CARA²:
?panaskan minyak & tumis 4 serangkai sampai naik bau.Masuk kn bahan yang telah di kisar tadi sampai kekuningan
?Masukkan cili kisar yg telah d gaul bersama serbuk kari td.Biar sekejap 5 minit sambil kacau & tggu sampai pecah minyak
?Masukkan daging kacau sebati & biar kn 5 minit.Bahan dah sebati masukkan kicap pekat,kicap lemak manis,lada hitam,asam jawa,garam,serbuk jintan manis,jintan putih & kerisik
?Biarkan sampai daging masak & pekat.Dh masak boleh hidang..
TIPS TAMBAHAN:
*kenali daging yang kita beli kalau daging kena rebus dahulu kalau daging segar tidak perlu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setahun sekali berkumpul, pasti terasa gembiranya. Namun ada insan di sekeliling kita yang terpaksa melupakan sejenak kegembiraan untuk berkumpul bersama ibu ayah dan seluruh keluarga demi menggalas tanggungjawab pada kerjaya.
Selain anggota polis, tentera, bomba, pegawai imigresen merupakan badan beruniform yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga keamanan negara. Dan bercuti di hari raya bukanlah yang selalu didambakan mereka sejak menerima tawaran kerja itu.
Bagi Nurul Jannah Juma’ah, 32 dan suaminya Mohd Noor Azihan Hassim, 35 tahun yang merupakan pegawai imigresen di Bahagian Operasi Kawalan KLIA, tidak dapat pulang berhari raya adalah satu perkara biasa bagi mereka berdua. Sejak bujang lagi kedua-duanya sudah tidak pulang bercuti bersama keluarga dan apabila dipertemukan jodoh bersama, mereka sepakat mengambil giliran yang sama.
“Isu tak balik beraya dah jadi perkara biasa bagi kami sejak dulu lagi. Masa bujang dulu, ketika tahun pertama bertugas terasa juga sedihnya. Tapi bila dah lebih 10 tahun berkhidmat, semua itu dah jadi perkara biasa.
Bukan tak sedih tapi mungkin dah awal-awal lagi set minda kerja yang semacam ini. Bagi saya tak ada masalah kerana suami pun ada sekali. Cuma pagi raya tipnya jangan sekali-kali buka Facebook. Melihat gambar rakan-rakan dan ahli keluarga di pagi raya automatik hati rasa sayu dan sedih kerana tak dapat beraya bersama. Jadi caranya kena kerja sahaja, jangan buka media sosial. ,” luah Jannah memulakan bicara awalnya.
Meriah Di Malam Raya
Jannah sudahpun berkhidmat lebih 10 tahun manakala suaminya berkhidmat lebih 12 tahun di jabatan yang sama.
Bagi pasangan yang dikurniakan dua orang anak comel, Muhammad Nur Zyadzachary, 5 tahun dan Nurul Hannah Sausan, 4 tahun, bertugas di hari raya sememangnya menyeronokkan.
“Semua pegawai sememangnya diberikan cuti mengikut sistem giliran tiga tahun. Jadi selepas tiga tahun barulah kami boleh bercuti di hari raya. Kalau kebetulan off di hari raya, itu satu bonus buat kami.
Sebenarnya tidak jadi masalah kerana ketika bekerja pun suasana raya masih lagi terasa. Malam raya merupakan waktu yang cukup meriah buat semua staf. Kami biasanya diminta untuk hiaskan pejabat mahupun pantry dengan mood raya menjelang esok hari.
Kalau bertugas di pagi raya biasanya kami akan jalankan tugas seperti biasa dan bila waktu rehat barulah kami menjamu selera yang disediakan buat staf. Dapatlah beraya bersama rakan-rakan sekerja. Memang meriah.
Malah suatu ketika dulu pernah kami diarahkan untuk bertugas dengan pakaian raya di waktu pagi raya. Semuanya melaram dengan baju raya masing-masing. Seronok juga ketika itu. Lari dari kebiasaan,” kata anak kelahiran Shah Alam ini lagi.
Tinggalkan Anak
Bagi Jannah dan suaminya, bertugas di hari raya tidaklah menjadi soal. Namun meninggalkan anak beraya sendiri dengan keluarga adalah perkara yang lebih dikisahkan mereka.
“Menjelang raya, dua tiga hari sebelum raya, saya akan hantar anak-anak pulang beraya bersama mak di Melaka. Dapatlah mereka beraya dengan sepupu mereka.
Pada saya bagi kita yang sudah dewasa beraya itu mungkin sudah biasa, nak-nak lagi bila terpaksa bekerja. Cuma saya mahu anak-anak merasai momen beraya mereka dengan indah supaya ada satu kegembiraan yang mereka boleh kenang nanti.
Kalau diikutkan sedih juga tak dapat bersama-sama mereka tapi apakan daya demi tugas. Biasanya selepas habis bekerja, petang raya saya dah ambil anak-anak. Jadi dapatlah kami beraya bersama-sama,” katanya lagi.
Sumber: Majalah Keluarga isu Jun 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali menggoreng ikan masin dan nak mengalihkan ikan pasti kepalanya tertanggal daripada badannya. Malah ada juga yang hancur disebabkan terlalu lembut.
Sudahnya ikan hancur dan tidak sempurna apabila dihidangkan. Tahu tak sebenarnya ada cara untuk mengekalkan rupa dan bentuk ikan sempurna ketika digoreng. Ada baiknya kita cuba petua tradisi yang dikongsikan oleh Norlaili Hashim dari Pekan, Pahang ini. Mudah sangat!
Petua 1
BAHAN-BAHAN:
Ikan gelama masin
Tepung gandum
CARA MEMBUATNYA:
1. Bersihkan ikan dan buang siripnya.
2. Ambil satu sudu tepung dan letakkan pada ekor ikan masin.
3. Ratakan sapuan pada ekor.
4. Kemudian barulah panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Petua 2
BAHAN-BAHAN:
Ikan masin
CARA MEMBUATNYA:
1. Setelah dibuang siripnya, basuh ikan masin pada air mengalir.
2. Elakkan merendam ikan masin.
3. Cara ini buat ikan jadi lembut dan apabila digoreng akan hancur.
Mudah kan? Jom cuba!
Sumber: Norlaili Hashim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penonton drama Rindu Kasih yang kini sedang trending lakonan Ummi Nazeera dan Izzue Islam pasti geram dengan watak ibu mentua kepada Salina (Ummi Nazeera) kan?
Pada yang dikurniakan mak mentua yang baik, penyayang dan bertimbang rasa, syukur alhamdullilah. Tapi pada yang direzekikan sebaliknya, anda harus banyak bersabar ya.
Takkan sepanjang masa, kita nak melawan kan? Bagaimana keluarga nak harmoni. Tetaplah bersabar kerana di sebalik kesabaran itu pasti ada hikmahnya.
Sentiasa cuba menjalinkan hubungan yang baik dengan mentua, anda boleh lakukan amalan ini untuk melembutkan hati ibu mentua.
1. Sabar Dan Sentiasa Doa Kepada Allah “Allahumma taqabbal taubatil waghsil haubatii, wa ajib da’watii, wa tsabbit hujjatii, wa saddid lisaanii, wahdi qalbii, waslul sakhiimata shadrii.”
Maksudnya : Ya Allah, terimalah taubatku, hilangkan rasa khawatirku, jawablah doaku, teruskan ucapan benarku, arahkan hatiku kepada hidayah-Mu, dan lenyapkan kedengkian yang menyelubungi dadaku.
Maksudnya : Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.
Artikel Berkaitan
3. Doa Agar DiKurniakan Rasa Cinta Dan Kasih Di Hati Mentua
Allahumma inni as aluka, bi haibati adhamatika, wabi sathwati jalaalika an taj’ala mahabbatii fii Qalbii (sebutkan nama mertua), wa alqil mahabbata wal mawad data fii Qalbihi wa aththifhu, alayya bi fadhlika Yaa Kariim.
Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu, berkah wibawa keagungan-Mu dan amukan keluhuran-Mu, agar Engkau jadikan kecintaan di dalam hati (sebutkan nama mertua). Dan resapkanlah kecintaan dan kasih sayang terhadapku di dalam hatinya. Dan cenderungkan ia padaku lewat anugerah-Mu, wahai Dzat yang Maha Mulia.
4. Tawakal Allaahumma innaka antal azizul kabir. Wa anaa abduka adhdhoiifudzdzaliil. Alladzii laa haula wa laa quwwata illaa bika. Allaahumma sakhkhir lii…(sebutkan nama mertua) kama sakhkhorta firauna li musa. Wa layyin li qolbahuu kama layyantalhadiida li dawuda. Fa innahu la yantiqu illa bi idznika. Nashiyatuhuu fii qobdhatika. Wa qolbuhuu fi yadiKka. Jalla tsanau wajhik. ya arkhamar rakhimiin.
Maksudnya : Ya Allah, sungguh Engkau Maha Mulia Maha Besar. Sedangkan aku hamba-Mu yang sangat hina dina. Tiada upaya dan kekuatan keculi karena Engkau. Ya Allah, tundukkanlah… (sebutkan nama mertua) padaku, sebagaimana Engkau telah menundukkan Fir’aun pada Musa AS. Dan luluhkan hatinya untukku, sebagaimana Engkau telah meluluhkan besi untuk Daud AD. Karena sungguh dia takkan berbicara kecuali dengan izin-Mu. Ubu-ubunnya dalam genggaman-Mu, dan hatinya di tangan-Mu. Pujian wajah-Mu telah Agung, wahai yang lebih sayang para penyayang.
Semoga dengan mengamalkan doa-doa ini, hubungan anda dan juga mentua bertambah baik. Insya Allah
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.