Susahnya nak mengandung! Masalah sukar hamil sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan baik suami atau isteri. Apa sebabnya? Banyak penyebabnya yang mama perlu tahu.
Ada kalanya, ia disebabkan oleh gaya hidup anda yang menjejaskan rancangan anda untuk membina keluarga. Jika anda menghadapi masalah untuk hamil, berikut 9 tugasan yang anda perlu lakukan sebelum berjumpa dengan pakar fertiliti.
1. ‘Betulkan’ berat badan dan kualiti diet anda.
Anda mungkin mempunyai masalah untuk hamil dan kebarangkalian tinggi mendapat komplikasi kehamilan tertentu jika anda kurang atau terlebih berat badan. Ini bukanlah masa yang tepat untuk anda menghilangkan berat badan atau ‘memenuhkan’ perut anda dengan makanan yang tidak sihat – anda dan bayi anda perlukan diet yang sihat.
2. Ambil vitamin pranatal harian bersama asid folik.
Asid folik (folat) adalah sejenis bentuk vitamin B9. Penting untuk wanita hamil dan mereka yang mahu hamil mendapatkan asid folik. Asid folik boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran serius (NTD – kecacatan tiub neural) pada otak dan saraf tunjang bayi. Jika anda menggunakan vitamin lain atau suplemen herba, berhenti mengambilnya dan minta nasihat daripada doktor anda.
3. Berhenti merokok dan elakkan alkohol.
Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol dengan segera jika anda sedang mencuba untuk hamil. Merokok dan minum minuman keras boleh menjejaskan kesuburan anda dan meningkatkan risiko mendapat bayi pramatang dan berat badan waktu lahir rendah. Ingatlah bahawa perokok kedua adalah lebih berbahaya, jadi elakkan diri anda menjadi perokok kedua. Penyalahgunaan dadah juga boleh mengurangkan kesuburan anda.
Ads
4. Berwaspada pada kekeliruan kitaran haid.
Kebanyakan wanita menganggap bahawa kitaran haid mereka adalah 28 hari dan mereka akan mengalami ovulasi pada hari ke-14 selepas hari pertama haid mereka. Sebenarnya, panjang kitaran boleh berubah. Ovulasi tidak selalunya berlaku pada masa yang sama setiap bulan. Sperma boleh hidup selama tiga hari dalam serviks anda. Jadi, anda boleh melakukan hubungan kelamin sebelum hari ovulasi anda untuk meningkatkan peluang kehamilan anda.
5. Hilangkan tekanan.
Jika anda memberitahu rakan-rakan dan keluarga yang anda sedang ‘mencuba’, kebanyakan daripada mereka akan menasihati anda untuk relaks dan biarkannya berlaku sendiri. Malangnya, ia lebih mudah diperkatakan daripada dibuat. Stres memberikan anda impak negatif, baik secara fizikal dan mental. Anda mungkin memerlukan beberapa kaunseling atau terapi untuk mengurangkan tahap stres anda.
6. Dapatkan tidur malam yang lebih baik.
Ads
Jadual tidur yang tidak tentu boleh mempengaruhi kitaran menstrual anda. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan stres pada tubuh, sekali gus menghuru-harakan sistem imun anda. Anda boleh berisiko mendapat jangkitan, yang boleh membahayakan kitaran reproduktif anda.
7. Mendapat cukup hubungan kelamin.
Kebanyakan individu percaya dengan mengehadkan kekerapan seks boleh ‘menjimatkan’ sperma dan dapat membantu wanita untuk hamil dengan mudah. Ini mungkin juga betul, tetapi tidak melakukan hubungan kelamin banyak hari juga bukanlah idea yang baik.
8. Jangan mengabaikan vaksinasi.
Mendapatkan vaksin pra-kehamilan yang sesuai boleh membantu anda melindungi kesihatan tubuh anda dan bayi. Penyakit tertentu boleh menyebabkan kecacatan kelahiran pada bayi anda jika anda mendapatnya semasa hamil. Jadi, jika anda sedang merancang untuk hamil, sila pastikan vaksinasi anda adalah terkini. Beberapa vaksin yang diperlukan untuk bakal ibu adalah vaksin MMR (measles, mumps dan rubella), vaksin cacar air, vaksin Hepatitis B dan A, dan vaksin Pneumococcal.
9. Berjumpa dengan doktor.
Ads
Anda perlu membuat temujanji dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan fizikal penuh sebelum mula hamil. Beritahu doktor anda mengenai sebarang ubat yang anda ambil untuk memastikan ianya selamat diambil jika anda hamil. Jangan lupa untuk memberitahu tentang kemungkinan bahaya persekitaran anda di tempat kerja.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Tidak lengkap rasanya kalau makan nasi di waktu tengah hari tanpa ada sayur di dalam hidangan. Paling tidak pun memadai ulam-ulaman yang dicelur, tambah berselera jika digandingkan pula dengan sambal belacan. Memang makan bertambah dibuatnya.
Memastikan sayur dan ulam-ulaman yang dimakan oleh keluarga kita adalah selamat, ada baiknya ketahui cara betul untuk mencucinya seperti mana yang dikongsikan oleh Enkay Nik Mustaffa.
Menurutnya ada beberapa cara yang sesuai dibuat mengikut perbezaan jenis sayur-sayur dan nak tahu detail ini perkongsiannya.
TIPS MEMBERSIHKAN ULAM DAN SAYUR
Bila dah mula makan ulam mentah, rasa ketagih dengan rasa manis, kesegaran dan kerangupan terutama sayur yang ditanam sendiri.
Hari ni petik kailan, kangkung, sawi manis, salad romaine yang ditanam sendiri untuk cicah dengan sambal belacan.
Untuk orang yang suka makan ulam ni cuma kena jaga kebersihan. Selain tu, ambil ubat mencegah cacing secara teratur. Ada tiga cara yang kita boleh gunakan untuk membersihkan sayur.
1) BILAS
– Cuci tangan anda sekurang-kurangnya 20 saat
– Cuci dahulu sayur atau buah yang mempunyai kulit
– Buang label pelekat, kotoran atau busuk pada makanan
– Bilas menggunakan air yang bersih sambil sental. Tujuan menyental adalah untuk menyingkirkan mikrob dan organisma kecil yang terdapat pada makanan
Sesuai untuk: Epal, pear, kobis, lobak merah dan sebagainya
2) RENDAM
– Penuhkan besen, sink atau mangkuk besar dengan air.
– Rendamkan sayur atau buah dan buat gerakan pusaran untuk membilas makanan itu.
– Rendamkan selama 2-3 minit
– Sesuai untuk: Sawi, kangkung, anggur, oren dan sebagainya
RENDAM DALAM LARUTAN AIR GARAM
– Campurkan 1-2 sudu garam ke dalam besen berisi air
– Rendamkan sayur atau buah anda selama 5 minit
– Bilas kemudian sayur atau buah itu boleh digunakan atau di simpan
– Sesuai untuk: Brokoli, bunga kobis, anggur, oren dan sebagainya.
Kebaikan dan manfaat buah delima memang sudah lama diperakui dan begitu juga jika dilihat banyak petua-petua orang lama turut menggunakan buah delima untuk perawatan kesihatan, kecantikan dan sebagainya.
Ini sebagaimana petua yang dikongsikan bersama Uya Masbah. “Anak saya usia 7 bulan dah seminggu batuk teruk (batuk sampai muka merah dan takde suara) sampai warded disebabkan terlalu teruk tidur pon tak lena. Selepas keluar wad saya ikhtiar bagi air perahan delima ni, Alhamdulillah dengan izin Allah beransur baik.”
Cara buat :
Lenyekkan buah delima di atas tapis. Nanti akan dapat air yang pekat. Saya bagi anak 4 kali sehari.
Manakala perkongsian petua daripada Cempaka Anis yang diperolehi daripada seorang makcik, katanya masa mengandung 4,5 bulan, ambil sebiji buah delima, makan sambil selawat satu persatu, sebijik jangan kongsi-kongsi. Jangan cicir 1 pun. Niat dalam hati betul-betul. InsyaAllah anak cerdik dan cepat pandai bercakap.
Siapa yang mengandung boleh cuba. Ikhtiar tak salah, yang lain kuasa ALLAH.. banyakan berdoa…jom amalkan.. moga bermanfaat buat semua..
Selian delima ini diketahui banyak khasiatnya, dan umumnya kita biasa makan buah delima yang segar atau dijadikan jus minuman. Pun begitu, andai disejuk bekukan apa pula rasanya ye?
Menjawab soalan ini, melalui perkongsian Ahlia Fitri memang cukup mengujakan.
Ini adalah frozen delima. Kalau malas nak buat air delima atau takut delima busuk tak termakan, cubalah cara ni.
Ceraikan isi buah delima satu-satu dan bekukan. Bila dah sejuk beku tu…makan macam snek je. Dengan biji-biji sekali kunyah dan telan pun tak terasa. Crunchy and healthy. Tabur atas aiskrim pun sedap. InsyaALLAH.
Ekstra info :
Pilih buah delima yang berat dan pastikan kulitnya bersih dan tidak merekah.
Buah delima boleh tahan hingga 6 bulan jika di simpan di peti sejuk.
Jika membeli produk delima, pastikan menyemak label kandungan sebelum membeli. Pastikan parasa gulanya tidak terlalu tinggi kerana niat kitauntuk dapatkan khasiat delima takut nanti bertukar masalah lain pula.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekiranya ada dikalangan ahli keluarga anda yang mengidap ekzema, umumnya untuk mengawal kegatalan kulit ada makanan yang kita larang mereka ambil seperti telur, udang dan makanan laut yang lainnya.
Pun begitu, tahukah anda ada juga jenis sayur dan buah-buahan yang tidak bagus diambil oleh mereka yang ada ekzema.
Jika dimakan, akan menyebabkan penderita ekzema akan merasa semakin gatal dan nampak semakin teruk kesannya. Ini sebagaimana menurut Mizhana Padzi iaitu merupakan Eczema Health Coach, ada 12 jenis sayur dan buah yang bahaya diambil oleh penderita ekzema.
Nak tahu detail, ini disenaraikan olehnya dan sila take note.
12 SAYUR DAN BUAH YANG BAHAYA UNTUK EKZEMA
Maknanya jika makan oleh penderita ekzema, ekzema boleh flare up.
Siapa sangka kan ada sayur dan buah yang walaupun sihat dan bagus dimakan orang lain, namun tidak untuk penderita ekzema.
Sayur dan buah yang tidak pas untuk ekzema di bawah ini bukanlah selama lamanya harus dijauhi. Tapi cuba off sementara ekzema belum baik dan anda sudah penat berhabis duit beli krim dan tak tidur malam lihat anak bergaru setiap malam.
Sayur dan buah di bawah ni antara list yang saya sebagai Eczema Health Coach larang klien saya makan sementara waktu hingga ekzema mereka pulih dengan mudah tanpa ubat dengan izin Allah.
Mari lihat apakah sayur dan buah itu yang suka buat onar pada ekzema anak anda di gambar di bawah dan saya terangkan sekali kenapa :
1. Tomato
Tomato sangat bagus dimakan penghidap kanser, tapi bukan penderita ekzema kerana ia sangat tinggi histamine dan sebabkan gatal
2. Jagung
Jagung antara makanan yang sangat digemari semua orang. Malang sekali jagung boleh trigger ekzema kalau tak pulih lagi
3. Brokoli
Brokoli yang menyihatkan ini harus avoid at all cost kerana ia mengandungi MSG dan sulfites yang sangat sensitif untuk usus penderita ekzema. Kalau makan, samada ekzema teruk atau lambat baik
4. Cendawan
Cendawan ni basic sayur yang kena hindari kalau sakit kulit. Ibu ibu yang ada anak ekzema kalau tak tahu cendawan tak boleh makan, kesian anak tu. Cendawan tinggi histamine dan sebabkan gatal
5.Cili benggala
Photo by Rens D on Unsplash
Bell peppers sayur yang enak namun ia tinggi GMO dan tinggi alkaloid dan solanine yang sebabkan keradangan kulit bertambah parah (kalau radang ekzema dan baik insyaAllah tak ada masalah nak makan sayur ni)
6. Nanas
Pineapple atau nenas ni antara citrus fruits yang kena elak bila ekzema susah nak baik kerana citrus can trigger eczema
7. Kubis
Photo by yang louie on Unsplash
Kubis antara sayur yang tinggi histamine dan sebabkan gatal
8. Anggur
Anggur ni tolong tolong jangan dekati selagi ada ekzema. Anggur ni sangat bahaya untuk ekzema
9. Buah mata kucing
Buah mata kucing kena elak juga walaupun ia enak namun bad for eczema healing
10. Kiwi
Kiwi sama macam anggur. Kena pasak dalam kepala kiwi buah yang bahaya untuk kulit ekzema
11. Berries
Photo by William Felker on Unsplash
Berries tak kisahlah strawberry ke ,blueberry ke raspberry ke adalah tinggi histamine jadi boleh sebabkan gatal
12. Buah kering aprikot
Photo by engin akyurt on Unsplash
Buah kering seperti aprikot kering, kismis, figs atau teen, prunes atau kurma walaupun bagus untuk kesihatan tapi bila ada ekzema adalah BIG NO sebab ia tinggi gula tersembunyi dan tinggi sulfites sekitar 500 ke 2, 500, lebih tinggi dari arak dan sulfites dalam buah buahan kering ni boleh sebabkan ekzema gatal dan radang.
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/mizhana.padzi.7/posts/1293093871210642″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Mizhana Padzi [/su_button]