Penggunaan media sosial diakui menjadi keutamaan bagi kita semua dan sering dianggap penting sebagai medium untuk berkongsi cerita apa yang berlaku di dalam kehidupan sehari-harian.
Bahkan bila dilihat senario masa kini, hingga ada yang berlebih menunjuk-menunjuk kemewahan, kekayaan dan harta yang dimiliki di media sosial. Trend ini dilihat tidak sihat dan atas sebab itu terpanggil untuk Peguam Nor Zabetha berkongsi pandangan dan pengalamannnya yang diharapkan dapat memberi pengajaran untuk kita semua.
Budaya ‘Fit In’ Jadi Ikutan
Macam-macam cara orang gunakan untuk ‘fit in’. Hendak sesuaikan diri atau juga hendak menjadi ‘champion’ atau hebat di mata masyarakat. Tambah pula zaman media sosial ini. Sebab itu wujud budaya seperti ‘flex’. Barangkali juga untuk mendapat perhatian dan ‘respect’ orang ramai.
Cumanya, kalau terlalu diikutkan sangat ‘trend’, lama-kelamaan mengundang rasa marah, benci atau kecaman orang awam. Niat asalnya, kita hendak orang lihat dan nampak kita hebat.
Berpada-pada. Sudah cukup baik. Melihat video seperti influencer menunjukkan koleksi jamnya, “Oh! Ini tak mahal sangat. Ini harganya berapa ratus ribu je”.
“Takkan saya hendak tunjuk kaya saya sehingga saya hendak tunjuk duit berjuta dalam peti besi tu”.
Ada juga influencer yang tercabar bila diperli asetnya masih dalam pinjaman bank, untuk membuktikan dia susun duit-duit dalam peti di rumahnya dan menceritakan bahawa ada jutaan ringgit lagi.
Saya selalu terfikir apa tujuan perbuatan yang begini. Untuk dilihat hebat? Untuk disanjung? Jika itu tujuannya, di ruang komen yang saya baca bukan kata-kata pujian tetapi sebaliknya.
Yang Kecil Pun Tahu Membanding Jenama
Budaya begini sudah menjadi ikutan pula dalam masyarakat kita. Malahan menjadi ikutan remaja-remaja dan generasi baru. Yang kecil pun sudah tahu membandingkan jenama.
Kalau ke sekolah berbag Smiggle itu pastinya hebat. Jenama mengambarkan status antara mereka dan menyebabkan rasa penting dan hebat anak-anak ini.
Siapa yang tidak pernah melalui zaman yang tidak ‘terikut-ikut’ waktu remaja ini. Majoriti kita, sudah tentu pernah. Kita hendak ‘fit in’ supaya tidak terasa terasing dari kawan-kawan. Supaya nampak sama-sama hebat.
Teringat kisah sendiri, waktu mula-mula di Universiti dulu. Saya ini pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan di taman perumahan, ibu saya sewaktu membesarkan kami adalah seorang kerani. Jadi kami tidak mewah.
Kalau disebutkan segala jenama barangan mahal memang tidak tahu. Secret Recipe atau kedai yang lebih kurang sama, belum pernah jejak kaki sehinggalah mula bekerja sendiri. Kalau ada makan di Universiti pun, kawan-kawan yang belanja. Waktu menbesar, makanan seperti KFC dan McDonald pun sekali-sekala.
Jadi apabila ke Universiti, latar belakangnya berbeza-beza. Kehidupan baru buat saya dan mengenali manusia baru. Ada beberapa kawan yang saya kenali sangat peka dan ambil tahu tentang jenama. Kadangkala bila bersembang jenuh kepala saya menangkap apa yang disebut.
Selalunya saya tidak menyampuk dan diam sahaja bila masuk topik begini. Perkara saya tidak tahu, jangan tunjuk pandai. Waktu ini usia saya baru 18 tahun. Telefon paling canggih waktu ini Nokia 3310. Tidak sama macam telefon Android atau Iphone sekarang. Kalau tidak tahu, kita terus Google sahaja.
“Beth pernah pergi Kinokuniya?”
Satu hari, seorang rakan rancak bercerita. Nama-nama restoran yang ada di Mall, kedai itu dan kedai ini. Tiba-tiba dia tanya soalan “Beth pernah pergi Kinokuniya?”. Saya terdiam dan tergamam. Aduh! Waktu ini hendak jujur atau kita kena cuba ‘fit in’ supaya kelihatan ‘cool’.
Tidak sempat buat keputusan. Masa hanya tinggal beberapa saat untuk menjawab. Baik! Saya ‘fit in’. Dengan yakinnya saya jawab “Tak pernah makan lagi dekat restaurant Jepun. Sedap ke?”.
Maka terdiamlah kawan yang bertanyakan soalan. Hendak dia ketawakan biadap. Seorang lagi pun terdiam. Kami terdiam beberapa saat.
Sambil rakan saya itu, kelihatan jelas hendak mematahkan jawapan yang paling ‘innocent’ dan betapa dia tidak sampai hati menjelaskan Kinokuniya adalah sebuah kedai buku yang terletak di KLCC. Kami semua diam.
Sejak itu, saya lebih peka dan ambil tahu tentang hal-hal begini. Cuma patutnya waktu itu, jika saya tidak tahu, eloklah saya jujur sahaja. Barangkali jiwa remaja dan tidak mahu ketinggalan selepas masuk ke dunia baru iaitu Universiti.
Alhamdulillah, apabila mula bekerja dan kehidupan yang lebih bagus. Rezeki juga murah dan diberikan kelapangan untuk mencuba segalanya.
Beberapa perkara yang saya belajar tentang kehidupan. Jika hendak dihormati tidak sepertinya dengan menayangkan atau membuktikan apa yang kita ada. Biarlah kejayaan kita ‘bercakap’ sendiri. ‘Action speak louder than words’.
Paling utama ‘Just be yourself’. Hendak cuba ‘fit in’. Hendak jadi orang lain yang bukan diri sendiri, sangat memenatkan sebenarnya kerana kita hidup untuk memuaskan anggapan orang lain. Penat untuk puaskan hati manusia kerana tidak pernah puas.
Kalau bukan diri kita, mengaku sahaja bukan. Orang lebih sayang dan suka dengan manusia yang jenis merendah diri dan jujur. Menjadi manusia begini hatinya tenang dan tidak memenatkan.
Jadi diri sendiri dan ada dengan mereka yang boleh menerima kita seadanya.
Walaupun dirinya dikenali ramai, namun pelakon dan pelawak, Amir Rajalawak tidak malu untuk mengusahakan perniagaan air minuman di Prima Saujana, Kajang, Selangor.
Bahkan. dia sanggup demi kelangsungan hidup selepas aktiviti seni tergendala sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuat kuasakan.
Menurut Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi, dia bersyukur punca pendapatan daripada perniagaan itu cukup untuk membeli keperluan harian meski keuntungan diperoleh tidak banyak.
“Setiap hari saya turun berniaga sekitar jam 11.30 pagi hingga 6.30 petang. Kemudian saya pulang rumah, terus sambung buat air lagi pada waktu malam.
“Seawal jam 7 pagi pun, saya sudah bangun untuk buat lagi sebelum bersiap membuka gerai. Disebabkan saya kena menggaji pembantu gerai, adalah dapat keuntungan bersih dalam RM200.
“Tapi, tak kisahlah asalkan ada juga pendapatan untuk beli keperluan harian, itu sudah memadai. Rasa penat belakang kira, asalkan saya dapat menampung belanja sepanjang PKP 3.0 ini,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
Dalam.masa yang sama, Amir turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan ramai terhadap bisnes nya.
“Kadang-kadang ada pembeli datang awal dan apabila tak nampak saya, mereka ingatkan gerai tak buka. Mereka akan terus hubungi saya untuk bertanya sama ada saya buka gerai.
““Begitu juga pelanggan yang sememangnya sudah menjadi pembeli setia sejak beberapa tahun.
“Perniagaan ini pun saya sudah usahakan sejak 2017 namun pada tempoh sekarang saja saya buat sepenuh masa,” katanya lagi.
“Sepatutnya bulan ini, saya terbabit dalam tiga drama. Namun semua sudah ditunda dan saya kena buat inisiatif berniaga ini untuk terus mencari punca pendapatan.
“Tapi, saya okay saja asalkan ada punca pendapatan yang cukup untuk tampung keperluan harian. Lagipun, bukan banyak barang pun saya beli kerana lebih selesa jalani gaya hidup sederhana.
“Biarlah orang nak anggap apa pun memandangkan saya artis, tapi bagi saya tiada keperluan pun nak bermewah-mewah,” katanya.
Tidak ada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha. Demikian juga dengan anak kelahiran Sungai Petani, kedah ini.
Dia mengharumkan nama Malaysia sekali gus mencipta kejayaan manis buat dirinya apabila terpilih menerima anugerah Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences, di Pegula Ice Arena. Satu pengiktirafan tertinggi semasa hari graduasinya.
Muhammad Saiful Hakimi bin Daud, 24, merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah berjaya memperoleh pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.
Menurut Bernama, JPA telah memaklumkan bahawa Hakimi telah dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences, di Pegula Ice Arena pada 3 Mei yang lalu.
Dia juga merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah itu dengan skor penuh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.0.
Hakimi yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor in Energy Business and Finance di Pennsylvania State University dikatakan merupakan seorang pelajar yang aktif dan cemerlang di universiti.
Menerusi Facebook Free Malaysia News, rata-rata netizen telah mengucapkan tahniah kerana berjaya mendapat pengiktirafan tersebut.
Mereka turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian pelajar Malaysia kerana mampu mengharumkan nama negara di mata dunia.
Sumber: Bernama & Ohmymedia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Batuk berpanjangan bukan sekadar masalah biasa. Kenali tanda awal penyakit Tibi, cara jangkitan merebak dan kepentingan saringan awal demi melindungi keluarga.