
Apabila ingin bahagiakan orang lain, sudah tentu emosi kita kena gembira dan tenang. Jika berduka dan tidak keruan bagaimana untuk membahagiakan orang lain.
Tidak dinafikan kesibukan rutin memastikan ekonomi kukuh buat keluarga membuatkan kita lupa untuk reward diri. Keadaan ini jika dibiarkan boleh buat diri stress.
Sebenarnya diri kita perlu dirai dan dihargai. Bagaimana untuk kita jaga dan bahagiakan keluarga jika diri sendiri terabai.
Selanjutnya nak tahu bagaimana cara nak hargai diri sediri, ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif ini.

Saya tak selfish bila saya utamakan kebahagiaan diri saya dulu.
Sebab saya tahu untuk bahagiakan anak anak saya, saya dulu kena bahagia. Mana mungkin saya nak bahagiakan mereka kalau saya sendiri pun tak cukup bahagia.
Sebab tu saya pentingkan 2 benda ni,
SELF CELEBRATION – Tiap kali saya berjaya capai matlamat atau target dalam hidup saya, saya akan celebrate diri saya sendiri. Awak semua pun sama, kena belajar untuk berterima kasih pada body dan diri awak semua.
Habis lipat kain, buat kopi panas ke. Habis kemas seluruh rumah, bukak shoppe sedas ke. Itupun dikira Self Celebration juga.
SELF HEALING – Terutamanya bab emotion lah. Macam mana kita nak cinta anak kita kalau kita tak mulakan dengan mencintai diri kita sendiri? Bagaimana kita nak ubati hati anak kita kalau kita tak ubati hati kita sendiri?
“We can’t give what we don’t have”
Inilah yang namanya Self Care. Self care ni bukannya Selfish. Self Care ni adalah awak jaga diri awak physically, emotionally and spiritually supaya awak boleh mencintai, membahagiakan, menenangkan dan menyayangi orang yang awak sayang dengan lebih optimum lagi!
Awak belajar sesuatu tak?
Taufiq Razif
Your Peacemaker
#share kalau ia boleh membantu orang yang awak sayang
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Begini Cara Nak Bahagiakan Pasangan. Ikuti 8 Cara Amalan Rasulullah SAW Ini


PETUA 1 Kucupan Mesra
Diriwayatkan Saidatina Aisyah, bahawa ia berkata: “Rasulullah SAW pernah mencium salah seorang isteri baginda kemudian berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wudhu.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
PENGAJARAN & TELADAN:
Cinta itu lebih bermakna jika dilestarikan dengan sentuhan yang membuai perasaan lantas membangkitkan rasa kasih kepada pasangan. Sementelahan hubungan kamu suami isteri adalah halal di sisi agama, maka bertindaklah dengan rasional.
Buktikan rasa kasih kamu wahai isteri dengan melakukan ritual sensual yang bukan sahaja menterjemahkan rasa sayang kepada suami, malah sebagai tanda penghargaan bahawa kamu menghargai hidup bersamanya sebagai pasangan suami isteri.
Teladanilah apa yang dilakukan Rasulullah SAW ke atas salah seorang isterinya dan masih sempat melayangkan kucupan sebelum menunaikan kewajipan kepada Allah SWT. Lantaran itu wahai para suami dan para isteri, luangkan sedikit masa bermanja-manja agar hubungan bertambah erat dan mesra.
PETUA 2 Membersihkan Diri Bersama Isteri
Diriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah, pernah berkata: “Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana (bekas menyimpan air). Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana).” (Hadis Riwayat ‘Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah).
PENGAJARAN & TELADAN:
Ritual mandi atau membersihkan diri sesama suami isteri mungkin amat janggal dan dianggap taboo dalam kalangan masyarakat kita. Namun, telah diriwayatkan bahawa ia pernah dilaksanakan dalam sejarah rumahtangga Rasulullah SAW. Ia sememangnya satu cara yang amat indah untuk suami isteri saling menghargai suasana menyucikan tubuh badan sambil mengakrabkan perasaan.
Sementelahan perhubungan suami isteri adalah perkara yang halal, maka mengapa tidak kamu dan suami saling menyapukan dan meratakan air dengan tertib, dengan cara yang elok. Lakukan sekali-sekala pada waktu-waktu yang membenarkan kamu melakukannya, misalannya pada hujung minggu yang santai, di mana kalian tidak terkejar-kejar ke pejabat dan punya waktu yang panjang untuk beristirehat.
PETUA 3 Tidur di Pangkuan Isteri
Diriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah berkata: “Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al-Quran.” (Hadis riwayat ‘Abdurrazaq)
PENGAJARAN & TELADAN:
Meski diri dalam keadaan yang tidak mengizinkan untuk bermesra berlebihan atau berhubungan badan dengan suami, itu bukan alasan isteri menolak ‘permintaan-permintaan kecil’ suami untuk bermanja.
Mengawetkan asmara bukan terbatas kepada soal hubungan badaniah semata-mata. Ia adalah tentang perlakuan kecil lagi bersahaja. Ia melibatkan sentuhan fizikal dan kesediaan isteri untuk berkongsi kepenatan atau kelelahan suami.
Walaupun dalam keadaan tidak suci, pastikan kamu menjaga kebersihan intim dan menjaga rapi kesegaran bau tubuh, agar suami senang lagi selesa mendampingimu, sebagaimana isteri Nabi SAW Saidatina Aisyah melayan dan menjadi ‘bantalnya’ yang paling empuk dan nyaman.
PETUA 4 Hiburkan Hatinya

Rasulullah SAW dalam hadisnya pernah bersabda yang bermaksud, “Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya, kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.”
PENGAJARAN & TELADAN:
Sesungguhnya bukanlah satu tugas yang mudah untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai isteri. Ketaatan, keikhlasan, budi pekerti yang mulia adalah sebahagian daripada elemen yang dituntut dalam membina rumahtangga yang bahagia. Malah ganjaran pahala menanti khususnya buat para isteri yang menggembirakan dan menyenangkan hati suami. Menyediakan segala kelengkapan, pakaian, makanan dan pelbagai keperluan malah memberikan ‘layanan’ yang sempurna pasti dapat menggembirakan hatinya.
Antara cara yang paling mudah dipraktikkan termasuk senyum, tutur kata yang lemah lembut, ungkapan sayang tiga kali sehari, lakukan sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah pasti dapat awetkan asmara sesama kamu.
PETUA 5 Biarlah Rahsia
Rasulullah SAW bersabda, “Seburuk-buruk manusia di sisi Allah SWT pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka.”
PENGAJARAN & TELADAN:
Rahsia dalam kain itu adalah hak eksklusif kamu sesama suami isteri sahaja. Malah dalam Islam juga tidak mengesyorkan apa yang berlaku di kamar tidur dihebahkan kepada sesiapa kerana bimbang ia akan mendatangkan aib seolah-olah membuka pekung di dada. Biarlah apa yang berlaku itu menjadi rahsia dan simpanan untuk kamu berdua.
Jangan sekali-kali merendahkan martabat mahupun menceritakan kelemahan, apatah lagi memuji kehebatan masing-masing kepada sesiapa, walau dengan apa tujuan sekalipun. Berpeganglah kepada sabda Nabi SAW bahawa sesungguhnya, seorang lelaki yang menceritakan hubungannya dengan isteri, dan isteri yang berhubungan dengan suaminya itu menyebarkan rahsia mereka, adalah seburuk-buruk manusia di sisi Allah SWT.
PETUA 6 Memberi Wangi-wangian Pada Auratnya
Diriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
PENGAJARAN & TELADAN:
Bukti cinta dan kasih antara suami isteri harus diterjemahkan dalam apa jua bentuk yang menjurus ke arah penyatuan sekali gus mengukir aura romantis dalam rumahtangga. Awetkan asmara antara suami isteri tidak terhad kepada hubungan intim semata-mata malah ia merangkumi semua aspek dalam kehidupan seharian.
Misalannya membantu pasangan ketika sedang bersiap-siap ke pejabat juga mampu awetkan asmara dan meninggalkan kenangan tersendiri dalam kisah rumahtangga kalian berdua. Teladanilah apa yang dilakukan isteri Nabi SAW ketika memakaikan wangi-wangian kepada tubuh suami tercinta.
PETUA 7 Bercantik-cantik Untuk Suami
“Sebaik-baik perempuan adalah yang menyenangkanmu apabila engkau memandangnya, mentaatimu apabila engkau perintahkan dan menjaga dirinya
dan hartamu apabila engkau tidak di rumah.” (Hadis Riwayat Thabrani)
PENGAJARAN & TELADAN:
Ganjaran pahala menanti para isteri jika berhias cantik-cantik untuk suami. Suami mana yang tidak sayang apabila melihat penampilan isteri terurus kala menyambut kepulangan suami di rumah. Ditambah pula dengan aroma sensual yang menyenangkan pasti bikin hati suami berbunga menguntum bahagia.
Untuk menyenangkan hati suami, maka isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di rumah, apa kata sekali-sekala kamu mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik melihatnya. Bukankah bercantik-cantik itu indah dan menyenangkan? Justeru, gunakan medium yang ada seperti majalah, internet, televisyen dan lain-lain lagi supaya kamu sentiasa peka dengan aliran trend fesyen mahupun solekan yang sesuai diterapkan dalam penampilan kamu seharian. Barulah suami bertambah sayang.
PETUA 8 Hubungan Intim
Sabda Nabi Muhammad SAW, “Sekiranya kamu bersetubuh dengan isteri kamu, kamu akan mendapat pahala.”
PENGAJARAN & TELADAN:
Islam telah menjadikan hubungan intim antara suami isteri sebagai ibadat kepada Allah SWT berdasarkan manfaatnya yang besar kepada diri, masyarakat dan agama Islam. Antaranya ia dapat menjaga diri, menyambung keturunan, memakmurkan agama dan sebagainya. Maka para isteri yang budiman, usahlah menolak permintaan suami untuk bersama, melainkan kamu dalam keadaan uzur atau menghadapi masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.
Namun, harus diingat hubungan intim haruslah dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab; bukan dalam keadaan marah, penat, geram, terpaksa atau tidak ikhlas.
Jika tidak berdaya lantaran fizikal dalam keadaan penat, maka adalah lebih baik kamu menolak dengan lemah-lembut, namun jadi bijak dan ciptalah kejutan untuknya pada hari berikutnya apabila kamu terasa segar dan benar-benar bersedia untuk suami. Ingat, hubungan asmara harus berlandas teras cinta, bukan untuk melampias nafsu semata- mata. Dan zuriat yang didatangkan daripada-Nya, itu adalah kurniaan Tuhan dan jangan sekali-kali kamu menyesali atau mensia-siakannya.
Sumber: www.mensive.com via EH
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak Sorok Jadi Isteri Kedua, Nurul Zahid Kongsi Cerita Imbau Manisnya Hidup Bermadu!

Sebut sahaja poligami, tidak semua wanita terbuka hati untuk menerimanya meskipun sedar ianya dibenarkan dalam Islam. Malah tidak kurang juga beranggapan hidup bermadu ini tiada indahnya malah akan membuatkan hati isteri pertama mahu pun ke dua atau seterusnya memendam rasa.
Namun berbeza pula kisahnya bagi Datuk Nurul Zahid, meskipun hidup bermadu namun perkahwinannya sangat bahagia malah mempunyai hubungan yang akrab dengan isteri pertama suaminya itu.
Hal ini didedahkan olehnya menerusi temubual oleh Berita FM. Nurul mendedahkan perkahwinan bersama suaminya itu telah mendapat restu daripada isteri pertama dan dia tidak pernah merahsiakan statusnya sebagai isteri kedua kepada umum.

“Ini tujuan pendidikan sahaja, bukan untuk mengalakkan dan sewaktu dengannya. Sewaktu saya angkat nikah, terus saya cakapsaya adalah isteri kedua. Tak ada sorok-sorok.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Tambahnya lagi mengimbau kisahnya sebelum bernikah sudah bersua secara bersemuka dengan isteri pertama suaminya itu sebelum bernikah.
“Akak (isteri pertama) datang rumah secara rasmi suami bawakkan. Terus kami bersua muka secara empat mata, borak dari hati ke hati.”
“Bagaimanapun, alangkah terkejutnya saya apabila akak bertanyakan soalan “Nurul, betul ke nak berkahwin dengan Saiful?”
“Saya jawab, “Akak soalan ni dah terbalik, sepatutnya saya yang bertanya boleh ke saya berkahwin dengan suami akak? Saya ni berada di kedudukan untuk menjadi isteri kedua,” kata Nurul lagi.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nurul di laman TikToknya, dia juga sempat berkongsi mengenai kemanisan hidup sebagai bermadu yang dialami olehnya.
@dnznurulCaption di IG sy – @nurul.zahid Kepada lelaki, jangan berselindung disebalik Sunnah kerana Nabi Muhammad SAW sendiri bernikah atas perintah Allah. Dan perempuan/wanita TOLONG TAHU DIRI. Menikahi seseorang boleh terjadi atas DUA sebab – JODOH atau BODOH. Realiti perkahwinan poligami ini indah seandainya diterjemahkan dengan pemahaman dari Al Quran dan Hadis. Bukan dari terjemahan NAFSU. Semoga menjadi pengajaran dan iktibar.♬ Seluruh Cinta – Siti Nurhaliza
Tegas Nurul, sebagai seorang lelaki tidak sewajarnya berselindung dengan disebalik sunnah Nabi untuk berpoligami dan berpendapat kehidupan bermadu itu adalah manis jika dilakukan dengan cara yang betul.
“Kepada lelaki, jangan berselindung disebalik Sunnah kerana Nabi Muhammad SAW sendiri bernikah atas perintah Allah. Dan perempuan/wanita tolong tahu diri.
“Menikahi seseorang boleh terjadi atas dua sebab, jodoh atau bodoh. Realiti perkahwinan poligami ini indah seandainya diterjemahkan dengan pemahaman dari Al-Quran dan Hadis. Bukan dari terjemahan nafsu. Semoga menjadi pengajaran dan iktibar,” jelasnya lagi.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Bukti Cinta Tanpa Syarat. “ Fasha Sandha Kongsi Kisah Pengantin Lelaki Diserang Strok, Isteri Tabah Tolak Kerusi Roda Ke Pelamin

Cinta tanpa syarat, itu yang boleh diungkapkan dengan pasangan pengantin baru ini. Saat mereka berdebar menghitung hari menaiki jenjang pelamin, si suami diduga apabila diserang stok.
Bukan sekali, sebaliknya tiga kali. Sehinggakan dia terpaksa menggunakan kerusi roda sewaktu menuju ke pelaminan. Namun, apa yang membuatkan tetamu mengalirkan air mata sebak adalah tatkala melihat si isteri tenang menolak kerusi roda yang diduduki suami sambil melemparkan senyuman buat tetamu.

Biarpun di bibir menguntum senyuman, namun dihati tak siap yang tahu. Majlis yang dirancang menjadi sebaliknya, namun pasangan ini tetap gembira dan bahagia disatukan di atas pelamin yang cukup indah. Bukti kasih sayang dan cinta melengkapi kedua-duanya.

Kisah pasangan pengantin ini dikongsikan oleh pelakon cantik manis, Fasha Sandha di ruangan instagramnya.
Dia yang hadir dalam majlis perkahwinan itu turut memberitahu, pengantin lelaki merupakan sahabat kepada suaminya, Aidil Aziz.

Tak pernah air mata turun tak berhenti. Jenuh juga tahan untuk sembunyikan. Gugur juga air mata melihat pengantin ni.
Paling kagum dengan isteri yang menerima kekurangan suami, yang tiba2 diserang stroke 3 kali sebelum berlangsungnya perkahwinan. Kuatnya Dan tabahnya Yin.

Tahniah diatas perkahwinan Dan kami doakan agar Perkahwinan ini kekal ke akhir hayat Dan semoga Alif cepat sembuh.
Alif ni salah seorang kawan rapat dengan suami saya.
Tahniah Alif & Yin
#kisahsemalam
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Dalam pada itu, Aidil Aziz turut sama memuat naik momen indah sahabatnya itu di ruangan instagramnya.
Tahniah @aliff.saidi👏🏻👏🏻👏🏻
Alhamdulillah syukur majlis kahwin kau dah selesai.Aku doakan kau berbahagia sampai ke jannah.Semoga cepat2 sembuh dr penyakit strok.
Berat dugaan yg kau tempuh.InsyaAllah ada hikmah besar semua yg berlaku.Be strong and speed recovery..aku nak tgk kau sembuh.Apa pun ,im happy for u.🤗
Sumber: IG scillaperfumebyffilaniy, fashasandha & itsaidilaziz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

