Dalam sesebuah rumah tangga, perselisihan antara suami dan isteri adalah perkara biasa yang tidak dapat dielakkan. Namun, apa yang sering dipandang ringan ialah kesan pertengkaran tersebut terhadap anak-anak yang sedang membesar.
Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, penyanyi rap dan pelakon wanita Malaysia atau lebih dikenali sebagai Bunga Isme menghantar perkongsian di platfrom Threads pada tempoh hari yang lalu mengundang perhatian ramai apabila beliau mengingatkan ibu bapa agar berusaha untuk tidak gaduh dihadapan anak.
Menerusi hantaran tersebut, Bunga meluahkan rasa bimbang terhadap trauma yang boleh dialami oleh kanak-kanak apabila berhadapan dengan situasi menyaksikan pertengkaran Ibu bapa mereka.
“Traumanya tengok benda ni. Boleh tak jangan gaduh depan anak? Boleh tak kalau nak gaduh tu pergi masuk MMA ring ke? Tolong gaduh jauh dari anak.” Penyayi Bunga Isme berkata.
Ads
Beliau turut menegaskan bahawa anak-anak tidak memilih siapa ibu dan ayah mereka. Namun, merekalah yang sering menanggung kesan daripada konflik yang berlaku dalam keluarga.
Bunga, masih ramai diluar sana yang memandang ringan dengan perkara ini dan beranggapan bahawa anak masih kecil dan tidak memahami situasi apa yang berlaku.
“Selalu orang kata anak kecik lagi bukannya dia paham. WRONG. Anak kecik ni lah yang akan ingat semua benda ni sampai diorang besar. Jangan ingat anak kecik ni akan lupa ya.” katanya lagi.
Ads
Perkongsian tersebut membuatkan ramai warga maya rasa terharu suasana dalam rumah memainkan peranan besar terhadap perkembangan emosi anak.
Ramai turut berkongsi pengalaman masing-masing yang masih mengingati jeritan, pertengkaran dan segala pergaduhan yang berlaku di dalam rumah tangga antara ibu bapa walaupun situasi itu berlaku ketika mereka masih kecil.
Ads
Hakikatnya, rumah sepatutya menjadi tempat paling selamat walaupun berlaku perselisihan faham dan sedikit pertengkaran tapi masih boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.
Semoga pesanan ringkas penyanyi Bunga Isme ini menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua yang bergelar ibu bapa agar tidak melakukan perkara tersebut di hadapan anak.
Awet muda betul keluarga Ngasri, anak beranak macam tak ‘makan’ tua. Setiap kali kemunculan ahli keluarga Ngasri, pasti ramai yang cemburu dengan penampilan mereka yang seakan langsung tak dimamah usia.
Terbaharu melalui satu perkongsian video Bell Ngasri bersama adik beradiknya yang dikongsikan oleh abangnya, Naszeli. Ramai warga maya memuji penampilan keluarga ini. Dalam video itu juga kelihatan bapa mereka, Ngasri Sain. Ramai warga maya memuji keluarga ini yang kelihatan masih sama seperti dulu, tidak begitu dimamah usia.
Ngasri Sain sendiri pun sudah berusia 74 tahun namun tetap nampak muda. Wajah dan fizikalnya seakan mencerminkan lelaki yang sudah berusia 74 tahun. Penampilannya jauh lebih muda daripada usianya yang sebenar.
Tidak terkecuali juga dengan abang Bell, Naszeli Ngasri, kelihatan muda walaupun kini sudah mempunyai cucu. Maka tidak hairanlah Bell, Anne dan Darling juga memiliki wajah yang awet muda.
Bell merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik. Adik beradik Bell terdiri daripada Nasliza Ngasri (kakak), Naszeli Ngasri (abang), Nasreen Ngasri atau Darling (adik), Naszriah Ngasri atau Anne (adik), Nassuhada Ngasri (adik).
Ramai warga maya beranggapan genetik keluarga ini yang membuatkan mereka tidak kelihatan dimamah usia.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang memuji dan tidak kurangnya sedikit cemburu dengan anak beranak ini.
Isteri pilihan hati adalah penyejuk hati suami walaupun apa jua masalah yang mendatang. Biarpun onak duri, namun kebahagian rumahtangga tetap dijaga utuh. Ia sekali gus menyenari sebuah hubungan suami isteri yang erat dengan penuh kasih sayang. Bagaikan kasih suami membawa BAHAGIA, kasih isteri membawa ke SYURGA.
Ikuti panduan yang dari sebuah blog yang boleh dijadikan panduan bersama dalam melayari kehidupan rumahtangga. Biarpun sudah punya anak, namun kemesraan terhadap suami tetap manis sehingga hayat.
Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri…. namun dengan selarinya peredaran waktu, kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar. Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi. Tidak, jangan melulu menyalahkan suami. Mungkin anda jugalah penyebabnya. Mari kita semak kembali apa yang kebanyakan suami sukakan dan mahukan daripada isterinya. Berikut adalah 17 perkara yang isteri perlu beri perhatian dalam menambat hati suami: 1. Mengambil berat tentang penampilan suami Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya. Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya. Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya. Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari. Kita tidak tahu bagaimana ibu melayaninya dahulu. Anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima daripada ibunya. Berasa banggalah melihat suami anda segak setiap hari. Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura. Lagipun anda mendapat pahala berbuat begitu. Ini bukan hendak menjadikan anda hamba. Sesetengah isteri memang merasakan begitu. Padahal perkara ini ada disebut dalam hadis,
Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”
2. Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain? Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu. Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’. Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru. Minta dia tunggu sebentar. Kemaskan diri dan pergilah kepadanya.
3. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’. Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman. Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman. Rugi ke senyum?
4. Layan suami seperti raja Sesetengah suami suka dilayani seperti raja. Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali. Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.
5. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami Lelaki kadang-kadang suka dipuji. Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya. Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami. Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucapkan dulu terima kasih, baru beritahu. Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak” Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya.
6. Jangan berleter! Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya. Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga. Mana ada suami yang suka isterinya berleter.
7. Menambat hati suami dengan menemaninya makan Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan, sama halnya seperti memberi makan kucing. Ini pun ada disebut dalam hadis. Sebaik-baiknya temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum-minum sementara menanti dia selesai. Thabit al-Banni berkata,
Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu. Esok harinya, matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.”
Inilah cara paling ampuh untuk menambat hati suami, bermula dari dapur.
8. Tingkatkan ilmu pengetahuan Suami senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata-kata, bijak dalam bertindak dan menjadi partner yang baik dalam berdiskusi. Tingkatkan kualiti intelektual anda dengan banyak membaca buku dan gali pelbagai informasi. Hal ini jadi lebih penting jika anda suri rumah sepenuh masa. Sesetengah suami memang memandang rendah sedikit isteri yang berstatus begini. Jadi anda kena tingkatkan pengetahuan dengan mengambil tahu mana-mana yang patut.
9. Jangan terlalu kuat membangkang Jangan kuat membangkang pendapat suami. Kebanyakan suami tak suka pendapatnya dibangkang. Walaupun agak salah, sebaik-baiknya terima dahulu. Kalau nak membangkang pun tengok nada suara dia dan perhati nada suara anda. Ingat, anda ibarat perdana menteri dan dia raja. Mana ada raja yang boleh terima kalau asyik dibangkang oleh perdana menteri. Isteri yang kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami. Anda tinggal sebumbung dengannya. Sudah tentu anda perlu sependapat dengannya dalam semua isu. Kalau tak sependapat pun, simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit-sedikit mengikut kesesuaian masa dan tempat. Pendek kata, seboleh mungkin, sentiasa tunjukkan anda sependapat dengannya.
10. Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran. Jadi, berperananlah sebagai bidadari, bukan duri yang asyik menyucuk perasaan suami sehingga rumahku menjadi nerakaku. Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.
11. Sambut kepulangan suami dengan ketenangan Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh. Mulailah pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja.
12. Sediakan tempat tidur yang eksklusif Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, melainkan juga tempat ternyaman mereka untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku. Jadikan ia kamar yang eksklusif dan peribadi. Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izinnya. Kreatif sedikit dalam menghias bilik tidur ini. Berikan warna-warna yang digemari oleh suami. Susun kembali bunga supaya tidak jemu memandang. Untuk lebih romantik letakkan gambar-gambar perkahwinan disini.
13. Elakkan gangguan Pantang bagi kebanyakkan suami jika tidurnya terganggu. Jauhkan anak-anak darinya ketika dia sedang tidur. Tunggu dia terjaga dahulu sebelum memblander atau menumbuk sambal. Kecilkan suara tv.
14. Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada. Disitulah cantiknya perhubungan suami dan isteri. Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat. Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain.
15. Jangan kuat merajuk Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah.
Merajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada.
Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk. Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?
16. Beri pendapat bila ditanya sahaja Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan. Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram. Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.
17. Jangan memperkecilkan kemampuan suami Selalu merangsang prestasinya. Kalaupun ia lemah dan ada masalah jangan perkecil-kecilkan kemampuannya itu. Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan letakkan dihatinya bahawa anda sentiasa percaya suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi. Usahakan rawatannya tanpa berputus asa.
Penutup: Kebahagian rumah tangga adalah bergantung kepada kedua-dua belah pihak, baik dari pihak si isteri mahupun suami. Semuanya memainkan peranan yang penting. Yang penting kedua-dua belah pihak berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masing dan berusaha mengekalkan keharmonian serta kehangatan dalam rumah tangga.
Jika perhatikan, ada masanya kelihatan kotoran seakan-akan serpihan kertas atau tisu pada baju yang telah dicuci.
Kotoran ini akan lebih jelas kelihatan pada baju berwarna hitam. Selain itu, mesin basuh yang kotor juga punca pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam atau hapak.
Perkongsian dari Facebook Mommy Daily tentang fungsi Soak/Tube pada mesin basuh yang digunakan untuk membesarkan tub mesin yang bekerja setiap kali membasuh pakaian. Ikuti perkongsian bermanfaat ini.
Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?
Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.
FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.
So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,
1.Tekan ON 2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE, tekan START. 3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.
Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.
Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh?. Nanti cuba buat tau,dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.
Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.
Luaran Mesin Basuh:
Selain bahagian dalam, mesin basuh di bahagian luar juga perlu diberi perhatian supaya tetap berkilat. Justeru, lap dengan cuka atau pembersih serbaguna. Gunakan nisbah 1:1 dengan air biasa jika menggunakan cuka pekat. Nak mudah pastikan beli cuka yang telah dicairkan sesuai untuk pelbagai kegunaan.
Drum:
Tuang dua gelas cuka atau perahan air lemon ke dalam drum cuci dan hidupkan mesin basuh pada temperature panas sehingga bau, sisa kotoran, dan bekas detergen akan hilang. Nak mudah lagi boleh beli pencuci drum mesin basuh macam dibawah ni.
INFO EKSTRA:
1. Sebelum melakukan kerja pencucian drum ini pastikan kerja-kerja membasuh telah siap, kerana proses pembersihan ini memakan masa yang lama (anggaran 2 jam).
2. Pastikan bahan-bahan tersebut sesuai dengan mesin anda. Baca manual mesin terlebih dahulu sebelum melakukan proses ini.
3. Kalau tidak yakin dengan bahan ini , cari di pasaran bahan khas untuk mencuci bahagian DRUM tersebut.
Sumber: Facebook Mommy Daily & Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Haroqs UPSI menerima Anugerah Tokoh Siswa kategori Penghargaan Khas Naib Canselor dan berkongsi pesanan inspirasi agar generasi muda terus mengejar ilmu serta kekal merendah diri.