Boleh dikatakan bab menasihati anak-anak ini, kita sebagai ibu ayah tidak pernah penat untuk bercakap tentang hal ini. Kalau boleh 24 jam sehari ada sahaja nasihat yang ingin kita berikan. Ada sahaja yang ingin kita betulkan setiap tindak tanduk anak-anak kita, semua untuk kebaikan mereka juga.
Pun begitu, sedihnya anak-anak sering pula menganggap apa yang kita ucapkan sebagai satu bebelan semata-mata. Langsung tidak terkesan di hati. Usaha kita ibarat mencurah air di daun keladi.
Jadi bagaimana harus kita lakukan?
Untuk itu ada baiknya kita baca perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar, daripada Parent Connect Consultancy untuk info bersama.
“Mama tak marah! Mama cuma nasihat!”
Itulah skrip biasa yang sering kita dengar atau kita sendiri yang sebut dengan suara tinggi ketika mendepani kerenah anak.
Selalunya waktu anak pecahkan pinggan, anak sepahkan mainan, anak bangun lewat, anak melawan cakap, anak khusyuk bermain ‘game’, anak berkelahi, anak berlama-lama dalam bilik air, anak buang masa, anak malas, anak degil, anak protes dan sebagainya, itulah juga waktunya kita hendak memberi ‘tazkirah’ kepada anak.
Niat memberi nasihat itu akhirnya bertukar menjadi bebelan, menjadi ugutan, keluar ungkapan tidak enak, dan lebih parah lagi menjadi episod jawab menjawab dengan anak.
Nasihat akhirnya menjadi ungkapan kosong masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Buang masa dan buang tenaga.
Nasihat harus sampai ke hati terlebih dahulu, barulah otak akan mula berfungsi untuk memikirkan kesan dan akibat sesuatu perbuatan.
Anak tidak akan dapat menerima nasihat pada bila-bila masa. Ada waktunya keadaan fizikal, mental dan emosi anak tidak bersedia untuk menerima nasihat ataupun terlalu terbeban dengan perkara lain walaupun kita bersemangat memberi nasihat.
BILAKAH WAKTU YANG SESUAI MENASIHATI ANAK?
Dr. Muhammad Abdul Hafizh Suwaid dalam buku Prophetic Parenting mencadangkan 3 waktu yang paling efektif dan paling sesuai untuk menasihati anak. Satu lagi adalah cadangan saya sendiri berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
4 waktunya adalah:
Ads
1. WAKTU MAKAN
Sekurang-kurangnya sekali sehari duduklah bersama-sama menikmati hidangan sekeluarga di meja makan. Inilah masanya kita mendengar cerita anak-anak tentang hari yang dilalui mereka. Inilah waktunya mereka akan meminta dan memerlukan nasihat secara langsung atau secara tidak langsung. Ketika kita mendengar dan bercerita, selitkanlah nasihat dan panduan sebagai pedoman untuk anak-anak.
Inilah juga masanya kita menerapkan adab dalam diri anak. Adab makan, adab mengambil makanan, adab menyuap makanan, adab berdoa, adab bersyukur dengan rezeki yang berada di depan mata, adab berbicara dan adab mendengar.
Waktu makan adalah waktu santai. Kata orang, kenyang perut senang hati. Apabila hati senang, nasihat dan panduan pun mudah sampai ke dasar hati.
Oleh sebab inilah adalah merugikan sekiranya waktu makan dijadikan waktu untuk anak melayan gajet atau sambil menonton televisyen. Jika kita terlepas peluang untuk memberi nasihat pada waktu ini kerana gajet, mungkin kita juga akan terlepas peluang pada waktu lain. Jadikanlah waktu makan waktu yang berkualiti untuk keluarga.
2. WAKTU DALAM PERJALANAN
Kehidupan moden adalah kehidupan yang terkejar-kejar. Keluar rumah awal pagi, pulang ke rumah setelah tiada matahari. Beruntunglah mereka yang boleh bekerja masa fleksi.
Sebenarnya waktu yang singkat dan terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak dari sekolah merupakan waktu yang efektif untuk menasihati anak. Nasihat tidak semestinya panjang lebar. Nasihat yang ringkas dan padat lebih mudah dihadam berbanding nasihat yang penuh berfalsafah.
Ads
Dalam perjalanan ke sekolah nasihatilah anak tentang adab dan akhlak bersama guru, bersama rakan-rakan dan juga terhadap orang sekeliling. Nasihat anak supaya gigih berusaha. Sesuatu insiden atau kejadian di luar kenderaan juga boleh dijadikan modal untuk menasihati anak, supaya anak peka dan cakna dengan keadaan sekeliling.
Di samping bersantai mendengar lagu-lagu di radio, pilihlah juga saluran radio yang bermanfaat, yang boleh dijadikan modal perbincangan bagi menjana minda anak-anak.
Seperti bait lirik nasyid oleh kumpulan Raihan
“Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah”
Ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah pula, dengarlah cerita anak tentang sekolah, tentang guru, tentang rakan-rakan anak dan juga tentang tugasan sekolah agar kita faham dan terlibat dengan persekolahan anak. Apabila kita mendengar dan faham, anak akan lebih terbuka untuk bercerita dan kita juga lebih berpeluang untuk memberi nasihat.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidhi pernah menyebut bahawa Rasulullah SAW memberi nasihat kepada Ibnu Abbas yang berusia belasan tahun ketika itu secara santai ketika Ibn Abbas menunggang unta (kenderaan) di belakang Rasulullah SAW. Nasihat Baginda, “Jagalah agama Allah, nescaya Allah menjagamu”
3. WAKTU MAIN BERSAMA
Kita biasa mendengar, bermainlah dengan anak ketika berusia 0-7 tahun dan disiplinkanlah anak ketika berusia 7-14 tahun.
Kedua-dua fasa itu berkaitan. Bermain dengan anak ketika usia awal akan mempermudahkan kita untuk mendisiplinkan anak kemudiannya.
Bermain bersama-sama anak ketika mereka kecil, ketika membesar dan juga ketika remaja bukan hanya memberi manfaat kepada perkembangan fizikal anak, malah ia juga membentuk keperibadian positif anak.
Ibubapa yang terlibat adalah ibubapa yang peduli.
‘Involved parents are caring parents’.
Ads
Setiap permainan mempunyai peraturan dan strateginya. Setiap permainan mempunyai pemikiran dan emosinya. Inilah waktu yang terbaik untuk menasihati anak tentang asam garam kehidupan, tentang kawalan emosi, tentang interaksi sosial, dan tentang keperibadian dan tingkah laku.
Bermain ‘game’ bersama-sama dengan anak lebih bermanfaat berbanding membiarkan anak mengadap ‘game’ di skrin berseorangan. Apabila ‘bonding’ diwujudkan antara ibubapa dan anak ketika bermain bersama-sama, anak lebih terbuka untuk menerima sebarang nasihat mahupun teguran. Inilah yang memudahkan kita untuk mendisiplinkan anak.
4. WAKTU ANAK SAKIT
Menurut Dr. Abdul Hafizh Suwaid, sakit dapat melunakkan hati orang dewasa yang keras apatah lagi hati anak-anak yang masih lembut dan lebih mudah menerima. Lumrahnya apabila sakit anak-anak menjadi lebih ‘clingy’ dan lebih inginkan belaian dan perhatian daripada ibubapa. Inilah peluangnya untuk kita berlembut menasihati anak secara ringan tanpa membebankan. Bagi menggembirakan hati anak, kita boleh merancang dengan anak untuk melakukan sesuatu aktiviti apabila anak sihat kelak dan pada masa yang sama boleh diselitkan kata-kata nasihat buat anak. Pilihlah nasihat yang mudah diterima dan sesuai dengan keadaan anak.
Usahlah diberikan nasihat yang tidak sihat di kala anak sakit seperti
“Itulah tak dengar cakap Mama, kan dah sakit. Kalau dengar cakap taklah jadi macam ni.”
Ataupun
“Inilah balasan sebab berdosa dengan ayah semalam.”
Anak yang sakit bertambah nazak jadinya dengan kata-kata yang menghukum dan tidak berasas sedemikian.
Dalam buku ‘Prophetic Parenting’ ada diceritakan kisah Rasulullah SAW yang berdakwah kepada pembantu Baginda yang berbangsa Yahudi ketika Baginda SAW menziarahinya yang sedang sakit.
Begitulah antara waktu-waktu efektif untuk menasihati seorang anak.
Setiap anak menerima nasihat pada waktu yang berbeza-beza mengikut keperluan, keupayaan dan kematangan masing-masing. Carilah waktu yang sesuai untuk memberi nasihat agar nasihat itu meresap ke jiwa anak dan tidak menjadi seumpama menyimbah air ke daun keladi.
Tak dapat bayangkan anak yang dikandung selama 9 bulan dapat ditatap dan disayang selama 15 bulan sahaja sebelum pergi menghadap Illahi buat selama-lamanya…
Itulah yang berlaku pada pasangan suami isteri yang kehilangan bayi perempuan mereka yang meninggal dunia setelah ditemukan tidak sedarkan diri dengan kepala dan lehernya terjerut pada kain buaian dikatakan sebelum ini tidak pernah tidur dalam buaian di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan di semalam (22 Februari 2022).
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata bayi tersebut, disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang oleh doktor yang bertugas di Klinik Kesihatan Sendayan selepas pengasuhnya mendapati dia gagal bernafas.
Nanda berkata, hasil siasatan awal mendapati selepas bayi itu diberikan susu pada pukul 12.30 tengah hari mangsa telah ditidurkan dalam buaian di sebuah bilik bersama dua kanak-kanak lain.
Pengasuh Sempat Buat PCR Sebelum Ke Klinik
“Selepas itu pengasuh telah keluar dari bilik pada pukul 2 petang untuk tujuan tugasan lain kemudiannya pada 3 petang pengasuh telah masuk semula ke bilik dan mendapati bayi itu dalam keadaan kepala tersangkut pada kain buaian.
“Pengasuh terus mengambil bayi itu dari buaian dan menjalankan ujian proses bantuan pernafasan (CPR), tetapi dia gagal bernafas semula dan terus membawanya ke Klinik Kesihatan Sendayan pada pukul 3.45 petang sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.
Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, bapanya, Yuseri Yusoff, 39, berkata, anak bongsunya, Nour Rania Asyifaa Yuseri, berada dalam keadaan baik sebelum dihantar ke rumah pengasuh pada pagi hari kejadian semalam.
“Sebelum ini, anak saya tidak pernah tidur dalam buaian tapi ketika kejadian pengasuh letakkan dalam buaian kerana dia susah hendak tidur.
Ujian Buat Mereka Untuk Kali Kedua
Kejadian itu menjadi ujian berganda kepada pasangan berkenaan apabila pernah kehilangan anak kedua mereka ketika masih bayi pada 2020.
Yuseri berkata, dia menghantar anaknya ke pusat jagaan berkenaan sejak setahun lalu malah anak sulung berusia tujuh tahun juga pernah dihantar ke pusat jagaan sama sebelum ini.
“Saya terima kejadian ini kerana perkara sudah berlaku, yang selebihnya saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
“Pihak pusat jagaan ada meminta maaf kepada kami sekeluarga atas kejadian ini dan difahamkan pihak polis ada merakamkan percakapan ibu bapa lain yang menghantar anak ke pusat jagaan itu,” katanya.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seiring dengan sekarang raya korban, Pelakon jelita Elisya Sandha tidak lepaskan peluang dengan meraikan majlis aqiqah anak perempuannya, Bunga Elhaq pada 10 Julai 2022.
Menerusi laman sosial Instagram, Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Hassan dan suami Uzair Haqimy berkongsi foto-foto momen sepanjang maj|lis berlangsung untuk tatapan umum.
Dalam perkongsian tersebut, menantu kepada pasangan penerbit terkenal Sheila Rusly dan Jinggo ini turut menitipkan nukilan istimewa buat anaknya di ruangan kapsyen tentang erti pengorbanan bersempena sambutan Aidiladha.
“Tahun 2022 melahirkan you adalah pengorbanan yang paling besar untuk mummy Bunga Elhaq.
“Pengorbanan daddy you bangun setiap malam untuk tukar pampers dan susukan you.
“Pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah you hari ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian tersebut, ketiga-tiga mereka mengenakan tema serba putih sambil buaian dihiasi bunga-bungaan berona kuning cair.
Tidak hanya itu, pelakon drama Ratu Ten Pin itu mencoret beberapa nasihat untuk dibaca oleh anaknya tatkala dia sudah besar nanti.
“Anak mummy ni sangat bertuah, ramai orang sayang. Bila besar nanti, boleh membaca, i nak you baca mesej ni dan ingat pesan mummy
“Jagalah hati orang yang sayangkan you, hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya, jangan sid-siakan keikhlasannya sebab you tak tahu Bunga, betapa untungnya you di mata orang lain kerana you memilikinya.
“Selamat hari raya korban daripada kami bertiga,” ujarnya lagi.
Dalam sesebuah perkahwinan, suami adalah nahkhoda dalam menentukan arah tuju rumah tangga. Namun, sebagai ketua jangan hanya tahu mengarahkan. Sebaliknya kena ada give and take. Kena saling bekerjasama dan bantu antara satu sama lain.
usah biarkan pasangan melakukan semua kerja sendirian. Lebih-lebih lagi yang tinggal berjauhan. Atau lain bahasanya Perkahwinan Jarak Jauh.
Ambik tahu apa yang pasangan dan anak-anak lalui sendirian tanpa kehadiran seorang suami dan ayah. Itu yang ingin dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin menerusi Facebook nya.
“Menguruskan anak tanpa pasangan…”
2 words best to describe – Bukan Senang…Tak Mudah…Serius Stress…!!!
Ada isteri yg tinggal berjauhan dgn suami atas tuntutan keje, sorang utara, sorang selatan (PJJ)…ada juga suami yg keje seminggu 2 minggu direct, xblk umah (offshore, bwk treler dan etc)…bila mengandung, sorang2 p check perut, sorang2 jaga mkn minum, sorang2 buat keje2 umah dan sebagainya…xpela, masih sorang, masih bt apa saja dgn diri sendiri, masih bleh lagi…
Tp once dah ada anak, kehidupan tanpa pasangan tu sgt2 menguji dan teruji…
Byk kali jgak la saya kena jaga anak2 on weekend time isteri bekerja dlu utk 12 jam shja, and guess what? Letih beb…org laki jaga ank pun letih, org pompuan?
Weekend ni, masa nk rehat, nk tdo lama, but as early as 5.30 am anak2 dh bgun…ank2 umur 2 tahun dan 1 tahun time tu…dia bgun sbb pampers dh penuh atau dia lapar susu…wife tgh siap nk p keje dh, wife tukar pampers, dia bg susu, and suh saya sambung jaga…maka bermulalah “my daycare time with my kids”…letak anak2 depan pintu bilik air sbb nk mandi dan mandi xtutup pintu sbb nk tgok apa diorang buat…klu biar, silap2 bleh jatuh katil, bleh p ke dapur dan sebagainya…
Time solat, anak2 main depan sejadah, lipat sejadah, letak mainan kt tempat kita nk sujud, masuk dlm kain pelikat dan sebagainya…kadg2 tu smpai 2,3 kali kena solat, benti solat sbb nk alihkan diorang, nk ubah mainan dan sebagainya…bekpes time! Isteri dah tggalkan moi, so suap moi je bg diorang mkn…klu diorang lapar lagi, ambik biskut, tuang susu bg lembut, then suap…
Mandi time…budak2 mana xsuka air, cukup2 seronok klu dpt berendam…lpas mandi, main jap, pastu diorang tdo…sejam beb, sejam letak dlm buaian, ayun plus zikir & tarannum…yg si kakak dh tdo sendiri dh…nmpk ja si adik mata dh tutup rapat, saya pun bgun…
“Huuwaaa”…dia jaga plak dh…dia detected saya bgun…hmmm, sambung hayun buaian tu plak…nak buat keje umah, japg bunyi bising dia jaga…dpt la sidai baju, kemas2 mainan skit…bru bleh mkn sarapan…time diorang tdo la, klu nk buang air besar, kena buang siap2, japg dorang bgun, memg ssh dh, memg kena tahan smpai wife blk…then utk mkn tghari, tgok tahap kerajinan…klu rajin, bwk dua2 org p tapau mknan luar…klu xrajin, goreng telur mata ja…dh bgun tdo, main lagi dgn diorang, bg susu, bg moi…
Penah skali tu, tertdo time jaga diorang…bgun2 p cari, dua2 tgh sepahkan bilik, tarik smua baju2 dlm almari dan main bedak…Allahu, satu hal plak nk lipat smua baju2 tu blk, nk lap2 bedak tu blk…suara hati membisik perlahan2, “lagi 4 jam bini nk blk daus, sabar daus, sabar…” berterusan la jaga diorang bedua smpai isteri berhenti keje…dlm 2,3 tahun jgak…
So, kpd para2 suami diluar sana, the struggle is real beb! Saya hadap utk 12 jam je tu, tp bayangkan isteri anda hadap situasi yg mcm tu utk seminggu, utk sebulan dan anda tiada disisinya? Apa yg dia rasa? Dgn penatnya keje, dgn nk kena p ambik anak lg, blk umah jaga lagi, buat keje2 umah lagi, masalah kat ofis lagi, time makan dia yg tunggang-langgang dan semuanya ini dia perlu buat dan hadap SEORANG DIRI?
Call her, show her your concern…! Kuatkan dia, bg dia semangat, minta dia sabar…bila balik umah, ambik alih dan buat keje2 dia selama mna awk ada masa kat umah tu…bg dia rehat plak…mental & fizikal dia bleh “koyak” klu suami x ambik berat bilamana seorg isteri itu terpaksa menguruskan dirinya dan anak2 seorang diri – just by herself and ALONE…jgn smpai dia fikir, ada suami dgn xde suami, sama je…
Don’t….?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di