Ibu bapa mana yang tidak risau apabila anak asyik batuk kemudian disertai dengan muntah. Jika asyik muntah aje, tentu akan menjejaskan kesihatan anak. Paling bimbang jika dibiarkan berlarutan akan mengakibatakan anak tidak  berselera makan.

Jadi jangan buat main apabila anak batuk dan muntah sekali. Apa yang menarik perkongsian oleh seorang doktor ini yang dikenali sebagai Yazeed Hair Johari telah menarik perhatian ramai terutama ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil. Malah cara huraian oleh doktor ini mengenai masalah batuk dan muntah dijelaskan dengan mudah difahami. Malah tidak mustahil ramai yang share!

 

BATUK MUNTAH
Kanak Kanak 0 – 5 Tahun . Pelik kan Batuk Muntah ? Selalunya sama ada Batuk Atau Muntah. Tapi kali ini aku cerita tentang
Kombinasi Batuk Muntah .

Pertama sekali kita fahamkan ,

APAKAH ITU BATUK ?
Batuk ni sebenarnya adalah salah satu Simptom . Ianya tidak merbahaya .. Malah batuk itu sendiri adalah Sihat .Batuk ini adalah salah satu refleksi badan kita , Untuk mengeluarkan sesuatu dari salur pernafasan jika ianya didapati dapat memudaratkan .
Selain dari itu batuk ni jugak , Sebenarnya sebagai “ Protection” Untuk elakkan bendaasing dari terus masuk ke sistem paru paru …

JENIS BATUK

Bila Anak Batuk Dan Muntah, Pencegahan Awal Penting. Penjelasan Doktor Ini Mudah Nak Faham.
1- Barky cough ( Batuk Bising)
2- Whooping cough ( Batuk Pertussis)
3- Cough with fever ( Batuk + Demam)
4- Cough with Vomiting ( Batuk + Muntah)

Barky Cough
– Batuk bising ini selalunya disebabkan oleh mukosa ( salur pernafasan) “ croup” dari Larynx .. dan trachea, Yang bengkak . Seperti biasa macam jangkitan pada tekak .
Woophing Cough
– Adalah sejenis batuk disebabkan jangkitan bakteria oleh Bordetella Pertussis.
Untuk hari ini aku nak ceritakan tentang
Batuk Muntah

Sekarang ni, Seperti diatas kita dah tahu kan , Jenis batuk . banyak jenis lagi , Tapi jangan pening kan kepala …

Batuk Muntah ni biasa kita lihat untuk kanak kanak umur 2-4 tahun .
Asal batuk je, Mesti muntah. Tak demam pun .. Selera makan ada .. Sihat dan aktif..

IKLAN

Jangan Risau !

Seperti biasa , Umur macam ni , Mereka lebih cenderung untuk bermain . Kadang 2 berpunca dari kebersihan tangan , Mainan yang dikutip dan sebagainya .

Kita sebagai ibu bapa ni pun , Tak larat lah kita nak kawal segalanya , Basuh tangan setiap 5-10 minit . Satu kerja apa pun tak jadi ..

Jangan Panik!

Ini adalah biasa, Lebih lebih lagi untuk jangkitan virus . Tekak akan kemerah merahan .. sedikit bengkak mungkin ada demam , Atau tidak …

Ini hanyalah refleksi sahaja.

Bila ada radang tekak , mukos ( Kahak)akan dirembes dengan lebih banyak .. Ini bertujuan untuk memerangkap bendasing , kuman , Bacteria dan sebagainya dari masuk ke salur pernafasan .

IKLAN

“ Gag reflex “ Iaitu refleks untuk meluahkan semula apa yang masuk ke dalam tekak..

Ianya refleksi yang baik ..

Tapi malangnya ,Dengan adanya lendir kahak yang banyak , Pada tekak kanak kanak , Ianya akan menyebabkan ketidak selesaan .

Bila tekak rasa berlendir, mula lah rasa tak selesa.. Nak ludah tak pandai lagi ..

Maka , mereka ni akan cuba jugak untuk meludah , sudahnya , Gag refleks akan menyebabkan “ Throw up “ Muntah..

Lendir yang banyak ini juga akan terkumpul pada salur makanan. yang akan menyebabkan “ Nausea” Mual .

IKLAN

Perut pun apa lagi , Refleks lah . Badan kita akan cuba buang apa sahaja yang akan menyebabkan kurang selesa .

PERLU UBAT ?

Bila Anak Batuk Dan Muntah, Pencegahan Awal Penting. Penjelasan Doktor Ini Mudah Nak Faham.
Ya!
– Jika demam
– Jika anak tak dapat tidur disebabkan batuk yang kuat

RAWATAN

– Ubat batuk Antitussive/ Anti sputum hanya diberi jika diperlukan sahaja
– Jika ada demam, Akan dirawat dengan Antibiotik jika jangkitan Bakteria sahaja.
– Jika viral fever , Pastikan hidrasi yang cukup
– Ubat batuk dilarang untuk anak bawah 2 tahun melainkan herba yang dibenarkan
– Jika batuk yang sedikit , pengambilan ubat tidak digalakkan .
– Berikan air yang secukupnya
– boleh berikan madu asli untuk melembabkan tekak anak
– sapu balm panas pada tekak dan dada
– Pastikan minum air kosong yang banyak selepas muntah
– elakkan minuman bersusu sebelum tidur .. Kerana ianya akan menghasilkan lebih banyak pengumpulan kahak .
– Pastikan anak tidur dengan bantal yang lebih tinggi , untuk memastikan posisi kepala lebih tinggi dari dada.

BILA PERLU BAWA KE HOSPITAL?

Bila Anak Batuk Dan Muntah, Pencegahan Awal Penting. Penjelasan Doktor Ini Mudah Nak Faham.

– Jika muntah berterusan / Berdarah dll
– Jika batuk berterusan ,
– Demam yang semakin tinggi
– jika anak anak menolak makan atau minum lebih dari 24 jam
– Anak menjadi tidak aktif
– Bernafas dengan lebih laju
– Bunyian wheezing yang bising
– bernafas secara tercungap cungap
– Sakit sendi dan kemerah merahan

Nota ini hanyalah tulisan untuk pemahaman yang ringkas . Pastikan anak anda diperiksa oleh doktor terlebih dahulu sebelum mengikut panduan diatas.

Early diagnosis is always important.

Sekian.
Harap memberi manfaat.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI