Mak-mak selalu rasa badan tak bertenaga, lesu, lemau malah kerap mengantuk? Apa kata bagi menghilangkan rasa lesu, cuba buatkan resepi air asam kunyit.
Air asam kunyit ni banyak khasiat dan sangat senang nak buat. Boleh ulang-ulang minum kalau ikut sukatan ni.
RESIPI AIR ASAM KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg kunyit hidup – sagat/kisar
Segenggam temu kunci – ketuk
1/2 genggam asam jawa
1 biji gula melaka
4.5 liter air
1/3 sudu kecil garam
Ads
1. Bersihkan kunyit. Kemudian sagat atau kisar kunyit tadi.
2. Ketuk temu kunci biar sedikit hancur.
3. Masak air dan masukkan semua bahan. Biarkan mendidih.
4. Bila sudah pekat, boleh tutup api.
5. Tapis dan bolehlah simpan dalam bekas yang bersesuaian.
Untuk menikmati air asam kunyit, panaskan sekejap dan minum ketika suam.
Paling sesuai untuk lelaki, wanita, ibu pantang bersalin, perempuan yang sedang haid dan keguguran.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Sakit batu karang tidak boleh dibuat main. Hanya yang pernah mengalaminya tahu betapa sakitnya terutama Ketika mahu membuang air kecil.
Sebab itu, orang kata mencegah lebih baik dari mengubati,jadi elakkan daripada menahan diri dari membuang air kecil kerana Itu boleh menyebabkan masalah batu barang.
Menggunakan minyak Zaitun dan lemon, puan Emma Wan Noordinberkongsi petua semula jadi untuk masalah batu karang.
Pun begitu, jangan lupa dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya masalah ini berlarutan.
Walaupun saya agak huh hah huh hah modern thinking orang nya, tapi sy percaya dgn resepi2 natural org dulu2 utk kesihatan.
Kalau ada yg ngadu ngan saya dia ada batu karang sakit guling2, saya akan suruh perah half biji lemon dalam cawan, 2 sudu besar virgin olive oil, dan penuh kan cawan dgn air.
Minum setiap pagi..insyallah keluar lah batu karang tu (dalam urine kalau lelaki batu besar mcm pic) .
Kalau perempuan maybe pecah n jadi serpihan pasir. Try lah sbb ni bahan makanan biasa je pun.
Jangan tanya batu karang sapa dlm pic ni.. Dah terkumpul lama.. Blh buat batu cincin pun ni.
Petua orang lama kalau dikaji memang banyak dan salah satunya adalah berkenaan kegunaan sireh cina yang dikatakan banyak manfaatnya.
Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini.
KETUMPANG AIR @ SIREH CINA
Ternyata pokok yang tiada guna tapi tinggi khasiat dalam perubatan.
Malam ni masih tak sihat. Lepas balik tengok Iman dari hospital terus ke rumah kakak amik pokok ni. Rumah kakak banyak pokok ni dalam pasu bunga.. biasanya orang cabut dan buang jer pokok ni tapi dia sengaja biakan pokok ni tumbuh subur dalam pasu sebab pokok ni tinggi khasiatnya..
Especially bila ada anak-anak demam dan suhu badan tinggi.. camna nak buat just ramas dalam air dan sapu kat kepala, leher dan badan. Insya’Allah suhu bdn akan cepat turun.
Selain tu, kita boleh gak buat salad dengan daun ni.. nak buat salad amik pucuknya.. tengok macam abe buat ni. Rasanya?.. macam iceberg lettuce. Sedap..
Kat bawah abe ada copy info pasal khasiat ni. Harap baca sampai habis.. dan confirm pasni sayang nak buang pokok ni yg tumbuh melata di laman kita.
Pokok Ketumpang Air atau Sireh Cina
Pasti anda tahu dan sering terlihat pokok ini selalu tumbuh di sekitar rumah anda dan anda akan selalu mencabutnya dan membuangnya untuk membersihkan kawasan rumah.
Tetapi tahukah anda pokok ini sebenarnya amat berkhasiat tinggi dalam perubatan. Pokok ini di kenali sebagai banyak nama seperti sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang.
Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100gram.
Kandungan Kimia
Daun mengandungi kuantiti besar asid amino penting , lysine, leucine dan isoleucine, jumlah valine yang sederhana , threonine dan phenylalanine dan juga banyak lain-lain asid amino penting dan tidak penting. Apiol, 2,4,5-trimethoxy styrene dan 3 phytosterols, campesterol, stigmasterol dan β-sitosterol juga telah didapati dari tumbuhan ini (Ghani, 2003).
Disini kami akan kongsikan khasiat lainnya.
1- Merawat Gout
2- Penawar sakit sendi dan perut
3- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
4- Mengubati dan meredakan cirit-birit
5- Meredakan batuk
6- Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
7- Merawat Buasir
8- Melegakan selsema
9- Merawat jangkitan pada pundi kencing
10- Merawat Kayap
11- Alternatif kepada ubatan darah tinggi
12- Merawat kencing manis
Ternyata memang pokok yang selama ini kita anggap tiada guna rupanya mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan.
Semua orang pernah mengalami sakit kepala terutama dikalangan pengidap migraine dan darah tinggi yang mana kedua-dua penyakit itu lazimnya mengakibatkan komplikasi tersebut. Bagi sesetengah orang, sakit kepala mungkin menyerang sehingga menyebabkan tekanan perasaan yang serius disamping boleh memberi kesan buruk terhadap penghidapnya. Ini termasuklah kecenderungan bertindak di luar jangkaan seperti menghantuk kepala ke dinding, menjerit sekuat hati, membaling objek dan lain-lain perbuatan yang menggambarkan perasaan yang kurang selesa terhadap persekitarannya.
Kebiasaannya, mereka yang menghidap sakit kepala atau pening Cuma memakan pil paracetamol atau ubat-ubatan yang dibeli difarmasi untuk melegakan kesakitan. Bagaimanapun, pokok herba ini dipercayai mempunyai khasiat yang mampu mencegah dan menghilangkan sakit kepala atau mengurangkan tahap serangannya.
Pokok ini boleh didapati di kawasan lembap seperti di tepi-tepi sungai atau berhampiran dengan paya. Untuk mengetahui kelebihannya, anda cuma perlu memakan satu atau dua keping daunnya pada setiap hari sama ada dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam ketika makan.
Pengambilan pucuk daun ini adalah lebih baik kerana rasanya lebih lemak berbanding daun matang. Anda boleh makan pucuk daun sirih Cina ini begitu sahaja dan diamalkan terutamanya di kalangan pesakit migraine pada setiap hari untuk mendapatkan khasiatnya.
Berdasarkan pengalaman beberapa orang pengamal kaedah ini, kandungan daun tersebut dipercayai mampu menghilangkan sakit kepala atau pun mencegahnya daripada menyerang. Selain itu, bagi pesakit darah tinggi, pemakanan daun ini mampu mengurangkan kadar tekanan darah tinggi dan sekaligus mengatasi komplikasi sakit kepala.
Pokok Sirih Cina mudah hidup jika ditanam, malah boleh dijadikan hiasan untuk menambahkan lagi keindahan landskap di hadapan rumah. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti pokok-pokok hiasan yang lain kecuali penyiraman air secukupnya bagi mengelakkan ia mati. Pokok Sirih Cina ini lebih baik ditanam sendiri bagi memudahkan pesakit mendapatkan bekalan daun yang mencukupi untuk dimakan pada setiap hari.
Setiap wanita mengimpikan kulit yang mulus serta badan yang ramping dan langsing. Sebenarnya tak susah pun bagi seorang wanita nak dapat kulit yang cantik, sihat dan berseri-seri.Tak perlu nak guna produk yang mahal. Apa kata buat jamu sendiri hanya menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja.
Sebagaimana petua ini.
Petua orang jawa. Kalau nak tahu kenapa orang jawa indonesia kulitnya cantik je.. Saya sendiri selalu tanya bibik saya mcm mana kulit boleh cantik, body lawa, sentiasa kuat dan sihat je walaupun dh nak masuk 50an, anak ada 8 pulak tu..
Jadi perempuan harus sering minum jamu. Saya suka buat sendiri . Kasiat jamu ini. * menghilang kan bau badan *mengurangi & menyembuhkan keputihan *menegangkan miss ‘v’ *mengawal nafsu makan. . Resipi: 1kg ibu kunyit 1/2kg kunci 21 lembar daun sirih 1gula melaka 150grm asam jawa 3 biji manjakani 2 liter air.
*blend semua bahan. Rebus hingga mendidih kecilkan api rebus hingga 2 jam. . Kredit Resepi : restu redho
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.