Melihat kes harian Covid-19 yang semakin melonjak dan kini jumlahnya mencapai angka lebih 20 ribu, timbul perasaan bimbang dan menyebabkan kita semua lebih berhati-hati.
Selain memastikan setiap kali keluar rumah akan memakai pelitup muka dan kerap menggunakan hand sanitizer. Bahkan tidak dinafikan kita juga akan kerap menggunakan kit ujian lebih meluas untuk memastikan diri dan keluarga benar-benar sihat untuk langkah berjaga-jaga.
Viral Kid Ujian Covid-19 Guna Air Paip Keputusannya Positif
Pun begitu, kesahihan keputusan kit saringan kendiri atau juga dikenali sebagai Rapid Antigen Test menggunakan sample air liur mula dipersoalkan apabila viralnya satu video yang dimuat naik oleh pengguna aplikasi TikTok.
Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat, terlihat seorang lelaki membuat ujian kit tersebut dengan menggunakan air paip.
Apa yang mengejutkan keputusan ujian tersebut menunjukkan positif, terlihat jelas dua garisan pada kid tersebut.
Beli Yang Original & Lulus KKM
Ekoran daripada video tersebut Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19 yang disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan keputusan tepat.
Ujarnya hanya kit ujian kendiri Covid-19 ‘asli’ dapat bertindak balas dengan air liur dan antibodi dalam sampel air liur yang diambil.
Jika palsu melakukan ujian terhadap air longkang sekalipun, kemungkinan keputusannya juga adalah positif.
Beliau berkata, tidak dinafikan ada kit ujian kendiri Covid-19 menunjukkan keputusan tidak jitu, sebab itu KKM menyarankan penggunaan kit ujian yang diluluskan sahaja.
Ads
“Pengguna perlu membeli kit ujian kendiri Covid-19 disarankan kerajaan dan di farmasi, ada banyak kit ujian itu yang murah dan palsu di pasaran sekarang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau memberi reaksi itu bagi mengulas berhubung video tular memaparkan keputusan kit ujian kendiri Covid-19 yang positif hanya dengan menggunakan air paip.
Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi warganet sehingga ada yang mempersoalkan berhubung keputusan kit ujian kendiri Covid-19 terbabit.
Dr Hanafiah berkata, penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak sesuai akan menyebabkan keputusan tidak jitu terhasil.
“Jika menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 palsu dan melakukan ujian terhadap air longkang sekalipun, kemungkinan keputusannya juga adalah positif.
“Harga kit ujian kendiri Covid-19 kini sudah murah, hanya RM6.90. Pengguna disarankan untuk mendapatkan kit ujian kendiri yang disarankan KKM,” katanya.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Ads
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
“Aku akan mencintaimu seorang dan hanya menjadi milikmu selamanya hingga hujung nyawa..” Kalimat sakti ini andai diucapkan oleh pasangan terdengar sangat indah dan menawan hati.
Pada awal-awal perjalanan alam rumah tangga, semuanya berjalan seperti yang diimpikan. Hari-hari yang dilalui terasa begitu indah bersama pasangan.
Namun sudah menjadi lumrah hidup berumah tangga pasti ada pasang surutnya, sekali sekala dilanda hujan dan badai, namun semua itu harus didepani dengan tenang dan matang. Ini memandangkan itulah hakikatnya asam garam berumah tangga yang perlukan kesabaran dan kesetiaan kedua-dua pihak.
Menyentuh tentang setia kepada pasangan, seorang suami ini menyifatkan orang yang setia mulia jiwanya, orang yang setia bersih hatinya dan orang yang setia itu indah akhlaknya.
Namun untuk setia pada masa ini dilihat begitu sukar. Mengapa dia berkata begitu, ayuh baca detail perkongsiannya agar menjadi iktibar buat semua.
Nak setia itu susah sekarang…
Ujian, dugaan dan cubaan untuk menguji kesetiaan itu datang dari pelbagai arah…depan pasangan pun kesetiaan boleh musnah tanpa perlu keluar dari rumah.
Nowadays, curang lebih mudah.
Melalui HP, tanpa perlu ke mana-mana dah boleh curang. Bila dah curang, maka takdir dan ketentuan sering digunakan sebagai alasan.
Walhal yang memulakan itu adalah diri sendiri.
Sifat yang semakin hilang dalam perhubungan adalah kesetiaan. Orang yang setia ini adalah orang yang sayangkan hubungan. Orang yang setia ni adalah orang yang betul-betul nampak hala tuju hubungan. Orang yang setia ni adalah orang yang nak hubungan tu kekal selama yang mungkin.
Sebab itu dia setia.
Tapi, setia akan jadi susah andai kata kita setia pada orang yang salah. Setia akan jadi menyakitkan andai kata dia tak layak menerima kesetiaan kita. Jiwa dan raga akan terseksa selagimana kita memilih untuk terus setia.Kesetiaan itu sia-sia.
Orang yang setia ni, mulia jiwanya. Orang yang setia ni, bersih hatinya…orang yang setia ni, indah akhlaknya…orang yang setia takkan sesekali menghancurkan perasaan org yang dia sayang. Oleh sebab itulah, orang yang setia tak layak bersama orang yang curang.
Sejak dulu beras digunakan sebagai pupur untuk mencerahkan kulit dan membuang kotoran dengan cepat. Pernah tak dengar orang kata kenapa orang-orang Siam atau yang duduk disempadan Siam muka cantik gebu dan semuanya comel-comel belaka. Kalau perasan, muka mereka semuanya cantik dan paling penting kulit licin dan gebu. Jerawat? Memang tak pernah ada. Malah, ada yang mengatakan amalan mereka makan pulut sejak kecil rahsia kulit cantik. Ya, itu hakikatnya. Pulut Ayam yang jadi makanan popular mereka adalah menu ruji saban hari. Makan pulut macam makan nasi agaknya dan inilah rahsia kulit cantik mereka.
Jika tak mampu nak amalkan makan pulut setiap hari, apa kata kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan Siti Zainab di facebooknya. Malah MamaAmoi juga dah cuba! Jom tengok apa bahan-bahannya.
Masker Putih Gebu
Bahan-Bahan:
4 sudu besar beras pulut
2 sudu besar Rose Bud
1 sudu besar susu tepung
Sedikit air mawar -Facemist Bunga Kampung Suzy Honey
Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.
Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.
Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.
Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.
Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.
Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.
Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.
Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.
Kelebihan Masker Rose & Beras Pulut
Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!
Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Gara-Gara belacan, wanita ini hampir kena tahan polis. Kisahnya seorang wanita ini yang baru sahaja nak lepaskan gian dengan makanan Malaysia. Namun siapa sangka dia kena ‘tahan’ dengan polis di Perancis.
Kisah ini tular di laman Twitter setelah seorang lelaki memuat naik pengalaman yang dialami oleh kawan kepada isterinya yang menetap di negara Perancis.
Menurut pengguna @thezulfo, wanita itu sangat gembira mendapat belacan. Lantas dia memilih untuk membakar belacan tersebut.
Ikut tips orang dulu-dulu, kalau nak sedap, kena bakar belacan itu dulu, baru sambal belacan jadi lebih ‘umph’!
Tapi belum sempat merasa belacan, wanita itu didatangi lalu disoal siasat oleh polis di negara itu gara-gara menerima laporan dari jiran bahawa terdapat bau mayat dirumahnya.
Tweet yang cukup simple itu terus menular dan ramai yang memberi komen berkenaan hal tersebut.
Walau bagaimanapun, @thezulfo telah memberi penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada kawan kepada isterinya itu. Kedengaran pelik tetapi lucu sebenarnya. Mujurlah wanita tersebut tidak menerima sebarang hukuman.
Gambar sekadar hiasan
Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman kawan ibunya yang mengalami masalah yang sama. Cuma kesnya ini adalah menggoreng ikan masin.