Kalau beli buah tembikai,Kita selalu sangka dapat yang manis, tetapi kecewa. Walaupun isinya merah namun rasanya tawar. Jadi kena ada cara untuk pilih buah tembikai.
Jom ikut tip yang dikongsikan Musyahadah oo menerusi Facebooknya. Menurutnya, tip tersebut diperoleh daripada penanam tembikai sendiri.
Semalam saya pergi Econsave beli tembikai. Lepastu saya nampak uncle Cina pilih-pilih. Saya perhatikan dia berpusing-pusing memilih tembikai semua tak kena. Saya pun bertanya kepoh;
Uncle pun jawab “Amoy…mai saya ajar, ni no1 ‘belalai kerinting’ menandakan buah pertama. Manakala no2 ni buah kedua dan yang lurus ni no3 menandakan buah seterusnya.
Kalau you ah nak manis ambil buah no 1 merah cantik, ok. Lagi ah, kalau nak tau kulit tu tebal dan nipis tengok biku (bontot) dia.
Kalau lubang besar macam ni ah kulit tebal. Kalau lubang tu kecil tanda kulit nipis ah.
Ok you mau mana? Saya pun jawab nak yang manis, uncle!!
Ok dia suruh saya pilih bagi can cari tembikai belalai kerinting.Dapatlah.
Ads
Uncle pun senyum, saya macam budak baru belajar. Uncle pun berlalu saya ucap, “xie xie ni uncle”.
Dalam hati ada betulkah uncle nih? Dia kata ia penanam tembikai.
Hahhh…ni sebelum potong saya cerita suami untuk membuktikan tembikai yang saya beli MANIS merah tapi kulit agak tebal sebab saya pilih lubang bawah besar .
Jeng jeng jeng jeeng, bila potong. Eeeh betullah, manis merah cantik memang kulit tebal sikit.
Ilmu ya, boleh kita dapat di mana-mana jangan malu bertanya.
Ads
Sekadar perkongsian. Siap snap gambar di econsave sebab nak buktikan suami dan anak kata fresh, manis betul.
Makanan segera antara makanan yang mudah dan paling pantas untuk disediakan oleh ibu bekerja buat anak-anak. Biarpun begitu, amalan memberi anak makan
makanan segera seperti sosej, nugget dan sebagainya di rumah sebenarnya amatlah tidak sihat.
Selain kita tidak tahu apakah kandungan bahan di dalamnya, banyak juga bahan perasa yang keterlaluan digunakan untuk menjadikan ia lebih sedap. Nak
selamat ada baiknya mak-mak cuba buat sendiri di rumah. Tak susah pun sebenarnya.
Kredit Foto: Nurul Izzaty
Perkongsian Nurul Izzaty buat warga Makan Apa Hari Ini (MAHN) di facebooknya boleh kita cuba. Siap ada langkah demi langkah lagi. Jom cuba.
Salam semua warga MAHN. Minggu lepas ada buatkan sosej homemade untuk anak-anak. Tak adalah 100 % sama macam beli yang frozen tu. Jadi siapa-siapa nak cuba buat, Zaty sertakan resepi di bawah. Resepi agak-agak saja, semua main campak tak ada sukatan.
Bahan-bahan:
1 keping dada isi ayam
1 ulas bawang putih
Bawang besar Holland
1 biji telur
Sedikit mix herbs
Secubit chili flakes (ikut kepedasan)
Sedikit lobak merah
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam / lada sulah
2 sudu makan tepung ubi /jagung
Sedikit air
Caranya:
1. Campurkan semua bahan di atas (kecuali tepung ubi) dan kisar sampai hancur.
2. Dah siap, tuangkan adunan ke dalam bekas dan masukkan tepung ubi.
3. Gaulkan sebati dan rasa dah ok, masukkan dalam piping bag dan boleh start paipkan adunan dalam plastik ais krim atau apa-apa plastik. Ikut kreativiti
masing-masing.
4. Kukus dalam 20-30 minit ikut suhu api masing-masing. Dah siap kukus terus rendam sosej yang siap tu ke dalam air ais selama 5 minit untuk bagi dia
pejal-pejal. Dah siap tu, boleh la nak makan terus, nak goreng atau nak frozenkan.
Selamat mencuba.
* Pastikan makanan yang sihat berkhasiat untuk anak-anak.
Memandangkan ramai yang suka membuat kek, tentu pelbagai resipi telah dibuka. Namun masalahnya, walaupun telah mengikut resipi yang disediakan, tetap tak menjadi. Selalunya masalah kek tak jadi dihidapi oleh newbie-niewbie yang baru nak ‘berkecimpung’ dalam dunia kek.
Memang kita akan merasa sangat hampa jika mendapati kek tidak menjadi dengan baik setelah menghabiskan masa dan belanja yang banyak untuk membuatnya!
Laziamnya masalah yang dihadapi adalah masalah kek menjadi bantat, kek tidak sekata atau tidak naik, kek tidak cukup kering dan kek merekah.
Namun, dengan 29 petua ni, boleh dijadikan rujukan termasuk yang baru nak belajar membuat kek. Jom tengok!
Membakar atau menghasilkan kek sudah pasti mengharapkan sesuatu hasil kek yang sempurna.Tetapi bila ada beberapa tanda yang dibakar itu adakalanya ,kek menjadi bantat, kek menjadi tidak sekata atau tidak naik, kek tidak cukup kering,permukaan kek merekah berderai dan macam-macam lagi.
InsyaAllah di sini sedikit panduan untuk punca kek tidak menjadi yang sering anda hadapi dan tips untuk membantu mengetahui apakah punca dan sebab kek itu tidak menjadi.
Kek Mentega (Butter Cake) yang tidak menjadi.
1.Kek itu tenggelam dan bantat dibahagian tengah setelah dikeluarkan dari oven. Puncanya :- Kek anda belum masak betul.
2.Sewaktu membakar bahagian tengah kek tenggelam. Puncanya :- Adunan kek dipaksa untuk naik dengan cepat akibat suhu oven yang terlalu panas dan ia akan menghasilkan kek yang tenggelam dibahagian tengah.
3.Kerak yang bergula pada keliling kek. Puncanya :-Mentega dan gula tidak dipukul dengan sempurna.
4.Tompok-tompok putih pada permukaan kek. Puncanya :- Gula yang tidak larut betul atau gula tidak dipukul dengan sempurna. Sebaiknya jika untuk resipi kek mentega yang ringan, gunakan gula kaster agar ia mudah larut dan cepat sebati dengan mentega.
5.Kek anda tenggelam terus atau kek menjadi bantat Puncanya :- Suhu oven anda terlalu panas dan kek terlalu lama dibakar, dan cara memukul tadi tidak cukup kembang.
6.Kek berderai bila dipotong. Puncanya :- Mentega dan gula dipukul keterlaluan atau telur dimasukkan terlalu cepat dimana adunan mentega dan gula belum sebati.
7.Kek melekat pada loyong pembakar. Puncanya :- Terlalu banyak gula atau bahan manisan yang lain dalam resipi. Jika resipi menggunakan madu atau sirap kencana (golden syrup), ataupun anda mengguna loyang pembakar yang baru. *Sebaiknya sapu dasar dan keliling loyang pembakar dengan mentega ataupun alas dengan kertas kuih.
8.Kek naik kemudian retak di tengah permukaan. Puncanya :- Loyang pembakar terlalu kecil atau suhu oven terlalu panas. Selalu kek yang dibakar dengan loyang loaf atau loyang ring, atau acuan berbentuk love mudah retak pada permukaan disebabkan loyang yang agak kecil.
9.Keliling kek keras. Puncanya :-Adunan dipukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, sebenanrya kaup balikkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.
10.Kek pucat pada bahagian permukaan dan coklat pada tepi dan bahagian bawah. Punca kek tidak menjadi :- Loyang yang besar telah digunakan atau sekeliling loyang telah diletak kertas kuih yang tinggi.
11.Warna yang tidak serata pada permukaan kek. Puncanya :- Adunan kek tidak dibancuh dengan sempurna. Sewaktu menggaul tepung tepi mangkuk adunan tidak dibersihkan supaya adunan dapat digaul dengan sebati.
12.Kek naik tidak serata. Puncanya :- Adunan kek tidak diratakan sebelum dibakar. Kek yang telah dibakar berlubang.
13.Kek telah masak berkerak dan hampir hangus tapi masih tidak masak dibahagian tengah. Puncanya :- Kek telah dibakar terlalu lama ataupun pada suhu oven yang terlalu panas. Puncanya :- Anda mungkin menggunakan loyang yang kecil mengakibatkan permukaan kek cepat masak sementara bahagian dalam masih mentah.
Kek Buah-Buahan yang dihasilkan tidak sempurna
14.Buah-buahan tenggelam pada dasar kek. Punca kek tidak menjadi :- Buah-buahan telah dibasuh dan tidak dikeringkan dengan sempurna. Puncanya :- Adunan kek terlalu lembut untuk menampung berat buah-buahan; ini akibat dari adunan mentega dan gula terlalu dipukul. Puncanya :- Resipi menggunakan tepung naik sendiri dari tepung gandum. Puncanya :- Buah-buahan boleh dicincang kecil supaya adunan kek dapat menampung berat buah-buahan dengan lebih mudah.
15.Bahagian tengah kek masih rasa mentah. Punca kek tidak menjadi :- Kek dibakar dengan suhu oven yang rendah dan tidak dibakar dengan masa yang sepatutnya sehingga ia masak. Dasar kek hangus. Puncanya :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu tinggi. Puncanya :- Kek buah-buahan yang dibakar memerlukan masa yang lama dan rendah untuk dibakar. Puncanya :- Kek dengan ukuran 22cm atau kecil memerlukan tiga helai kertas kuih yang dialas pada dasar loyang pembakar berbanding dengan ukuran kek yang besar yang hanya memerlukan satu atau dua helai kertas kuih.
16.Kek merekah diatas pada permukaan. Punca kek tidak menjadi :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu tinggi. Puncanya :-Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar. Puncanya :-Kekurangan cecair. Puncanya :-Acuan tin terlalu kecil.
17.Kek tidak rata pada permukaan. Puncanya :- Rak oven tidak seimbang ataupun adunan tidak diratakan sebelum dibakar.
18.Kek tenggelam pada bahagian tengah. Puncanya :- Tepung naik sendiri digunakan atau terlalu banyak soda bikarbonat digunakan. Selalunya untuk Kek Buah-Buahan yang dibakar hanya menggunakan tepung gandum dan ditambah dengan sedikit tepung naik sendiri. Puncanya :- Kek mungkin tidak dibakar dengan sempurna. Puncanya :- Gunakan lidi pengguji dan jika keluar bersih bermakna kek telah pun masak.
19.Kek yang Mendap di Tengahnya Puncanya :- Ukuran acuan tin tidak betul.Puncanya :- Sukatan bahan tidak tepat.Puncanya :- Sukatan bahan tidak tepat Puncanya :- Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat. Puncanya :- Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
20.Kek Terlalu Lembap dan Leper Punca kek tidak menjadi :-Terlampau banyak cecair. Puncanya :-Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya. Puncanya :-Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya. Puncanya :-Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Kek Span (Sponge Cake) yang dihasilkan tidak sempurna
21.Tompok putih pada permukaan kek Puncanya :- Gula tidak larut sewaktu adunan kek disediakan.
22.Kek tenggelam sewaktu dibakar. Puncanya :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu panas.
23.Kek berkedut dan kecut selepas membakar. Puncanya:-Kek tidak dibakar dengan sempurna ataupun kek disejukkan secara mendadak.
24.Kek liat dan mampat Punca kek tidak menjadi :- Adunan tepung dan cecair tidak digaul dengan betul. Sewaktu masukkan tepung anda harus menggunakan senduk kayu dan gaul adunan dengan perlahan dan dalam satu pusingan.
25.Kek pucat dan melekit pada bahagian permukaan Puncanya :- Kek telah dibakar pada suhu oven yang rendah. Kek berkerak pada bahagian luar Puncanya :- Kek telah dibakar pada suhu yang terlalu tinggi ataupun telah menggunakan loyang yang kecil.
26.Kek tenggelam pada bahagian tengah Puncanya :- Loyang pembakar yang kecil telah digunakan mengakibatkan kek naik terlalu cepat dan kemudian tenggelam ditengah.
27.Warna kek yang pucat tidak serata dipermukaan. Puncanya :- Adunan tidak digaul dengan sempurna.
28.Kek span naik terlalu cepat. Puncanya :- Suhu oven terlalu panas.
29.Kek span tidak masak dengan sempurna. Puncanya :- Sewaktu kek dibakar pada separuh masa membakar, pintu oven telah dibuka.
Ok inilah punca kek tidak menjadi dan tip-tip penting untuk membuat kek dan jadikan kek idaman anda berhasil.Tidak ada lagi kenapa kek tak jadi, kenapa kek tak naik ,kek tenggelam, dan sebagainya. Semoga persoalan kenapa kek tak menjadi terjawab buat peminat kek.
Kisah pasangan ini cukup unik bila tampil dalam persalinan pengantin dengan Tema Hello Kitty. Jarang tema sedemikian menjadi pilihan bakal pengantin. Namun, disebabkan pasangan ini mahukan sesuatu yang ‘unik’ dan lain dari yang lain, membuatkan mereka memilih tema ini.
Lebih menarik lagi, tema tersebut menjadi pilihan sang suami yang memang sukakan sesuatu yang unik.
Selain tema yang lain dari yang lain, pasangan ini juga memilih tarikh yang cukup istimewa iaitu 18.8.2018 sebagai detik bersejarah disatukan sebagai suami isteri yang sah.
Menurut pengantin perempuan,Eira Zain Bridaltema Hello Kitty tiada sebarang masalah dalam memilih tema tersebut.
“Kami bernikah pada 18/8/18. Kalau diikutkan sebenarnya tak ada idea pun nak buat tema hello kitty ni tapi memandangkan suami ni agak suka benda-benda yang unik, kebetulan dia pun orang seni dan minat pada art itulah hasil dia.
” Tiada paksaan dari saya atau dia sendiri, sebaliknya kami sekadar suka-suka sahaja untuk dijadikan koleksi sebab baju ni bukan pakai masa sanding. sebaliknya kami pakai ketika mengambil gambar untuk sesi outdoor sahaja,” ulas Eira Zain ketika ditemu bual oleh wartawan Majalah Keluarga.
Eira Zain yang memakai baju dari rekaan suami dan dirinya sendiri memberitahu baju tersebut adalah dari butiknya sendiri.
“Tak susah pun nak dapat busana ini kerana saya dan suami yang design sendiri. Kebetulan saya memiliki butik pengantin sendiri selain menyediakan perkhidmatan andaman.
“Mungkin bagi orang lain ia sesuatu yang pelik tapi pada saya biasa je ,cuma suami yang memang minat bahagian seni. Jadi, baju tersebut adalah hasil perbincangan kami berdua. Jadi, kepada yang berminat untuk mendapatkan busana dengan tema begini boleh hubungi kami.
“Tidak susah untuk mendapatkan material dan kami hanya mengambil masa lebih kurang seminggu sahaja,”ujar Eira lagi yanglebih fokus kepada bahagian andaman manakala suaminya, Nur Mael membuat kabinet.
Sumber: Eira Zain Bridal (FB)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di