x ganda…kacau lagi untuk buang angin
Masukkan dalam acuan kesukaan yang telah dioles minyak masak..isikan separuh bahagian dan tggu hingga naik penuh semula baru kukus dalam masa 7-8mim…jika kukus dalam loyang kena kujus lama sikit dalam 1/2 jam
Sejukkan…sediakan kelapa parut putih
Sedia dihidang
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sheikh Muszaphar berkongsi cabaran membesarkan anak kembar Adam dan Noah yang mempunyai perkembangan berbeza sehingga berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan matematik.