Ayam masak kicap adalah antara resipi legend yang sering menjadi menu pilihan keluarga sejak sekian lama. Biarpun nampak mudah untuk membuatnya, namun jika salah resipi masakan ini tidak menjadi seperti kuah tidak pekat dan rasa pun kurang sedap.
Pelbagai versi resipi ayam masak kicap yang boleh dicuba.Begitu juga dengan resipi yang dikongsi oleh lelaki ini. Menerusi paparan di facebooknya menerusi group Masak Apa Tak Jadi Hari ini, resipinya mendapat share yang tinggi.
Apa kata ikuti resipi legend ini untuk menu seisi keluarga hari ini.
Hari ni masak ayam masak kicap style kenduri. Lama tak pekena ni ada masa masuk dapur time cuti weekend aja. Hari biasa sibuk jaga kesihatan orang ramai. Tapi saya tak tonggang kicap sampai dekat habis sebotol kicap ye. Kicap mahei
Ads
*Sebab ramai nak resepi saya edit kat sini je . Tapi ni resepi cara kampung memang kena agak-agak bahan-bahan ikut citarasa masing-masing.
Bahan kisar: Bawang besar 3 – 4 biji Bawang putih dalam 6 ulas Halia besar ibu jari Cili giling (ikut kepedasan masing-masing) (Bahan-bahan kisar ni kalau nak banyak sambalnya lebihkan bahan-bahan ni)
Ads
Bahan-bahan lain Minyak masak Kulit kayu manis 1 Bunga lawang dalam 4 kuntum Bunga cengkih dalam 6 biji Asam jawa (kalau pes dalam setengah sudu beso. Utk ni kene agak-agak sebab nak bagi rasa masam sikit je) Garam Gula Kicap manis Daun kari 1-2 tangkai (bagi naik bau)
Cara-cara penyedianya
Ads
1. Panaskan minyak kemudian tumiskn kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang. Naik bau terus masukkan bahan blend. Masa ni boleh masukkan skali gula. Agak-agak dalam 2-3 sudu besr. Pastu tumis smpi pecah minyak dengan api sederhana. Sambil-sambil kacau takut hangit. 2.Bila dah pecah minyak boleh masukkan asam jawa + air sikit (air utuk cairkan asam jawa jangan banyak). Masukkan skali garam dan gula lagi kalau tak cukup manis. Pastu masukkan kicap. Tak perlu bnyk nak bagi warna hitam sikit je pastu bagi ada rasa kicap. Part ni den tak boleh nak menolongnya. Kena letak pastu rasa ikut tekak masing-masing. 3.Bila rasa semua dah ok boleh masukkan bawang hiris bulat2 kalau nak. Masak sikit lagi bagi bawang tu hilang maung. 4.Lepas tu masukkan ayam yang dah digoreng. Masukkan skali daun kari. Kecikkan api pastu gaul bagi dia mesra gitu. Siap! Sedap dihidangkn dgn nasi panas bersama sirap ais.
Setiap daripada kita pastinya menggemari makanan laut seperti udang, sotong, ketam, siput, kerang dan yang paling utama ialah ikan. Semestinya makanan ini tidak boleh lari dari menjadi sebahagian daripada diet harian kita. Lagilah bagi mereka yang bergantung sepenuhnya dengan makanan dari hasil laut ini.
Ikuti lanjut penjelasan Pakar Kimia Dr Fatimah Salim mengenai toksin dalam makanan laut.
Apakah kandungan kimia ikan?
Ikan kaya dengan bahan kimia seperti protein, iodine, vitamin (terutamanya vitamin D dan B12), mineral dan yang paling penting asid lemak omega-3 perlu (essential fatty acids) iaitu eicosapentaenoic acid (EPA) and docosahexaenoic acid (DHA) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan pelbagai fungsi badan termasuk jantung, mata, sendi, otak dan kulit.
Selain daripada itu, ikan juga mungkin dicemari oleh logam berat (heavy metal). Sebahagian daripada logam berat (dalam kuantiti yang cukup) diperlukan sebagai zat mineral untuk mengekalkan keseimbangan fungsi sel-sel badan.
Apakah itu logam berat?
Logam berat merupakan mana-mana bahan kimia logam yang mempunyai perbandingan ketumpatan yang tinggi yang terdapat dalam Jadual Berkala Unsur (Periodic Table). Senarai yang biasa dijumpai mencemari air laut dan kehidupannya adalah seperti copper (Cu), iron (Fe), zinc (Zn), molybdenum (Mo), manganese (Mn), cobalt (Co), nickel (Ni), cadmium (Cd), lead (Pb), chromium (Cr), selenium (Se), mercury (Hg), uranium (U), cesium (Cs), silver (Ag), aluminium (Al), strontium (Sr) dan arsenic (As).
Senarai 6 terawal diperlukan dalam kuantiti yang cukup (tidak berlebihan) untuk menjalankan fungsi tubuh kita, manakala yang selebihnya tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada badan.
Bagaimana logam berat ini terkumpul dalam air laut?
Logam berat merupakan komponen semulajadi kerak bumi yang mana disebabkan oleh perubahan suhu (weathering), kakisan (erosion), letusan gunung berapi dan aktiviti perlombongan menyebabkan mereka mengalir keluar ke laut. Namun penyumbang utama pencemaran logam berat dalam air laut ialah dari aktiviti industri dan pembuangan sisa bahan. Secara keseluruhan, paras logam dalam laut telah meningkat disebabkan aktiviti tersebut.
Bagaimana logam berat ini boleh berada di dalam ikan?
Logam berat yang telah mencemari air laut ini secara tidak langsung akan masuk ke dalam badan ikan melalui insang atau mulut ketika mereka berenang, bernafas dan makan. Selain daripada pencemaran logam dalam bentuk asal ini, terdapat juga logam berat yang telah diubah sifat kimianya oleh microorganisma seperti contoh ‘methylmercury’ yang mana merupakan struktur kimia mercury yang paling bahaya kerana kadar serapannya yang tinggi dalam badan.
Bagaimana logam berat ini memasuki badan kita?
Logam berat yang telah mencemari hidupan laut terutamanya ikan tadi akan memasuki badan melalui diet pemakanan kita.
Bergantung kepada kekerapan pengambilan, sistem penghadaman dan proses pengnyah-toksin badan individu, logam berat ini boleh berkumpul dalam tisu badan. Kesan pengumpulan jangka panjang logam berat ini boleh menjadi toksin yang akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius terutamanya lead (plumbum), cadmium dan mercury. Antara kesannya adalah
1.menyebabkan kesakitan pada sendi (join pain)
2. gangguan saraf (numb) pada jari bibir, tangan, dan kaki.
3.mengganggu tumbesaran otot pada kanak-kanak (lambat berjalan dan bercakap)
4.meningkatkan kadar serangan jantung (tekanan darah tinggi)
5.gangguan sistem saraf kepada bayi dalam kandungan (birth defect)
6.menggangu proses perkembangan otak (intellectual disabilities) anak kecil seperti daya focus, ingatan
7.kerosakkan buah pinggang dan hati
8.mengubah genetik (genetic mutation) dan meningkatkan risiko kanser
9.merosakkan fungsi otak (brain damage)
Bagaimana membandingkan jumlah logam berat dalam ikan?
Ikan tenggiri
Secara umumnya, semakin besar saiz dan usia ikan tersebut, semakin banyak kandungan logam berat yang dikumpulnya. Maksudnya lebih lama ianya terdedah kepada pencemaran. Selain daripada itu, faktor lain juga harus di ambil kira seperti
• jenis ikan seperti (‘bottom feeder’ lebih tercemar kerana makanan mereka terdiri daripada logam berat yang termendak di dasar laut),
• tempat tangkapan ikan (air yang tinggi kadar pencemaran akan mengandungi jumlah logam berat yang banyak), dan
• tempat tinggal ikan (habitat yang tinggi kandungan logam berat)
Ikan pemangsa (bersaiz besar) yang terletak di bahagian atas rantaian makanan laut biasanya mengandungi lebih banyak logam berat kerana pengumpulan melalui pola pemakanannya. Proses penyingkiran semulajadi logam berat dalam badan ikan ini lebih lambat jika dibandingkan jumlah yang dikumpul daripada makanannya.
Bagaimana untuk menghalang/ mengurangkan kesan toksik logam berat dari makanan?
Salmon
Untuk mengurangkan jumlah pengambilan logam berat daripada ikan, kurangkan atau elakkan ikan jenis pemangsa dan bersaiz besar seperti ikan parang , jerung, tenggiri dan tuna.
Untuk mengurangkan jumlah serapan logam berat dalam badan pula, biasakan makan makanan laut dengan sayuran hijau atau buah yang kaya dengan serat tidak larut serta komponen fitokimia yang bertindak sebagai antioksidan. Makanan sebegini boleh membantu badan mengeluarkan logam berat ini secara semulajadi dari badan.
Serat tidak larut boleh bertindak sebagai pemerangkap logam berat dalam sistem penghadaman dan dibuang bersama di dalam najis. Antioksidan pula boleh bertindak sebagai agent pengepit (chelates) yang mengikat logam berat ini seterusnya membantu untuk mengeluarkannya dari badan secara semulajadi.
Risau makan ikan sebab kandungan logam berat?
Usah begitu. Logam-logam berat ini sememangnya tidak boleh dielakkan sepenuhnya kerana hampir kesemua makanan dan produk harian kita mengandungi logam berat, namun dalam kuantiti yang sangat sesikit.
Apa yang perlu dan boleh kita lalukan adalah dengan melatih diri dan anak-anak untuk biasakan makan sayuran hijau yang mana boleh membantu mengurangkan dan menyeimbangkan kesan toksin logam berat. Nikmatilah hidup dan usah keterlaluan sehingga sentiasa rasa tidak selamat. Yang penting, ambil tahu tahap kesihatan diri kerana badan kita adalah amanah Allah yang wajib dijaga sebaiknya.
Makan lah apa pun yang halal dan baik, namun bersederhana lah… Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Menikmati waktu petang sambil menghirup teh tarik atau teh ais tentunya sesuatu yang cukup menyegarkan. Aroma dan kepekatan rasanya cukup kaw membangkit selera. Apatah lagi bila dapat ‘mengeteh’ bersama kelurga di restoran mamak, memang puas hati.
Pun begitu, pada waktu-waktu begini mana mungkin kita dapat lakukan aktiviti minum teh tarik di restoran atau membeli teh ais di gerai-gerai tepi jalan. Cara paling mudah, tentunya kita bancuh sendiri sahaja.
Untuk itu bagi memastikan keenakan minuman yang dibuat menepati selera, ada teknik penyediaan yang perlu anda ketahui terlebih dahulu. Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Rozan Mamat ini.
Menurutnya dengan hanya menggunakan 5 bahan utama, minuman teh tarik kaw atau teh ais dapat disediakan dan rasanya memang kaw. Ini perkongsiannya.
Hari ini mak jemah bukan nak share masak makanan..tapi masak air teh tarik kaw-kaw..rasa macam yang orang buat jual tepi jalan tu..lupa dah amik resepi kat mana..cuma guna 5 bahan je yang dah sedia ada kat umah korang..lets check it out!
Bahan-Bahan:
air 500ml
teh 4/5uncang (lagi banyak lagi kaw)
susu pekat (ikut tekak masing-masing nak manis mana)
susu cair stengah tin(nk lg lemak,buh je lbih)
1sk esen vanila
Cara penyediaan :
1. Didihkan teh uncang, lepas tu masukkan susu pekat,susu cair & esen vanila..biarkan mendidih seketika,siap!
*kalau nak minum ais, tunggu sejuk dahulu kemudian tambah sahaja ais ketul.
Cuaca yang panas sememangnya membuatkan tekak terasa ingin makan makanan yang sejuk dan segar. Puding buah adalah pencuci mulut yang sangat sesuai dimakan dan disimpan di dalam peti sejuk.
Bukan setakat sedap sahaja, malah boleh juga dijadikan sebagai idea untuk jamuan sekolah anak-anak atau potluck bersama rakan-rakan. Cara nak buat pun tidaklah susah dan hanya ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh Noor Faezah ini.
“Selain rupa lawa, warna-warni, rasa pun sedap. Memang sesuai makan waktu musim panas merelit sekarang ini. Untuk satu adunan ni dapat dalam 25-30 bekas,” kongsinya.
Filling kiwi, blueberry dan manggo (boleh beli dekat kedai bahan kek)
Cara-Cara:
– Lorekkan filling pada tepi bekas acuan. (Cara lorek tu ada pada komen) lepastu biarkan.
– Masukkan semua bahan masak atas api sederhana hingga mendidih dan sejukkan.
– Selepas sejuk curah dalam bekas acuan yg telah dilorekkan filling tadi. Biarkan seketika dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan selepas sejuk.
Tip: Kalau nak lebih cantik, boleh lorekkan lagi filling pada atas permukaan agar-agar tadi selepas agar-agar keras.