Ramai juga kita lihat orang menjual kuih keria di sana sini. Tapi antara yang famous ialah Kuih Keria Antarabangsa Limbongan, Melaka. Siapa pernah membeli kuih keria viral tersebut pasti akan teringat-ingat dan teringin untuk menikmatinya untuk sekian kalinya.

Justeru itu, atas keinginan tersebut tidak dinafikan telah memberi inspirasi ramai antara kita untuk turut dapat menghasilkan rasa dan bentuk kuih keria tersebut dengan melakukan ‘try and arror’ bagi memastikan kuih keria yang dihidang untuk anak-anak bukan sahaja sedap malah cantik kejadiannya.

 

Malah buat puan Qhaira Afiah yang menetap di Perak ini pula bukan sahaja menyediakan untuk santapan anak beranak malah pernah menjadikan Kuih Keria Gula Melaka tersebut sebagai sumber mencari ‘duit tepi’ untuk keluarga apabila menu yang disediakan nyata mendapat sambutan ramai.

Dan di sini Qhaira turut ingin berkongsi resipi agar lebih ramai ibu-ibu di luar sana dapat menyediakan sendiri menu yang digemari ramai ini.

“Saya sharekan resepi keria gula melaka yang menjadi jualan saya pada suatu ketika dahulu,” tulisnya di kapsyen group masakan yang mana telah mencuri tumpuan warganet.

Ala-ala Kuih Keria Antarabangsa Limbongan, Wanita Ni Kongsi Resipinya & Ramai Suka!

Bahan keria :-

500g keledek putih

3/4 cawan tepung gandum

1 sudu besar garam halus

 

IKLAN

ARTIKEL MENARIK :

Cara penyediaan

1.Buang kulit keledek, potong kecil, cuci hingga bersih, rebus dengan garam

Ala-ala Kuih Keria Antarabangsa Limbongan, Wanita Ni Kongsi Resipinya & Ramai Suka!

2.Masak sehingga lembut (ambil garfu cucuk baru tau keledek dah lembut atau belum)

3.Kemudian toskan sehingga kering

4.Masukkan keledek ke dalam bekas lenyek sehingga tiada ketulan besar

5.Masukkan tepung, gaul sebati.

6.Buatkan doh bulat dan bentukkan

IKLAN

Ala-ala Kuih Keria Antarabangsa Limbongan, Wanita Ni Kongsi Resipinya & Ramai Suka!

7.Panaskan minyak sehingga betul-betul panas, masukkan keria biar sehingga keria timbul sendiri baru lah boleh di kacau sehingga masak sekata

Bahan sira:-

150g gula melaka

1 sudu besar gula putih

1/4 cawan air kosong

Daun pandan (jika perlu)

1.Campur ketiga-tiga bahan dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga pekat

Ala-ala Kuih Keria Antarabangsa Limbongan, Wanita Ni Kongsi Resipinya & Ramai Suka!

IKLAN

2.Setelah gula kelihatan pekat masukkan keria yang siap digoreng, kacau sebati…tutup api

Ala-ala Kuih Keria Antarabangsa Limbongan, Wanita Ni Kongsi Resipinya & Ramai Suka!

Ala-ala Kuih Keria Antarabangsa Limbongan, Wanita Ni Kongsi Resipinya & Ramai Suka!

3.Tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk

Ala-ala Kuih Keria Antarabangsa Limbongan, Wanita Ni Kongsi Resipinya & Ramai Suka!

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Ala-ala Kuih Keria Antarabangsa Limbongan, Wanita Ni Kongsi Resipinya & Ramai Suka!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI