Air bunga telang selasih lemon minuman yang mampu menyejukkan badan terutama ketika cuaca panas. Dalam masa sama, air bunga telangselasih membantu meredakan masalah sembelit jika diamalkan selalu.
Air Bunga Telang Selasih Lemon
Air remedi ini sangat bagus untuk menyejukkan badan, meredakan refluks, meredakan batuk, meredakan sembelit dan meredakan kahak yang biasa terjadi pada pesakit gerd. Jika di Kelantan, bunga ini juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru.
Kebaikan air telang selasih lemon ini jika diamalkan selalu ialah ia boleh menjadikan kulit nampak segar dan ‘glowing’. Logiknya bila usus kita sihat dan sistem perkumuhan kita sihat maka kulit wajah pun nampak segar dan ‘bercahaya.’
Berikut perkongsian Dhia Raihana Aryan tentang khasiat air telang selasih lemon yang baik diamalkan untuk manfaat kesihatan.
Boleh cuba amalkan minum air telang selasih lemon. Berikut bahan-bahan yang diperlukan untuk air telang selasih lemon.
Sejukkan Badan & Redakan Sembelit
RESIPI AIR TELANG SELASIH LEMON
Ads
Bahan-bahan:
Bunga telang 20 helai rebus kosong atau campur molases/orcs
1 sudu makan biji selasih
Air suam
Lemon/peach/pear/epal/buah naga
Cara membuat:
Ads
1. Rebus bunga telang. Rebus kosong atau campiur dengan campur molases/orcs.
2. Rendam biji selasih dengan air panas sehingga kembang.
3. Satukan air bunga telang dan biji selasih. Masukkan lemon yang dihiris nipis. Boleh juga perah jus lemon ke dalam air bancuhan.
Nak menyimpan susu perlu tepat caranya supaya anak menerima khasiat sebaiknya dan susu masih dalam keadaan baik.
Kita selalu menganggap ia adalah satu perkara mudah untuk menyimpan susu ibu yang sudah dipam. Walau bagaimanapun, tanpa sedar, terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ibu mengenai cara simpanan susu.
Kesilapan ini secara tidak langsung sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Jadi jom kita semak apakah kesilapan yang sering dilakukan.
Bekas tercemar
Susu badan dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan bayi daripada bakteria berbahaya. Tetapi keadaan akan menjadi sebaliknya jika bekas simpanan susu yang digunakan sudah tercemar. Bekas mengepam susu juga harus dipastikan bersih.
Penggunaan botol susu plastik atau kaca harus dicuci dan dikeringkan dengan sebaiknya. Ini kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Cuci menggunakan air suam dan lap bekas dengan kain bersih.
Kiub ais
Mungkin ada di antara ibu sekalian memilih untuk membuatkan kiub ais susu sebagai cara mudah untuk menyimpan susu. Tetapi mungkin selepas ini anda patut hentikan kaedah penyimpanan ini, kerana ia berisiko untuk dicemari bakteria memandangkan ia adalah bekas terbuka.
Jika masih ingin menggunakan kaedah kiub ais, disarankan untuk menggunakan bekas tertutup. Ia adalah cara yang lebih selamat.
Bekas plastik
Bukan semua bekas atau beg plastik sesuai untuk digunakan sebagai bekas penyimpanan susu. Anda perlu menggunakan bekas plastik yang bebas bahan kimia. Anda dinasihatkan untuk memilih bekas dengan label “BPA-Free”. Ini kerana ia adalah lebih selamat untuk si manja anda.
Dalam masa yang sama, pastikan bekas plastik yang digunakan tidak koyak atau bocor. Jika tidak, sudah tentu bakteria berkembang dan membiak di dalam bekas plastik tersebut. Sentiasa memeriksa bekas plastik yang digunakan.
Terlalu lama
Bagi ibu yang ‘meriah’ susu badannya sudah tentu akan memilih untuk menyimpan stok susu dalam peti ais beku. Malahan ada ibu yang menyediakan deep freezer semata-mata untuk menempatkan susu yang dipam.
Ia adalah ikhtiar yang harus mendapat pujian. Walau bagaimanapun, penyimpanan susu untuk tempoh yang terlalu lama adalah tidak bagus. Ini kerana badan ibu menghasilkan susu yang bersesuaian dengan keadaan semasa bayi.
Tempoh penyimpanan yang terbaik di dalam peti sejuk beku, di bawah suhu -18℃ adalah dari tempoh enam, adalah tempoh yang terbaik dan sehingga 12 bulan, tempoh yang masih boleh diterima untuk penyimpanan susu.
Tetapi jika disimpan dalam peti sejuk biasa, ia hanya boleh bertahan sehingga empat hari sahaja.
Kandungan nutrien dalam susu ibu adalah untuk memenuhi keperluan khasiat bayi pada ketika itu, jadi sebaiknya berikan susu tersebut secepat mungkin.
Berhampiran makanan mentah
Tempat di mana anda menyimpan susu juga perlu dititikberatkan. Ini kerana jika susu disimpan di tempat yang sama dengan bahan makanan lain seperti daging atau ikan mentah, ia akan meningkatkan risiko untuk bakteria berpindah dari makanan ke susu yang disimpan.
Jika boleh, sebaik-baiknya, asingkan ruang penyimpanan makanan barangan dapur dengan susu ibu. Selain itu, anda amatlah dinasihatkan untuk tidak meletakkan susu yang ingin disimpan pada bahagian pintu peti sejuk. Ini adalah untuk membantu melindungi susu daripada perubahan suhu ketika membuka dan menutup pintu peti ais.
Simpan semula
Pasti rasa sayang untuk membuang susu yang tidak digunakan. Tetapi jika susu tersebut sudah dikeluarkan daripada peti beku, anda dinasihatkan untuk tidak menyimpan semula walaupun ia tidak digunakan.
Maksudnya di sini, jika susu disimpan beku dan didedahkan kepada suhu biasa, jangan masukkan kembali untuk pembekuan semula, jika susu yang beku telah cair sepenuhnya. Sebaiknya ia digunakan dalam tempoh masa 2 jam selepas proses pencairan.
Ia bermakna tempoh 2 jam tersebut dikira dari masa ia tidak lagi beku atau dicairkan sepenuhnya, bukan dari semasa anda mengeluarkannya dari peti sejuk.
Ini kerana, selain daripada mengurangkan nilai khasiat di dalamnya, tindakan anda ini juga membuatkan susu lebih mudah dicemari bakteria. Jadi hanya keluarkan susu dalam jumlah yang diperlukan.
Secara terus
Sesungguhnya memberikan susu ibu secara terus adalah antara kaedah yang paling baik. Tetapi jika keadaan memerlukan anda menyimpan susu, pastikan anda melakukan ia dengan cara yang betul.
Jangan lupa untuk memastikan tangan anda juga dalam keadaan bersih semasa mengendalikan proses mengepam dan penyimpanan susu.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Baru beberapa hari melahirkan cahaya mata keduanya, pelakon Zahirah Macwilson dipuji ramai kerana tetap cantik jelita biarpun baru sahaja bertarung nyawa melahirkan bayi keduanya.
Menerusi video yang dimuat naik Zahirah di Instagramnya, ibu anak dua ini dilihat semakin sihat, segar dan bertenaga sekali.
Bahkan Zahirah juga kekal cantik apatah lagi fizikalnya kekal kurus walaupun baru saja lepas bersalin.
“Nothing much, just gave birth you..?,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Video pendek Zahirah itu sudah semestinya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen malah memuji sifat positif yang ditunjukkan ibu muda ini biarpun baru sahaja melahirkan cahaya mata beberapa hari lalu.
Malah, ada yang kagum melihat fizikal Zahirah yang kurus dan berharap mereka juga boleh kelihatan cantik seperti aktres itu selepas bersalin.
Terdahulu, Zahirah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 31 Mei lalu yang diberi nama Inara Raisa.
Negara Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan yang enak, lagi-lagi kita bercampur dengan adat dan budaya Melayu, Cina dan juga India.
Roti canai merupakan makanan yang berasal dari India. Namun apabila di bawa masuk Malaysia, ia menjadi kesukaan dan makanan ruji orang Melayu. Namun ada juga orang melayu yang membuat roti canai juga, kalau kta perasan roti canai melayu dengan ‘mamak’ ada rasa yang beza dan mempunyai peminatnya tersendiri.
Baru-baru ini tular di media sosial satu gerai makan roti canai yang membuat satu inovasi yang tak ada pada kedai roti canai yang lain, iaitu roti canai pelangi.
Roti Canai mempunyai pelbagai warna dan perisa kini menjadi tarikan pengunjung untuk bersarapan di Selangor.
Ada beberapa jenis perisa buah-buahan iaitu Durian, Strawberi, Jagung, Epal Hijau dan Keladi. Betul-betul next level dia punya Roti Canai!
Memang tak pernah terfikir untuk buat roti canai berperisa sebegini. betul-betul kreatif pemilik gerai tersebut.
Bagi yang ingin cuba, anda boleh terus ‘waze’
Warung Dimyati Roti Canai Pelangi, Lot 2430 Batu 3 Kampung Sungai Yu 1, 45000 Kuala Selangor, Selangor.
Nampak menari betul, tengok gambar saja sudah tahu roti canainya rangup
Tapi kalau dah viral ni comfim-comfirm ramai orang. Tapi apa salahnya kita support lokal, yang penting jaga penjarakan tau, Cik ‘COVID’ masih tak hilang lagi!