Dalam banyak-banyak seluar panjang yang kita ada pasti ada satu seluar yang cukup selesa dipakai. Jadi tidak hairanlah seluar tersebut akan kerap kali dipakai dan akhirnya boleh menyebabkan cepat pudar dan nampak lusuh warnanya.
Apatah lagi jika seluar tersebut warna hitam, andai pudar warnanya tentu terlihat begitu ketara. Hendak disimpan sahaja terasa sayang, apatah lagi untuk membuangnya memang tidak sampai hati.
Jadi bagaimana atasinya?
Mungkin ada boleh lakukan seperti perkongsian di bawah ini. Dengan beberapa langkah sahaja seluar lusuh anda boleh berubah nampak seperti baharu. Memang hebat!
Cara Hitamkan Seluar Yang Pudar Warnanya
Perkongsian video di aplikasi TikTok oleh pemilik akuan @erene__ ada menunjukkan cara mudah untuk melakukan proses menghitamkan semula seluar yang nampak pudar dan lusuh berubah warnanya menjadi lebih hitam persis seluar yang baru dibeli.
Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian ramai yang teruja untuk mencuba dan sekali gus dapat berjimat daripada membeli seluar baru. Apatah lagi jika seluar yang lusuh tersebut adalah menjadi seluar yang selesa dipakai dan pastinya sayang untuk dibuang.
Fabrik dye (2 peket dan pemati warna)
Air panas
Garam
Langkah 1 : Basahkan atau rendam seluar yang lusuh terlebih dahulu.
Langkah 2 : Di dalam bekas lain, masukkan air panas bersama garam. Kacau rata. Kemudian masukkan dye dan kacau lagi hingga sebati. Setelah itu rendam seluar tadi selama 30 minit.
Langkah 3 : Selepas itu jemur seluar tadi hingga kering
Ads
Langkah 4 : Ambil bekas dan campurkan pemati warna, garam dan air biasa.
Langkah 5 : Kemudian rendam seluar tadi di dalam bekas tersebut sehingga 2-3 jam dan jemur kembali buat kali ke 2.
Hasilnya seluar akan kelihatan hitam gelap dan nampak seperti baru. Apa yang menariknya lagi tag seluar tidak hitam pun. Memang berbaloi dan bolehlah dicuba!
Lepas ini, kalau makan limau, jangan dibuang kulit limau. Ada fungsinya. Inilah antara cara perkongsian daripada Kebun Pertanian bagaimana cara untuk membunuh serangan serangga perosak.
Inilah racun organik yang 100% berkesan. Boleh cuba. Hanya dengan menggunakan kulit limau sahaja. Jom Kita lihat.
Kulit limau yang masam, jangan dibuang. Guna limau dari jenis yang kecil dan masam tu. Kumpul dan letak dalam botol.
Masukkan sedikit air,pastikan air masak sebab bila guna air klorin, ia kurang berkesan. Peram lama-lama dan bila sudah keluar pati, masukkan sedikit ke dalam bekas dan campurkan dengan air.
Nisbahnya 1 tudung botol pati bersamaan dengan1000ml air. Spraykan pada pokok-pokok. Bena, kulat, karat daun, serangan perosak dan sebagainya boleh hilang.
Semuanya 100% organik dan bagus bagi nutrient pada pokok.
Sumber: Kebun Pertanian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pada bulan Ramadan ini, seperti sudah menjadi kebiasaan apabila pelayar sosial media suka berkongsi gambar makanan di laman sosial milik mereka.
Ada yang berkongsi gambar resipi, makanan yang dibeli dan juga hidangan yang akan dinikmati sewaktu berbuka nanti.
Walaupun ada yang menganggap ia sebagai perkongsian sahaja, namun harus kita ketahui hukumnya dari sudut syarak.
Menjawab persoalan ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Halim Wan Mohd Noor telah menasihati umat Islam supaya tidak memuat naik gambar-gambar makanan, minuman atau individu yang sedang menikmati juadah ke dalam media sosial sebelum waktu berbuka puasa.
Menurut beliau, tindakan berkongsi gambar makanan itu sendiri tidak membatalkan puasa namun perbuatan orang yang memuat naik gambar itu mungkin boleh menggalakkan orang lain untuk meninggalkan puasa mereka. Perkara ini sudah pasti bertentangan dengan ajaran Islam.
Oleh yang demikian, orang yang berkongsi gambar makanan dan minuman boleh jatuh hukum berdosa kerana mereka seolah-olah mendorong orang lain untuk meninggalkan puasa. Ibadah ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan puasa merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan.
Justeru itu, beliau menasihati umat Islam untuk berhenti menggalakkan orang lain berbuat dosa dengan berkongsi gambar-gambar makanan ke dalam media sosial sebelum waktu berbuka.
Mungkin ramai di antara kita yang masih belum tahu akan hukumnya, namun diharapkan dengan penjelasan dari Mufti ini, kita semua jelas mengenai larangan ini.
Semoga Ramadan kali ini, setiap amalan kita diterima dan diberkati oleh-Nya.