Kasih ibu bawa ke syurga. Oleh itu, setiap permintaan ibu pastinya akan dipenuhi.
Seperti pemuda yang bernama Syukor Majid, dia yang memuatnaik posting di Facebooknya menceritakan bagaimana dia terpaksa tipu sunat bagi memenuhi permintaan ibunya.
Menurutnya, satu hari dia membawa ibunya pergi minum di Starbucks. Di situlah bermula detik minat ibunya terhadap tumbler yang dipamerkan di kedai minuman itu.
“Dia tiba-tiba berminat tengok tumbler yang ada tersusun di rak. dia kata boleh bawa pergi mengaji. Jadi abang pun belikan satu.”
“Bila mak saya tanya berapa harga botol minuman tersebut, abang jawab RM20 sebab abang tahu kalu cakap RM 200 mesti dia tak nak.”
Cerita Syukur lagi, jika ibunya tahu tumble tersebut berharga RM200 pasti ibunya tidak mahu kerana ibunya tidak menggemari barangan yang mahal.
Ads
Sejak hari tersebut, ibunya yang percaya botol minuman itu berharga RM20 telah memintanya untuk membeli design lain bagi menambah koleksi setiap kali bertandang ke kedai kopi berkenaan.
“Siapa sangka akibat tak jujur dengan ibu, setiap kali bawa mak pergi Starbucks mesti mak bawa balik satu bekas minuman yang baharu.”
“Sehingga hari ini, mak abang dah ada lima biji tumbler Starbucks, design Chinese New Year pun dia sempat beli.”
Ads
“Makin menjadi-jadi perangai dia, rasanya dah sampai masa abang beritahu harga sebenar tumbler tersebut bukan RM 20.” katanya berseloroh.
Semoga dimurahkan rezeki Syukur kerana membahagiakan hati ibunya.
Sewaktu ibu dan bapa ada lagi ini, hargailah mereka sementara masih ada waktu.
Terasa hendak keluar rumah dengan tujuan untuk membeli barang-barang keperluan ketika ini perlu ada perancangan.
Ini penting sebagai langkah untuk menghindarkan diri daripada terdedah pada virus covid-19.
Lagi senang kalau beli barang secara online, taklah terdedah dengan virus. Jimat masa! Klik sini Ramadhan Big Sale, yang penting free delivery.
Ini sebagainya yang dikongsikan oleh saudara Khairi Safwan.
Tips Keluar Rumah Untuk Stock-Up Barang Keperluan(in RMO / MCO situation)
Setelah abam membuat rundingan bersama Doktor Kesihatan Awam (Nadiatul Nadic) kat rumah ni, kami telah bersepakat yg salah sorg kena keluar harini untuk stock-up barang2 rumah especially food.. yerlah, takkan hari2 nak nasik goreng je ye dak?? So dalam keadaan sekarang ni, tak boleh lah nak main redah je.. strategi kne cun utk minimize risk terdedah pada virus Covid-19 ni
Alright, jom start:
1. Bismillah (or whatever prayer you believe in)
2. Jangan panik.. kalau panik, apa pon tak jadi
3. Decide sape yang nak keluar.. if possible, yang laki lah.. sbb nak angkut2 barang ni kena pakai strength lah sikit lagipun kalau bagi ppn takut kang 2-3 jam tak habih lg.. elakkan keluar berpasangan and paling utama jgn bawak kids or warga tua
Sambungan pada gambar2 kat bawah:
Prepare dgn barang2 ni:
1. Face mask – ada yg cakap tak payah sbb virus ni bkn airborne.. tp malas ah nak amek risk, alang2 dah ada pakai jelah
2. Gloves – pakai yg baru and disposable
3. Pakai pakaian bukan fevret.. sbb nanti kena terus basuh and kalau perlu, kena buang (tapi abam tak buang laa, baju beli Houston kot 😜)
4. Shopping bag – untuk elakkan dari pakai trolley.. mcm ni abam bawak 2.. 1 utk barang kering and 1 untuk basah
5. Kalau korang ada lebih dari 1 kereta, pilih kereta yang korang rasa takkan pakai kalau tiba2 terpaksa bawak family keluar
And….. Tu je.. pastu dah pakai baju bersih2 boleh lah korang nak gomol2 anak korang ke bini korang ke (eh?)
In summary, benda paling penting korang kena ingat is: cuba untuk minimize kan sebanyak mungkin direct contact dgn orang lain or surface apa2 je
Last sekali abam nak pesan, semua ni just tips semata2.. takdir semua ketentuan Tuhan.. bnykkan berdoa.. doakan abam and keluarga sekali k?
Take care gaisss and selamat ber-lockdown!!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Satu kelegaan yang maha hebat bilamana disahkan oleh doktor bebas sepenuhnya daripada menghidap penyakit kanser yang pernah dihidapi sejak tahun 2014. Tenang dan bersyukur dengan ujian yang maha darsyat ini.
Tapi ketenangan bukan lagi miliknya kini. Semakin perit dan terhimpit kala diberitahu oleh doktor bahawa kanser yang menyerangnya dua tahun lalu kembali menyerang tubuhnya kini.
Bagi Wan Musfirah Aimi Wan Sufian, 34 tahun, yang juga merupakan ibu kepada dua model dan pelakon kanak-kanak, Nik Harraz Danish dan Nik Hadiff Dani, serangan kanser kali kedua tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang malah dia tidak pernah menyalahkan takdir. Dia tahu Allah memilihnya untuk merasai semua ini dan pasrah dengan laluan yang dilaluinya ini.
“Menyebut kanser memang tidak mudah, namun itulah yang dilalui saya. Semuanya bermula selepas wujudnya ketulan di kedua-dua payudara saya setiap kali saya mengandung. Memang ketiga-tiga kandungan saya, saya mengalami masalah yang sama, adakalanya ketulan di sebelah kiri dan adakalanya di sebelah kanan payudara pula.
“Bila berdepan dengan masalah ini setiap kali mengandung, saya jangkakan ia tidaklah mendatangkan bahaya. Masa mula mengandung anak pertama, sebaik melahirkan anak saya menjalani pembedahan membuang ketulan tersebut dan begitulah rutinnya sehingga anak ketiga.
Ia tidak sakit malah saya tak rasa apa-apa sehinggalah tahun 2014 bila mana saya rasakan seperti ada urat membengkak di bahagian ketiak kiri saya.
Tidak mahu terus bertanda tanya, saya rujuk masalah saya ke Hospital Gleneagles, Jalan Ampang. Saya menjalani ujian ultra sound dan hasilnya tidak ada apa yang merisaukan saya. Namun doktor menyarankan saya untuk mencuba ujian mammogram pula. Namun hasilnya tetap sama, tiada sebarang komplikasi yang tidak diingini kepada masalah urat di payudara kiri saya. Saya lega seketika.
Namun selepas dua minggu, saya kembali ke hospital semula dan menjalani ujian Core Needle Biopsy’ atas saranan doktor yang merawat saya. Empat hari selepas menjalani ujian, saya ke hospital semula dan ketika itulah saya diberitahu saya menghidap kanser payudara.
Semuanya telah terjawab. Saya ingat lagi tarikh itu, 24 Januari 2015. Saya redha dan pasrah,” ujar anak sulung daripada lima adik beradik ini lagi.
Tidak mudah bagi kita namun wanita ini menerimanya dengan tabah hati kerana sudah menjangkakan semua perkara sebegini sejak awal lagi.
Kanser Kali Kedua
Ibu tiga anak ini juga mengakui tidak mudah menerima keputusan doktor sekali lagi selepas bebas selama dua tahun daripada sel kanser.
“Disember 2017 akan menjadi tarikh keramat sekali lagi buat saya. Selepas mengadu sakit kaki iaitu pada bahagian pinggul, saya buat pemeriksaan seperti biasa. Saya buat rawatan fisiologi tetapi masih sakit. Akhirnya doktor sarankan untuk saya buat scan dan ketika itulah baru saya tahu kanser saya menyerang sekali lagi.
Hampir gugur jantung apabila doktor memberitahu sel kanser saya sudah merebak ke tulang kaki. Saya rasa kecewa yang teramat sangat. Tekanan akibat suami diberhentikan kerja pada akhir tahun lalu buat saya jadi tertekan. Tekanan yang saya alami buat sel kanser kembali merebak pada saya. Itu yang doktor nyatakan kepada saya.
Kata doktor sel kanser menyebabkan tumor dalam tulang pecah dan terkeluar. Itulah yang menyebabkan saya sakit pada bahagian pinggul. Saya perlu menjalani rawatan radioterapi sebanyak 15 kali namun malangnya kesannya akan buat saya menapouse. Saya akur dengan kata-kata doktor walaupun pahit untuk menerima semuanya.
Pun begitu, walaupun selepas 15 kali menjalani rawatan, masih tiada sebarang tindak balas malah sel kanser mula menyerang tulang belakang saya. Doktor kemudiannya meneruskan rawatan kimoterapi sebanyak enam kali kepada saya,” luahnya lagi.
Mahu Teruskan Hidup Dengan Gembira
Bagi wanita yang berkhidmat dengan Maybank dan masih berada di dalam cutinya selama enam bulan ini lagi, bersedih dan mengenang nasib akan takdir hidupnya bukan lagi pilihan yang ada.
“Jujurnya saya mahu enjoy dan gembira dengan apa yang saya lalui setiap hari. Sebolehnya setiap kali bangun setiap pagi saya mahu gembirakan diri sendiri dan keluarga dan buat semua perkara yang menggembirakan hati saya.
Saya mahu terus bangkit dan bersemangat demi suami dan anak-anak yang saban hari menyokong kuat perjuangan saya. Merekalah tulang belakang sepenuhnya untuk saya terus kembali ceria.
Tak ada sebab untuk saya menyerah kalah pada takdir sedangkan suami dan anak-anak terus kuat menyokong saya.Setiap kali menjalani rawatan kimoterapi suami akan menguruskan anak-anak dan kesemua urusan rumah. Begitu juga dengan anak-anak yang akan behave dan sentiasa menjaga hati saya dalam segala hal. Sebolehnya mereka tidak mahu membebankan saya.
Jujurnya saya sudah penat untuk mengadu domba dengan sesiapa sahaja akan kesakitan yang saya alami. Saya hanya mahu lalui apa yang Allah sudah aturkan buat diri saya dengan sebaiknya.
Tak ada waktu untuk saya dari terus berfikir mengapa dan kenapa saya ditakdirnya untuk jadi begini. Makin bertambah stres dibuatnya. Saya redha dengan semuanya. Bagi saya kini hidup perlu lebih tenang dan gembira tanpa ada sekatan apa-apa,” ujarnya penuh semangat, positif dan yakin pada diri sendiri.
Sumber: Majalah Keluarga Isu Julai
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sememangnya rata-rata mengetahui kelebihan bulan ramadan, bulan yang cukup mulia dan sesuai untuk kita tambah amalan kebaikan.
Berkongsi di Insta story senarai ibadah yang boleh dibuat sepanjang bulan ramadan ini, pelakon jelita, Nora Danish turut tidak melepaskan peluang untuk mengejar saham akhirat dengan melakukan pelbagai amal ibadah termasuk mengaji al-Quran.
Malah, pelakon yang wajahya tidak dimamah usia itu turut berkongsi cara untuk mengira zakat bagi yang ada tanggungjawab dalam melaksanakan rukun Islam ke-4 itu.
Selain dari perkongsian tentang ibadah yang dilakukan, perkara lain yang menjadi perhatian orang ramai apabila Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif tampil manis dengan imej berhijab di bulan yang mulia ini.
Perkara itu boleh dikihat dalam entri terbarunya yang memakai busana serba putih yang dipercayai bagi meraikan sebuah majlis ahli keluarga terdekat.
Turut kelihatan suaminya, Nedim Nazri yang juga memakai serba putih dan anaknya, Mohamed Neqayl Nedim kelihatan segak mengenakan serban Arab.
“Pagi yang sangat bermakna buat kami sekeluarga. Bismillah,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan Nora memakai tudung berwarna putih itu.
Malah, mereka turut mendoakan agar aktres berusia 41 tahun itu mendapat hidayah untuk berhijab dan kekal istiqamah tanpa mengharapkan bulan Ramadhan sahaja.
Sekadar info, Nora pernah meluahkan rasa kecewa apabila dirinya tidak sempat untuk khatam Al-Quran kerana sibuk menyelesaikan banyak urusan termasuklah berpindah ke rumah baharu.
Sumber: Instagram @noradanish
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di