Bila usia dah mencecah separuh abad, kedutan di wajah dan keadaan fizikal sudah mula terbatas ekoran sakit sendi dan sebagainya akan mula dialami.
Namun, ada selebriti tempatan yang sudah berusia hampir 50 tahun tetapi masih kekal awet muda tanpa sebarang garis usia di muka.
Bukan sahaja daripada segi rupa, tapi fizikal pun masih bertenaga dan masih mampu nak bergelar teraju utama dalam filem atau bergerak lincah di atas pentas.
Apa agaknya rahsia mereka? Jom kita bongkar..
Maria Farida
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, model dan ahli perniagaan, Maria Farida.
Maria Farida yang berdarah kacukan memulakan kerjaya seninya menerusi filem berjudul Bisikan Cinta pada 1995.
Selepas itu, namanya mula menjadi perhatian dan mula dihujani dengan tawaran lakonan.
Maria mendedahkan rahsia awet mudanya iaitu sentiasa menjaga kesihatan, tidak merokok, berfikiran positif dan jangan kuat mengumpat!
Ziana Zain
Penyanyi yang memiliki vokal tinggi, Ziana Zain boleh dikatakan antara selebriti yang tampak muda berbanding usianya.
Memiliki empat orang anak, Ziana sehingga kini masih aktif dalam bidang nyanyian. Selain wajah yang tidak banyak berubah, vokalnya juga kekal sama dan masih mampu mencapai nada tinggi dengan sempurna.
Pernah ditanya tentang rahsia menjaga kecantikan, Ziana mengakui dia mengamalkan petua-petua lama antaranya, tidak minum minuman berais, minum jus segar seperti timun dan epal hijau setiap pagi dan mengurangkan pengambilan nasi.
Amy Mastura
Seorang lagi selebriti yang kekal awet muda pelakon dan penyanyi Amy Mastura. Biarpun sudah melewati usia 51 tahun dan memiliki dua orang anak, wajahnya tidak pernah berubah.
Dedah bintang filem Puteri Impian itu, rahsia untuk kekal muda adalah sentiasa ceria dalam apa jua keadaan sekali pun.
Malah, Amy juga kekal bersikap menceriakan suasana dengan lawak secara spontan sehingga ke hari ini.
Rozita Che Wan
Pada usia 49 tahun dan memiliki tiga orang anak, termasuk si sulung yang mencecah usia 26 tahun, dramatis Rozita Che Wan atau Che Ta kelihatan muda berbanding usianya.
Selain gaya fesyen yang sentiasa ‘trendy’, Che Ta juga mengamalkan petua untuk kekal langsing dan tampak muda. Antaranya, makan nasi sebesar penumbuk dua kali sehari dan lebihkan sayur-sayuran.
Bukan itu sahaja, Che Ta juga rajin memanjakan diri di rumah dengan melakukan lulur dan rawatan wajah menggunakan bahan secara semula jadi seperti kuning telur.
Nasha Aziz
Pelakon dan supermodel terkenal Nasha Aziz antara selebriti yang sering mendapat perhatian. Masakan tidak, pada usia 51 tahun, Nasha masih laris sebagai pelakon dan kekal menjadi pilihan utama pereka fesyen di pentas peragan.
Ramai yang menyangka kecantikan bintang filem Talbis Iblis itu bertahan kerana dia tidak pernah berkahwin, namun hakikatnya Nasha banyak berkorban demi mengekalkan ‘keremajaannya’.
Selain menjaga kesihatan diri, Nasha mempunyai banyak pantang larang antaranya, hanya akan minum kopi selepas pukul 1 tengah hari, makan bahagian dada ayam dan begitu jarang mengambil nasi.
Sheila Majid (57 tahun)
Penyanyi kecil molek, Datuk Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid juga antara yang masih kekal muda sehingga kini.
Bakat Shiela mula dikesan penerbit, Roslan Aziz pada 1982 dan penyanyi itu mengambil masa selama tiga tahun sebelum keluar dengan album pertama berjudul Dimensi Baru.
Selain menyanyi, Sheila juga pernah berlakon dalam filem Ali Setan dan membawa watak Tipah. Dialog ‘Tipah tertipu bang, tipah tertipu’ cukup diingati sehingga dijadikan lagu oleh kumpulan Ruffedge.
Tidak mengambil sarapan berat dan sentiasa bersenam menjadi rahsia awet muda yang diamalkan Ratu Jazz ini.
Bagi wanita, rambut adalah aset penting buat dirinya. Pasti ramai wanita di luar sana yang menginginkan rambut kekal sihat dan cantik! Bagi mereka, rambut merupakan “mahkota” paling bernilai untuk diri mereka termasuklah juga bagi wanita yang bertudung.
Ada yang sanggup berhabisan untuk rawatan rambut supaya lebih sihat dan lebat serta tidak mempunyai masalah kelemumur.
Namun, selain pergi ke salun kecantikkan, masalah rambut boleh diatas secara alami. Tidak perlu lagi bergantung kepada produk yang mahal atau ke salun rambut. Sebagaimana perkongsian ini. Hanya menggunakan daun limau purut bagi memastikan rambut sihat tanpa masalah kelemumur.
Ikuti perkongsian ini.
Petua Hilangkan Kelemumur guna daun limau purut
Sape yang mengalami masalah kelemumur dan dah penat bertukar syampu namun hasilnya tetap sama, apa kata korang cuba daun limau purut pulak. Caranya:
Ambil 10 helai daun limau purut
Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.
Kalau rajin, boleh je tumbuk dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Korang boleh blender juga ye tapi agak agak air nye , jangan terlalu cair.
Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan letakkan di kepala.Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.
Urut kepala supaya pes tadi meresap. Biarkan seketika dalam 1-2 minit ye. Bilas sehingga bersih.
Selamat mencuba!
Kredit: Leha Yusuf
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cemburu melihat paha wanita yang sudah ada anak tetapi maintain tidak berubah tetap kecil molek, apa kata anda cuba petua ini. Selain mudah dibuat, petua ini juga menggunakan bahan-bahan yang murah dan berasaskan herba.
Petua tradisonal ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook Puan Norliza Mohd Salleh yang juga merupakan seorang perunding jamu.
“Assalamualaikum Harini #AkuSiPerundingjamu nak share petua sangat mudah,kos sangat murah. Petua kecilkan paha yang sado. Saya dan bff saya si ibu solid Hanya Rina juga amalkan, alhamdullilah longgar cikit jeans. Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari. Jangan lupa catat ukuran paha sado uolls sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.”
Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari. Selain itu, jangan lupa catat ukuran peha anda sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.
Bahan-bahan:
2 sudu besar Jintan Manis
1 liter air
Cara- cara:
1. Direbus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.
2. Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan. Diminun setiap hari, selama sebulan.
3. Ulang-langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan.
Petua ini juga boleh membantu:
Sumber: Norliza Mohd Salleh (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di