Dalam perkembangan seorang kanak-kanak, secara umumnya akan mula bercakap dan membebel bunyi tertentu bermula usia 1 tahun ke atas.

Walaupun perkembangan setiap anak mungkin berbeza, namun ibu bapa perlulah peka dan memantau perkembangan pertuturan ini kerana ia berkait rapat dengan faktor kesihatan dan tumbesaran mereka.

Bagi yang menghadapi masalah ini, perkongsian dari Puan Norakma Jamlos mengenai kisah anak beliau yang lambat bercakap atau dikenali sebagai ‘late talker’ boleh dijadikan sebagai panduan dan juga inspirasi kepada ibu bapa yang mengalami masalah yang sama.

Anak Masih Belum Bercakap Pada Usia 2 Tahun
Tergerak hati ingin berkongsi cerita kisah anak perempuan merangkap anak ketiga saya. Saya mula bawa dia berjumpa dengan doktor di Hospital Selayang pada umur dia 2 tahun.

Saya mula perasan dia bukan macam kanak-kanak lain dan nampak sangat berbeza terutamanya sebab dia masih tak boleh bercakap walaupun sudah berusia 2 tahun.

[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung

[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL

Rentetan Peristiwa & Temujanji Doktor
Berikut adalah rentetan daripada temujanji doktor yang saya hadiri untuk mendapatkan diagnosis terhadap keadaan sebenar anak saya.

07/06/2017 – Pergi ke Klinik Kesihatan untuk imunisasi 2 tahun. Sambil itu saya bercerita kisah anak dan kebimbangan saya terhadap perkara di atas. Sehubungan itu, jururawat di Klinik Kesihatan telah membuat surat untuk saya mendapatkan appointment di hospital.

24/8/2017 – Berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak di hospital. Doktor sarankan untuk berjumpa dengan pakar telinga dan mata (ENT) terlebih dahulu.

18/9/2017 – Kami berjumpa dengan pakar ENT. Alhamdulillah, keputusannya normal hearing bilaterally.

IKLAN

30/11/2017 – Berjumpa lagi dengan doktor pakar kanak-kanak Hasil Ujian Saringan M-CHAT menunjukkan anak saya gagal dalam 10 item. Dan kesemua item yang gagal adalah item yang kritikal. Doktor diagnosis sebagai autisme tapi masih belum disahkan lagi. Allah sedihnya….

Ciri-ciri anak saya ketika berumur 2 tahun antaranya:

  • Tiada eye contact.
  • Bila panggil buat tak tahu .
  • Suka main sendiri.
  • Speech delay, sepatah perkataan tak pernah sebut, hanya aaaaa dan sangat bising mulutnya.
  • Tak pandai nak bersalam dengan orang mahupun kami Ummi dan Abah dia.
  • Tak berminat untuk bermain walaupun dengan kakak-kakaknya. Bila ajak main dia lari.
  • Tak pernah nak pedulikan orang disekeliling dia. Dia dengan dunia dia sendiri dan dia juga seolah-olah tidak mengenali kami.
  • Suka mengibas-ngibas tangan kalau dia gembira@ excited (flapping hands).
  • Alhamdulillah dia tak ada behavior problem.

Sekarang umur anak saya dah masuk 2 tahun 7 bulan. Banyak yang berubah cuma masih tak boleh bercakap lagi.

Tapi ciri-ciri autisme masih ada. Antara perubahannya :

  • Eye contact dah ada walaupun terhad.
  • Arahan-arahan mudah pun dia dah mula faham.
  • Bila saya marah, cepat-cepat datang dan peluk cium.
  • Bila panggil dah mula pandang. (kadang-kadang tak pandang sebab asyik panggil je)
  • Pandai cari saya bila saya tak ada, tahu dah nak cari Ummi kat mana. (office Ummi laaa kat dapur)
  • Sudah mula nak bermain.
  • Flapping hands masih ada. Tapi saya mula ajar jangan buat flapping hands dan tukar pada tepuk tangan (claps hands) bila rasa gembira @ excited.

Alhamdulillah banyak yang berubah. Cuma untuk ‘merawat’ ciri autisme memang agak susah, ada masanya boleh jadi ‘singa’, kadang-kadang pula jadi ‘tarzan’.

IKLAN

Banyakkan membaca dan tambah ilmu dari sumber yang dipercayai. Tips dari Group Autisme Malaysia di Facebook pun banyak membantu.

Berikut adalah beberapa checklist yang boleh anda semak dalam memantau kebolehan pertuturan anak mengikut perkembangan usianya.

Umur

Kemahiran bahasa

0 – 6 bulan

  • Senyum apabila mendengar suara ibu/penjaga
  • Menggerakkan kepala & mata ke arah bunyi
  • Mengeluarkan bunyi-bunyian seperti menghasilkan bunyi vokal (/aaa/) yang nyaring (video)

7- 11 bulan

IKLAN
  • Membebel- ‘baba’, ‘mama’, ‘dada’ tanpa maksud tertentu
  • Faham perkataan ‘jangan’ dan arahan mudah seperti ‘bye-bye’, ‘salam’
  • Meniru bunyi mudah seperti bunyi binatang dan kenderaan

1 tahun

  • Meniru suku kata perkataan, contoh: ‘bola’ à /la/, ‘abah’ à /bah/
  • Menguasai 10-25 perkataan
  • Dapat menunjukkan bahagian badan asas
  • Menggunakan kata sosial, contoh ‘hello’, ‘bye-bye’
  • Memanggil nama ahli keluarga terdekat

2 tahun

  • Menguasai kira-kira 50 perkataan
  • Menggabungkan 2-3 patah perkataan
  • Mengikut arahan tanpa bantuan isyarat
  • Tumpuan terhadap sesuatu aktiviti selama lebih kurang 5 minit

3 tahun

  • Bercerita menggunakan ayat lebih panjang dan sempurna kira-kira 3-4 perkataan
  • Dapat menyebut nama penuh
  • Faham soalan ‘apa’, ‘bila, ‘mana’, dan ‘bagaimana’

4 tahun

  • Faham konsep seperti warna dan saiz
  • Dapat menjawab soalan tentang fungsi objek
  • Menggunakan ayat yang panjang dengan kata hubung seperti ‘dan’, ‘dengan’
  • Menyebut bunyi konsonan kira-kira 90% secara tepat

5 tahun

  • Bercerita tentang sesuatu topik dengan ayat panjang, kira-kira lebih dari 5 perkataan
  • Menggunakan sambungan kompleks seperti ‘selepas itu’, ‘atau’ dan ‘tetapi’
  • Faham arahan kompleks
  • Bahasa dan pertuturan menyamai orang dewasa

(Sumber: Poster Terapi Pertuturan Kementerian Kesihatan Malaysia)

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Anak Sudah Umur 2 Tahun, Tapi Masih Belum Boleh Bercakap? Anak Anda Mungkin… Ikuti Perkongsian Wanita Ini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI