Tiada ungkapan yang lebih bermakna buat pelakon Fasha Sandha dari lafaz syukur serta terharu melihat hasil titik peluh selama bekerja sudah tersergam indah di hadapan mata.
Biarpun mungkin tidak segah kediaman orang lain namun bagi ibu kepada tiga cahaya mata ini apa yang diperoleh sangat membuatkan dia terharu dan sebak.
“Perasaan syukur, sebak, bercampur, 😢
“Rumah pertama yang dibeli ketika usia 21, dapat dikemaskan mengikut kreativiti sendiri tanpa Interior designer 😭
Berkongsi kegembiraan rumah nya kini siap dengan dekorasi yang ringkas namun tetap mewah..lebih membanggakan itu adalah hasil kreativiti dan ideanya sendiri tanpa bantuan pihak lain.
“Deco pun buat sendiri .. nak jimat cost 😊
Demikian luahan hati isteri kesayangan pelakon Aidil Aziz menerusi laman Instagramnya.
Turut dimuatnaik video majlis doa selamat yang diadakan dikediamannya.
Turut hadir, keluarga Sheila Rusly serta ahli keluarga Fasha Sandha dan juga keluarga mentuanya.
Lebih istimewa lagi, apabila dia dapat merealisasikan impian membina surau di dalam rumah untuk kegunaan sekeluarga.
“Paling bahagia, dapat sediakan surau buat famili dalam rumah teres (memang impian sejak dulu) biar rumah kecil, tapi ada ruang solat bersama ❤️
sumber: Fashasandha
“Dahlah Cantik & Lemah Lembut, Tak Kedekut Pula.” 2 Bulan Jaga Fazura & Anak, Wanita Ni Dihadiahkan Beg Berjenama. Untungnya!
Selain dikurniakan wajah yang cantik, dia juga cukup lemah lembut dan baik orangnya. itu antara pujian yang sering dilemparkan buat pelakon cantik manis, Nur Fazura.
Terbaru, Fazura berkongsi cerita terpaksa mengambil pembantu luar memandangkan pembantu dan pengasuh yang diupah tidak dapat masuk ke Malaysia disebabkan Pandemik Covid-19.
Justeru, dua bulan wanita yang dikenali sebagai kak Amy dari @lavenderconfinementcare diupah untuk menjaga bayi mereka Fatima selama dua bulan. Selain itu, Amy yang tinggal bersama mereka selama dua bulan itu juga turut memasak dan mengurutnya.
Di dalam instastorynya, Fazura memuji akan keprihatinan wanita berkenaan yang sangat menyayangi anaknya seperti anak sendiri.
“Bukan hanya menjaga dan sayang Fatima macam anak sendiri, kak Amy juga tolong sediakan masakan, sedap pula tu serta urut pun best.
Rumah Teres Kos Rendah Tahun 80an Walau Luaran Nampak Tak Cantik Tapi Dalam Macam Rumah Kondo. Terinspirasi Sangat!
Rumah selain tempat untuk berteduh, rumah juga adalah tempat untuk kita merasai ketenangan. Selagi boleh dihias indah untuk keselesaan keluarga, akan diusahakan. Apatah lagi buat yang kreatif seperti keluarga ini.
Banyak hasil dekorasi kediamannya dibuat sendiri dan diolah sebaik mungkin dengan bajet yang ada. Menurut pemilik akaun fb Mira Nabila Wahiba, ada berkongsi keadaan luaran dan dalaman ruang kediamannya.
Menurutnya, “Ni lah rupa luar rumah saya. Rumah teres kos rendah tahun 80 an, 2 bilik 1 bilik air. Ya, sekarang pun masih rupa macamtu. Biar la orang nak cakap tak cantik ke apa. Ada rezeki nanti, baru cantikkan luar, nak tambah 1 bilik and 1 bilik air di tingkat atas. Tak payah susah-susah nak turun naik tangga banyak kali. Sekarang ada 1 bilik air je kat bawah. Tengah malam kalau anak poopoo, alahai, bercinta nak turun cebok.”
Lakukan Transformasi Dalaman
Lantai asal rumah simen je. Takpe, relaks. Pelan-pelan kayuh, buat ikut bajet semasa. Kita yang buat dia, bukan dia buat kita. Awal-awal duduk pakai tikar getah je. Sakit mata tengok gelembung-gelembung tu.
Tingkat atas takde bilik air. Jadi kami suka berkampung bergumpal depan tv kat bawah je. Bilik atas buat tempat simpan barang je. Ada satu masa tu rumah diserang pepijat. Jadi tikar getah, tilam semua kami buang. Tukar dengan cat lantai je. Awal-awal cantik lah. Lama-lama catnya terkopek-kopek. Jadi macam kudis. Sakit mata tengok.Tahun seterusnya tak serik lagi tu. Tukar cat kelabu pulak.
PKP 1 tahun lepas saya cuti niaga, suami cuti kerja. Daripada takde kerja nak buat, kami kerjakan rumah. Dari pasang vinyl, mengecat, susunatur semua kami buat berdua.
Tambah cermin untuk effect luas.
Set sofa coklat ni beli dari kedai perabot biasa je kat batu pahat. Sofa hitam belakang tu hasil meroket dari mak mertua. Dia nak tukar sofa baru, kita ngecek la sofa lama dia. Jimat teruk.
Tahun ni tak banyak yang berubah. Saya tukar karpet tanah hitam. Karpet tanah putih yang sebelum tu susah jaga bila ada anak kecik sebab diorang rajin makan jajan kat hall. Cepat je comot.
Display rack ni saya custom. Tukangnya orang Batu Pahat. Dia ikut bajet kita. Kalau bajet kita tinggi, dia pakai kayu yang baik sikit. Saya punya jenis yang murah je.
Buku-buku tu toksah pecaya lah kita nak membacanya. Semuanya fake. Buku tu memang khas untuk deco. Bagi nampak have2 gitu. Typewriter, gramophone, radio klasik tu pun fake. Dengan pokok-pokok semua pun pelesu. Tak kose nak jaga yang hidup. Tangan panas.
From nothing to something. Orang cakap “Luar rumah macam setinggan, dalam macam kondo” pun boleh buat saya tersenyum simpul. Mau tak kembang kuncup hidung tu? Doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki ya.
Sumber : Mira Nabila Wahiba
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Nampak Kerja Orang Rumah Macam Senang. Lipat Baju, Basuh Pinggan, Urus Anak & Masak. Tapi Dia Punya Penat Kalah Orang Kerja Kontrak Yang Berjemur Bawah Matahari
Biarpun sudah lama berkahwin, namun ada cara untuk suami isteri menzahirkan kasih sayang antara satu sama lain tetap sama. Salah satunya adalah dengan keluar dating. Bahkan ini akan membuatkan hubungan semakin erat.
Namun, ada antara suami isteri menjadikan anak-anak alasan untuk tidak berbuat demikian. Jangan sesekali ingat tugas seorang suri rumah tangga ini senang. Apabila anda bergelar suri rumah, baru anda tahu bagaimana hidup ini boleh berubah 360 darjah!
Itu belum bab isteri bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan rumah tangga. Justeru, di dalam sesebuah rumah tangga, suami dan isteri memainkan peranan masing-masing.
Memang tidak dinafikan, tanggungjawab suami lebih berat daripada isteri. Keluar mencari nafkah di luar, manakala isteri duduk di rumah menjaga anak dan rumah tangga. Apa salahnya luangkan sedikit masa untuk berdua bersama pasangan. Dating sambil ambil angin malam pun sudah memadai. Lihat betapa gembiranya hati si dia.
Ini yang ingin dikongsikan oleh saudara Mohd Fhais.
Ada anak bukan alasan tak boleh dating.
Malah bila ada anak lagi kena kerap keluar dating. Usah kesian kena tinggal anak tapi kesian pada diri sendiri sebab tak dapat enjoy masa berkualiti dengan pasangan sendiri.
Seminggu 5 hari bekerja. Waktu siang tak ada peluang langsung nak berjumpa. Malam pula sibuk melayan anak. Kadang tu baru nak borak anak datang kacau daun. Potong mood betul!
Hari minggu lagi la tak ada peluang nak berdua-duaan. Dah bersusun jadual tugas yang nak selesaikan. Belum masuk lagi janji dengan anak nak bawa dia jalan-jalan.
Sampai kita terlupa keperluan isteri kita kerana,
1 – Isteri perlukan cuti
Jadi pengurus rumah ni penat, stress dan penuh drama. Dapat keluar dating 2 jam macam dapat massage full body 2 kali tau. Sambil cuti sambil segarkan diri.
Tak perlu pun beli barang mewah, dapat sedut udara segar pun jadi untuk segar diri. Udara dalam shopping mall dengan udara dalam rumah jauh berbeza macam pipit dengan helang tau.
2 – Refresh Soul Tank
Nampak kerja orang rumah ni macam senang. Lipat baju, basuh pinggan, urus anak, masak nasi. Tapi dia punya penat mengalahkan orang kerja kontrak yang berjemur bawah matahari.
Walaupun nampak kerja rumah remeh tapi kerja tu sentiasa berjalan dan tak berkesudahan. Soul tank ( jiwa ) isteri kita sedikit demi sedikit kering. Fizikal kuat macam mana pun kalau jiwa kosong, senang-senang je boleh tumbang.
Jangan pelik kalau masa dating isteri asyik terlelap. Tu tanda jiwa dia kepenatan.
3 – Refill Emotional Tank
Bukan dompet je kena penuh, tangki emosi pun kena penuhkan juga. Kalau tangki emosi kering kontang alamatnya di rumah memang selalu jadi hulk la. Sedikit isu pun boleh jadi isu besar.
Keluar dating bukan suruh jadi mat jiwang nak kena bagi bunga romantik bagai. Cukup dapat teman dan beri perhatian sepenuhnya pada apa yang isteri nak luahkan pun dah cukup bersyukur.
4 – Review gameplan
Masa berdua-duaan ini sesuai sangat review gameplan keluarga. Mendidik anak ni sebenarnya satu peperangan. Kalau tak ada gameplan lambat laun mak ayah akan kalah dengan emosi, kalah dengan ekonomi dan kalah dengan anak sendiri.
Nak jadi mak ayah yang menang? Selain kena selalu upgrade ilmu, upgrade strategi dan tak selalu main hentam seromoh, kena juga selalu berbincang suami isteri.
5 – Nafkah Batin
Isteri kita bukan kahwin untuk jadi babysitter, tukang masak atau pembantu rumah sepenuh masa. Sebaliknya mereka kahwin dengan kita kerana mereka mahu di fahami, di hargai dan di sayangi oleh kita.
Jadi para suami, jangan tunggu isteri pelawa baru nak keluar dating sebaliknya anda la yang kena pelawa isteri keluar. Kalau isteri tak nak, paksa juga sebab ini tanggungjawab, nafkah batin hukumnya wajib.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Mula kahwin berdua, akhir pun berdua. Anak-anak hanya sementara, jangan jadikan anak sebagai sempadan antara hubungan suami isteri.
p/s : Post ini halal untuk di #share agar memberi manfaat pada ramai orang.
#notakekeluargaanfhais
Telegram -> t.me/CoretanFhais