Kesihatan ni anugerah paling berharga dalam hidup, tapi kadang-kadang kita lupa nak jaga sampai datang rasa tak selesa atau jatuh sakit. Sebenarnya, makanan yang simple pun boleh bantu tingkatkan kesihatan kalau kita tahu manfaatnya. Salah satu bahan yang underrated tapi penuh khasiat adalah kaki ayam.
Walaupun tak semua orang suka, kaki ayam ni sebenarnya kaya dengan kolagen semula jadi yang baik untuk kulit, sendi, dan sistem imun badan. Bukan setakat buat sup jadi sedap, tapi ia juga bantu tingkatkan kesihatan dalaman. Kalau betul cara masaknya, khasiat dia memang berbaloi untuk tubuh kita! Sebagaimana perkongsian Nurul Bazliah Masri menarik untuk kita ketahui petuanya!
PETUA BIDAN USIA CECAH 100 TAHUN
Aku teringat kata bidan yang sekarang usia nak cecah 100 tahun. Kita kalau masak tak boleh campur bawang merah & putih.
Ads
Tak bagus. Sebab badan bagi signal tak sedap. Hari ni ku buat sup. Cek la peti sejuk apa ada. Nak tinggalkan rumah. Memang ku seboleh mungkin kurangkan stock bahan masak. Ada la kaki ayam 10pasang yang terkumpul.
MASAK SUP KAKI AYAM
Aku pun pilih masak sup. Ikut ajaran mak aku. Kaki ayam tu tapak buang sikit. Cuci bersih. Rebus sampai air mendidih buang rebusan pertama. Agak-agak je air tenggelam kaki. Sebab nak buangkan. Kemudian cuci bersih & tos. Baru proses memasak.
Sebab tu aku walau suka kaki ayam. Kalau dekat luar tekak aku susah nak telan. Kecuali mak aku masak @ ahli keluarga aku masak. Ye lah mak ajarkan. Aku rebus kaki bersama 4 sekawan dan halia saiz ibu jari kaki diketuk. Masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan lada serbuk. Sukatan campak ajelah. Letak asam keping. Kaki ayam empuk. Ku letak lah garam kasar.
Ads
Bawang putih ku cincang dan goreng kekuningan. Ku masuk sekali dalam sup. Minyak kurang sebab kaki ayam tu nanti keluar minyak lemak sendiri. Akhir sekali ku tabur daun sup. Maka berhiruplah. Memanaskan badan dalam keadaan cuaca yang on off.
Jadi boleh rasa perbandingan sup. Aku kekadang masak sup campur bawang putih & merah. Sejujurnya aku suka sup yang tak bercampur bawang.
Ads
Jadi kesihatan diri ni satu amanah, dan penjagaan dia bermula dari apa yang kita makan setiap hari. Kadang-kadang, benda yang nampak simple macam kaki ayam rupanya ada banyak manfaat yang kita tak sedar. Penting untuk kita hargai makanan tradisi dan petua lama yang sebenarnya membantu kesihatan badan secara semula jadi.
Tak perlu makanan mahal atau trend kesihatan terkini cukup dengan bahan-bahan biasa di dapur yang kita olah dengan bijak. Jaga kesihatan dari dalam, sebab bila badan sihat, fikiran pun tenang, dan kehidupan jadi lebih berkualiti.
Barli atau dalam bahasa Inggerisnya “barley” adalah sejenis bijian yang memiliki banyak kebaikan untuk kesihatan manusia.
Nama saintifiknya adalah “Hordeum Vulgare” iaitu sejenis tumbuhan bijirin yang tergolong dalam keluarga rumput “Poaceae” atau “Gramineae”.
Apabila ia dimasak, ia membesar 2 kali ganda dari saiz awal. Serat utama dalam barli ialah beta-glukan, serat larut yang mengeluarkan gel apabila digabung dengan cecair.
Beta-glukan yang juga terdapat dalam oat dapat kurangkan kolestrol dan meningkatkan pengawalan gula dalam darah.
Oleh itu, disarankan untuk kita mengambil barli dalam sajian harian. Tidak kisah dalam bentuk minuman atau makanan.
Tetapi kebiasaannya barli sering dijadikan minuman. Bergantung kepada citarasa masing-masing.
Jadi, jom kita cuba buat pencuci mulut barli yang dikongsikan oleh dapurdee di Cookpad.
RESEPI PENCUCI MULUT BARLI SEDAP BERLEMAK
BAHAN-BAHAN:
-1/2 cawan Barli (direbus)
-100 ml santan segera
-1/2-1 cawan air rebusan barli
-1 helai daun pandan
-1/2 sudu teh halba
-2 keping halia
-secubit garam halus
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula sediakan bahan-bahan
2. Kemudian masukkan ke dalam periuk; barli yang telah direbus, air rebusan barli, daun pandan, gula merah, halia, halba dan santan tadi dan kacau rata.
3. Panaskan periuk dengan api yang sederhana. Kacau supaya santan tidak pecah minyak. Masak hingga mendidih dan gula larut
4. Letak sedikit gula dan secubit garam secukup rasa. Siap dan boleh dihidang suam atau sejuk.
Cucur udang Chef Wan RM36 sepinggan jadi rebutan, ramai sanggup bayar sebab sedap dan berbaloi beli. Selebriti chef, Datuk Redzuawan Ismail yang terkenal dengan masakannya yang sedap baru-baru ini menerima sambutan hangat dengan menu cucur udangnya.
Cucur Udang Chef Wan RM36 Sepinggan Jadi Rebutan
RM36 sepinggan, cucur udang tersebut menarik perhatian ramai kerana teksturnya yang rangup dan rasanya yang sedap. Memang cukup berbaloi untuk dibeli!
Dijual di Restoran De.Wan 1958 by Chef Wan @ The Linc KL, rata-rata pelanggan mengakui cucur udang Chef Wan memang sedap.
Ramai Sanggup Bayar Sebab Sedap & Berbaloi Beli
Menerusi video di TikTok perkongsian seorang pempengaruh @hungrysam_oe, lelaki ini menyatakan memang sangat berbaloi menikmati cucur udang hasil air tangan Chef Wan. Hidangan Cucur Udang Chef Wan boleh dimakan hingga 3 orang makan. Memang mewah dengan udang!
Cucur udang dipercayai berasal daripada budaya masakan tempatan yang dipengaruhi oleh elemen Melayu, Cina, dan India. Makanan ini lazimnya dijual di gerai tepi jalan, pasar malam, dan warung kecil, menjadikannya sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.
Keistimewaan cucur udang terletak pada kesederhanaan bahan-bahannya dan versatiliti cara hidangannya. Ia boleh dinikmati begitu sahaja, dicicah bersama sos cili, atau sebagai pelengkap kepada hidangan seperti mee rebus dan rojak.
The Wildseed Café adalah projek 1-Altitude yang bermula di Singapura pada tahun 2010 yang memilih Hatten City, Melaka sebagai lokasi cawangan terbaharunya. Antara restoran yang dibawah 1-Altitude Melaka adalah, FLNT, menyajikan juadah konsep Nikkei Sumiyaki Jepun, Monti, restoran berasakan makanan Itali dan 1-Altitude, bar ikonik yang membawa tema terbuka atas bumbung.
Walaubagaimanpun, kafe ini berbeza berbanding dengan cawangannya yang lain kerana suasananya yang lebih happening. Pilihan menu juga memenuhi citarasa semua.
Menurut Pengurus Kanan The Wildseed Café Melaka, kafe ini berkonsep kehijauan dan lebih kepada alam semula jadi berdasarkan nama dan dekorasi kafe itu. Dengan konsep ini, ia merupakan “spot bonding” yang sesuai bagi keluarga atau sebarang majlis seperti majlis hari jadi.
Pilihan menunya juga diinspirasikan oleh masakan negeri Melaka dan bahan-bahannya seperti daun pandan, gula melaka dan Asam Pedas untuk lebih mendekati jiwa rakyat Melaka. Antara menu popular di The Wildseed Café adalah Atas Kaya Toast, Big Pan Breakfast dan Pandan Gula Melaka Latte dan lain-lain.
The Wildseed Café telah mencuri perhatian dan hati rakyat Melaka dengan tema kehijauannya yang menjadikan kafe itu “Instagrammable” serta pemandangan pantai yang menyenangkan dan menyajikan pilihan menu yang pelbagai sesuai untuk seiisi keluarga untuk sarapan pagi atau pada bila-bila masa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dikalangan masyarakat kita, air selusuh ketika sebelum bersalin sememangnya cukup popular. Namun benarkah air ini amat membantu proses bersalin menjadi lancar dan mudah?