Lumrah kehidupan masa kini membuatkan semakin ramai manusia lebih mementingkan kebendaan, memandang kemewahan berbanding ketenangan, Hakikatnya jauh di sudut hati tidak ada sedikit pun rasa tenang dan bahagia. Mereka mula berasa resah apabila kehidupan tidak lengkap. Bimbang tentang masa depan.

Sebagai umat Islam, kita perlu yakin bahawa setiap kesusahan, kesenangan dan aturan rezeki adalah hak Allah, dan bukannya manusia.
Firman Allah dalam surah Yunus ayat 107 yang bermaksud: “Dan jika Allah mahu timpakan kamu dengan sesuatu yang berbahaya, maka tiada sesiapapun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Dia mahu kamu beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang dapat menghalang limpah kurnia-Nya. Allah melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dalam kalangan para hamba-Nya, dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Walau sesusah manapun kita, kita perlu menanam keyakinan dalam diri bahawa rezeki kita sudah tertulis dan asti ada di mana-mana. Jadi untuk membentuk keluarga bahagia, usah runsing jika anak tak ramai, anak lelaki atau perempuan semuanya. Semua rezeki itu hak Allah. Usah bimbang hari tua kita siapa yang akan menjaga kita. Semua itu urusan Allah. Ketentuannya sudah ada. Allah itu adil. Muhasabah diri.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Yakinlah Allah Itu Adil. Usah Cemas Jika Kehidupan Tak Lengkap Termasuk Tak Ada Perempuan Atau Anak Tak Ramai.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

IKLAN

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Yakinlah Allah Itu Adil. Usah Cemas Jika Kehidupan Tak Lengkap Termasuk Tak Ada Perempuan Atau Anak Tak Ramai.

IKLAN

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

IKLAN

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

Pendek kata
Allah ada.
Jangan takut…

Kredit: Izyan Izdihar

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI