Satu kapal dengan 2 nahkoda masih boleh menyeberang lautan tapi pasti terumbang ambing kerana kepincangan arahan sorang arah ke kiri, sorang arah ke kanan. Akhirnya karam di lautan.
Kapal ibarat sebuah keluarga, tidak boleh ada 2 pemimpin, tidak boleh ada 2 “Decision Maker” hanya sorang sahaja yang berhak memimpin keluarga iaitu suami. Tapi tak bermaksud suami boleh mengabaikan semua keinginan dan kemahuan isteri bulat-bulat.
Nak bina sebuah keluarga yang harmoni kena ada “Win Win Situation” antara suami isteri. Bukan keluarga “Paratisme” hanya sorang je menang, suami sahaja yang senang isteri buat semua kerja.
Fahami apa kemahuan seorang isteri baru suami tak lupa diri lepas ni. Seorang isteri mahu 6 perkara ini dari suami mereka.
1. Mahu di Sayangi
▪️Isteri garang macam singa atau kasar macam kertas pasir ni hanya luaran sahaja, hakikatnya hati seorang wanita sangat lembut dan mahu di sayangi.
▪️Suami jaga tingkahlaku, jaga percakapan dan jaga emosi anda dengan isteri kerana hati seorang wanita seperti “Sponge” letak air dia serap, bila di perah ia keluar. Sangat mudah rasa di sayangi juga sangat mudah rasa sedih kecewa.
▪️Wanita datang dari tulang rusuk lelaki yang pendek dan bengkok, tidak di pegang ia tetap bengkok tapi jika di cengkam kuat ia patah. Perlu di pegang dengan kasih sayang baru ia kuat menahan badan manusia.
2. Mahu di Fahami
▪️Ya ada je wanita yang boleh berdikari sekarang. Tak perlu sang laki untuk bantu mereka boleh buat semua sendiri. Jaga anak, bekerja dalam masa yang sama urus hal ehwal keluarga.
▪️Tapi suami faham ke isteri buat itu semua kerana apa? Bukan sebab suka, minat, hobi atau bosan duduk je tapi mereka buat sebab nak bantu suami, nak ringankan beban suami dan sebab mereka sayang keluarga dan tak mahu perkara buruk berlaku.
Ads
▪️Fahamilah isteri anda, insyaallah takdir lebih memahami anda lepas ni.. barulah kita tak cepat melatah bila di timpa musibah.
3. Mahu di Dengari
▪️Setiap isteri hanya mahu suara hati mereka di dengari setiap keluhan, pendapat dan keinginan dari suami mereka. Cukup sekadar di beri peluang untuk menyampaikan dari terbuku di hati.
▪️Cakap sikit je suami dah melenting. Itu yang isteri jadi nak luah mati mak, tak luah mati bapak, akhirnya mati akal sebab kerap bermain-main di fikiran sehingga terlalu stress dan kena Pulmonary Embolism (meroyan)
▪️Suami yang mampu merendah diri dan sopan adalah suami yang pandai simpan ego depan isteri. Hanya keluar jika darurat sahaja.
4. Mahu di Hargai
▪️Suami yang getlemen tahu menghargai pengorbanan isteri walalupun sekecil zarah. Berani berkata “nasib baik ada isteri”, bukan mengaku kelemahan diri tapi berani mengaku kelebihan isteri.
Ads
Guna pujian untuk meluahkan penghargaan tu. Contoh :
“Nasib baik syg pandai memasak, boleh kurang sikit belanja rumah makan luar?”
“Alhamdulillah, abg dapat isteri yang pandai urus anak-anak”
“Abg berterima kasih sangat dengan syg sebab sudi guna duit bisnes bantu abg bayar bil, nanti abg ganti ya”
Pesan untuk suami :
Dapat isteri yang banyak membantu bukan alasan untuk jadi malas dan lupa diri, sebaliknya jadikan ini pemangkin semangat untuk jadi lebih rajin dan maju dari isteri. Malulah makan hasil peluh isteri!
5. Mahu di Percayai
▪️Buruk atau baik pasti ada punca ia berlaku kerana “pokok tak akan bergoyang sendiri kalau tiada angin”. Bagi suami yang memahami isteri pasti mudah untuk mereka percaya. Dah percaya barulah suami tak risau bila berjauhan terutama yang PJJ.
▪️Kepercayaan perlu di perolehi, anda tak boleh dapat hanya dengan praktis semata-mata. Kepercayaan muncul saat di uji dengan satu keputusan yang sukar.
Ads
▪️Nak kepercayaan dari pasangan masing-masing kenalah berani terima keputusan yang sukar, mulakan dengan teknik “Jangan Simpan Kentut”. Bukan senang manusia nak mengaku bila kentut.
6. Mahu di Perhatikan
▪️Isteri mahu mata suami tertumpu pada isteri sahaja 24 jam sehari kalau boleh kerana lumrah seorang wanita mereka dambakan perhatian, lebih-lebih perhatian dari suami mereka.
▪️Siang masing-masing dah bekerja seharian, tak dapat bertentang mata. Jangan pula malam hari berkepit dengan HP kerana jika wanita rasa suami kurang beri perhatian pada mereka “Self Confidence” wanita akan menurun boleh sampai kemurungan.
▪️Mereka mahu jadi “Top Priority” dalam hidup suami. Tu sebab ramai wanita sukar menerima bila dimadukan.
.
Suami yang gagah perkasa tidak jadi lemah hanya dengan buat isteri tersenyum.
Suami adalah “Hero Akasia” seorang isteri bukan bawa watak “Antagonist” di rumah untuk di benci.
Tiada manusia sempurna di dunia, carilah hingga ke hujung dunia tak akan jumpa tapi keluarga yang sempurna banyak..
Kerana indahnya “Perfect Family” ialah tiang keluarga (suami isteri) saling menahan bumbung dari jatuh.
P/s : Nak mula keluarga mudah tapi jangan ambil mudah bina keluarga yang bahagia, sebarkan ilmu ini dengan pasangan dan rakan anda supaya mereka pun ambil serius hal rumahtangga.
sumber: FB MohdFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
November tahun lalu, sepatutnya menjadi detik yang paling bermakna buat pasangan ini apabila buat pertama kalinya mereka bergelar ibu dan ayah. Namun ketentuan Tuhan siapa yang mampu menduga.
Ketika melahirkan bayinya, wanita ini mengalami komplikasi seterusnya koma di Unit Rawatan Rapi ICU Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu. Doa yang tidak putus-putus dari suami dan keluarga, akhirnya selepas lima bulan koma, ibu ini sedar.
Saat yang paling memilukan apabila buat pertama kalinya, ibu ini dapat menatap dan memegang anak kesayangan.
Sebak dan terharu apabila melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Hasirah Nujiey ini.
Apa yang menyedihkan, ibu tidak henti menangis ketika anak sulungnya itu berada di pangkuan. Sebak!
SENTUHAN PERTAMA….
02.04.2019 ( hari ke 138 )
Pertemuan antara ibu dan anak…. pilu campur gembira.. tak terkata…
Air mata laju je keluar..
Moklaa angkat tangan untuk ambik anak nya.. tapi apakan daya.. dia tak mampu..
separuh saja terangkat.. tak sampai.. Allahhhuuuuu…????????
Moklaaa.. kuatlah demi anak mu… Sentuhan pertama.. pipi ke pipi… Moklaa menangis sekuat hati.. Syahmi turut meratapi… ???
Semoga sentuhan itu dapat menerbitkan keajaiban dari Allah… Sembuhkan lah Moklaaa….
Ujian yg Allah s.w.t turunkan pada kita telah mengajar kita.. erti PENGORBANAN erti KEKUATAN erti KESABARAN erti KETABAHAN
erti KESETIAAN
erti KASIH SAYANG
Perancangan Allah adalah yang sebaik2nya…
Senyuman ini untuk Moklaaa.. Kami tak pernah lupa berdoa untuk Moklaa.. kami lah kekuatan Moklaa.. Setiap dugaan ini kami terima dengan hati yang redha…
Buat insan yang bergelar suami kepada Moklaa.. EN. Muhd Saiful… terima kasih atas kesetiaan mu terhadap isteri…
Kau korbankan pekerjaan, keselesaan, kebebasan berkawan semata mata untuk kesetiaan menunggu disisi seorang isteri… Kata si suami.. ” pekerjaan boleh dicari ganti “
SENYUMLAH UNTUK KESIHATAN MOKLAA… AGAR MOKLAA TIDAK MERASA DIRINYA BEBAN BUAT ORANG LAIN…
Bercuti dengan anak-anak memang seronok. Pun begitu jangan biarkan anak merasa tertekan dengan setiap perjalanan yang kita cipta. Mengapa?
Ikuti perkongsian lanjut dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini dan apa perlu mak ayah buat untuk menjadikan percutian lebih happening dan bermakna.
Ibu bapa tahu tak, bawa anak-anak pergi bercuti, bukan semestinya akan menguatkan “bonding” antara kita dan anak-anak?
Ramai ibubapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak.
Tidak semestinya. Ramai ibubapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak.
Tidak semestinya. Kadangkala bila kita pergi bercuti, anak-anak akan jadi stress, malah dalam sesetengah situasi boleh menyebabkan mereka menjadi tidak senang dengan kita.
Contoh bercuti yang tidak merapatkan hati ahli keluarga.
Sebelum perjalanan, si ibu sibuk menguruskan barang-barang yang perlu dibawa. Anak-anak minta nak bawa itu ini, lalu si ibu menyuruh anak jangan menyibuk.
Semasa perjalanan, si ayah bersengkang mata semasa memandu. Isteri tidur kerana kepenatan. Anak-anak disuruh ikut tidur, atau diberi telefon untuk menonton Youtube.
Di destinasi, anak-anak melompat-lompat dan berlari-lari teruja. Si ayah marah-marah kepada anak kerana tak duduk diam. Anak ditarik-tarik oleh si ayah ke tempat dituju.
Sewaktu makan, anak-anak makan dengan seleranya, tapi bersepah-sepah dan comot. Si ibu marah kepada anak-anak kerana mengotorkan baju mereka.
Kemudian agenda utama keluarga bercuti ini adalah untuk ambil gambar cantik-cantik supaya boleh dikongsikan di media sosial. Anak-anak di suruh bergaya begitu begini.
Jika cutinya untuk 2-3 hari, perkara ini jugalah yang diulang untuk dua tiga kali. Akhirnya percutian pun berakhir, dan mereka pun kembalilah ke rumah.
Ibubapa pun rasa bangga, mereka anggap mereka dah berjaya bonding dengan anak-anak mereka. Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.
Percutian begini sebenarnya mendatangkan stress kepada anak-anak. Mereka dilarang-larang, digesa-gesa, diarah-arah, dimarah-marah. Emosi mereka akan terganggu.
Malahan, ia mendatangkan stress kepada ibubapa juga. Pastinya selepas pulang dari percutian tu, ibubapa akan rasa penat dan lesu. Bukan rasa segar dan bermotivasi.
Jadi bagaimana cara yang betul untuk bonding dengan anak-anak?
Nak bina “bonding”, perkara yang paling penting sekali adalah komunikasi antara ibubapa dengan anak. Antara cara untuk menerapkan komunikasi yang baik antara ahli keluarga, dengan semulajadi adalah:
■ Meminta anak mengajar kita sesuatu yang mereka tahu, kemudian barulah kita ajar sesuatu kepada mereka (memperbetulkan kesalahan)
■ Meminta mereka bercerita tentang perkara yang mereka suka, kemudian kita bercerita sesuatu yang kita suka (menasihati mereka)
■ Bermain bersama permainan yang mereka suka, kemudian kita ajak mereka lakukan perkara yang kita suka (mengemas, dsb)
■ Membenarkan mereka memilih sesuatu, kemudian kita pula memilih sesuatu. Kalau ada percanggahan, maka cari titik persamaan.
■ Berterima kasih jika mereka membantu, memohon maaf jika kita tersilap, meraikan bila pencapaian serta kejayaan mereka.
■ Melibatkan mereka dalam perbincangan dan perancangan aktiviti keluarga, seperti percutian, menghias rumah, dsb.
■ Membaca buku cerita yang menarik dan menjawab soalan mereka tentang cerita berkenaan. Kemudian bertanya apa mereka faham tentang cerita itu.
dan banyak lagi.
Di rumah, sedang bercuti, atau di mana-mana sekalipun, pastikan ada aktiviti ini. Barulah “bonding” yang sihat akan terbentuk.
Azrul Nizam Azali, 27, dari Kampung Tengah Kuala Sungai, sebelum ini bekerja di syarikat cari gali minyak di Terengganu sanggup melepaskan jawatan demi menjaga ibu yang sakit di kampung.
Melihat pengorbanan seorang anak muda ini sememangnya wajar dipuji dan dijadikan inspirasi dalam mendidik diri melunaskan tanggungjawab kepada orang tua.
Mendekati anak muda ini, kami kongsikan temubual yang dilakukan. Jom ikuti kisahnya.
Pada mulanya saya ambil cuti selama 2 bulan. Lepas pada tu.. Saya terus ambil keputusan untuk berhenti kerja sebab keadaan mak saya masa tu agak kritikal. Pada hujung tahun 2016.
Sejak itu saya belajar cara membuat kek dan biskut melalui Internet selain mengikuti kelas masakan bagi menjana pendapatan.
Apabila mahir, saya mempromosikan perniagaan kek secara dalam talian walaupun pada mulanya malu kerana bimbang tiada pelanggan.
Berniaga kek ni anggaran pendapatan tak tetap. Bergantung kepada tempahan kek. Selalunya dalam RM1000 macam tu.Tapi bila musim cuti, hasil jualan meningkat sikit.
Bergilir Adik Beradik
Semasa di hospital saya yang menjaga mak di wad sebab adik beradik lain dah berkahwin …tetapi kadang-kadang adik beradik lain pun gilir-gilir jaga mak jika saya ada tempahan kek.
Lakukan dialysis 4 kali sehari
Untuk rutin, mak saya yang bernama Fatimah Ariffin, 64 tahun mengalami penyakit buah pinggang dan menggunakan rawatan dialysis CAPD.
Rawatan ini hanya dilakukan di rumah dan perlu dialysis 4 kali sehari ( pagi, tengah hari, petang, malam) dan makan masa 30-40 minit setiap sesi. Selalunya saya akan hantar kek lepas selesai dialysis pagi dan lepas dialysis tengah hari saya akan mula membakar kek.
Sesi malam pula adalah waktu saya mendeco kek sehinggalah siap. Selalunya saya akan mula dari jam 4 petang sehingga lewat malam dalam lingkungan 2-3 pagi. Kalau oder banyk kadang-kadang sampai ke jam 6 pagi.
Kena Sabar & Kuat
Untuk hadapi dugaan ibu yang sakit dan dalam masa yang sama berkerja bukanlah mudah, jujur saya katakan kita perlu banyakkan bersabar dan kuatkan semangat. Sebab saya nak bagi mak saya semangat untuk kembali sihat.
Selain itu banyak berdoa kepada Tuhan semoga permudahkan segala urusan kita.
Manakala andai ditanya apa perasan saya diberi peluang menjaga ibu, allhamdulillah! Saya sangat puas hati apabila diberi peluang untuk saya jaga mak saya sepenuhnya. Perasaan hati dan jiwa sangat tenang bila ibu ada di sisi saya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.