Anak kucingmelecur teruk dibakar tiga lelaki kini dipelihara pelakon Mustaqim Bahadon. Kisah seekor anak kucing yang melecur teruk selepas dibakar tiga lelaki di Kajang, Selangor pada April lalu pernah tular dan menggemparkan masyarakat.
Anak Kucing Yang Melecur Teruk Dibakar Tiga Lelaki
Kejadian itu mencetuskan rasa marah orang ramai apabila perbuatan kejam itu tersebar di media sosial. Memetik laporan Harian Metro, kucing itu telah berjaya diselamatkan oleh Nur Nabila Najwa Azman, 27 April lalu.
Video berkaitan kejadian itu menunjukkan tiga lelaki sedang melepak di parkir motosikal sebuah flat. Dua daripada mereka kemudian menyimbah cecair dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing dianggarkan berusia enam minggu sebelum salah seorang menyalakan api.
“Bermula dengan kisah menyedihkan di jalanan dan tular selepas dibakar, kini Socks dapat kehidupan baharu yang Insya-Allah lebih baik berbanding sebelum ini bersama pemilik baharunya,” kata Nur Nabila Najwa.
Kucing yang dinamakan Socks itu diserahkan kepada pelakon, Mustaqim Bahadon, untuk dipelihara selepas sihat dan kembali aktif.
Najwa bersama seekor anak kucing yang melecur teruk selepas dibakar tiga lelaki di Kajang April lalu yang tular dan mendapat perhatian netizen terutama pencinta haiwan. Gambar Harian Metro
Kini Dipelihara Pelakon Mustaqim Bahadon
“Alhamdulillah, Socks sudah semakin sihat, gemuk dan aktif, malah lukanya juga mengering serta pulih. Perkembangan kesihatannya membuatkan saya gembira dan lebih bersyukur apabila Socks juga sudah mendapat pemilik baharu.
“Walaupun Mustaqim artis (dikenali ramai) tetapi saya tetap membuat tapisan dan temubual untuk memastikan kebajikan Socks terbela.
“Mustaqim orang pertama menyuarakan hasrat mengambil Socks dan banyak membantu daripada awal,” katanya.
Ads
Dalam satu hantaran yang dibuat oleh Mustaqim Bahadon dilaman Instagramnya, pelakon lelaki itu juga begitu teruja membawa pulang Socks ke rumahnya.
Welcome home Socks. Nanti kita jumpa abang dan kakak-kakak @mochaaxlattee Thank you for everything @soniaahorann,” tulis Musraqim.
Katanya, dia berharap dan turut percaya kucing berkenaan akan mendapat kehidupan lebih baik bersama Mustaqim dan beberapa kucing lain milik pelakon berkenaan.
“Selepas keluar wad di klinik veterinar, saya bawa Socks pulang ke rumah untuk meluangkan masa bersama sebelum diserahkan kepada Mustaqim.
“Sedih juga tetapi saya gembira Socks semakin sihat dan dapat pemilik baharu,” katanya.
Penterjemah swasta itu berkata, dia juga berterima kasih atas sokongan diberikan ramai kepadanya terutama sumbangan dana kos perubatan kucing itu sepanjang dirawat di klinik swasta.
Ads
“Terima kasih kepada penyumbang dan saya juga terima banyak sokongan sejak kisah Socks mendapat perhatian. Jasa kalian hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya.
“Keadaan Socks ketika ini melegakan hati saya, namun tetap berharap individu yang melakukan perbuatan itu diberikan hukuman setimpal dan kes dapat diadili agar jadi pengajaran kepada orang lain,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah kucing malang berkenaan yang diselamatkan Nur Nabila Najwa atau dikenali sebagai Sonia di media sosial.
Kejam! Tiada Perikemanusiaan! Hanya itu yang terlahir saat berita ini di laporkan. Lebih kejam lagi, mayat kanak-kanak itu dibuang kerana sindiket menjual organ tersebut tidak dapat dihubungi.
Bayangkan apalah perasaan ibu dan ayah serta keluarga kanak-kanak ini yang ditatang bagai minyak yang penuh diperlakukan sebegitu hanya kerana terpedaya dengan iklan penjualan organ.
Kejadian yang berlaku di Sulawesi Selatan ini, kedua-dua suspek yang berusia 14 dan 17 tahun ini telah mengaku telah menculik dan membunuh mangsa untuk menjual organ mangsa kerana terpengaruh dengan tawaran yang dilihat di internet yang menawarkan harga lumayan bagi setiap organ.
Menceritakan kembali detik mereka memujuk mangsa yang baru berusia 11 tahun, mereka telah menawarkan mangsa upah membersihkan rumah dan menawarkan gaji sebanyak 50 000 rupiah iaitu bersamaan dengan RM 14.
Mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut telah bersetuju untuk mengikut suspek pulang ke rumah. Setibanya di rumah, suspek mula bertindak kejam dengan mencekik mangsa dari arah belakang, sebelum menghentak kepalanya ke tembok sebanyak lima kali hingga kanak-kanak itu meninggal dunia.
Mayat kanak-kanak tersebut telah dimasukkan ke dalam plastik hitam untuk diserahkan kepada pembeli organ di internet namun malangnya tiada sebarang maklumbalas yang diterima.
Kedua-dua suspek menjadi panik apabila tidak menerima maklumbalas dari pembeli, mereka kemudiannya telah membuang mayat kanak-kanak tersebut di bawah jambatan di kawasan air kumbahan.
Mayat tersebut dijumpai pada 8 Januari lalu, dan dari penemuan itu polis telah menahan kedua-dua suspek untuk siasatan lanjut.
Sayu melihat keadaan seorang kanak-kanak perempuan apabila dia masih belum mengerti bahawa ibu bapanya telah meninggal dunia sejak sebulan lalu namun kanak-kanak ini menganggap mereka keluar bekerja.
Aulia Izzatunnisa Mohd Izwan, 3, dari Felda Lok Heng Selatan di sini masih tidak tahu ibu bapanya, Saidatul Khadijah Mohd. Shahridin dan Muhammad Izwan Mansor telah meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas kemalangan di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing bulan lalu.
Nenek kanak-kanak itu, Absah Abdullah berkata, cucunya masih menganggap ketiadaan ibu bapanya di rumah adalah disebabkan mereka keluar bekerja.
Tambahan pula sebelum ini ibu bapanya memang jarang bertemu kerana arwah menantunya, Muhammad Izwan sedang mengikuti pengajian jarak jauh di peringkat ijazah sarjana dan hanya dapat bersama ketika cuti panjang.
“Kami cuba jelaskan kepadanya tetapi dia masih budak lagi dan mungkin tidak mengerti apa yang terjadi kepada ibu bapanya.
“Dia hanya sebut ibu dan ayah work sedangkan kedua mereka telah pergi menghadap Ilahi. Kami juga dapat lihat kesayuan di sebalik wajahnya bila melihat sepupunya yang lain bermanja dengan ibu bapa masing-masing,” katanya.
Sedetik imbas, ibu bapa kepada anak kecil ini maut apabila kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux. Ketika itu Aulia Izzatunniza turut berada dalam kereta, namun hanya cedera.
Ujar Absah, ketika ini cucunya itu tinggal bersamanya dan menganggap ia adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang.
Tambahnya, dalam kejadian itu kaki kanan cucunya retak dan perlu disimen, namun kini beransur baik.
“Allah lindungi Aulia kerana ketika kejadian dia berada di pangkuan ibunya. Dia dirawat selama tiga hari di hospital sebelum dibenarkan balik.
“Awalnya memang dia tidak boleh berjalan sendiri kerana kakinya yang bersimen dan perlu dibantu. Doktor sarankan begitu agar membantu proses penyembuhannya,” katanya.
Semoga Aulia diberi kesembuhan dan membesar sebagai anak yang solehah.
Sudah berkali-kali beli plug extension, tapi tak sampai 3 bulan pasti akan longgar. Biasalah, plug extention ini sering di pijak dan ada juga yang tersadung terlanggar wire.
Tapi takkanlah setiap kali longgar, nak kena beli yang baru? Seorang pemuda telah berkongsi cara untuk membaiki plug extention ini. Rupanya mudah sahaja. Kaum wanita pun boleh lakukannya.
Pemuda bernama Faris Abdullah ini telah menunjukkan cara basic dan simple bagaimana untuk membaiki plug extension yang rosak dirumah.
Dia menyeru terutamanya lelaki wajib pandai dalam bab-bab sebegini bagi memudahkan kerja-kerja di rumah dan juga menjimatkan dari membeli yang lain.
Cara Mudah Untuk Baiki Plug Extension Yang Rosak Akibat Longgar Daripada Beli Baru
“Di rumah mak saya ni ada lah plug extension rosak. Nak beli baru macam membazir satu set ni sekarang dah RM20-30.
Selepas inspection saya buka kepala plug dan dapati wire N dan L plug extension ini tertanggal. Ia berpunca dari wire clip yang tercabut mungkin banyak tangan usik. Sebagai seorang seorang suami kepada isteri dirumah duit nak beli extension baru tu takda hal sangat tetapi maruah kita itu nak letak mana takkan la benda simple macam ni terus nak beli baru atau panggil pomen untuk baiki benda ni.
Saya sambungkan semula wire dan tape tebalkan sedikit bahagian wire clip tu supaya wayar tahan tak mudah tanggal dia grip bila tutup katup kepala plug. Hasilnya plug extension alhamdulillah siap baiki nyala boleh pakai macam biasa.
Bagaimana Cara Untuk Baiki Plug Extension Yang Rosak Ini
Nampak tak kesemua 4 plug ni tak menyala. Ini bermakna extension ini sudah rosak dan perlu dibaiki. Kita cuba baiki dulu. Kalau boleh tak perlu beli yang baharu dah melainkan kalau betul-betul dah rosak.
Jom tengok apa masalah dan penyebab yang menyebabkan extension ini rosak. Selalunya extension yang rosak ini wayar kat sini telah pun longgar. Jadi kena buka tengok dalamnya.
Selepas buka dan tengok dalam kepala plug tersebut boleh nampakkan wayar Neutral dan Live tu sudah tercabut dari punya soket. Jadi, solusinya adalah masukkan balik wayar tersebut ke soket yang asal.
Untuk pengganti kepada klip wayar ni cuma gunakan tape sahaja macam ni agar grip plug ni akan kuat.
Jadi, dah settel jom kita cuba plug ni balik. Alhamdulillah semuanya berfungsi seperti biasa.
Boleh check kat rumah kita jika ada plug extension yang rosak, ini puncanya. Make sure pasang sambungan betul ya Earth, Live, dan Neutral kalau tak sure boleh google.