Setiap wanita yang telah berkahwin dan telah pun melalui proses kelahiran untuk beberapa kalinya,  sewajarnya lebih mengambil berat dalam penjagaan dalaman wanita.

Ini penting bagi menjamin hubungan intim suami isteri tetap hebat.  Bagi tujuan ini, wanita Melayu banyak mengamalkan minuman herba dan salah satunya sebagaimana yang dikongsikan oleh Pn Aida ini.  Diharap dapat memberi manfaat dan serasi dengan tubuh anda.

Jus kembali perawan

Bahan-bahan:

5 biji ibu kunyit hidup
7 helai daun sirih
5 ketul temu kunci
10 ketul gula batu
10 biji asam- (segenggam)
1 liter air kosong

temu kunci

 

Cara buat:
1. Bersihkan kunyit dan temu kunci buang kulitnya.

2.  Basuh bersih2 bersama2 daun sireh. Jangan pulak pakai sabun.

3. Kisar semua bahan yg dah bersih tu sampai lumat gunakan air yg dah disukat tadi.

4. Masuk dalam periuk penuhkan dan tuang baki air dari botol tadi.

5. Masukkan gula batu dan asam.

6. Masak sampai mendidih.

7. Sejukkan tapis guna penapis yg paling halus . Biarkan sejuk masukkan dlm botol boleh simpan dalam peti ais.

8. Biarkan mendap baki hampas kunyit, baru lah boleh diminum.

Ekstra tip : Boleh juga masukkan sedikit halia, cekur masa mengisar untuk buang angin.

Cubalah ye.. insyaAllah masalah dalaman wanita akan berkurangan. Minum segelas kecil pagi dan petang. Selamat mencuba

Kredit : Aida Md Salleh via Mahn

Tinggalkan Komen