Kuih tepung pelita antara sajian kuih muih yang sering menjadi buruan ramai ketika di bulan Ramadan. Biasa kita makan kuih tepung pelita yang bahan asasnya daun pandan, kali ini kita cuba pula kuih tepung pelita yang menggunakan bunga telang.

Rasanya yang lemak manis membuatkan kuih ini digemari tidak kira golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Warna biru asli daripada bunga telang menjadikan kuih tepung pelita nampak menarik dan menyelerakan.

Berikut resipi membuat kuih tepung pelita seperti yang dikongsikan oleh Siti Khairun Nur Akmal berasaskan bunga telang.

Resipi Tepung Pelita Bunga Telang 

Resipi Tepung Pelita Bunga Telang, Warna Biru Asli Kuih Menambat Selera

Bahan-bahan lapisan biru:

30 kuntum Bunga Telang
5 cawan air
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur (bancuh cair)
1 cawan gula
sudu kecil gula (untuk lapisan bawah)

Bahan-bahan lapisan santan:

4 cawan santan
5 sudu besar tepung beras
garam secukup rasa

IKLAN

Warna Biru Asli Kuih Menambat Selera

Resipi Tepung Pelita Bunga Telang, Warna Biru Asli Kuih Menambat Selera

CARA MEMBUAT:

Cara-cara masak lapisan biru:

1. Rebus 30 kuntum bunga telang bersama 5 cawan air. Kemudian, keluarkan bunga. (tapis ambil air sahaja).

2. Masukkan air kapur, tepung beras dan gula pasir lalu masak bahan sehingga menjadi pekat dan halus.

IKLAN

Resipi Tepung Pelita Bunga Telang, Warna Biru Asli Kuih Menambat Selera

3. Masukkan gula pasir yang dikisar halus ke dalam acuan lalu sudukan adunan bunga telang dalam anggaran setengah acuan.

Cara-cara masak lapisan santan:

  1. Masak santan bersama tambahan garam secukup rasa dan tepung beras. Kacau adunan dengan api perlahan dan masak sehingga pekat serta halus.

2. Selepas adunan masak dan agak pekat, masukkan ke dalam acuan iaitu di atas lapisan biru.

IKLAN

Resipi Tepung Pelita Bunga Telang, Warna Biru Asli Kuih Menambat Selera

3. Sejukkan seketika di dalam peti sejuk. Tepung pelita bunga telang sedia dihidang.

4. Kuih tepung pelita bunga telang ini rasanya tetap sama seperti tepung pelita hijau, cuma warna sahaja yang berbeza. Selamat mencuba!

Kredit: Siti Khairun Nur Akmal 

Artikel berkaitan: Resipi Tepung Pelita Viral Super Pantas, Rupanya Senang Je Nak Buatnya!

Buat Sendiri Je Tepung Pelita, Lima Cara Wajib Patuhi, Barulah Terlajak Sedap!

Kuih Limas Perak, Rasa Lemak-lemak Manis & Berair. Memang Sedap!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI