Air bunga telang selasih lemon minuman yang mampu menyejukkan badan terutama ketika cuaca panas. Dalam masa sama, air bunga telangselasih membantu meredakan masalah sembelit jika diamalkan selalu.
Air Bunga Telang Selasih Lemon
Air remedi ini sangat bagus untuk menyejukkan badan, meredakan refluks, meredakan batuk, meredakan sembelit dan meredakan kahak yang biasa terjadi pada pesakit gerd. Jika di Kelantan, bunga ini juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru.
Kebaikan air telang selasih lemon ini jika diamalkan selalu ialah ia boleh menjadikan kulit nampak segar dan ‘glowing’. Logiknya bila usus kita sihat dan sistem perkumuhan kita sihat maka kulit wajah pun nampak segar dan ‘bercahaya.’
Berikut perkongsian Dhia Raihana Aryan tentang khasiat air telang selasih lemon yang baik diamalkan untuk manfaat kesihatan.
Boleh cuba amalkan minum air telang selasih lemon. Berikut bahan-bahan yang diperlukan untuk air telang selasih lemon.
Sejukkan Badan & Redakan Sembelit
RESIPI AIR TELANG SELASIH LEMON
Ads
Bahan-bahan:
Bunga telang 20 helai rebus kosong atau campur molases/orcs
1 sudu makan biji selasih
Air suam
Lemon/peach/pear/epal/buah naga
Cara membuat:
Ads
1. Rebus bunga telang. Rebus kosong atau campiur dengan campur molases/orcs.
2. Rendam biji selasih dengan air panas sehingga kembang.
3. Satukan air bunga telang dan biji selasih. Masukkan lemon yang dihiris nipis. Boleh juga perah jus lemon ke dalam air bancuhan.
Doktor Kongsi Fakta Mitos Atau Benar, Ubat Gigi Sumber Arang Boleh Putihkan Gigi
Senyuman seseorang itu nampak sempurna apabila gigi sihat dan cantik. Apabila gigi berwarna kuning, hendak senyum pun terasa malu. Gigi yang tersusun rapi dan putih menjadikan penampilan seseorang nampak bergaya.
Namun adakah ia dapat diperoleh hanya dengan memakai ubat gigi yang bersumberkan arang? Banyak iklan memaparkan yang kononnya ubat gigi daripada arang mampu menjadikan gigi ‘seputih salju.’ Sejauh mana kebenarannya?
Berikut perkongsian fakta daripada Dr Azila Mohd Kassim yang merupakan doktor gigi dari klinik pergigian Azila yang terletak di Bangi.
Menurut Dr Azila, jangan sesekali percaya dengan iklan ubat gigi bersumberkan arang yang kononnya boleh memutihkan gigi. Bahan ini juga tidak akan menghilangkan tartar atau karang gigi.
Arang dipercayai mempunyai mekanisme seperti magnet untuk menarik serta memerangkap kotoran pada gigi. Apabila seseorang itu berkumur, secara teorinya kotoran terbabit akan keluar bersama. Tiada bahan aktif putihkan gigi.
Gigi hanya boleh nampak lebih bersih, tetapi tidak boleh putih seperti didakwa kerana serbuk arang tidak mempunyai apa-apa bahan aktif yang boleh membantu memutihkan gigi.
Molekul serbuk arang sangat kasar dan bersifat menghakis. Kajian menunjukkan, penggunaan seawal empat kali sudah boleh menipiskan enamel gigi, sedangkan lapisan itu penting untuk melindungi dentin, selain lapisan ketiga iaitu pulpa selaku pusat saraf gigi.
Lapisan dentin secara asalnya lebih kuning berbanding enamel. Enamel yang menipis tidak akan terbentuk semula dan dentin yang kuning akan berterusan terdedah. Keadaan ini akan menyebabkan dentin mula menyerap warna kelabu daripada serbuk arang menyebabkan gigi bukan sahaja tidak putih malah menjadi kelabu kekuningan.
Anda boleh menggunakan apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk menggosok gigi, tapi perlulah mengikut cara yang betul dan waktu yang bersesuaian. Selain itu, pastikan bahan yang digunakan dalam produk tersebut selamat dan tidak berbahaya.
Rawatan pemutihan atau ‘teeth whitening’ yang sebenar adalah apabila doktor gigi menggunakan bahan carbamide peroxide atau hydrogen peroxide. Hanya kepekatan 35 peratus hydrogen peroxide boleh memutihkan gigi.
Bagaimanapun hasilnya bergantung pada individu dan perlu diselenggarakan oleh doktor gigi bertauliah. Bahan-bahan ini berkemungkinan besar boleh mencederakan gusi sekiranya disalahgunakan.
Sedikit sahaja hydrogen peroxide terkena gusi akan menyebabkan gusi melepuh, terhakis dan menyebabkan ulser. Jangan menggunakan sebarang kaedah pemutihan gigi tanpa konsultasi daripada doktor gigi bertauliah.
Serbuk arang, baking soda dan lemon adalah mitos untuk memutihkan gigi. Di antara kesan buruk pembeli yang pernah mencuba ubat gigi activated charcoal (AC) ini ialah gigi bertambah haus dan sensitif.
Produk yang mengandungi arang atau ubat gigi pemutih ini boleh menghakiskan gigi dengan cepat jika tidak digunakan dengan cara yang betul dan tersalah pilih produk.
Sebenarnya serbuk arang dicampur gaulkan dengan beberapa ramuan dan hasil campuran akan diproses di bawah suhu yang tinggi. Kesannya arang yang terhasil akan menjadikannya lebih halus daripada arang biasa. Maka apabila digosok pada gigi kesannya gigi menjadi kelihatan putih.
Jadi AC ini tidak memutihkan gigi secara langsung. Bahan-bahan tersebut hanya membuang kotoran luaran dan menyebabkan gigi sensitif dan enamel menipis. Bahan ini juga tidak menghilangkan tartar atau karang gigi.
Perlu difahami bahawa warna natural gigi memang agak sedikit kuning. Keadaan ini disebabkan lapisan paling luar gigi (enamel) nipis dan lut sinar. Gigi sebenarnya menampakkan lapisan dalam (dentin) yang berwarna kuning.
Kebiasaannya doktor gigi tidak memandang pelik pada mereka yang memiliki gigi sedikit kuning sebab memang itu warna natural gigi.
1. Beruslah gigi dua kali sehari selama dua minit.
2. Gunakan ‘floss’ gigi sekurang-kurangnya satu kali sehari.
3. Elakkan minuman yang menyebabkan ‘stain’ pada gigi. Contoh kopi, teh dan nescafe.
4. Jangan merokok, shisha, vape dan pengambilan tembakau.
5. Lakukan pemeriksaan gigi berkala di klinik pergigian.
6. Lakukan rawatan pemutihan gigi di klinik pergigian berdaftar.
Paru-paru rosak kesan tabiat menghisap rokok atau vape bukan perkara baru. Sedia maklum tentang kesan negatif pada kesihatan diri sendiri namun tak semua perokok mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku.
Bukan mudah bagi seorang perokok yang telah bertahun-tahun hidup dengan asap rokok untuk menghentikan tabiat tersebut.
Namun ia bukan perkara mjustahil kerana ramai juga yang berjaya berhenti demi kesihatan sendiri.
Facebook Public Health Malaysia berkongsi cara yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu perokok yang berusaha untuk berhenti merokok terutama di kalangan bapa yang mempunyai anak kecil.
Ada dua badan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu perokok yang ingin berhenti merokok iaitu:
Ingatlah yang tersayang kerana asap rokok pasif merupakan punca utama asma di kalangan kanak-kanak.
Saya berikan ayah kegembiraan… Ayah beri saya… Asma
Dah banyak kes perlu tebuk paru-paru. EVALI (e-cigarette or vaping use-associated lung injury) is real. Perkara yang dirisaukan sejak 2015 menjadi semakin nyata.
KKM baru sahaja mengeluarkan garis panduan untuk para perubatan merawat kes EVALI.
Kisah dikongsi Norazilawati Adnan bagaimana adik bongsunya terpaksa melalui fasa paru-paru rosak disebabkan menghisap vape mungkin boleh dijadikan pengajaran bersama.
Simpan sini buat kenangan … Korang yang mana hisap / vape , pod . Dan sebagai nyaa.. minta korang semua elakkan lah daripada tu semua… ini adalah pengalaman kite orang kepada adik bongsu Ditebuk paru paru berair disebabkan Vape,Pod tu semua !
Diucapakan terima kasih kepada sedara mara , kawan kawan serta jiran jiran .. yangmendoakan kesihatan adik saya
Sekarang Alhamdulillah . Dah Sembuh Penyakitnya .. Cuma baru baru ni kene tebuk sekali lagi untuk buang air dalam paru paru sebelah kanan
Nasib baik bawak cepat ke HKL . Dokter buat X-Ray Dekat sana .. Paru paru tinggal segenggam penumbuk sahaje…
Syukur alhamdulillah sekarang dah kembali seperti biasa berkat doa semua. Hanya allah yang mampu membalasnyaa
Mencuci bilik air mahupun bilik mandi adakalanya mengambil masa yang lama. Lagi-lagi kalau ramai anak. Kalau dibiarkan lagi banyak bakteria yang menempel. Jom belajar cara mudah untuk melakukan pembersihan tanpa mengeluarkan belanja yang mahal. Guna bahan di dapur sahaja!
Tip Mudah Bersihkan Bilik Mandi Dan Tandas
1) Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda. Anda boleh melakukannya sebelum anda mandi. Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.
2) Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, anda hanya perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, berus dan biarkan selama sejam. Selepas itu bersihkan dengan air.
3) Luangkan masa seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus.
4) Gantungkan pewangi yang sesuai dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Petua Bersihkan Kotoran Degil Pada Lantai
1) Ambil kapur sirih dan campurkan dengan air. Tuangkan campuran itu ke lantai dan biarkan untuk beberapa minit. Selepas itu cuci menggunakan pencuci lantai. Ulangi proses ini sehingga lantai bilik air benar-benar bersih.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak
1) Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam. Selepas itu gosok keseluruhan mangkuk tandas menggunakan berus. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
2) Selain cuka, anda juga boleh menggunakan satu tin air coke. Caranya sama seperti menggunakan cuka. Tuang ke dalam mangkuk tandas, biarkan seketika. Kemudian gosok menggunakan berus sehingga bersih dan bilas dengan air.
Panduan Menghias Bilik Mandi
1) Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
2) Pasang cermin muka di dinding bilik air.
3) Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian.
4) Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.