Sebut sahaja nama Irfan Khairi, pasti ramai yang mengenali figura yang cukup terkenal dalam bisnes online.
Malah, beliau juga muncul sebagai seorang jutawan pada usia muda sehinggakan kisahnya memenuhi dada-dada akhbar saban hari.
Tidak hairanlah sehingga kini ramai yang menjadikkan beliau idola terutama bagi yang ingin mengorak langkah dalam bisnes atas talian.
Tidak seperti figura lain yang terkenal, pasti tempias turut mengenai ahli keluarga terutama isteri dan anak-anak. Namun berbeza dengan Irfan Khairi. Menerusi perkongsiannya di dalam facebook, bapa kepada empat cahaya mata ini mengakui ahli keluarganya termasuk isteri tidak memiliki media sosial.
Muncul di media sosial
Ini isteri saya, Shazrina. Atau lebih dikenali bila saya sebut-sebut dalam content saya sebagai “Kak Shaz” Memang jarang-jarang saya kongsikan mengenai Kak Shaz di media sosial. Bagi yang follow saya dah lama mungkin akan perasan sekali atau dua kali je setahun baru la muncul di media sosial. Tu pun rasanya tahun ni belum pernah lagi. Sampai ada yang ingatkan saya ni masih bujang. Dah kahwin 20 tahun dah adik oi. Anak dah 4 orang.
Kahwin dengan orang internet Satu perkara yang mungkin pelik mengenai isteri saya adalah, Kak Shaz tidak mempunyai media sosial. Tiada di FB, IG, TikTok lagi la takde. Kahwin dengan orang Internet tapi tiada di Media Sosial. Tapi bukan hanya Kak Shaz. Anak-anak saya pun tiada di media sosial. Ilham, Kasih, Ikhlas dan Cinta tidak mempunyai akaun media sosial. Mereka jenis yang sangat pemalu. Sebab itu, seperti ibu mereka, memang jarang-jarang akan ada di media sosial saya. Ayah ada berjuta followers di media sosial tetapi isteri dan anak-anak tak follow pun. Sebab tiada media sosial.
Ads
Tak semua aktif media sosial Tetapi di sini juga pesanan untuk para usahawan. Tak semua orang ada media sosial. Tak semua orang aktif di media sosial. Jika kita hanya menggunakan IG contohnya untuk berniaga. Bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai IG? Bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai FB. Rugi sebenarnya jika anda hanya berniaga di satu atau dua platform media sosial, sedangkan mungkin RAMAI LAGI prospek anda tidak mempunyai media sosial atau tak aktif pun di media sosial.
Perniagaan online Sebab itulah, untuk berjaya dalam perniagaan online, usahawan perlu ada laman web. Sesiapa sahaja prospek anda boleh jumpa dan melawat laman web anda. Ruginya kalau tiada laman web. Satu strategi ini sahaja boleh melipatkali gandakan perniagaan anda dan bawa perniagaan anda ke peringkat global. Siapa usahawan kat sini yang belum ada laman web? Baik mengaku. Anda yang rugi.
Kisah tertukar bayi di hospital membuatkan ramai terkejut dan memberi pelbagai reaksi. Perkara tersebut sudah diselesaikan apabila bayi kembali kepada ibu bapa asal.
Namun sekali lagi nama Siti Suriani trending apabila dimasukkan ke wad. Malah,bayinya juga turut sama ditempatkan di wad kerana mengalami demam kuning.
Tak mudah nak handle situasi macam ni, emosi stress semua datang. Anak pulak kuning tinggi terpaksa warded terus.. Ya Allahhh kau kuatkan aku hadapi dugaan kalini,” tulisnya.
Perkongsian yang cukup menyentuh hati dan membuatkan ramai bersimpati dengan nasib yang melanda Siti dan bayinya.
Rata-rata tampil memberi sokongan dan menitipkan doa supaya ibu dan anak ini cepat sembuh. Tak kurang ada juga yang berkongsi tip untuk menurunkan kuning pada bayi.
Bykkan rehat puan siti..biarlah suami handle hal2 berkaitan dgn phone ni..byakkan bf baby utk turunkan kuning tu..mgkin baby kurang bf..tu naik tinggi kuning tu..
Semoga siti terus kuat… dugaan itu ada hikmahnya… teruskan berdoa dan jgn stress nnti air susu kurang….
Susu bdn sy xckop..klinik sruh cmpur susu fm .. Alhamdulilah.. Trun byk.
Kalau duduk bawah lampu tu InshaaAllah tak lama. Kadang warded cepat turun. Anak akk macam tu la warded kuning tinggi smpai 3lampu. Tp seminggu lebih kuning dh turun x yah gi klinik dh
Dalam pada itu, Siti turut berkongsi luahan tentang anak keduanya itu dengan memuat naik gambar anak sulung di sebelah gambar anak keduanya yang masih belum didedahkan wajah.
Inilah anak aku , perasaan siti bile jumpe balik dengan anak . ya allah muka dan perangai saling tak tumpah macam abg yg pertama
Anak first kalau tidor mmg suke tangan keatas , asal dapat lepas dari bedung terus tangan tu keatas , dari dalam perut lagi scan mcm tu ..
Then anak siti ni kuat peluh area kepala , mungkin sebab tu siti bile pregnat suka kunyah ais .. anakk panass ko
Satu lagi perangai susah minum susu, bile minum suka muak .. tu dah memang perangai anak siti .. sebabtu bile jumpe n tengok perangai aiman ni mmg dah kenal sangat ni mmg anak aku
Firasat seorang ibu n kasih sayang ibu tak boleh ditipu bila melihat anak sendiri . syukur ya allah selepas dua hari dipertemukan.
Ramai yang mengatakan beruntungnya jemaah haji tahun ini kerana dijangkakan hari wukuf adalah jatuh pada hari Jumaat dan itu bermakna jemaah haji tahun ini cukup bertuah kerana ianya merupakan Haji Akhbar (hari Haji yang paling agung)
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang terpenting bagi menentukan sahnya ibadah haji. Tanpa wukuf, ibadah haji akan menjadi sia-sia kerana Rasulullah SAW yang ditanya mengenai ibadah haji bersabda, haji itu adalah Arafah (wukuf di Arafah).
Ulama bersepakat ibadah wukuf di Arafah telah ditentukan dengan masa dan waktu yang jelas iaitu pada hari kesembilan Zulhijjah setiap tahun. Ia bermula daripada waktu gelincir matahari (Zuhur) sehingga sebelum waktu fajar (Subuh) pada hari kesepuluhnya.
Dalam pada itu, dimaklumkan, ibadah wukuf tahun ini akan jatuh pada hari Jumaat bersamaan 8 Julai 2022.
Apa keistimewaan wukuf jika jatuh hari Jumaat?
Ramai mengatakannya raya haji tahun ini ialah Haji Akbar. Apa dimaksudnya dengan Haji Akbar? Ini penjelasan Mufti mengenainya.
Ibn al-Qayyim telah menyenaraikan beberapa kebaikan yang terdapat pada hari wuquf yang jatuh pada hari Jumaat. Antaranya ialah:
1- Bertemunya dua hari (Arafah dan Jumaat) yang merupakan sebaik-baik hari.
2- Hari yang mudah diperkenankan doa oleh Allah.
3- Bersamaan dengan hari wuquf Rasulullah saw ketika mengerjakan haji wada’.
4- Pertemuan besar manusia di Arafah pada hari wuquf, ditambah pula pertemuan pada hari Jumaat untuk khutbah dan solat Jumaat.
5- Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ‘raya’.
6- Ketaatan dan amalan soleh yang dibuat pada hari Jumaat mempunyai nilaian dan kelebihannya yang tersendiri.
7- Bersamaan dengan Hari Perhimpunan Agung di akhirat kelak. Rasulullah saw juga telah menyatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari Jumaat
Apakah yang dimaksudkan dengan Haji Akbar?
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Irsyad al-Hadith pada kali ini akan menerangkan berkaitan maksud sebenar Haji Akbar. Di dalam al-Qur’an, Allah SWT telah menamakan satu hari dengan nama hari Haji Akbar (hari Haji yang paling agung). Hari yang agung ini disebut di dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Inilah adalah satu pengumuman daripada Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji Akbar iaitu hari Raya Korban bahawa sesungguhnya Allah berlepas diri daripada orang-orang musyrik dan perjanjian-perjanjian mereka. Begitu juga dengan Rasul-Nya. Sehubungan dengan ayat ini, Imam al-Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadith bahawa pada tahun itu juga iaitu tahun kesembilan Hijrah, Nabi SAW telah mengutus Ali RA untuk mengumumkan berkenaan ayat-ayat ini pada hari Raya Korban di Mina. Kandungannya adalah selepas daripada tahun ini, orang musyrik tidak boleh lagi melakukan haji dan tawaf di Baitullah. Dalam masa yang sama, tidak boleh juga melakukan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang”. [Lihat: Tafsir al-Jalalayn, 240]
Makna Haji Akbar
Di dalam tafsir al-Thabari, imam al-Thabari telah mendatangkan beberapa pendapat bersama dengan riwayat-riwayat atau athar-athar samada daripada Nabi SAW, sahabat RA dan juga para tabi’in yang menyokong pendapat tersebut dalam menentukan makna Haji Akbar ini. Di sini kami ringkaskan dengan memilih beberapa pendapat seperti yang berikut:
Pertama: Haji Akbar adalah hari Arafah.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: يَوْمُ الحَجِّ الأَكْبَرِ، يَوْمُ عَرَفَة
Maksudnya: Ibn Abbas RA mengatakan: “Haji Akbar adalah hari Arafah”. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 116/14]
Kedua: Haji Akbar adalah hari al-Nahr (10 Zulhijjah).
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَقَفَ يَوْمَ النَّحْرِ بَيْنَ الْجَمَرَاتِ فِي الْحَجَّةِ الَّتِي حَجَّ، فَقَالَ: أَيُّ يَوْمٍ هَذَا؟ قَالُوا: يَوْمُ النَّحْرِ، قَالَ: هَذَا يَوْمُ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ
Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW berdiri pada hari al-Nahr (10 Zulhijjah) di antara jamrah-jamrah pada waktu Baginda SAW menunaikan Haji, lalu Baginda SAW bertanya: “Hari apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari al-Nahr (hari 10 Zulhijjah)”. Nabi SAW bersabda: “Ini adalah hari Haji Akbar”. [Riwayat Abu Daud, (1945)][Sanadnya adalah sahih menurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth]
Ketiga: Haji Akbar adalah hari-hari haji keseluruhannya.
عَنْ مُجَاهِد: يَوْمُ الحَجِّ الأَكْبَرِ، حِيْنَ الحَجّ، أَيَّامُهُ كُلّهَا
Maksudnya: “Hari Haji Akbar adalah ketika waktu haji serta kesemua harinya”. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 127/14]
Selain itu juga, Imam al-Nawawi berkata dalam menentukan makna Haji Akbar ini ketika beliau mensyarahkan hadith pada bab “tidak akan melakukan haji bagi orang yang musyrik dan tidak akan boleh melakukan tawaf dalam keadaan telanjang, beliau berkata:
“Para ulama’ telah berselisih pendapat dalam menentukan apa yang dikehendaki dengan makna Hari Haji Akbar. Dikatakan ia adalah Hari Arafah. Telah berkata Malik, al-Syafie dan jumhur bahawa ia adalah hari al-Nahr. Al-Qadhi ‘Iyadh telah menukilkan daripada al-Syafie bahawa ia adalah hari Arafah. Ini adalah khilaf yang ma’ruf (diketahui) oleh mazhab al-Syafie. Telah berkata ulama’ bahawa dikatakan Haji Akbar itu adalah untuk menjauhkan atau membezakan dengan Haji Ashghar iaitu umrah. Manakala, hujah bagi sesiapa yang berpegang dengan Haji Akbar ini adalah Hari Arafah adalah dengan hadith yang masyhur iaitu “Haji itu Arafah”. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 116/9]
Pendapat Yang Dipilih
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, pendapat pertama dan kedua adalah pendapat yang masyhur dalam menentukan makna Haji Akbar ini. Setelah melihat pandangan para ulama’ dalam masalah ini, kami cenderung untuk mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Haji Akbar adalah Hari al-Nahr iaitu 10 Zulhijjah atau hari Raya Korban sepertimana pendapat yang kedua.
Selain itu juga, ini adalah pendapat Imam al-Thabari setelah beliau menceritakan pendapat-pendapat berkaitan masalah ini. Imam al-Thabari berkata:
“Pendapat yang utama dan sahih disisi kami adalah sesiapa yang mengatakan bahawa Hari Haji Akbar adalah Hari al-Nahr (10 Zulhijjah) disebabkan zahirnya (jelasnya) khabar-khabar daripada sekumpulan sahabat-sahabat Nabi SAW bahawa Ali RA telah mengumumkan apa yang diperintahkan kepadanya oleh Rasulullah SAW kepada kaum Musyrikin, lalu beliau membaca kepada mereka surah “براءة (al-Taubah)” pada hari al-Nahr. Selain itu juga, berkenaan dengan khabar-khabar yang telah kami sebutkan daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda SAW telah bersabda pada hari al-Nahr: “Adakah kamu semua tahu, hari apakah ini?”. Baginda menjawab dengan mengatakan: “Ini adalah Hari Haji Akbar”. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 127/14]
Tambahan pula, Syeikh al-Mubarakfuri memberi peringatan serta menyanggah pemahaman sebahagian masyarakat yang mengatakan bahawa Haji Akbar ini adalah apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat. Disebabkan itu, ia dinamakan Haji Akbar. Beliau berkata:
قَدْ اشْتَهَرَ بَيْنَ الْعَوَّامِ أَنَّ يَوْمَ عَرَفَةَ إِذَا وَافَقَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ كَانَ الْحَجُّ حَجًّا أَكْبَرَ وَلَا أَصْلَ لَهُ
Maksudnya: “telah tersebar dan masyhur dalam kalangan orang awam bahawa apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat maka ia adalah Haji Akbar. Kenyataan atau pemahaman ini adalah tidak mempunyai asal sama sekali”. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 27/4]
Perbezaan Haji Akbar (الحج الأكبر) dan Haji Ashghar (الحج الأصغر)
Soalan: Apakah perbezaan di antara Haji Akbar dan Haji Ashghar
Jawapan: Adapun makna Haji Ashghar yang dilihat oleh jumhur adalah umrah. Adapaun Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa perkara ini telah menjadi perselisihan dalam menentukan makna Haji Ashghar. Jumhur mengatakan makna Haji Ashghar adalah umrah dan dikatakan juga bahawa Haji Ashghar itu adalah hari Arafah. Manakala Haji Akbar adalah hari al-Nahr (10 Zulhijjah) kerana padanya (hari 10 Zulhijjah) disempurnakan manasik-manasik (perbuatan-perbuatan) haji yang lain. [Lihat: Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 321/8]
Tambahan pula, Imam al-Thabari mengatakan bahawa sebab yang betul ia dinamakan dengan Haji Akbar adalah kerana Haji Akbar adalah haji dan haji lebih besar daripada umrah dengan penambahan amalan-amalan yang ada padanya. Disebabkan itu ia dinamakan Haji Akbar disebabkan amalan pada waktu haji lebih banyak berbanding amalan pada waktu umrah. Adapun Haji Ashghar (kecil) adalah umrah kerana amalan padanya lebih sedikit berbanding amalan ketika menunaikan haji. Oleh sebab itu, ia dinamakan dengan Haji Ashghar disebabkan kurangnya amalan pada waktu umrah berbanding amalan pada waktu haji. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 130/14]
Berdasarkan pendapat di atas, kami cenderung untuk mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Haji Ashghar adalah umrah dan bukannya hari Arafah berdasarkan pendapat jumhur.
Penutup
Kesimpulannya, Haji Akbar adalah hari Nahr (يوم النحر) iaitu hari Raya Korban yang disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Ini kerana, pada hari tersebut akan dilaksanakan manasik-manasik haji seperti tawaf, bersa’ie (antara safa dan marwah) ,melontar, berkorban, bercukur dan lain-lain perkara lagi. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita kesempatan dan peluang untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Amin.
Selebriti terkenal Nur Fazura semalam mengumumkan dirinya kini sedang hamil empat bulan. Berita tersebut disambut gembira oleh para peminat pasangan ini. Dia juga mengakui tidak mengalami sebarang alahan sebaliknya hanya kepenatan. Namun dia dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat.
Fazura berkata, cahaya mata adalah antara anugerah terindah diberi Allah SWT buat dirinya dan suami, pelakon yang juga penyanyi, Fattah Amin.
“Saya tidak pernah ada perasaan seperti ini dan ini merupakan antara anugerah terindah yang diberi oleh Allah S.W.T terhadap kami berdua.
“Semenjak kami mendirikan rumahtangga, kami sentiasa percaya dan menyerahkan kepada Yang Maha Esa terhadap apa jua rezeki atau dugaan yang diberikan oleh-Nya.
“Alhamdulillah akhirnya, berkat doa kami, keluarga tersayang, rakan-rakan dan juga para peminat yang sentiasa tidak pernah putus mendoakan kami, akhirnya doa kami semua dimakbulkan,” katanya.
Menurutnya lagi, dia bersyukur dengan kelancaran trimester pertama kandungannya.
“Dalam kondisi yang kita semua sedang hadapi sekarang, saya kini sedang berehat di rumah. Alhamdulillah saya bersyukur tidak mempunyai sebarang alahan yang teruk setakat ini dan saya sangat teruja untuk menghadapi hari-hari yang mendatang,” ujarnya.
Semalam, Fazura da Fattah masing-masing memuat naik berita gembira tersebut di ruangan instagram.
Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama.
Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. 🙏🏻❤️✨👶🏼 @fattzuralovelife
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.