Biasanya kalau buat cili kisar sendiri, ibu-ibu pasti alami masalah nak asingkan bijinya. Bukan sahaja pandangan mata kurang elok, malah kurang sihat untuk dimakan.
Dapat berpindah ke rumah baharu mesti semakin bersemangat untuk diubahsuai mengikut citarasa peribadi. Kalau dapat, dari pintu pagar hinggalah bahagian dalam rumah, ada sahaja yang perlu diberi sentuhan untuk menampakkan gaya yang diingini.
Sama halnya bagi pasangan suami isteri ini yang baru berpindah ke kediaman baharu dengan memberi tumpuan pada ruangan pagar kediamannya yang pada asalnya nampak biasa menjadi gate ‘kayangan’ hasil diy sendiri.
Di dalam perkongsian tersebut, pasangan ini turut berima kasih pada Encik Muhammad Faizal yang share idea tentang gate “kayangan” aka gate DIY yang terus nampak mahal gitu.
Menurutnya, apabila melihat post daripada Encik Muhammad terus semangat nak cuba.
“Kami baru je berpindah. Jadi memang tengah consider pasal nak install auto gate & tukar gate. Budget pun ngam-ngam je, so total damaged RM 200+ , cuma kami plan nak tambah bahagian belakang gate tu supaya rangka gate tertutup sekali, jadi kena order quantity yang sama. Corak gate kami memanjang ke bawah.”
Bahan digunakan :
-Shera plank(cement board)-10 keping (harga borong 14.50/sekeping ,rm145 – ada balance 3 keping, size gate cuma 9ft lebar x tinggi 6ft , yang ni kami pegi kedai kayu minta mereka potongkan ikut size gate, upah RM15. Sebab takda pemotong kayu di rumah.
Ni shera plank Size 300cm panjang & lebar 15cm
Untuk pembelian Shera Plank di selangor, kami direct terus beli di warehouse di U3 Shah Alam. Boleh terus ke page Facebook Suriwong untuk maklumat lanjut. Nanti mereka akan assist untuk sebarang pembelian.
-Sealer (undercoat)1L RM20
-Brush 3 batang RM15
– Nippon Easy Wash (light grey), balance guna daripada cat dinding rumah, so tak beli baru. Yang ni untuk cat Shera Plank tersebut
-Cat minyak hitam untuk frame 1L rm22
-Screw besi
-Cordless Battery Drill
Gambar sebelum , baru dapat kunci rumah
Cat minyak bahagian frame luar sahaja
Demo bagaimana Shera Plank dipasang , semangat sampai malam buat. Ambil masa total 1 hari setengah.
View malam , lepas install Shera Plank (belum cat lagi)
Day view – belum cat
View dari dalam, kami plan nak install bahagian dalam juga. So nak kena beli lagi..
Siput pepahat atau ada juga yang menamakan dengan siput buluh memang enak dimakan sama ada dimasak tumis mahu pun dibakar.
Pun begitu, sebelum dapat dimasak perlu diberi perhatian dan ketelitian dalam mencucinya agar bersih sepenuhnya. Ini memandangkan makanan bercengkerang biasanya akan terdapat lumpur, pasir dan sebagainya yang perlu dikeluarkan dengan sempurna.
Jika terlepas pandang tentang perkata itu, maka tidak hairanlah boleh menjadi penyebab kita seisi keluarga boleh keracunan makanan selepas makan makanan yang bercengkerang.
Jadi bagi yang teringin untuk menikmati enaknya rasa siput pepahat ini dan ingin memasaknya sendiri namun masih tidak tahu cara membersihkannya, apa kata anda baca perkongsian daripada seorang chef di facebook akaun Arbi Mohd Arbi ini.
Rupanya tidak susah mana pun dan ini perkongsiannya.
Membersihkan Siput buluh atau pepahat atau ambal ataupun kalau orang NismeyLand panggil bamboo clamp.
Habitat pepahat ni ialah di dalam pasir di kawasan pantai, dan umum mengetahui di dalam pasir yang sedikit berlumpur ni mengandungi 1001 kekotoran serta bakteria dan di sini juga saya ingin menyatakan..makanan bercengkerang ini ialah makanan yang berisiko tinggi untuk golongan lanjut usia…wanita mengandung dan kanak kanak (TCs Food dalam istilah serve safe management)
Jika salah cara pengendalian makanan ianya akan menjadi bahaya dan boleh menyebabkan food borne illness dalam erti kata lain. Jika anda tidak membersihkannya dan ianya tidak dimasak dengan betul anda mungkin akan bermalam di dalam tandas!
Saya serta kan gambar dan langkah-langkah pembersihannya. Rasanya amatlah berbeza selepas dibersihkan kerana “funny taste” yang sebelum ini anda rasai telah hilang.
So…inilah rupanya pepahat. Nampak ianya berpasir dan sedikit berlumpur. Rasanya kenyal-kenyal dan kandungan garam yang amat banyak sebab rasa dia dah cukup masin jika dimasak tanpa garam.
Ini pula rupa isi perut dia, di dalam ini lah yang saya katakan terkandungnya pasir dan sedikit Lumpur. Ianya harus dibersihkan di bawah air yang lalu, just koyakkan buang isi yang berwarna coklat serta line hitam tu.
Inilah yang amat bahaya jika tak dimasak dengan sempurna, toxic di dalam makanan.
Setelah dibersihkan. Inilah hasil bedah siasat kita…ianya sedikit berpasir serta mempunyai bau yang tersendiri. Ini yang saya maksudkan “funny taste”
Hasil untuk satu pepahat, baru satu tau kalau 10?15?25? Mesti penuh mangkuk ni. Selama ni telan je semua masuk dalam perut, tengah malam sikit berebut toilet.
Nampak tak hasilnya bersih, suci, murni je tanpa dipengaruhi warna isi perutnya. Saya suka bakar je, simple but padu.
Semuanya terpulang pada anda. Anda yang menentukan apa yang anda makan tapi tugas saya mengajar apa itu keselamatan penyediaan makanan.
Setiap ujian yang diterima seseorang pasti ada hikmahnya. Jika kita diuji, usah mengeluh pasti ada hikmah yang terkandung di sebaliknya. Kita adalah insan terpilih yang mendapat perhatian Dia.
Demikian juga dengan keluarga ini yang hidup dalam kedaaan kekurangan. Namun kerajinan ketua keluarga wajar dipuji kerana biarpun serba kekurangan, namun masih tetap berusaha mencari rezeki buat mereka sekeluarga.
Inilah kisah hidup seorang penoreh getah dan keluarganya mendapat perhatian kerana memerlukan sumbangan sebanyak RM 7,000 untuk menyiapkan rumah yang terbengkalai yang pernah dibinanya.
Kesusahan keluarga ini mendapat perhatian Puan Natipah Abu yang merupakan seorang sukarelawan yang memberi bantuan dan banyak membantu mereka yang memerlukan.
Justeru, puan Natipah Abu mengajak orang ramai untuk menyalurkan sumbangan buat keluarga ini.
Kalau nak jumpa Mat tu .. kena mai musim hujan ! Kalau dak, jangan harap boleh jumpa dia .. motong tak berenti dia tu ! “ Itulah gambaran orang kampung tentang betapa rajinnya Hamba Allah ini. Dengan motosikal cabuknya, dia berulang-alik selama 40 minit sehari satu hala untuk menoreh di sebuah ladang getah.
Sungguhpun dia seorang yang rajin, tetapi buat masa ini … hasil tulang empat keratnya itu belum mampu untuk memberikan keselesaan kepada keluarganya. Dia hanya dibayar RM1 untuk sekilo getah yang dijual kepada pihak majikan. Tetapi apakan daya, itulah satu-satunya ikhtiar yang dia mampu untuk mencari rezeki yang halal bagi membesarkan ketiga-tiga orang anaknya.
Tinggal nun jauh di pedalaman , rata- rata penghuni kampung itu tinggal di atas tanah yang bukan hak milik sendiri. Atas sebab itulah pihak berwajib tidak dapat menyalurkan bantuan. Semua barangan di dalam pondok buruknya yang berbumbungkan atap nipah dan rimbunan pohon markisa itu, merupakan barangan terpakai sumbangan orang. Bahkan … pakaian mereka juga, terpakai belaka.
Empat tahun yang lalu … sebaik lahirnya anak sulung Mat, dia mula membina sebuah rumah yang seadanya untuk mereka sekeluarga dengan cara mengumpul wang sedikit demi sedikit. Namun masa berlalu .. anak semakin bertambah, Mat sudah tidak mampu lagi untuk mengumpul wang dan impian Mat untuk menyiapkan rumah itu sebagai tanda kasih kepada permaisuri hatinya pun terhenti di situ.
Alhamdulillah … bahan binaan utk ibu rumah, akan disumbangkan oleh seorang Hamba Allah manakala selebihnya, akan diselesaikan dengan sumbangan dari kita. Yang menjadi tanggung jawab kita ialah menyiapkan dapur, bilik air , pendawaian elektrik dan menyediakan perabut asas seadanya utk keluarga ini. Untuk kos upah pula .. Mat boleh bertukang cuma bahagian-bahagian tertentu saja yang akan diupah.
Sungguh pun Mat hanya seorang penoreh getah, namun keperluan anak-anak yang berusia 4 tahun, 2 tahun dan 5 bulan itu, tetap menjadi keutamaannya. Tidak pernah sekali-kali dia membiarkan insan di bawah tanggungannya kelaparan. Jumaat yang barakah, kita niatkan Sedekah Jumaat ini untuk membantu saudara kita, Muhammad Shuid Bin Che Ahmad ( 36 tahun ) menyiapkan rumah barunya yang terbengkalai.
Semoga Allah murahkan rezeki keluarga ini dan hasil sedekah kita beramai-beramai sorang sedikit ini akan membolehkan mereka hidup dalam keadaan yang lebih sempurna berbanding hari ini di rumah baru kelak. Sesungguhnya, di saat kita nyenyak tidur diulit mimpi indah di atas tilam yang empuk di dalam bilik yang indah … ada saudara kita di luar sana yang tidurnya hanya berselimutkan dingin malam.
Satu kita beri , sepuluh Allah ganti InsyaAllah ! .
Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian menerusi MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521 atau boleh berhubung terus dengan puan Natipah Abu menerusi laman facebooknya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.