Meskipun berjauhan dengan suami, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital pada jam 6.10 pagi Sabtu.
Bella, 26 tahun yang meupakan isteri kepada Aliff Aziz itu tiba di hospital kira-kira jam 3.30 pagi dan melalui proses bersalin selama dua jam setengah.
“Syukur alhamdullilah, saya sudah selamat bersalin. Terima kasih tidak terhingga kepada yang sentiasa mendoakan saya.
“Yayy, it’s our first wefieee🤱🏻”
“Sampai Hospital tadi 3.30am, my baby princess keluar jam 6.10am, Alhamdulillah 🤲🏻❤️ (abang dulu 1 jam setengah, adik ni 2 jam setengah 😂,” tulisnya sambil berkongsi swafoto bersama anak keduanya itu di instagram miliknya.
Selain dari peminatnya, rakan artis juga antara yang membanjiri ruangan komen di postingnya itu dengan ucapan tahniah atas kelahiran anak keduanya itu.
Ads
Sebelum ini, Bella sempat berkongsi kebimbangannya di Story Instagram apabila masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin meskipun kandungannya sudah mencecah 40 minggu.
Walaupun tanpa suami di sisi menemani proses kelahiran itu, tapi mereka sentiasa berhubung dan Bella yakin doa suaminya sentiasa bersama walau sudah beberapa bulan tidak berjumpa akibat penularan Covid-19.
Ads
Pada April lalu, Bella berkongsi mengenai kehamilan anak kedua itu selepas memutuskan untuk rujuk semula dengan Aliff selepas bercerai pada 1 Mei tahun lalu.
Kutu beras adalah salah satu masalah yang sering mak-mak hadapi bila beras lama tak guna atau ditinggalkan lama.
Ada juga beras baru ada masalah ni. Memang kena buang satu-satu supaya dalam nasi tak ada bila dah masak!
PETUA HALAU KUTU BERAS GUNA BAWANG PUTIH
Sebenarnya ada petua nak halau kutu beras ni. Menerusi akaun Tik Tok @nz.pgs, ada tip paling mudah untuk menghalau kutu beras yang penuh dalam bekas beras iaitu menggunakan bawang putih
CARANYA
1. Letak beras yang penuh dengan kutu beras ini dalam bekas terbuka.
2. Ambil satu labu bawang putih dan potong dua.
.3. Letak bawang putih ini di permukaan beras atau benamkan. Biarkan seharian kemudian keluarkan. Contoh letakkan bawang putih pada waktu pagi dan keluarkan sebelah petang.
4. Hasilnya semua kutu beras akan keluar dengan sendiri dari beras tanpa ada satu pun tertinggal. Beras akan bersih dan boleh digunakan.
Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak mereka berjaya. Namun tak semua anak-anak akan dapat memenuhinya.
Mungkin mereka tidak dapat membanggakan ibu bapa dalam bidang pelajaran, tetapi kelebohan mereka pada bidang yang lain.
Setiap dari anak-anak ada keistimewaannya dan tidak harus diperbandingkan.
Begitulah kisahnya melalui satu perkongsian dari seorang pemuda lepasan SPM ini di Tik Tok apabila mendapat keputusan kurang memberangsangkan.
Walaupun tidak memperoleh apa yang yang diharapkan, reaksi si ibu tetap meraikan remaja tersebut dan berbangga dengan anaknya itu.
“Maaf ibu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya tak cemerlang seperti orang lain,” kata remaja itu di ruangan kapsyen videonya.
Berdasarkan slip keputusan SPM yang dikepilkan, remaja tersebut gagal mendapat gred A dalam sebarang mata pelajaran.
Turut disertakan dalam perkongsian itu adalah sepucuk surat tulisan tangan bersama wang tunai RM100 diberikan si ibu kepada anaknya itu sebagai sokongan moral.
“Assalamualaikum. Kepada anak mak, tahniah mak ucapkan kerana dapat keputusan SPM yang baik. Nanti sambung belajar ya anak. Sambung belajar untuk masa depan.
“Mak dan ayah nak tengok abang berjaya dunia dan akhirat. Abang adalah satu-satunya harapan kami.
“Nanti pergi Kuala Lumpur buat kerja baik-baik ya. Jaga anak maksu. Kalau rasa tak boleh jaga, balik semula kampung.
“Mak sebenarnya berat nak lepaskan abang pergi kerja jauh-jauh tapi tak apa, mak doakan semoga Allah sentiasa lindungi anak mak ni,” tulis ibu itu kepada anaknya.
Surat tersebut juga dilihat basah dengan titisan air mata daripada remaja yang membacanya itu.
“Mak tak dapat nak bagi hadiah besar-besar dekat abang. Ini mak bagi RM100 untuk hadiah SPM abang. Mak tak dapat bagi banyak sebab mak bukanlah kerja pangkat tinggi.
“Abang ada cakap nak beli barang-barang abang yang tak cukup. Abang ambil la duit ni pergi beli es
ok.
“Mak sayangkan abang,” ujar ibu itu menutup bicara.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya mengatakan mereka menginginkan untuk mempunyai seorang ibu yang tahu untuk menghargai usaha anak.
“Syukur bang, saya dapat banyak A pun masih nak dibanding-bandingkan. Nak kata peluk dan ucap tahniah pun jauh sekali. Tapi itulah hargai mak ayah selagi ada.
Warga maya lain pula memberikan semangat kepada pemuda itu untuk meneruskan kehidupan dan tidak putus harapan.
Zakat Emas wajib dibayar apabila sudah sampai kadar uruf yang ditetapkan mengikut negeri.
Ada dua kategori iaitu emas perhiasan (yang dipakai) dan emas bukan perhiasan (yang disimpan atau tidak dipakai).
Kadar uruf emas bukan perhiasan untuk seluruh negeri dalam Malaysia ialah 85 gram. Gold bar dan Dinar secara automatiknya masuk di dalam kategori emas bukan perhiasan kerana ianya tidak boleh digayakan. Melainkan anda tebuk lubang dan buat jadi subang atau loket dan dipakai. Pelik tapi tetap perlu dimaklumkan.
Jadi, jika anda ada gold bar seberat 100g, kali sahaja dengan harga emas semasa dan darab 2.5%. Dapatlah amaun zakat emas bukan perhiasan yang anda wajib bayar.
Contohnya pada 23 Disember 2020 mengikut harga emas 999 semasa :
84 gram tidak perlu zakat.
85g X RM268 X 2.5% = RM569.50
100g X RM268 X 2.5% = RM670
Untuk kadar uruf emas perhiasan pula berbeza mengikut negeri. Jika anda tanya mengapa, ini ada kena mengena dengan maksud uruf itu sendiri iaitu “adat kebiasaan”. Mungkin ada negeri-negeri yang sangat sinonim dengan emas, jadi kadar urufnya lebih tinggi berbanding negeri yang lain.
Untuk negeri Selangor contohnya, kadar uruf emas perhiasan ialah 800 gram. Jadi, apa yang lebih dari 800 gram itulah yang wajib dibayar zakatnya. Sebagai contoh emas perhiasan anda ada 900 gram, jadi 900 – 800 akan jadi 100 gram. Kali sahaja dengan harga emas semasa dan darab dengan 2.5%. Dapatlah nilai zakat emas perhiasan yang wajib dibayar.
Contohnya pada 23 Disember 2020 mengikut harga emas 916 semasa :
1 gram hingga 800 gram tidak perlu bayar zakat.
801 gram perlu bayar zakat untuk 1 gram sahaja.
1g X RM244 X 2.5% = RM6.10
900 gram perlu bayar zakat untuk 100 gram sahaja (900-800).
100g X RM244 X 2.5% = RM610
Mudah bukan? Di sini saya senaraikan kadar uruf mengikut negeri. Ada kebarangkalian kadar ini ada pindaan, sila dapatkan kepastikan di pusat zakat negeri anda.
Kadar uruf ikut negeri
Selangor, Kuala Lumpur = 800g
Johor, Terengganu = 850g
Perak, Pahang = 500g
Negeri Semilan = 200g
Melaka = 180g
Kedah = 170g
Pulau Pinang = 165g
Sabah = 152g
Sarawak = 90g
Perlis = 85g
Kelantan = Tiada uruf
Apakah yang dimaksudkan dengan Tiada Uruf di Kelantan? Ini bermakna, untuk yang tinggal di Kelantan, emas perhiasan tidak langsung dikenakan zakat. Jika ada 2 kilogram emas perhiasan pun tidak perlu bayar zakat.
Tetapi emas perhiasan yang tidak dipakai selama genap 1 tahun (cukup haul), secara automatiknya emas itu perlu dibayar zakat dan sudah masuk ke kategori emas bukan perhiasan.
Jadi, orang di Kelantan kena cakna bab ni. Perlu tahu barang kemas mana yang dah lama tak pakai. Nanti tak sedar, zakat tak bayar pula.
Perbezaannya mudah sahaja.
Emas perhiasan perlu dibayar zakat jika lebih uruf sahaja, tetapi hanya baki berat emas selepas ditolak kadar uruf.
(Ada negeri yang kira jumlah terus apabila sudah sampai uruf. Sila rujuk pusat Zakat negeri masing-masing)
Emas bukan perhiasan pula apabila sudah mencapai uruf, perlu dikenakan zakat untuk jumlah berat emas itu.
Contoh senario emas perhiasan :
Jika anda sebelum ini tinggal di negeri Kelantan dan ada 900 gram emas perhiasan yang dipakai, kemudian berpindah ke negeri Perlis, apabila cukup haul (genap setahun), anda perlu bayar zakat untuk 815 gram emas perhiasan anda.
Sebelum ini tiada uruf di Kelantan. Sekarang tinggal di Perlis sudah setahun, kadar uruf Perlis ialah 85 gram.
900g – 85g = 815g
815g X RM244 X 2.5% = RM4971.50
Itulah jumlah zakat emas perhiasan yang perlu dibayar jika mempunyai 900 gram emas di negeri Perlis.
Semoga kita tidak terleka dalam menjalankan kewajipan membayar zakat kerana membayar zakat itu adalah wajib.
Kongsikan penulisan ini buat makluman semua. Semoga dapat memberi manfaat.
Segala maklumat ini diperolehi dari laman web zakat negeri. Tertakluk kepada perubahan. Perlu dapatkan kepastian dari pusat Zakat negeri masing-masing.
Sumber: Akhtar Syamir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.