Kagum kan lihat susunan baju sama saiz dan nampak kemas teratur, teringin juga nak dapat hasil begitu, Tetapi asyik tak menjadi je.
Sebenarnya melipat baju satu kerja yang mengambil masa terutama bagi yang mempunyai ramai anak. Itu belum masuk bab mahu memastikan pakaian yang disimpan itu kekal teratur. Jika ada banyak tangan, pasti akan bersepah semula.
Bagi membantu kaum ibu menangani masalah ini, cuba praktikkan cara yang dilakukan Puan Rose Kamarina ini. Nampak tersusun cantik dan kemas kan!
Cuti sambung lg, jum laa kita lipat kain. Ni br tshirt waiz umur 6thn. Anak 4,campur umi abah. Fengsannn nak perabih 😅😅😅
Edit🎀 Sbb ramai yg teruja😂 Lipat kain cara saya yg tak seberapa. Mg bg manfaat utk semua. Blh pakai apa2 sbg ukuran..buku,kad,kertas keras, kotak.. Ikut suka nak saiz mane. Lapik dgn kertas A4 putih, lipat mcm biasa
Cara melipat:
Blh diy dgn kertas keras/kad/kotak/buku.. Ikut saiz yg nak
Rumah kalau tidak dihias dengan bunga hiasan tentu nampak kaku dan kurang berseri, betul bukan?
Apatah lagi menyambut Syawal yang tidak lama lagi akan dirai. Kalau boleh, kita semua mahukan rumah terhias indah.
Walau sedia maklum tiada tetamu yang bertandang ke rumah kita, namun bila dihias cantik dan kemas boleh buatkan kita sekeluarga merasai kemeriahan beraya dengan mood dekorasi baharu.
Oleh itu, memberi keserian pada ruang kediaman, apa kata kali ini mencuba menyuntik keindahan ruang dengan sentuhan DIY gubahan bunga sabun.
Bunga sabun ini nampak sangat cantik dan bahan-bahan yang digunakan juga tidaklah sukar.
Nak tahu lanjut, ini bahan yang perlu ada. Jom semak.
Memang tak pandai nak buat bunga sabun.. Tapi bila dah tengok kat group ni ramai yang buat.. Dan lawa² semuanya.. Terus rasa nak buat jugak².. Sentuhan pertama.. Boleh laa… Hehe
bahan-bahan:
Tepung jagung-tak sampai setengah cawan.. Saya tabur² je..
Gam-1 sudu besar
Sabun-seketoi
Air panas-hanya sedikit sahaja.. Haaa ramas² dengan tangan..
Tepung jagung tak yah banyak.. Ada yang guna sampai 1cawan.. Air pun sikit sahaja.. Masa tuang tu ramas2.. Kalau macam tak cukup air ramas jugak.. Sebab air sikit pun dah cukup..
Tapi kalau macam terlampau sikit nak tambah air hanya sedikit je ye sis..
Ekstra tip
Lagi 1 masa nak bentuk, sambil-sambil celup jari kat minyak.. Minyak Jonhson pn boleh.. Baru nampk licin dan senang bentuk..
Kekal berkilat
Bunga warna peach tu sabun jenama harmoni lepas buat saya sapu minyak rambut..haha.. Tp tak kekal pun kilatnya..
Yang bunga merah saya guna sabun fruitale lepas buat tak sapu minyak cuma masa nak buat je sy celup kat jari sebab senang nak bentuk.. Tapi masih berkilat..
Campur semua bahan uli sampai jadi doh, lepas tu simpan dalam bekas kedap udara biar semalaman.. Esok uli lagi dan boleh bentukkan bunga dah ye…
Melihatkan pokok-pokok di Thailand yang berbuah lebat, mungkin ada yang menyangka mereka menggunakan baja kimia.
Rupa-rupanya ada resipi rahsia yang dipraktikkan oleh pekebun di Thailand untuk memastikan pokok yang ditanam walaupun masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Mereka menggunakan hormon penggalak buah.
Untuk anda yang ingin memastikan pokok berbuah lebat, apa kata cuba resipi ini:
Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda
Cara-cara:
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.
Sumber: Sinarfm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tragedi yang menimpa pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur semalam buat hati jadi sayu.
Ibu mana yang tidak sedih bila mana anak yang dikandungkan dan dijaga sekian lama hilang dalam tragedi penuh mengayat hati.
Namun itulah ketentuan Allah SWT. Semuanya sudah tertulis dan syurga pastinya milik anak-anak syurga ini. Kehilangan nyawa lebih 24 orang dalam tragedi kebakaran awal pagi itu buat kita lebih buka mata.
Sebagai ibu dan ayah, pengetahuan dan orang kata, sentiasa beringat adalah yang selalu dan sentiasa kita kena amalkan. Ajar dan didiklah anak-anak kita untuk lebih peka dengan sekeliling.
Menghadapi kebakaran memang langsung tidak terfikirkan oleh kita. Namun api yang kecil yang kemudian menjadi marak, adalah lawan yang tak termampu untuk kita tangani. Sebagai ibu bapa apa yang boleh kita lakukan adalah sentiasa mengingatkan anak-anak kita.
Jika kebakaran berlaku, persiapkan ilmu untuk mereka dan ajar mereka untuk bertindak. Ini antara yang boleh ibu dan ayah bekalkan sebagai ilmu untuk anak-anak.
1. Tenang saat menghadapi kebakaran. Jangan cemas! Bila tenang, otak akan dapat berfikir dengan baik apa tindakan yang harus kita buat.
2. Jika kebakaran kecil dan masih boleh diatasi, segera padamkan dengan alat pemadam yang ada seperti APAR (Alat Pemadam Api Ringan) atau dengan kain atau guni yang dibasahi air.
3. Jika kebakaran disebabkan oleh litar pintas, segera matikan suis utamadi rumah kita. Perlu segera bertindak!
4.Tutup kawasanterjadi kebakaran agar tidak menjalar ke ruang lain tetapi jangan dikunci.
5. Jika kebakaran besar, segera keluar rumah dan ajak semua keluarga meninggalkan rumah dengan segera!
6. Jangan sibukkan diri untuk mengumpulkan barang di dalam rumah. Jika kesemua barang berharga ini mampu dicapai dengan mudah, langkah ini mungkin boleh anda lakukan. Jika tidak, tinggalkan sahaja. Nyawa anda dan keluarga lebih penting!
7. Berjalanlah dengan tenang, jangan lari dan jangan panik.
8. Ketika berjalan atau berlari, peluk anak-anak yang masih kecil dan ucapkan kata-kata yang baik buat mereka.
9. Jika asap tebal ketika berjalan atau dalam satu kawasan, tutup hidung dengan baju dan jangan sampai anda dan anak-anak menyedut asap.
10. Jika melalui pintu yang tertutup, periksalah suhuterlebih dahulu dengan meletakkan belakang telapak tangan di pintu. Kemudian pegang tombol pintu, jika panas tukar jalan lain untuk keluar.
11. Usahakan untuk berada di kawasan yang terbuka luas untuk bernafas. Cari kawasan yang anda pasti selamat untuk anda dan anak-anak!
Tip Keselamatan Keluarga
Ini yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang pernah menghadapi saat kebakaran di rumahnya. Apa yang boleh dikongsikan olehnya adalah sentiasa beringat dan buat beberapa langkah penting untuk menghadapi saat luar jangka seperti ini. Ini yang patut ibu ayahlakukan di rumah.
Tip 1: Pastikan rumah anda mempunyai dua pintu untuk keluar masuk dengan mudah. Ini penting dan pintu ini jugalah yang akan menjadi penyelamat anda kelak.
Tip 2: Pastikan jalan menuju ke pintu ini tidak dihalang oleh susunan perabot atau barang yang buat anda sukar nak bergerak. Bila berlaku kebakaran, pasti laluan lebih lancar.
Tip 3:Buat kunci pendua. Letakkan pada dua atau tiga kawasan berbeza dan paling penting mudah dicapai ketika anda tidur. Ketika panik, anda hanya mampu capai apa yang ada di depan mata sahaja!
Tip 4:Beli alat pemadam api di rumah. Beli Fire Extinguishers jenis ABC powder untuk kebakaran jenis kertas, kayu, elektrik dan gas. Tak mahal pun, sekitar RM110 sahaja.
Tip 5: Tak salah kalau anda nak beli dan pasang alat pengesan asap kebakaran atau smoke detector fire safety di rumah. Bila menyedari ada asap yang muncul, alat pengesan ini akan berbunyi. Lebih selamat!
Tip 6: Kalau ada duit lebih lagi elok juga belikan selimut tebal atau fire blanket, khusus untuk memadamkan api.
Tip 7: Kena latih isteri dan anak-anak jika berlaku kemungkinan kebakaran. Ajar apa yang kita patut buat seperti langkah di atas.
Ini sangat penting!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di