Baru sahaja disahkan hamil beberapa hari, pelakon cantik jelita, Amyra Rosli terpaksa reda kandungan ketiganya mengalami keguguran.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Amyra menerusi akaun Instagramnya pagi tadi.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia reda dengan kehilangan itu malah sudah bertemu dengan doktor untuk proses selanjutnya.
Ads
“Awak singgah sekejap je dalam perut mommy pastu awak pergi. Comel la awak ni,” tulisnya di kapsyen.
Biar pun tidak punya rezeki untuk menambah zuriat ketiganya namun kata Amyra dia akur dengan ketentuan Ilahi dan tetap positif dan menganggap masih belum punya rezeki untuk menambah cahaya mata ketiga mereka bersama suami.
Ads
“Tak ada rezeki.
“Xpe, kita focus rezeki yang ada sekarang & shooting dulu! Lets go,” tulisnya.
Ads
Menerusi entri yang sama juga, Amyra turut mengesahkan kehilangan itu menerusi doktor yang merawatnya di sebuah hospital.
Menerusi tanda pagar yang dikongsikan Amyra, difahamkan Amyra mengalami chemical pregnancy yang merupakan keadaan di mana keguguran berlaku pada peringkat awal kehamilan sejurus selepas inflantasi berlaku.
Terdahulu, Amyra dan Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Afeeq Anaqi dan Ayra Aryssa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lumrah manusia takkan terlepas dari banding membanding. Betul tak?
Termasuklah dalam keluarga sendiri, dah jadi kebiasaan ibu bapa membandingkan anak dengan kanak-kanak lain, bukan? Tapi tanpa sedar, perbuatan itu sebenarnya boleh mengganggu emosi anak.
Sesetengah ibu bapa mungkin berasakan perbandingan yang dilakukan itu mungkin akan meningkatkan lagi keinginan anak untuk berjaya.
Hakikatnya, membandingkan anak dengan individu lain bukanlah cara terbaik membantu mereka memperoleh kejayaan. Sebaliknya, ia lebih banyak mendatangkan kesan negatif terutamanya melibatkan keyakinan diri dan emosi anak.
Berikut adalah 3 perkara yang perlu ibu bapa fahami:
#1 Anak miliki keunikan tersendiri
Setiap individu dilahirkan berbeza, kan? Waima, anak kembar sekalipun mempunyai keperibadian yang tersendiri.
Begitu jugalah anak anda. Mereka mempunyai keunikan dan cara pemikiran yang tersendiri.
Benarkan mereka untuk berfikir secara kritis dan membuat keputusan sendiri, tetapi dalam masa yang sama bimbing mereka untuk berada pada landasan yang betul.
#2 Anak bukan objek
Anak tidak sepatutnya dianggap sebagai objek mahupun aksesori untuk mempamerkan rasa bangga dalam lingkaran sosial ibu bapa.
Dengan membuat perbandingan, anda telah menetapkan sasaran yang tidak realistik tanpa melihat tahap kemampuan si kecil.
Ini juga dianggap cara ibu bapa mengeksploitasi anak untuk kepuasan anda sendiri sekali gus menyebabkan kekecewaan pada emosi anak dan merosakkan kehidupan mereka.
#3 Pendidikan adalah hak anak
Sekiranya anda mampu menempatkan anak di sekolah yang baik dan mahal, ia bukan sebagai bantuan yang perlu dibalas oleh anak.
Sebaliknya, pendidikan merupakan hak anak dan ia adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menyekolahkan anak.
Tujuan utama pendidikan diberikan adalah untuk anak menjadi individu bertanggungjawab dan berdikari.
Kesan negatif perbandingan kepada emosi anak
Adakalanya, tanpa sedar anda telah membandingkan anak dengan kanak-kanak lain dan menganggap ia bukanlah 1 isu besar.
Walaupun anak mungkin tampak seperti tidak kisah dengan perbandingan yang dibuat tetapi kesannya mungkin tidak dapat dilihat daripada pandangan mata kasar manusia.
Sebaliknya ia mengakibatkan kesan negatif melibatkan mental dan emosi anak, seperti:
1. Wujudkan persaingan adik-beradik
Jika anda sebagai ibu bapa membandingkan anak dengan adik-beradiknya, ia mungkin menyebabkan persaingan tidak sihat.
Lebih membimbangkan sekiranya wujud rasa dendam dan sikap agresif antara mereka.
2. Mula menjauhkan diri
Apabila anak sering dibandingkan dengan kanak-kanak lain, kaum keluarga mahupun adik-beradiknya sendiri pastinya mereka akan berasa tergugat.
Lama-kelamaan anak akan mula menjauhkan diri daripada anda dan ahli keluarganya. Ia menyebabkan wujudnya masalah tingkah laku atau menjejaskan perkembangan mereka apabila dewasa nanti.
3. Menyekat bakat
Sekiranya anak mula merasakan diri tidak dihargai apabila sering dibandingkan dengan individu lain, ia boleh mengakibatkan bakat anak tidak dapat berkembang dengan sebaiknya.
Akhirnya, ia hilang begitu saja.
4. Cenderung wujudkan rasa tidak peduli
Apabila mereka mula menyedari bahawa ada individu lain lebih dihargai orang tuanya, sudah tentu boleh menjejaskan emosi anak.
Pada akhirnya, anak mungkin berasa tidak diendahkan dan tidak akan berusaha untuk membanggakan anda.
5. Elak interaksi sosial
Anda mungkin menganggap perbandingan yang dilakukan sebagai kata-kata pembakar semangat. Sebaliknya bagi si anak, ia seperti ejekan dan sindiran yang sering diulang-ulang.
Apabila sering berdepan situasi itu, anak akan mengelakkan interaksi sosial dengan individu di sekeliling.
6. Mengurangkan keyakinan diri
Jika sebelum ini, mereka adalah anak yang periang dan berani mencuba apa sahaja, tetapi sikap tersebut mungkin akan hilang kerana telah wujud kepercayaan bahawa mereka tidak dapat melakukan apa pun dengan baik.
7. Memusnahkan harga diri
Tumbesaran anak dari sudut mental dan emosi mungkin terjejas apabila si anak mula mempercayai tidak mampu memberikan prestasi yang baik.
Lebih malang lagi apabila terpahat dalam minda mereka bahawa walau apa pun yang dilakukan, ia tetap tidak akan mampu mencapai jangkaan ibu bapanya.
Setiap kehidupan psikologi kanak-kanak peringkat sekolah rendah pasti mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan yang berperingkat. Lantaran itu, bagaimana peranan ibu bapa dan perkembangan anak pada tahap ini? Ikuti kupasan lanjut oleh Dr. Abdul Halim bin Masnan, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris mengenai hal ini.
Arnold Gesell (1949) menyatakan bahawa setiap kanak-kanak di seluruh dunia kebiasaannya mengalami sistem pertumbuhan dan perkembangan secara berperingkat yang hampir sama. Mereka akan cenderung untuk mempelajari sesuatu yang baru mengikut tahap pemikiran dan keupayaan mereka.
Bagi perkembangan psikologi kanak-kanak pada peringkat umur 7 hungga 9 tahun misalnya, keupayaan mereka dapat dikenalpasti melalui tahap perkembangan kognitifnya. Perkembangan kognitif kanak-kanak secara saintifiknya, akan mengalami perubahan dari segi tahap pemikiran mereka sama ada berdasarkan kepada pengalaman persekitaran ataupun melalui pembelajaran dalam sesuatu bidang ilmu yang dipelajari.
Berdasarkan teori kognitif oleh Jean Piaget, penekanan berkaitan proses pemikiran pembelajaran kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman mereka yang berkait dengan emosi dan perlakuan. Kanak-kanak akan cuba untuk mempelajari sesuatu maklumat baru yang diproses di dalam otak, digunakan semula dan akhirnya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Fungsi kecerdasan semakin meningkat
Sebagai contoh, apabila seorang kanak-kanak yang berumur lapan atau sembilan tahun sedang cuba untuk mempelajari pendidikan alam sekitar secara saintifik, mengenal jenis-jenis tumbuhan yang pelbagai saiz dan rupa, mengkaji dan membuat eksperimen, mereka pasti akan menemui pengetahuan baru berdasarkan apa yang dilihat dan dibuat.
3.Kanak-kanak pada peringkat ini, rata-rata mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencipta aktiviti baru atau memperbaharui atau menggabungkan elemen tradisional untuk mencipta satu penemuan baru.
Peranan ibu bapa
Peranan ibu bapa pula adalah dalam membentuk pemikiran dan kemahiran kanak-kanak yang semakin meningkat maju ini, menyediakan bahan rujukan, peralatan teknologi dan aktiviti bersama yang melibatkan eksperimentasi dan penerokaan alam.
Sebagai contoh, dalam dunia gadget yang semakin berkembang pesat ini, penyesuaian aktiviti bermain anak-anak dengan permainan alam maya perlu dipantau dengan aktiviti pembelajaran digital yang bersesuaian.
Mereka mampu menggunakan teknologi baru dengan mempelajari pelbagai aplikasi laman web yang bersifat ‘user friendly’ sehingga menjadikan mereka ‘pakar’ dalam meneroka pelbagai aktiviti teknologi dan permainan digital secara mudah dan cepat.
Oleh itu, kepentingan kerjasama yang dipupuk dalam kalangan ibu bapa sekurang-kurangnya dapat membendung gejala kanak-kanak yang terlalu obses dengan aktiviti gadget dengan aktiviti teknologi yang bersifat mudah guna dan mudah leka.
Walau bagaimanapun, corak pembelajaran kanak-kanak yang semakin kompleks dengan rangsangan perkembangan dunia digital yang semakin pesat ini, perlu difahami dan dipantau bersama oleh semua lapisaran masyarakat dengan segera. Ini bagi membentung masalah yang tidak sihat seperti kegilaan terhadap gadget dan gejala sosial dalam aktiviti teknologi yang lebih bersifat negatif jika disalah guna.
Oleh itu, penting untuk memahami psikologi kanak-kanak secara teori dan pengaruhnya melalui perkembangan pembelajaran yang terkini, sebagai panduan kepada semua terutamanya ibubapa dalam memastikan perkembangan anak-anak mereka selaras dengan kehidupan masa kini serta wawasan negara untuk menjadi maju pada masa akan datang.
Sumber: Majalah Keluarga 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Biarpun sayang namun ada yang enggan ‘spoilkan’ dengan memanjakan anak-anak mengikut segala kemahuan mereka.
sebaliknya apa yang diingini harus di usahakan sendiri. Demikian juga yang dilakukan oleh pelakon berbakat, Nabila Huda. Walaupun hanya mempunyai seorang anak, namun dia sama sekali tidak memanjakannya.
Bahkan, Kiesha sudah diajar untuk berusaha sendiri jika mahukan sesuatu. dalam perkongsian terbaru, Nabila atau mesra disapa Abil berkongsi tentang anak perempuannya itu.
Menurut Abil, anaknya itu sudah lama teringin memiliki ipad dan sejak daripada itu, dia mula menyimpan sedikit demi sedikit wang hasil usahanya sendiri.
Walaupun jumlah yang dikumpul belum mencukupi namun Abil mengambil keputusan untuk berealisasikan impian anaknya itu dengan menyediakan ipad sebagai hadiah sempena hari lahirnya.
Happy Belated Birthday my babygirl !
“Actually early this year kalau tak silap keisha cakap dia nak kumpul duit beli ipad pro sebab dia tau mummy dia takkan beli kan. Abil penah cerita before this i memang takkan spend beli barang untuk keisha kalau dia nak,dia kena usaha.
“So dia usaha kumpul duit yang dia dapat dari mummy, abi or our family. Dan duit gaji dia everytime dia teman mummy pergi kerja jadi asst. Setiap bulan dia akan bagitau jumlah yang dia dah kumpul. Abi dia pinjam duit pun dia mintak bayar balik sbb nak beli ipad. Latest one dia cakap dia dah kumpul dalam tabung rm450.
“Dia cakap lagi sikit je dah boleh beli. Sikit apa keisha. 2024 baru dapat beli anak ku!haha! I am proud as a mother bila tengok effort dan usaha dia nak kan sesuatu tanpa mintak kat abil. Tak pernah dia merengek nak something dari kecik. Pastu masa birthday dia hari tu dia kata tahun ni special sebab her birthday on 11 may and she turns 11.
“Dia nak celebrate dengan mummy but mummy positive covid. I know deep inside her heart dia sedih tapi dia relax je. Then masa quarantine tu i decided untuk beli online ipad tu. Whatever makes her happy. Tapi sebelum happy kena la marah dulu kan? Sorry @lilkupukupu , You just got punked!🤪🤣
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.