Tiada kata-kata dapat menggambarkan kebahagiaan hidup bilamana penantian untuk menimang cahaya mata sudah dicapai.
Tiada yang lebih Lengkap sudah fitrah seorang wanita bila mana bergelar seorang ibu. Rumah tangga kian berseri dengan hadirnya si kecil ini dalam hidup suami isteri.
Demikian juga dengan pelakon dan juga usahawan cantik manis Nur Fazura Sharifuddin atau mesra disapa Fazura. Sudah punya suami penyayang, kerjaya seni dan perniagaan yang stabil.
Kini dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel sebagai pelengkap bahtera rumah tangga cukup membuatkan kehidupan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 itu kian bahagia dan sempurna.
“Tidak dinafikan, pengalaman kali pertama menjadi ibu sangat mencabar. Ini kerana banyak perkara yang saya belum tahu terutama apabila anak menangis malam. Ketika awal kelahiran, Fatima kerap bangun malam untuk menyusu.
Ads
“Jika menangis pun, sebab nak menyusu. Saya bersyukur Fatima bukannya jenis yang banyak meragam, tak susah untuk menjaganya. Saya bernasib baik mama dan ibu mentua banyak membantu sejak saya bersalin, berpantang hinggalah sekarang.
“Kini, selepas tiga bulan melahirkan, saya sudah boleh membiasakan diri dengan rutin harian. Saya seronok menjalankan tugas seorang ibu,” katanya.
Ads
Terbaru, isteri kesayangan aktor Fattah Amin ini berkongsi video pendek menerusi laman instagramnya.
Video yang dimuat naik itu disertakan dengan kapsyen menyatakan dirinya begitu teruja dan mengakui peranan menjadi seorang ibu merupakan pengalaman yang seronok.
“My best role yet,” demikian kapsyennya yang ditulis ringkas namun cukup bermakna.
Gambar Fatima telah menarik perhatian peminat dan pengikutnya dan mendapat tanda suka lebih 400,000. Sementelah lama yang menanti untuk melihat wajah si kecil buah hati pasangan ini.
Ads
Posting selebriti berusia 37 tahun itu menerima komen netizen yang memuji dirinya pasti akan menjadi ibu yang terbaik kepada puteri kesayangan.
Bulan ramadan ini, banyak kita lihat atau mungkin kita sendiri melatih anak-anak untuk berpuasa. Bagus dari awal terapkan anak-anak melakukan ibadah supaya bila meningkat umur, tidaklah susah untuk mereka kan.
Namun, disamping beri galakan pada anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh pelan-pelan untuk ajar mereka menunaikan solat bagi lengkap ya lima waktu sehari.
Untuk kanak-kanak, pergerakan serta bacaan dalam solat pasti agak sedikit sukar untuk mereka faham dan ingat. Oleh itu, ibu ayah boleh praktikkan cara yang diaplikasikan oleh ibu ini untuk anaknya. Harap perkongsian ini beri manfaat buat semua.
ANAK KECIL PUASA TAPI TAK SOLAT, IBU INI KONGSI CARA AJAR ANAK SOLAT
Bagi ibu bapa yang masih tidak tahu bagaimana mahu mengajar anak-anak solat, ikuti perkongsian Puan Nurul Shazalina di laman Facebooknya.
Kedengaran isu ajar anak berpuasa tapi tak ajar solat. Ramai dah beri pendapat,sepatutnya ajar anak solat dulu baru ajar anak berpuasa. Ya ini paling tepat. Saya dah tak perlu ulas,sebab semua tepat tepat dan bagus.
Ini 2 reason yang mungkin. Bukan parents tak nak ajar solat,tapi puasa lebih senang sebab suruh tahan makan minum sahaja. Semua orang boleh buat tanpa perlu apa apa hafalan. Mungkin ini reason ramai berpusu pusu minta anak puasa.
Ok tak apa sahabat semua,saya nak share cara ajar anak solat berperingkat peringkat. Saya bukan bagus pun,bukan pandai agama pun.
Tip Ajar Anak Solat
Anak saya pun belum lengkap solatnya tapi sedang berusaha lengkapkan Cuma saya terpanggil untuk buat perkongsian ini. Saya yakin ramai perlukan tips ini.
#1 Ok pertama sekali, sedari bayi lagi,kita sebagai ibu bapa kena sentiasa tunjuk kita solat. Especially ibu ibu sebab kebanyakan masa kita bersama mereka di rumah kan.
Jangan solat sorok sorok. Sentiasa solat berhampiran mereka. Lakukan setiap hari. Saya tahu ramai je buat macam ni tapi saya yakin ada juga yang tidak buat begini. Ada di antara mereka perlukan keadaan tenang,bilik khas untuk khusyuk.
Tapi saya syorkan,bawa bayi anda letak berhampiran. Percayalah,umur setahun dua nanti,mereka akan ikut pergerakan kita solat. Jangan expect mereka terus pandai. Ikut pergerakan solat adalah langkah pertama.
#2 Bila mereka dah boleh mula bercakap dengan lancar,ajar mereka bacaan dalam solat. Ikutkan dari kecil kita dah biasakan dengan bacaan ayat quran at least yang basic supaya senang mereka recall sebab dah biasa dengar kan.
Ok first hafal surah al fatihah. Lafaz hari hari dengan anak. Sampai dia hafal. Jadi bila dia dah hafal, sekarang solat dia dah boleh ada bacaan surah al fatihah. Jadi dia ikut solat sambil ada bacaan al fatihah.
Jangan tunggu sehingga anak kita hafal lengkap semuanya baru suruh solat. Mungkin ini antara kes yang terjadi. Ada yang menunggu anak bersedia hafal semua baru nak anak solat.
#3 Ok lepas tu ajar mereka sikit sikit bacaan dalam rukuk. Ambil masa sehari ajar yang mudah mudah dahulu. Bacaan rukuk. Dah hafal tu suruh dia baca masa rukuk dalam solat.
Lepas tu bacaan sujud. Dan seterusnya. Semua berperingkat. Untuk anak anak yang tidak kuat daya hafalan,jangan harap sehari dah hafal atau buat expectation tinggi. Tolong fahami kemampuan anak anda. Beri masa yang penting teruskan.
#4 Tips saya bagi hafal yang mudah mudah dulu. Tak perlu ikut urutan. Tahiyat akhir dan doa qunut paling last sekali saya ajar hafal setelah yang lain lancar. Kita jangan mulakan dengan yang panjang dulu. Biar yang senang je dulu.
Setiap anak berbeza. Jangan sesekali marah,kenapa susah sangat nak hafal. Anak jiran tu dah hafal semua! Haa jangan macam tu ok. Setiap orang lain daya hafalnya. Mungkin berminggu,mungkin berbulan malah bertahun. Teruskan mendidik.
#5 Lepas tu lagi satu cara,setiap solat anak kita,kita berada di sebelah. Ni jangan solat berimam. Bukan sebab saya tak galakkan solat jemaah dengan anak. Sebab tujuan sekarang saya nak anda bantu anak anda solat.
Kalau anda imamkan,anda tak dapat betulkan bacaan anak. Anak di belakang mungkin khayal atau berangan atau sekadar ikut pergerakan. Jadi mereka takkan dibiasakan membaca bacaan solat sendiri.
Ok duduk sebelah sambil anak solat,bagi dia baca semua kuat kuat. Kita betulkan bacaan atau tolong bacakan dan dia ikut. Buat hari hari sampai dia boleh baca sendiri
#6 Setiap kali lepas solat,beri kata pujian dan pelukan serta ciuman. Bagitahu Allah suka orang yang berusaha nak solat. Banyak pahala anak insyaallah. Anak gembira dan lebih bersemangat apatah lagi bila dia berjaya baca bacaan solat tanpa bantuan dah.
Tegasnya seorang ayah dalam menegur anak-anak dengan hanya signal mengangkat satu jari sekali pun sudah membuatkan anak-anak faham makna tegahan atau amaran yang ingin disampaikan. Hal ini seakan kita semua sedia maklum, hatta anak kecil juga memahaminya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ini sebagainya satu video yang memaparkan anak kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhamad Afwa yang sedang bermain-main dengan ke sana ke sini di dalam satu majlis di rumah mereka.
Namun apa yang mencuri perhatian adalah reaksi ayahnya Datuk Seri Khalid yang seakan memberi amaran kepada Afwa untuk duduk diam dan sekali gus jangan mengganggu perjalanan majlis tersebut.
Pada mulanya dengan hanya memberi signal jari telunjuk yang digerakkan ke kiri dan ke kanan, membuatkan Afwa segera kembali ke belakang seakan faham amaran yang diberikan oleh ayahnya.
Namun lumrah anak kecil, meskipun diberi warning namun sekejap sahaja terkesan. Afwa dilihat terus berlari dan turut bermain pula dengan beg salah seorang tetamu yang hadir. Bukan itu sahaja, Afwa sempat juga mengambil air botol yang ada di situ.
Hal ini telah mengundang tawa netizen apabila melihat gelagat Afwa yang terlihat begitu comel. Bahkan tidak kurang juga mengatakan Afwa seorang anak yang baik dan bijak . Sehingga kini video ini telah ditonton ramai dan mendapat 19K tanda suka.
Imam Muda Asyraf pilih nama Aisy Abdullah untuk anak ke empat, “Semoga ‘Hamba Allah’ ini menjadi penawar duka.” Pendakwah bebas ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 39 atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf baharu sahaja menimang cahaya mata ke empat. Isterinya selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Selepas tujuh hari kelahiran anak lelakinya itu, ustaz Asyraf berkongsi nama anaknya itu. Berikut coretan Ustaz Asyraf diruangan kapsyen akaun Instagramnya.
Cukup 7 hari kelahiran anakanda saya. Hari ini kami menamakan anak tanda harapan dan doa.
Sedikit sentuhan kasih dari ayah buat mencukur lembut rambut anaknya menuruti sunnah Baginda. Semoga anak kecil ini membesar dengan sebaiknya.
Menamakan anak yang baru lahir adalah satu rasa ‘penghargaan’ yang wujud dalam hati seorang ayah ibu. Penghargaan kerana nama yang dipilih itulah sesuatu warisan peninggalan pasangan buat anak tercinta. Anak yang penuh rasa menghargai pula membawa nama pilihan hati orang tuanya
Dengan ini saya bersama isteri memilih ‘Abdullah’ sebagai nama pilihan. Semoga ‘Hamba Allah’ ini menjadi penawar duka. Semoga Aisy Abdullah bin Muhammad Asyraf menjadi penyejuk mata buat semua.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.