Petua cuci muka dengan tomato yang dihiris atau dijadikan kiub ais memang ramai yang tahu. Pun begitu bukan semua antara kita sudah amalkannya. Tapi tidak bagi tiga wanita ini yang telahpun mencuba petua ini dan merasai sendiri perubahan wajah yang begitu ketara.

Ayuh kita ikuti perkongsian daripada mereka.

Norida rajin buat kiub ais tomato dan makan tomato untuk cantik.

“Ok Ginilah kalau nama nya pencinta natural. Weekend p beli tomato. 3 butir jer. Blend 2 biji, jadi kan ice cube. Sebutir lagi ngap aja! Rasai nikmat tomato asli yang segar bugar dari ladang pasaraya.”

Ini cara menghasilkan kiub ais tomato

  1. Cuci bersih buah tomato.

2. Kisar hingga halus.

3. Masukkan dalam peti sejuk dan biarkan beku.

 

“Balik kerja dah malam muka panas kena mentari kepala nyut2, ambil satu tomato cube dan tenyeh slowly kat muka tu. Ha, time ni fuhhh nikmat baq hang rasa soothing nya seperti terkena snowball dari kutub utagha. Sejuk nau nau.”

sumber : Norida Jaaman


 

Ini pula perkongsian Kak Nida yang ada masalah kulit wajah dan kini berjaya merawatnya. Ada beberapa cara dan petua yang dikongsikan dan salah satunya adalah dengan menggunakan tomato. 

“Kakak Nida tahun 2017 sangat sangat down sebab masalah kulit rosak dan muka berparut.  Mesti ramai kita pernah alami kan masalah naik jerawat lah , rashes lah lepas tu tangan ni kan gatal nak menggaru. Maka selepas itu akan timbul lah parut parut yang tidak disenangi kan.

So, Kak Nida akan kongsi benda benda mudah yang Kak Nida amalkan sepanjang merawat masalah parut kakak nida. Boleh kita cuba amalkan untuk hindari masalah parut ni yer

Tips PERTAMA :
Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Cuba korang amalkan sekerap yang boleh.

Tips KEDUA :
Korang cuci bersih Daun Pegaga bersama akarnya sekali. Giling hingga lumat. Tumbuk pun bolehhh Campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian korang lumur lah kat kawasan muka yang berparut tu taw.

Tips KETIGA :
Dengan menggunakan asam jawa dan sedikit air, mix kan dua tu. Jangan buat pes ni terlalu cair yer. selepas itu, sapu pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok – eloknya lakukan yang ni waktu malam.

Kak Nida selalu buat ni sekali dengan hirisan tomato. Korang boleh cuba hiris tomato tu nipis nipis kemudian korang gosok pada wajah dan leher. Buat dalam 20 minit macam tu, baru korang cuci dengan air suam taw!

Kalau nak tahu, gelatin yang ada pada tomato sangat sangat berkesan untuk menghilangkan parut di wajah.Barulah Makeup Letop Kulit TipTop

sumber : Aznida Aziz


 Eida juga amalkan penjagaan kecantikan wajah dengan tomato.

“Ada yang pm Eida tanya tip jaga kulit wajah tapi ramai juga tak tau yang Eida ni pun macam orang lain ada masalah kulit jugak. Eida kulit kombinasi ke oily la ada jerawat juga dan masalah pori terbuka”

Dan ini yang diamalkan oleh Eida

Jom ikut tip 🍅 ais batu

Posted by MiZs Waida on Tuesday, 24 April 2018

Amalkan waktu pagi

Bahan-bahan yang diperlukan :

Cara Penyediaan : 

  1. Tomato dipotong empat dan masukkan ke dalam peti sejuk

2. Setelah beku boleh digunakan dengan meratakan pada wajah.

 

sumber : MiZs Waida

Tinggalkan Komen