Ibu bapa mana yang tidak seronok malah tentunya berasa bangga dan bersyukur, anak masih kecil sudah lancar menghafal ayat-ayat al quran dan hadis berserta terjemahannya. Sungguh, sejuk perut ibu yang mengandung!

Malah tidak dinafikan, kita sebagai orang dewasa juga akan turut rasa terpegun dengan kepetahan anak kecil ini yang begitu lancar mengucapkan ayat al quran dan hadis.

Ini sepertimana perkongsian video yang dirakam secara spontan untuk simpanan peribadi kemudian dimuat naik diakaun twitter milik Nurul Hanisah Mohd Kamaruddin ini. Siapa sangka video rakaman yang dibuat oleh ibu saudara kepada adik comel yang petah melafazkan beberapa hadis berserta terjemahannya ini menarik tumpuan warganet untuk menontonnya dan terus di ulang kicau hingga menjadi viral.

Wan Adriana atau mesra dipanggil Nana, merupakan anak sulung kepada pasangan bertuah Puan Sufia Wahidah dan suaminya Wan Mohd Nor Ariza Wan Bakar.

Baru 4 Tahun, Sudah Hafal 9 Hadis Berserta Terjemahan. Kebolehan Anak Ni Curi Tumpuan!

Menurut apa yang dikongsikan di Harian metro, keluarga ini menetap di Sibu Sarawak. Menyentuh tentang perkembangan positif anaknya itu, sebenarnya telah dapat dilihat sejak dihantar ke tadika Islam untuk mendapat pendidikan awal Januari lalu.

IKLAN

Terdahulu, sebelum dihantar ke tadika, Nana sebenarnya  lebih suka menyanyi dan cepat mengingati melodi serta lirik lagu yang didengarinya. Namun, dia kini lebih gemar membaca surah dan hadis serta perubahan itu dapat dilihat dalam tempoh singkat iaitu selepas lapan bulan belajar di tadika berkenaan.

“Menurut gurunya, Nana antara murid yang cepat belajar dan terbukti apabila sudah menghafal sembilan daripada 20 hadis terdapat di dalam silibus pelajaran selain surah Tiga Qul, al-Fatihah, ayat Kursi dan 1,000 Dinar.”

IKLAN

Tambah Sufia, dia juga tidak sangka rakaman video anaknya membaca hadis dimuat naik di Twitter, baru-baru ini tular sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Sementara itu, suaminya, Wan Mohd Nor Ariza Wan Bakar, 29, turut gembira dan tidak sangka Nana dapat menghafal surah dan hadis dalam tempoh singkat.

“Saya dan isteri bercadang menghantar Nana ke tadika tahun depan tetapi mengubah fikiran dengan mendaftar masuk ke tadika lebih awal iaitu pada Januari lalu kerana melihat kesungguhannya untuk belajar.

IKLAN

“Alhamdulillah, dia dapat menyesuaikan diri dan setiap kali pulang ke rumah, Nana akan membaca dan mengulangi apa dipelajarinya di tadika termasuk hadis seperti mana dilihat dalam video berkenaan.

“Terima kasih kepada guru yang mendidik anak saya dan berdoa semoga dia (Wan Adriana) menjadi anak solehah, pintar serta membanggakan keluarga,” katany

oleh anak saudara saya, Nurul Hanisah Mohd Kamaruddin, 22, Jumaat lalu, untuk simpanan peribadinya dan dimuat naik di Twitter sekadar untuk berkongsi kebolehan Nana.

sumber : Twitter @nisssssss_ & Harian Metro

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI