Sejak Misi Rakyat dilancarkan, ianya telah membuka mata ramai masyarakat tentang erti permuafakatan dan perpaduan walaupun negara kita terdiri dari pelbagai kaum.
Semua sedia maklum, kini Misi Rakyat senang giat menjalankan kutipan bagi rawatan Adik Athif atau nama sebenarnya Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan pula selepas kejayaan mengumpul dana sebanyak RM9.28 juta untuk adik Naail yang tmenghidap penyakit yang sama seperti adik Naail Spinal Muscular Atrophy tahap 0 (SMA0) selepas beberapa bulan dilahirkan.
Sehingga kini, kutipan masih giat dijalankan memandangkan jumlah yang terkumpul masih jauh dari jumlah sasaran. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Misi Rakyat, keseluruhan telah terkumpul untuk adik Athif ialah RM3 juta yang membawa kepada 37 peratus.
Sejak pendedahan faunder Misi Rakyat mengenai ramai jutawan yang membantu menghulurkan sumbangan kepada adik Naail, ianya telah menarik perhatian Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh telah menyerahkan keseluruhan gajinya untuk sebulan berjumlah RM10,000 untuk membantu adik Athif.
Dalam hantaran tersebut, Akmal meluahkan rasa sebak terhadap nasib yang menimpa adik Athif selepas Allah menjentikkan hatinya untuk melihat keadaannya yang terkini.
Ads
Disebabkan itulah, dia berlapang dada untuk memberikan semua gajinya untuk kanak-kanak tersebut meskipun tidak mengenali adik Athif.
Susulan itu, dia berharap agar urusan adik Athif untuk mendapatkan rawatan Gene Therapy Zolgensma dipermudahkan dan menyeru kepada orang ramai membantu insan tersebut meskipun dengan hanya doa.
“Gaji bulan ini untuk adik Athif..
“Walaupun tidak langsung mengenali adik athif,tetapi Allah jentikkan perasaan bila tengok video adik athif rasanya seperti anak saya sendiri yang sedang diuji.
“Maka seluruh gaji saya sebagai wakil rakyat pada bulan ini adalah untuk adik athif. Moga Allah permudahkan urusan adik athif
Ads
“Mohon untuk kita semua membantu adik athif juga walaupun hanya dengan doa,” ujarnya.
Sekadar info, adik Athif terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan memandangkan otot-ototnya semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru dan ia boleh dirawat selepas mengambil ubat paling efektif, Zolgensma (Gene Theraphy) yang harganya mencecah USD2.1 juta bersamaan lebih RM9 juta.
Jarang kita dengar kisah lelaki atau suami yang bekerja tetapi punya masa untuk bangun seawal pagi demi menyediakan sarapan dan bekal sekeluarga. Kebiasaannya yang melakukan kerja-kerja ini adalah kaum ibu.
Namun tidak bagi Dr Syahr Musafir. Tugas yang biasanya dipikul kaum ibu itu dilakukan olehnya sendiri tanpa diminta oleh sang isteri.
Contoh suami dan ayah mithali kan. Bertuah dapat suami yang ringan tulang begini. Sanggup bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan dan juga bekal untuk di bawa ke sekolah dan juga ke tempat kerja.
Jom kira baca perkongsian dari ayah kepada 4 cahaya mata ini tentang cara untuk dia istiqamah bangun seawal pagi untuk memasak sarapan dan juga bekal.
Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian yang nampak biasa tetapi cukup bermakna, lebih-lebih lagi buat kaum isteri dan ibu.
Ada yang bertanya, apa atau bagaimana cara saya untuk istiqamah bangun seawal pagi untuk memasak sarapan sekeluarga dan bekal sekolah/kerja, walaupun saya bekerja sepenuh masa dan kepenatan, lebih-lebih lagi lelaki, suami dan bapa, bukan wanita, isteri dan ibu yang lebih sinonim dengan masak-memasak.
Jujurnya saya pun tak tahu nak jawab apa, tiada tips spesifik pun. Macam orang lain juga, saya setkan jam loceng/alarm clock (di telefon bimbit) untuk kejutkan saya. Ada masanya bangun on time seperti disetkan, ada masanya terlewat bangun jadi kelam-kabut nak masak, dan ada masanya bangun lebih awal daripada masa yang disetkan. Normal dan biasa, kita bukan robot.
Cuma mungkin boleh saya share 2 perkara yang menjadi inspirasi dan motivasi untuk saya buat semua ini:
1. Niat untuk qiyamullail.
Sebelum tidur, saya pasang niat untuk bangkit qiyamullail. Tak kisahlah sedang sihat ke, penat ke, demam ke, niatkan untuk bangun malam. Sekurang-kurangnya solat sunat 2 rakaat, atau bangun baca al-Qur’an sekurang-kurangnya 1 muka, atau bangun untuk zikir munajat saja.
Apabila bangun, tak kisahlah awal, on time atau terlewat, saya akan solat 2 rakaat. Biasanya, tahajjud. Jika 4, saya buat tahajjud dan taubat. Jika sempat 6, saya buat tahajjud, taubat dan hajat. Ada masanya jika ‘malas’ saya buat 2 rakaat solat sunat taubat sahaja (dalam solat itu mohon ampun daripada Allah atas kemalasan diri, huhuhu).
Yang penting, niat. Dan apabila tersedar dari tidur, bangun.
Dari segi #TipsQiyamullail saya takkan pilih masa. Jika tersedar lebih awal berbanding masa yang kita set alarm, saya tetap akan bangkit, ambil wudhu’ dan solat. Jika masih lama menunggu waktu alarm, saya tidur semula. Biasanya 30 minit.. Kemudian bangun semula untuk memasak.
Apabila terlewat bangun, terus wudhu’ dan solat 2 rakaat (secara cepat, baca pendek), terus masuk dapur untuk sediakan makanan.
Paling seronok sudah pastilah isteri juga bangun bersama. Bahkan malulah bila dirinya lebih istiqamah berbanding si suami ini….
2. Ingat mati.
Poin ini saya tak mahu ulas perihal ibadah dan sebagainya, tetapi saya melihat dari kaca mata duniawi atau manusiawi, iaitu jika Allah takdirkan saya pergi awal, apakah kenangan unik yang saya nak isteri dan anak-anak saya ingat tentang saya, dari segi manusiawi.
Banyak pilihan yang ada, contohnya harta pusaka, video ucapan atau nyanyian, dan sebagainya.
Saya memilih untuk masa berkualiti dan masakan/makanan yang mereka isi dalam perut mereka. Saya mahu mereka ingat saya selalu masak untuk sekeluarga secara konsisten setiap pagi/hari. Makanan itu jadi darah daging yang takkan mungkin boleh hilang kenangannya.
Kenangan seorang ayah memasak untuk anak-anak adalah sangat powerful dalam ingatan anak-anak, lebih powerful berbanding kenangan ibu yang memasak. Percayalah… (Tetapi jangan risau, boleh ganti bab memasak ini dengan cara lain jika kita tak reti atau tak mampu masak atas pelbagai kekangan ye, memasak ini salah satu sahaja).
Dari sudut ibadah, sudah pastilah ingat mati ini boleh beri motivasi yang cukup kuat dan tinggi untuk kita buat kebaikan kepada keluarga kita dan beristiqamah dalam kebaikan itu sampai hujung nyawa. Kita tak tahu bila Allah akan ambil nyawa ini, jadi setiap hari kita kena jadi baik, lebih baik dan terbaik.
Cukuplah 2 perkongsian ini saja. Dari segi teknikaliti bagaimana memasak, siapkan bahan mentah atau shopping dan lain-lain, mungkin kita bincang dalam post saya yang lain. Bahkan saya rasa orang lain pun biasa/sudah menulis tentangnya. Perkongsian saya ini harapnya berbeza berbanding tulisan orang lain.
Pagi ini saya sediakan makaroni sos cendawan. Letak ayam, sayur campur, sosej dan seumpamanya. Pagi ini saya agak keletihan, hanya masak 1 hidangan saja. Kira OK lah ye.
Untuk bekal sekolah anak, ada epal merah. Untuk bekal kerja saya pula ada betik, daripada pokok saya tanam sendiri di tepi rumah #KebunKecilTepiRumah#KebunDrSyahr Alhamdulillah.
Sos putih cendawan seperti resepi saya sebelum ini, tanpa minyak masak cuma pagi ini tak letak keju sebab tak perasan, rupa-rupanya cheese di rumah sudah habis.
Tanpa keberanian mimpi takkan jadi kenyataan. Usaha gigih dan azam yang kuat membuktikan diri mampu berjaya. Itulah yang ditunjukkan oleh wanita yang dikenali sebagai Rozmiza Rozman.
Wanita ini berkongsi pengalamannya direject keluarga kekasih gara-gara mahukan menantu bekerja dalam sektor kerajaan. Tambah memedihkan apabila ibu bapanya yang bekerja sebagai peniaga tepi jalan turut dipandang serong.
SEGALANYA BERMULA DI SINI
My Ex and my Ex family keep pushing me down.
“Mak Cik nak menantu GOV SERVANT” – Mama my Ex
“Awak tu asal family susah, jangan berangan nak beli VolkSwagen, tak mungkin dapat”
Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 kini dibuka dengan bantuan one-off RM1,000 untuk anak autisme yang layak. Semak syarat kelayakan dan cara mohon bantuan JKM.